Ahad, 28 April 2013

Teman, Ujian Itu Hadiah!


Semalam, menelefon seorang sahabat. Mendengar ceritanya. Saya tahu dia suka bercerita. 

Maafkan saya duhai sahabat yang sering bermujahadah. Saya mungkin tidak mampu menjadi pendengar yang baik dan memberi cadangan yang baik untuk kamu, hanya doa yang mampu saya kirimkan.

Masakan hati yang sakit mampu menyentuh hati orang lain, kan?

Mujahadah, muhasabah, muraqabah ini kalilah kita ubah, insyaALLAH semuanya Lillah!





Cuma satu pesanan buat kamu , sebagai renungan :

Ibnu Jauzi berkata 

"Aku menerima musibah dan aku lebih banyak berdoa bagi mencari kelapangan dan ketenangan.tetapi doa itu belum dikabulkan.

Maka, jiwaku mulai gelisah dan bingung. Jiwaku akhirnya menjerit, 'Kamu (jiwa) memang benar-benar kurang ajar. Cuba fikirkan semula kewujudanmu! Apakah jiwa itu dikuasai atau menguasai? Adakah dia diatur atau berhak mengatur ? Tidakkah kamu (jiwa) tahu yang dunia ini pentas bagi ujian dan tempat musibah?"


Semalam juga mendapat khabar ukhti Syahirah kemalangan.

Sambil berjalan menuju ke tempat parkir motor, kami berborak .

"Macam mana enti boleh accident?"

"Ana bawa kereta, nak reverse, tapi tersalah bajet ."

"Enti pilih bajet mana, 2012 ke 2013?"

Dia ambil buku, buat-buat nak pukul saya.

Saya gemar bergurau dengan sahabat-sahabat, itupun kalau mood bergurau ada.

.................................................................................

Saat ini, ramai sahabat kesayangan sedang diuji, ya kerana ujian itu tidak pernah sunyi dari kehidupan seorang muslim dan mukmin.

Pesan saya, sabarlah dalam bersabar. Allah maha tahu apa yang terbaik buat kalian.

kerna cintaMU padaku, bukan cintaku padaMU.

Ya, kerana cinta Allah pada kalianlah diberinya ujian sebagai hadiah istimewa, juga sebagai tarbiyah secara langsung dariNYA. cinta kita pada Allah masih terlalu sedikit, kan sayang?


Setiap insan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Jangan kita membandingkan ujian kita dengan orang lain, dikhuatiri tidak bersyukur dan terlalu mengeluh. Siapa kita mahu mengeluh dengan Allah, tapi hakikatnya manusia memang begitu.

Redha, senang disebut, tapi terkadang tercari-cari, seperti apakah rasa redha itu.


Nota hamba : Selagi masih bernafas diri ini, moga Allah membantuku menjadi seorang sahabat yang baik kepada sahabat-sahabatnya. Kerana kita tidak tahu bila saat itu tiba. 

Buat sahabat yang satu itu, bila kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan kita . :)

Rabu, 24 April 2013

"I Need You"


......................................................................

Merenung kembali ke dalam diri, terasa betapa banyaknya perkara yang masih belum dilaksanakan.

23 tahun, Allah beri izin untuk menumpang muka bumi ini. Namun, apa yang telah aku buat?

Adakah banyak fikir berkenaan kepentingan diri atau kepentingan Islam itu sendiri?

Terlalu banyak berfikir soal dunia melebihi akhirat, atau berfikir soal akhirat melebihi dunia?

Duhai jiwa, kau sudah terlalu letih sebenarnya.

Tapi, aku pohon teruslah mujahadah.

Jangan pernah berhenti merintih padaNYA

Jika manusia kau rasakan terlalu mengujimu, maka pesanku bersabarlah

Sabar dalam bersabar.

Kejarlah redha Allah .

Jika kau punya masalah, maka luahkanlah ia.

Bukan pada manusia, tapi pada Dia.

Kerana, Dia yang mencipta masalah, mencipta ujian. Maka, solusinya ada padanya.

Jika kau rasakan manusia tidak memahamimu, maka wajarlah kerna bukan Dia yang menciptakanmu.

Jika kau telah merasa derita selama berpuluh tahun, masakan kau tidak kuat untuk menempuh derita yang mendatang.

Jangan lemah, tapi buat-buatlah gagah supaya tidak terus rebah.

Dan, satu ketika, diamlah dari bersuara. Kerna nanti kau lebih banyak beralasan dari memberi jawapan.

Biarkan manusia, kerana mereka tidak mengerti apa yang ada dalam hatimu.

Tuhan, beri aku kekuatan untuk hadapi ujian yang dihadiahkan ini.

TanpaMU, aku lemah .




Nota hamba : Antara hamba dan penciptanya, pasti ada sesuatu yang dikongsikan tanpa ada manusia lain yang tahu. Bicaralah pada Tuhanmu kerna Dia lebih mengerti .

Jumaat, 19 April 2013

"Jangan Bertangguh, Sayang "

Bahang PRU semakin terasa .

Berdebar-debar, saya tak sabar menanti keputusan pilihanraya kali ini.

Moga kemenangan berpihak pada Islam.

Dalam kerancakan berkempen untuk parti pilihan hati masing-masing, saya memerhatikan pilihan teman-teman FB saya.

Ada beberapa orang yang saya kenal, bertudung labuh, berkopiah dan siswa pengajian Islam lagi , menyokong BN. Sangat yakin dengan BN, dan meragui manifesto PR.

Banyak yang dipersoalkan. Senior-senior sekolah, dan kawan sekolah di SMKA pun ada yang penyokong tegar BN.

Namun, ramai juga antara mereka yang merupakan pendokong parti hijau putih.

Dalam pertembungan sengit antara PR dan BN, terselit juga insan-insan yang menolak demokrasi.

Katanya demokrasi memecahbelahkan umat Islam. Geleng kepala.

Bila saya komen "kalau tidak demokrasi, dengan cara apa?"

Jawabnya " khilafah"

Saya balas " modus operandi khilafah?"

Jawabnya " usaha cari sendiri, baru belajar namanya."

Saya balas " oh, ok. takpe,lah. saya bekas ahli Hizbut Tahrir"

Dia balas "O.."

Kalau kau rasa dengan buat demonstrasi melaungkan "Khilafah!Khilafah itu boleh automatiknya, terbentuk negara Islam,silakan"

Dan, ada juga yang menegur "Kau pun dah lain" bila saya update status berkenaan PRU13.

Y, saya tahu mereka berlainan, ada yang Hizbut Tahrir, Tabligh, ISMA, Ikram, PAS, ABIM dan lain-lain.
Raikan perbezaan, jangan sampai berpecah belah.

............................................................................................

Saya nak tanya,la "Pasai apa takut nak undi PR?"

"Oh, sebab nanti kena tutup aurat, rimaslah."

"Oh, nanti kena hudud, potong tangan"

"Oh, nanti dah takde,lah konsert-konsert artis , KPOP"

"Oh, nanti dah takdelah rancangan-rancangan hiburan."

"Oh, nanti dah tak dapat duit lagi.."

"Oh, nanti dah tak dapat nak dating-dating, pergi panggung wayang dengan pakwe/makwe"

Ok! Kalau kau rasa benda-benda tu, boleh menjadi penyelamat kau di akhirat nanti, silalah pilih pemimpin yang cintakan dunia. Lepas tu, minta tolong dia selamatkan kau kat sana nanti.

Nanti, kalau ada kes rogol, anak luar nikah, merompak, mencuri, membunuh, tak payah bising-bising.

Tutup mulut, pejam mata, pekakkan telinga.

Anak-anak muda, jangan leka dengan dunia. Hidup ini tidak lama.

Jangan bertangguh untuk memilih pemimpin yang mahukan undang-undang Allah tertegak.

Eh, kalau BN tu nak laksanakan hukum hudud dan tak sibuk nak perjuangkan bangsa, Tok Guru pun dah cakap, haram kita melawan BN.


Nota hamba : Sampai bila kita nak hidup dengan undang-undang manusia? Manusia akan mati, undang-undangnya pun bukan permanent, tapi temporarily. Kalau kita belajar undang-undang, baru kita akan tahu betapa tak adilnya manusia dalam menggubal undang-undang.

Dan, kita orang Malaysia ini, masih dijajah sebenarnya, kerana kita terikat dengan undang-undang British sebab kita pernah dijajah mereka. Siapa kata kita dah betul-betul merdeka?
Minda kita dijajah.

Undang-undang Allah sangat adil, tidak memerlukan duit jika melakukan kesalahan-kesalahan.
Undang-undang manusia sangat membebankan. Kesalahan sedikit, tapi bayarannya beribu-ribu.

Eh, manusia, ingat kau pandai sangat?

:: Beruntung seketika, sebab semester ini mengambil subjek Sains Makanan Forensik, pensyarahnya dari Fakulti Undang-Undang ::

Khamis, 18 April 2013

Senyum Buat Diri

Hari ini, seorang sahabat menegur.

Sila tadabbur ayat 24:Attaubah.

Ketika itu, di perpustakaan, sedang menyiapkan Assignment Fat and Oil. Perlu dihantar pada minggu hadapan.

Pulang dari perpustakaan, aku membelek Al-quran, mencari ayat yang dinyatakan tadi. Hati tertembak. Sebelum itu lagi, hati aku seakan-akan ditembak bertalu-talu dengan nasihat seorang sahabat.

Ya, terima kasih teman, terima kasih sahabat yang aku kasihi kerana Allah .
Aku yakin Allah izinkan kamu melihat kekuranganku kerana kamulah yang menjadi asbab untuk menegur aku.

Selama ini, mungkin aku kelihatan "berjuang", tapi tidak pun sebenarnya.

Aku memang tidak layak bergelar mujahidah, jundullah dan yang sewaktu dengannya.

Teguran kamu membuatkan aku bermuhasabah kembali , tentang banyak perkara.

Maaf jika aku tidak mampu senyum kepadamu, kerana hatiku saat ini remuk.

Hati ini menangis. Biarlah tiada siapa yang tahu.

Bukan dengan nasihatmu, tapi kerana "marah" akan diri sendiri.

Aku cuba gagahkan diri untuk senyum pada diri. Mohon simpati agar Allah memahami .

Aku tidak marah kamu, aku tidak marah orang-orang yang pernah menegur aku.

Terima kasih kerana masih sudi cakna tentang aku , hamba dhaif ini.

"Wahai Allah, redhakanlah aku sepanjang usia yang kau pinjamkan untuk aku mendiami di bumiMU ini"

Buat sahabatku yang baik, aku minta maaf kerana tidak dapat memenuhi banyak permintaan kamu.
Hanya lafaz maaf yang aku mampu ucapkan.Jika aku bukan orang yang layak memenuhi permintaan kamu, moga-moga Allah gantikan sahabat lain yang lebih baik dari aku untuk memenuhi permintaan kamu.

Aku sudah tidak mahu beralasan lagi dengan kamu.

Saat ini, diri sedang serabut dengan banyak perkara. Banyak perkara yang menuntut pemikiran yang tinggi. Allah sahaja yang mengerti.



Nota hamba :

1. Tidak apa, jika kamu tidak menganggap aku sebahagian dari hidup kamu.Yang penting,aku selalu mendoakanmu, demi kebahagiaan kamu.

2.Kini, hanya bahasa senyum yang menjadi komunikasi kami. Ya, mungkin silap aku. Tapi, silap itu terlalu kecil. Aku cuba berlapang dada. Moga-moga sebelum aku pergi, kau maafkan aku.Maafkan aku kerana tidak sebaik teman-temanmu yang sebelum ini.

Untuk pesanan pertama dan kedua, untuk insan yang berbeza-beza. Dan, saya tahu, mereka tidak membaca blog ini. Mohon seinfiniti kemaafan.

"Wahai Allah, Aira rindukan Allah".

Ahad, 14 April 2013

Kita & Mereka, Biar Ada Bezanya

Kawaii, deshou? Pemberian ukhti Nasihah Nazmi.

Saya masih ingat sewaktu Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara, abah pulang dari kedai dengan membawa surat khabar di tangannya.

Belum sempat menongkat motor, dibiarkan sahaja jatuh, abah meluru masuk ke dalam rumah. Riuh mengkhabarkan berita penangkapan tersebut kepada kami sekeluarga.

Jika saya tidak silap, ketika itu saya berusia sembilan tahun, darjah 1.

Saya tidak tahu sejak bila saya berminat dengan politik. Setiap kali abah membeli surat khabar, saya dan kakak pasti berebut, bukan mahu mebaca bahagian hiburan atau artis, tetapi muka surat belakang sekali.

Ya, bahagian sukan yang menjadi kesukaan saya, kemudian baru menyelak ke helaian hadapan sekali, isu-isu semasa.

Dan, sekarang wall facebook saya, sangat meriah dengan warna hijau. Sebab friends saya ramai penyokong dan pendokong hijau. Alhamdulillah, tidak sabar melihat kemenangan Islam. Tapi, saya tidak suka warna hijau , saya cuma suka hijau warna alam, semulajadi sahaja. Kalau hijau kain, kertas dan sebagainya, memang saya tak suka. Hijau warna alam sangat tenang.

..........................................................................................

Saya memang suka politik, dan sejak kecil, saya hanya mengenal dua parti utama UMNO dan PAS, dan hati saya sentiasa cenderung kepada parti hijau, saya tidak tahu mengapa, tapi hati saya tenang di sana.

Melihat suasana politik terkini, saya jadi kesal dengan pihak UMNO/BN yang ketandusan hujah sehingga menjadikan video lucah sebagai bahan untuk menjatuhkan PR.

Dan, saya kesal dengan sikap penyokong kedua-dua parti yang tidak beradab dalam memberi komen untuk satu-satu isu. Bukan semua, tapi ada.

Duhai umat Muhammad,

Politik itu indah, namun, keindahannya seringkali dicemari kerana orang  tidak tahu caranya bagaimana mahu mengindahkan ia.

Jika kita mengaku penyokong atau pendokong perjuangan Islam, peliharalah akhlak dan adabmu.

Rasulullah tidak mengajar kita begitu.

Rasulullah tidak mengajar kita untuk membaling tahi jika mereka melontar kita dengan batu.

Jika mereka membaling tahi, lontarlah dengan bunga.

Jika mereka menyerang dengan video lucah, balaslah dengan hujah

Ini zaman fitnah, maka patahkan dengan hujah

Jika mereka mengata, mencaci , menghina, maka pekakkan telinga dan terus bekerja demi agama

Jika komentar mereka tertulis begini " Bongok, bodoh, ularmak", maka jangan kau membalasnya dengan "bangang, bangsat,umngok"

Kekasaran dibalas kekasaran, membangkitkan kemarahan
Kekasaran disapa kelembutan, menyejukkan hati yang baran.

Moga ada sinar hidayah buat mereka.

Kita ditarbiyah oleh ulama'. Jagalah nama baik pemimpin-pemimpin kita.
Kita mengikut acuan Alquran dan Assunnah. Maka, buktikanlah pada mereka, Islam itu indah.

Melawan, bila kita ditindas, tetapi ikutlah cara Rasulullah saw.

.........................................................................

Janganlah tangan ini yang memegang Alquran, dan tangan ini jugalah yang menulis kata-kata kesat

Janganlah mulut ini yang membaca Alquran, dan mulut ini jugalah yang melontarkan kata-kata nista.

Kita, Umat Muhammad saw, kan?

.......................................................................

Dan pilihlah dengan bijak. Kita penentu masa depan negara. Satu undi itu begitu berharga.

Tolak UMNO/BN kerana mereka bukan memperjuangkan agama.

Sokong PAS/PR kerana mereka perjuangkan agama dan keadilan.


Nota hamba :


Konklusinya, kita kena patahkan dengan hujah!
Sedang memperkaya diri dengan hujah-hujah berilmiah.

Selasa, 9 April 2013

Tarian Pena, Ilham Pencipta

Allah Arrahman Arrahim
Allahumma Solli Ala saidina Muhammad saw



Apa khabar imannya teman-teman?

Bukan mahu mempromosi, tapi mudah-mudahan ada ibrah disebaliknya.

Cerpen 1 :

Cerpen 2 :

Cerpen 3:

Cerpen 4:

Cerpen 5:

Cerpen 6:



Nota hamba : Menulis untuk kepuasan sendiri. Moga ada ibrah buat kalian.

Isnin, 8 April 2013

Memilih Untuk Sendiri


“Ramai betul orang kat KFC ni,kan?” Zahra’ memulakan perbualan setelah lama mereka mendiamkan diri kerana terlalu khusyu’ makan ayam goreng. Terlalu lapar barangkali.

“Haah, ada yang datang dengan family, ada yang datang seorang diri,ada juga yang datang dengan balak masing-masing”. Yusra mengiakan sambil matanya liar memerhatikan keadaan sekeliling dengan mulutnya yang masih penuh dengan ayam goreng.

Zahra’ memandangnya dengan muka yang pelik.

“Kenapa tengok macam tu, Zahra’?”

“Awak ni, kebulur sangat nampaknya…by the way, apa maksud balak tu? Kayu balak ke?”

Secara spontan, tersedak Yusra mendengar pertanyaan Zahra’. Habis tersembur ayam goreng yang dikunyahnya dari tadi. Cepat-cepat Zahra’ menghulurkan air kepada sahabat baiknya itu.

“Wei, lucu giler pertanyaan kau tu, Zahra’. Balak pun tak tau ke? Oh, yelah, budak jurus macam kau mana tau perkataan-perkataan macam tu, kan . Balak tu, sinonim dengan kekasih, pacaran dan yang sewaktu dengannya.” Yusra menjelaskan.

“Oh, I see. Tapi, tak sesuailah guna balak tu, kasar sangat bunyinya.”

“Budak-budak moden ,kan? Istilah yang digunakan pun out of the box betul. Tak terfkir kita. Tapi, tulah, waktu aku couple dulu pun, aku selalu guna perkataan tu, nampak macho.”

“Tapi, Yusra yang saya kenal sekarang sudah baik, sudah solehah dan dah tak couple pun. Yusra yang saya kenal sekarang, sibuk menggali cinta Ilahi.”

“Hm..dah keluar dah, ayat sastera dia. Kau ambil kos ape, ha?”

“Kos….metik.” Mereka ketawa.

“Sweetie, may I ask you, one question?”

“Yes, with pleasure. What’s it, my dear?”

“Aku tahu, kau tak couple sebab Islam tak membenarkan benda tu. Kau pun dah present semua dalil berkaitan tu pada aku dulu waktu aku ambil keputusan nak clash dulu. Dan, aku tengok kau memang betul-betul menjaga ikhtilat kau dengan muslimin. Kenapa, ya? Mesti ada sebab lain,kan?

“Sebab lain? Tidak ada sayang. Hanya satu sahaja sebab kerana saya takutkan Allah.”

“Betul?”

“Ya, tapi kenapa Yusra Tanya macam tu? Adakah jawapan saya nampak meragukan?”

“Hm…Zahra’, aku nak minta maaf sebenarnya. Aku…aku…”

“Minta maaf? Untuk apa?” Pantas Yusra memintas.

“Semalam, aku ternampak diari kau atas katil. Dan, aku baca diari kau sebab aku tahu, kau sangat-sangat perahsia. Jadi, aku nak tau apa yang kau coretkan dalam diari tu.”

“Allah…Yusra, kenapa buat macam tu? Itu,kan hak saya, kamu tidak berhak membacanya tanpa izin saya.”

Zahra’ sedikit kecewa dengan tindakan sahabatnya itu kerana diari itu memang barang peribadinya yang sangat-sangat dia jaga agar tidak ada sesiapapun yang membacanya. Kerana, dia banyak meluahkan rasa hatinya dan rahsianya dalam diari kesayangannya itu.

“Sis, sorry ea? Aku janji, aku tak buat lagi. Dui bu qi , pengyou”

“Mei guanxi,la . Mesti ada hikmah, kan? Saya harap Yusra tidak bercerita kepada sesiapapun apa yang Yusra baca dalam diari itu, ya?”

“Ok, hou! Wakarimashta!”

“Keluar dah bahasa Jepun dia. Macam makarimalakhlak je bunyinya…”.

Ketawa mereka pecah.

“Jadi, Yusra dah tau,kan kenapa saya tak nak terlibat dengan couple…”Zahra’ menyambung perbualan semula.

“Ya, tapi aku nak dengar sendiri dari mulut kau kenapa kau tak nak bercouple.”

“Sebenarnya, saya ni, banyak masalah Yusra . Tapi, saya tak suka bercerita pada sesiapapun sebab saya ada Allah. Saya tahu, bila saya cerita pada Allah, Dia akan jaga aib saya. Dan, saya rasa, awaklah orang pertama yang betul-betul  rapat dengan saya. Bukan saya tidak mahu berkawan, tapi saya sendiri yang mahu berseorangan. Saya lebih selesa begini. Dan, berkenaan soalan awak tu, sangat berat untuk saya jawab. But, I’ve to answer it, rite?. Sebenarnya, mama papa saya telah bercerai sewaktu tahun pertama saya di sini. Dan, hampir beberapa bulan, saya tidak dapat menerima kenyataan. Menangis sahaja yang saya tahu. Waktu tu, akademik saya sangat merudum. Saya tak dapat fokus,tapi takde orang faham. Mama semakin sibuk di pejabat sebab dia tak nak fikir lagi pasal perkahwinan dia yang dah gagal. Papa pula, sibuk berkepit dengan kekasih lama dia. Bila balik rumah, saya rasa, macam masuk neraka. Dipendekkan cerita, sampailah satu hari tu, nenek datang menziarahi kami di sini. Waktu itu,lah terbongkar segala-galanya. Nenek saya sangat marah pada mama papa, dan bertekad untuk menjaga saya. Dan, di kampung nenek,lah saya mula mengutip kembali semangat saya yang hilang….”

Panjang lebar Zahra’ bercerita. Yusra diam tak terkata kerana selama ini, dia melihat Zahra’ seorang yang sentiasa tenang seperti tidak punya apa-apa masalah bahkan Zahra’lah yang seringkali menolongnya setiap kali dia berhadapan dengan masalah.

“Zahra’, kamu sangat kuat,kan? Macam supersaiya…..”

Zahra’ tersenyum. “Allah yang pinjamkan kekuatan, Yusra.”

“Hm..jadi, apa punca perceraian mama papa kamu sebenarnya?”

“Mama bertemu kekasih lamanya di suatu majlis perasmian produk baru syarikatnya, papa pun sama…Jadi, disebabkan masing-masing sibuk bekerja, tidak punya masa untuk berborak-borak, bersuka ria, setiap kali habis waktu kerja, mereka tidak akan pulang ke rumah…tapi, dating dengan kekasih gelap mereka. Mereka sama-sama silap, Yusra. Setiap kali mereka bertengkar, saya hanya mampu menangis di dalam bilik. Pernah satu ketika, saya bangun untuk solat tahajud, saya terdengar suara orang berborak-borak. Rupa-rupanya, mama sedang berbual dengan kekasih dia. Apa yang dia tengkarkan dengan papa, semua dia ceritakan. Segala masalah rumahtangga dia ceritakan. Dan, saya yakin, papa pun macam tu….”

Zahra’ terasa kelopak matanya panas. Dia terdiam seketika. Dadanya rasa sesak, kerana seboleh-bolehnya, dia tidak mahu mengungkit peristiwa itu.

“Zahra’, kau ok?”

“InsyaALLAH, saya ok. Yusra sayang, sebab itu, saya tidak mahu bercouple. Sebab saya bimbang, andai saya sudah menikah nanti, setiap kali ada pertengkaran dengan suami saya (Nauzubillahiminzalik), saya takut, saya akan meluahkan masalah saya pada bekas teman lelaki saya. Sebab itu, sejak dahulu, saya melatih diri untuk mengadu segala masalah pada Allah. Dan, sebab itu, saya sangat menjaga ikhtilat dengan muslimin. Saya melihat banyak orang yang bercerai disebabkan, setiap kali mereka bertengkar dengan pasangan, mereka lebih cenderung untuk mengadu pada kekasih gelap masing-masing.”

“Subhanallah, Zahra’. Doakan saya, ya. Doakan saya untuk meletakkan tawakal yang tinggi pada Allah. Terima kasih atas segala cerita kamu pada hari ni. Seriously, saya berazam untuk jadi muslimah yang lebih baik. Cukuplah, hanya sekali sahaja saya merasai kemanisan bercouple yang hakikatnya, menghilangkan kemanisan cinta kita pada Allah.”

“Aik, sejak bila guna saya awak, saya awak? Bukan sebelum ni aku, kau, aku kau ke?” Zahra’ menjungkitkan kedua-dua keningnya.

“Ala, Zahra’, saya nak jadi muslimah solehah ni, jadi bahasa kenalah sopan kan..kan..kan? Eh, Zahra’, tahun ni, kita kan dah final year..Awak takde calon ke?”

“Calon? Calon apa?”

“Ala, buat-buat tak faham pula..Calon suami,la…”

“Isy, takde,lah. Saya pun malas nak fikir lagi. Dah, dah..tutup topik tu, ya. Jom basuh tangan! Melekit dah ni….”

“Ala……tak sporting,la Zahra’ ni…” Yusra memuncungkan mulutnya. Dalam hatinya “ Takpe, takpe. Saya ada seseorang yang sesuai untuk awak, Zahra’. Kembar saya, Yusri namanya. Hm, nanti nak suruh abang lamar dia, la …”

Yusra tersenyum sendirian.

Dari jauh, Zahra’ memandangnya “ Hai, mengelamun di tengah hari la pulak budak ni…”



Nota hamba : Semalam, berborak-borak dengan dua orang sepupu yang menjadi mangsa keadaan asbab perceraian ibu ayah mereka. Sangat matang mereka berbicara walaupun umur mereka baru sahaja 8 dan 6 tahun. Kasihan melihat mereka. Sewaktu berborak-borak, mereka bertanya " Kakak, kakak cuti berapa hari?"

"Seminggu..sekarang cuti midsem.."

"Berapa hari?"

"7 hari..kenapa?"

"Ala, kan lambat lagi..akak duduklah kat kampung dulu..."

Senyum. "Tak bolehlah, kakak banyak kerja..."

Dalam hati saya, kasihan melihatnya, tapi apakan daya saya. Moga mereka tabah dan menjadi penceria kepada ibu mereka.

:: Bersoraklah 'mereka' kerana telah runtuhnya masjid yang dibina. ::

Rabu, 3 April 2013

Kuterima Pinanganmu

Wafa sejak dari tadi terus-terusan memerhatikan suaminya yang sedang duduk bertafakur.

Dia mengerti perasaan suaminya walau di hatinya terdetik rasa cemburu.

Rutin mereka, setiap pagi Jumaat akan menziarahi kubur bekas isterinya yang pertama.

Awal pernikahan dahulu, memang sukar untuk menerima keputusan suaminya, tetapi disebabkan rasa sayang dan kasih pada suaminya diturutkan juga. Dan, kini dia sudah menjadi peneman sejati suaminya untuk ke sana.

Matahari kian meninggi. Tegak di atas kepala.

"Bang, jom balik. Dah makin panas ni. Nanti abang nak bersiap-siap ke masjid pula. Hari ni,kan hari Jumaat. Saya pun tak masak lagi ni."

Suaminya menoleh ke arahnya. Senyum . "Ya, lah. Jom. Kasihan sayang, lama pula menunggu. Maaf, ya"

Senyuman itulah yang sering membuatkan Wafa mengalah pada suaminya. "Takpe,lah bang. Saya kan dah biasa teman abang ke sini."

..................................................................................

Dalam perjalanan pulang ke rumah, masa dirasakan terlalu panjang. Mereka lebih banyak mendiamkan diri dan masing-masing melayani perasaan sendiri.

Fikiran Wafa ligat menayangkan kembali peristiwa tahun lalu yang meruntun hati banyak pihak terutama sekali suaminya.

..................................................................................

Usai sahaja akad nikah antara Wan Wafiuddin dan Nik Nafeesah, tiba pula saat mempelai membatalkan air wudhu' dengan menyarungkan cincin pada pasangan masing-masing.

Sebelum itu, Wafi sempat meminta izin bagi pihak dia dan isterinya untuk masuk ke bilik mereka bagi menunaikan solat sunat dua rakaat tanda kesyukuran pada Allah setelah diijabkabulkan.

Mereka jalan beriringan menuju ke bilik. Wafi membentangkan sejadah untuk dia dan isterinya.

"Kita solat dulu, ya ukhti."

Nafeesah hanya tersenyum dan mengangguk.

Solat dimulakan tanpa dilihat oleh sesiapa pun. Hanya mereka berdua di dalam bilik kerana Wafi tidak mengizinkan sesiapa pun mengambil gambar mereka ketika solat. Ahli keluarga dan para tetamu dibenarkan masuk setelah mereka selesai solat untuk upacara membatalkan air wudhu'.

Usai solat, Wafi menadah tangan kepada Ilahi dan memohon supaya baitulmuslim yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga.

Setelah beberapa saat, Wafi merasa pelik kerana tidak mendengar doanya diaminkan oleh isterinya. Pantas dia menoleh ke belakang.

Dia melihat isterinya masih lagi sujud. " Oh, mungkin dia mahu bermunajat lebih lama sikit dalam sujud terakhir."

Wafi menunggu dengan sabar untuk beberapa minit. Hatinya mula terdetik kerisauan disebabkan tiada pergerakan oleh isterinya setelah hampir 10 minit.

Dia memeriksa pernafasan isterinya saat isterinya masih lagi sujud. Terhenti .

"Allah!"

Teriakannya mengundang beberapa orang ahli keluarganya meluru masuk ke dalam kamar pengantin mereka.

"Wafi, kenapa?" Umi Nafeesah bertanya.

Dia hanya mampu menangis dan menyebut "Umi...umi...." Sambil itu dengan tenang, dia membaringkan isterinya di atas ribaannya.

"Kenapa sayang? Eh, kenapa Nafeesah tidur? Mengantuk sangatkah dia?"

Diseka air matanya, dikuatkan hati untuk memberitahu "Umi, Nafeesah sedang berbahagia sekarang, Umi. Perginya bertemu kekasih dalam keadaan dia sujud. Saya redha umi.Saya redha dengan dia sebagai seorang isteri walau kami ditakdirkan menjadi pasangan yang halal untuk beberapa minit sahaja."

Uminya lantas memeluknya. Mengalir air mata Umi Nafeesah. Dikucup dahi anaknya. "Berbahagialah kamu, sayang. Umi redha dengan pemergian kamu kerana kamu seorang anak yang solehah."

Wafa yang memerhati dari daun pintu kamar pengantin itu menangis. Sepupunya yang solehah itu telah kembali pada Ilahi dalam keadaan yang sangat tenang setelah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang soleh.

Majlis kesyukuran walimah Wafiuddin dan Nafeesah bertukar kepada majlis kenduri arwah dan tahlil.

...........................................................................

Seminggu sebelum pernikahan Nafeesah, Wafa sempat berborak panjang dengan sepupunya itu. Banyak yang dikongsikan terutama bagaimana dia bertemu dengan Wafi dan bagaimana mereka melalui tempoh pertunangan yang sangat mencabar mengikut syariat.

Antara yang paling diingati Wafa , doa yang diajarkan Nafeesah kepadanya. Doa yang direka sendiri, tapi memberi kesan di hati

"Ya Allah yang mengurniakan rasa cinta pada hambaNYA, Wahai Allah, andai jodoh itu meminangku sebelum ajal, maka jadikanlah tunangku itu jodoh terbaik aku. Tetapi, seandainya ajal itu menjemputku sebelum jodoh, maka kurniakanlah tunangku itu pasangan yang lebih solehah daripada aku."

Waktu dia mendengar doa itu , hatinya sebak " Kenapa Nik doa macam tu?"

"Yelah, sayangku Wafa. Kita kan tak tahu antara jodoh dan ajal , yang mana satu akan meminang kita dahulu . Dua-dua tu, kena buat preparation yang mantap supaya kita melalui alam-alam itu dengan baik, baik alam barzakh mahupun alam rumahtangga. Eh, Wafa, nak tak jadi isteri kedua Wafi?"

"Isy, apa la Nik ni. Mana ada perempuan yang nak bermadu . Madu tu memang manis, oke, tapi kalau perempuan ni, terutamanya Wafa, madu tu rasa pahit terus Wek!!"

Nik tergelak, lucu melihat keletah sepupunya yang baru sahaja menamatkan pengajian di Mesir.

Wafa tersenyum sendiri mengingatkan kisah itu. Dalam duka, ada sukanya .

..........................................................................

"Tak baik senyum sorang-sorang, makruh  tau ." Suaminya mematikan lamunannya.

"Eh, mana ada,la bang..."

"Sayang, kita ni dah lama sampai depan rumah. Abang sengaja tak turun dari kereta sebab asyik sangat tengok sayang ni. Jauh betul mengelamun. Sengih sorang-sorang pulak tu.."

"La, yeke bang? Maaf,lah . Terkenang peristiwa lalu. Eh, jomlah masuk. Saya tak masak lagi ni. Kejap lagi, abang nak pergi solat Jumaat dah ."

"Sayang masuklah dulu, ya. Abang nak telefon Umi .Dah lama tak tanya khabar. "

"Ok, bang. Sampaikan salam pada Mak Long ya. Bang ...."

"Ya, kenapa ?"

"Terima kasih jadi suami yang sangat baik. Terima kasih sudi pilih saya sebagai sayap kiri abang."

"Sayang, terima kasih juga sudi berkongsi rasa dengan abang." Dia melemparkan senyum pada isterinya.

................................................................................

Sebaik sahaja isterinya masuk ke dalam rumah, dia berdoa " Ya Allah, sungguh, aku sangat menyintai isteriku, dan aku juga sangat menyintai bekas isteriku . Jadikanlah mereka bidadari-bidadari aku di syurga kelak."

Dia terpandang hiasan berbentuk hati yang mengukirkan namanya dan nama isterinya "Wafa & Wafi "di atas dashboard kereta.

Dia tersenyum. "For the rest of my life,you are my special gift from Him, and i'll take care of you until my last breath. Thank you, sayang."




Nota hamba : Sudah lama tidak menaip. Maaf jika dirasakan ini jiwang. Ya, niat saya menulis cerpen ini untuk membunuh perasaan mereka dan juga mungkin saya yang terlalu fanatik memikirkan soal pernikahan sehingga mengabaikan soal kematian.

Ajal , jodoh. | Rahsia Allah | Alam Maut , Alam Rumahtangga |

Siapa yang bakal pinang kita terlebih dahulu ? Only Allah knows. So, do the preparations for both of them.

* Sengaja tida menceritakan bagaimana Wafi boleh bernikah dengan Wafa . Kalian boleh create cerita sendiri.


Ha, parlimen dah bubar. Jadi, get ready for the election, guys!



h.a.m.b.a
23 Jamadilawwal 1434 H
KUSZA
Mid sem sudah tiba. 
Masa untuk balik rumah
Tak perlu beli tiket macam dulu 
^^.





 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger