Dengan nama Allah, aku berlindung daripada syaitan laknatullah
Petang, selepas solat Asar.
"Mau ke mana, kamu Hafiz?"
Satu suara menyapa Hafiz yang baru sahaja hendak bersiap-siap keluar.
"Oh, Abdullah. Ana nak ziarah Uwais kejap. Nak ikut?" pelawa Hafiz pada Abdullah, teman sebiliknya.
Belum sempat Abdullah menjawab, Hafiz bertanya lagi, "Enta dari mana? Lewat pulang petang ni."
"Saya dari surau, ada majlis ta'lim tadi. Tidak mengapa,kamu pergi sahaja ya. Jangan lupa titip salam saya buat Uwais," ujar Abdullah.
Setelah Hafiz pergi, Abdullah masuk ke dalam bilik. Kelihatan teman sebiliknya, Zaqwan atau nama panggilannya, Zack asyik menghadap laptop.
"Zaqwan, kamu lagi sedang buat apa?" tanya Abdullah pada Zaqwan.
Zaqwan hanya buat pekak sahaja dan tidak mengendahkan pertanyaan Abdullah.
"Kamu dah solat asar, Zaqwan?"
Tiba-tiba ..
"Woi, mamat Indon! Kau ni bising betullah. Sibuk tanya aku dah solat ke belum. Tak payah ar sibuk-sibuk. Aku tau la nak sembahyang nanti." Zaqwan membalas pertanyaan Abdullah dengan nada marah.
Abdullah beristighfar. Dia cuba menenangkan hatinya. Bukan dia tidak tahu, Zaqwan memang jarang solat. Kalau solat pun, cuma waktu peperiksaan sahaja. Petang-petang begini, Zaqwan selalunya berym dengan teman wanitanya. Dia tahu rutin harian Zaqwan kerana seringkali memerhatikan Zaqwan dalam diam. Tekadnya, dia mahu mengajak Zaqwan menjadi lebih baik dan berubah ke arah kebaikan.
"Tidak mengapa, Abdullah. Kamu sudah banyak kali menasihatinya. Mungkin, cara kamu tidak berhikmah. Teruskan berdoa pada Allah agar dibukakan pintu hati Zaqwan. Jangan pernah putus asa, kerana syaitan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam menyesatkan manusia. Ingat, Abdullah, bukan kamu yang beri dia hidayah, tetapi Allah yang beri ." Abdullah bermonolog sendirian.
Setelah berasa sedikit tenang, Abdullah duduk di atas katil dan terus membuka laptopnya. Dia mahu memeriksa emelnya. Mana tahu ada khabar keluarganya dari Indonesia. Sambil memeriksa inbox emelnya, dia buka new tab untuk log in
account facebook miliknya.
" MasyaALLAH, banyak sekali friend requests. Ada 43 friend request." Getus hatinya.
Satu kerisauan bersarang di hatinya kerana hampir 30 lebih new friend request itu datangnya dari kalangan wanita. Prinsip Abdullah, dia tidak akan approve mana-mana wanita baik yang muslimah atau tidak.Dia bimbang kalau terjadi apa-apa fitnah ke atas dirinya disebabkan golongan itu.
Abdullah, pemuda soleh dari Indonesia itu seringkali menjadi perhatian muslimah di tempatnya menuntut ilmu. Dia tidaklah sesegak muslimin Malaysia, tetapi wajahnya yang sentiasa tenang itu seringkali membuatkan sesiapa jua yang memandangnya akan tertawan. Dan, wajah itu juga seringkali membuatkan yang melihatnya pasti mengingati Allah.
Dia sangat menjaga batas pergaulan dengan muslimat. Sering menundukkan pandangan. Hanya bermesej dengan muslimat apabila ada gerak kerja sahaja. Jika ada study group yang memerlukannya bekerjasama dengan muslimat, dia akan buat sesegera mungkin tetapi sistematik. Sehingga ada yang melabelkan dirinya terlalu syadid. Biarlah, dia tidak kisah apa orang kata kerana prinsip hidupnya
"الهى انت مقصودي ورضاك مطلوبي"
Malam, usai solat isya'
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, Hafiz menegur Abdullah.
" Baru pulang, Abdullah? Lambat pulak hari ni."
"Oh, akhi Hafiz. Ya, saya baru aja pulang dari surau. Tadi ada majlis bayan. Senior kamu yang menyampaikannya, Akh Khairi." Jawab Abdullah.
Dia memandang ke arah katil Zaqwan. Kosong. Dia tahu Zaqwan ke mana. Zaqwan selalunya bila tiba waktu malam, dia akan menghabiskan masa di café bersama-sama teman wanitanya dan juga teman-teman seangkatannya yang lain.
Lamunan Abdullah mati apabila Hafiz menegurnya.
"Kenapa, Abdullah? Cari Zaqwan ye? Dia tu, biasalah malam-malam macam ni mana nak lekat kat bilik.erm..Abdullah, bisy tak?"
Abdullah tersenyum lantas menjawab ,"Tidak, akhi. Saya tidak sibuk.Kenapa? Ha!Biarin saya teka ya! Pasti ada sesuatu yang mahu dibicarakan sama saya, betul nggak?"
Hafiz terkejut," Macam mana enta tau? Alamak, segan pula ana."
"Hafiz, Hafiz, saya inikan roommate kamu, ya sudah pastilah saya masak dengan sikap kamu. Tambahan pula, kita kan sahabat." Tenang Abdullah menjawab.
Hafiz tersenyum tersipu-sipu.
"Ha, ceritalah! Saya sedia mendengar ."gesa Abdullah pada Hafiz.
5 ulasan:
salam alaik buat semua...
cerpen dia abdullah...bacalah n berilah komen.
saya baru belajar nak buat cerpen.
doakan saya :)
10 malam terakhir sudah hampir tiba...
subhanallah ude! mantobb!! alhmdlh :) suke ateh bc. teruskn ude teruskn! ateh sokong :)
Allah, lme sgt2 x update blog, bt ateh lme da x jengah blog shbt2, evn blog ateh pn mmg ateh lme sgt2 xbukak. bhapuk da nh.
sme2 kte kejar sisa Rmdhn y msih berbaki nh ssgguh ht ye ude :)
terima kasih ya atas komentarnya.
buat i.n.s.a.n, anda muncul lagi nampaknya. ya , menulis cerpen salah satu usaha dalam dakwah juga.
belajarlah, kerana saya juga sedang belajar menulis. dan ramai teman-teman saya sedang belajar membuat cerpen. rasa seronok dan agak santai.
doa sesiapa jua akan dimakbulkan selagi dia tidak berdoa perkara yang jahat.
buat ateh28142
saya tahu, nombor itu membawa erti apa?pandai ye kamu...
cepat lah update blog, tak sabaq nak baca blog demo...kalu banyok habuk..tiup2lah sikit...biar BERSIH..ops..!:)
gomenasai buat i.n.s.a.n
saya tahu sebabnya mengapa anda tidak mahu memberi komen. jangan risau, rahsia anda saya jaga.
teruskan memberi komen bukan sahaja komen membina bahkan mengkritik juga saya alu-alukan.
anda juga punya kelebihan dalam menulis, maka jangan berhenti kerana saya dan ramai pembaca menanti entry terbaru anda.
doakan saya agar istiqamah
wallahua'lam
salam dari bumi kelantan
sesungguhnya saya bukanlah hamba yang dekat dengan DIA.
cuma, daripada gaya penulisan seseorang, kita boleh agak siapa yang menulis. wallahua'lam
salam lebaran
ramadhan yang pergi ditangisi
syawal kembali untuk disyukuri
maaf zahir batin sepanjang perkenalan.
Catat Ulasan