Jumaat, 22 Mac 2013

Dan, Kerana Dialah..

Razi berjalan-jalan di sekitar kota. Tujuaannya mahu mencari pekerjaan kosong setelah hampir seminggu keluar dari penjara.

Dalam keadaan kakinya tempang, bahkan bekas banduan pula, mana mungkin baginya untuk memperoleh pekerjaan demi menyara kehidupannya.

Hatinya bermonolog "sungguh, manusia ini tidak adil kerana menilai aku dari luaran. Hanya kerana statusku bekas banduan, aku tidak diambil bekerja. Hina sangatkah aku sebagai bekas banduan? Apa, manusia seperti aku tidak layak untuk membuat kebaikan?"

Terasa matanya hangat. Air mata bergenang.

"Allah................"

Hanya itu yang mampu diluahkan.

Kalimah Allah itu menggetarkan hatinya. Dia mengenali penciptanya sewaktu di dalam penjara. Jika manusia melihat dia menderita di dalam sana, tapi tidak bagi dia. Dia bahagia.

Kini, dia berdiri di hadapan sebuah tasik. Tenang melihat ciptaan Allah.

Ditalakan pandangannya ke langit " Allah, Allah sedang pandang Razikah? Layakkah Razi bertemu Allah dalam keadaan yang baik? Allah, kenapa manusia tidak dapat terima Razi? Hinakah Razi, ya Allah? ya Allah, jika di hadapan manusia pun, Razi sudah hina, apatah lagi di hadapanMU, ya Allah....."

Dia terus merintih kerana dirasakan Dia tidak layak digelar hamba Allah.
Dia rasa taubatnya tidak diterima.

Dalam diam, ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Perlahan-lahan, dia menghampiri Razi.

Ditepuk perlahan bahu Razi. "Assalamualaikum, bang."

Razi terkejut. Diseka air matanya cepat-cepat. "Ehm.waalaikumsalam."

Budak yang kelihatan berusia belasan tahun itu duduk di sebelah Razi.

"Bang, dari tadi saya dengar segala rintihan abang. Abang tak marahkan?"

Diam, tidak memberi jawapan.

"Saya dah lama ada kat tasik ni, saja je ambil angin." Budak itu senyum ke arah Razi.

Razi meraba-raba muka budak itu. Budak itu kehairanan. "Kenapa, bang?"

"Kau ni, malaikat ke, manusia?" Adik itu tergelak.

"Saya manusia, la bang.Nama saya Zarqiyali. Kenapa abang tanya macam tu?"

"Oh, aku ingat malaikat. Bersih je wajah kau...Untung mak ayah kau dik."

"Mak ayah saya dah takde bang. Saya anak yatim. Tinggal di rumah anak-anak yatim kat belakang tasik tu."

"Oh, maafkan abang. Kau selalu datang sini buat apa?"

"Saya selalu mengulang hafazan saya di sini. Abang doakanlah saya jadi penghafaz Quran yang soleh, ya!"

"Hm...doakan kau? Layak ke doa aku ni diterima?"

"Abang, yakinlah..Allah dah janji akan mengabulkan segala permintaan hamba-hambaNYA. Abang pulak, buat apa kat sini?"

"Ni first time aku datang sini. Cantik tempat ni, aku suka. Dah seharian aku cari kerja di bandar tu. Tapi, takde orang pun nak terima aku. Aku tau, aku ni hina. Tak layak nak buat kebaikan."

Zarqiyali diam. Dia tidak berniat untuk bertanyakan kisah silam Razi.

"Abang, nak dengar tak satu kata-kata yang akan menyenangkan hati abang?"

"Nak, nak. Apa dia?"

"Seorang ahli hikmah pernah ditanya : Apakah yang paling indah yang pernah kamu lihat?
Jawab ahli hikmah itu :Aku tidak pernah melihat apa yang lebih indah daripada seseorang yang melihat seluruh keaibanku, tetapi masih tetap menyayangiku. Itulah Tuhanmu, Allah...."

Razi tersentak " Allah............" Hatinya menuturkan kalimah agung itu.

"Ya, bang. sandarkanlah harapan pada Allah, Dia tidak pernah mengecewakan. Hina macam manapun kita, Dia tetap sudi memandang walau satu dunia menghina kita."

Razi menangis , terharu mendengar kalam yang begitu menyentuh hatinya. " Allah, terima kasih sudi bagi Razi peluang untuk terus bertaubat ."

"Jom, bang. Ikut saya balik rumah anak-anak yatim. Lagipun dah hampir maghrib. Boleh jemaah sekali di sana. Dan, moga-moga ada kerja kosong untuk abang di asrama kami nanti."

"Ok, dik. Jom."

"Eh, nama abang apa? Punyalah panjang berborak , nama abang pun saya tak tahu."


Razi tersenyum . "Panggil je, Razi."





Nota hamba : Kadang-kadang, saat kita lemah dan tidak merasakan ada yang sudi bersama kita, ada satu yang tidak pernah meninggalkan kita walau sehina apa pun kita kerana Dia menciptakan kita.Kerana kasihnya pada kita yang melebihi kasih ibu pada anaknya.

Dan kerana Dia, kita mampu tersenyum saat hati kita sarat denga kedukaan.

Dan, kerana Allahlah segala-galanya.

Selasa, 19 Mac 2013

Aku Di Tengah

Dua insan yang diuji dalam percintaan

Aku ditengah-tengah mereka.

Yang ini, bicaranya begini.

Yang satu lagi, bicaranya begitu.

Kudengar suara di telinga kanan berbisik "carilah cara, damaikan mereka"

Di telinga kiri, kudengar " Baguslah tu, kau jadilah batu api. Biar yang lagi satu tu benci kat dia. Dan, dia akan sayang kau lebih "

Aku masih sedar . Aku lebih menangkap apa yang dibisikkan di telinga kananku.

Aku tidak mahu jadi batu api untuk memusnahkan cinta mereka.

Biar mereka bercinta, aku bahagia melihatnya.

Hanya doa yang mampu aku titipkan. Moga kalian bercinta hingga ke syurga.

Cemburu ? Oh, mudah-mudahan tidak ada kerna aku menyintai kedua-duanya.

Walau aku tahu, aku lebih awal hadir dalam hidupnya berbanding dia.

Tapi, tidak mengapa, hati itu Allah yang pegang.



Nota hamba : Cinta itu sering teruji, bukan ? Hatta cinta kepada DIA pun . Apalagi cinta manusia yang hina .

Wahai kamu, aku tidak suka sebenarnya melihat kalian begini. Carilah solusi antara kalian, kerana solusi dari aku adalah doa buat kamu berdua agar bahagia hingga ke syurga .

Sabtu, 16 Mac 2013

Tak Berhenti Mencintaimu

Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang.


Doa is the best way to express our love .

I miss this boy!



Cousin, sister , my boy !

Budak lelaki itu, akrab dengan saya . 
Semakin berjauhan kami.
Ziqrillah, moga dalam lindungan Allah.


Nota hamba : Rindukan keluarga terutama adik-beradik y jauh di mata . Allah, saya ingin bersama mereka hingga ke syurga.

Selasa, 12 Mac 2013

Aku , Kau Berbeza .

Suatu petang di tepi pantai, di bawah pohon nan rendang.

Di dalam satu bulatan, semua mata tertumpu pada seorang sahabat yang meluahkan rasa cintanya untuk menghadiri semua majlis ilmu yang diadakan di surau-surau UniSZA. Cuma, terkadang, tidak semua majlis ilmu dapat dihadiri atas urusan-urusan dakwah yang memerlukan khidmatnya.

Dan, yang sedang berbicara ketika itu, sahabiah yang bukan daripada Fakulti Islam.

Saya ? Mendengar dengan teliti . Saya sangat faham perasaannya kerana saya juga bukan dari Fakulti Islam. Maka, saya tahu perasaan yang membuak-buak mahu menuntut ilmu-ilmu agama dengan secara bertalaqqi.

Kemudian, saya menyatakan persetujuan kepada kakak yang merangkap sahabiah dari Fakulti Islam ." Haah, lah kak. Saya setuju dengan dia. Student FKI dan student lain tak sama." Dalam hati, saya berharap dia mempunyai pendapat yang sama dengan saya. Namun, sebaliknya .

Jawabnya " Tak,lah dik. Kita semua sama je, takde beza pun budak FKI dengan budak kos lain."

Saya diam. Bukan tidak setuju seratus peratus, tetapi kurang bersetuju.

Ya, hakikatnya kita semua sama, baik kos pengajian Islam, atau sains . Di sisi Allah, nilaiannya hanya T.A.Q.W.A . Tetapi, yang membezakan kita adalah praktikalnya.

Tak apalah, bukan itu yang mahu dibahaskan.


Rasailah kemanisan meneguk ilmu, bagaikan orang yang sedang bercinta .Bercinta dengan buku
.....................................................................................................

Bersama beberapa sahabat FoodTech, saya melihat kesungguhan mereka untuk menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam.

Masing-masing bertanyakan berkenaan pengajian di pondok.

Masing-masing sudah jatuh cinta dengan kitab Al-Hikam. Dan tersangat jatuh cinta dengan kitab-kitab tasawuf.

Beruntungnya kami mempunyai sahabat-sahabat pengajian Islam. Dari mereka, kami mengenali banyak kitab-kitab ulama'.

Munyatul Musolli, Fiqh Manhaji, Al-Hikam, Bidayatul Hidayah, Ayyuhal Walad . Aduh, kalau mahu disenaraikan memang tak cukup ruang.

Ya, ilmu sangat penting dalam usaha memperbaiki ibadah, menangkis gangguan syaitan dan mendekatkan diri dengan Allah.

Moga Allah mudahkan urusan kita semua. Tuntutlah ilmu selagimana ulama'-ulama' ini masih dikurniakan nyawa oleh Allah . Sekurang-kurangnya, andai mereka pergi dahulu, kita sudah punya ilmu mudah-mudahan yang sahih untuk disebarkan pada umat akhir zaman ini. Bimbang, jika orang alim tidak ada, orang-orang jahil akan mengeluarkan fatwa sesuka hati dan menyesatkan umat Islam yang kian parah walaupun situasi ini sudah pun muncul. Tidak mahukah kita menjadi salah seorang penyelamat umat Islam ?

Menuntut ilmu, bukan hanya untuk kepentingan diri, bahkan umat sejagat.

You are what you read!

Read to lead !



Nota hamba : Kitab Al-hikam, kata seorang sahabiah saya, kitab yang sangat tinggi. Aduh, kata-kata Ibn Athaillah seringkali menjadi pengubat di hati.

We're falling in love with knowledge ! Beruntunglah mereka yang menuntut ilmu agama, jangan sia-siakan peluang yang orang lain tidak dapat.

Seringkali pelajar fakulti Islam memandang tinggi pada pelajar jurusan sains kadang-kadang disebabkan English yang dituturkan. Tapi, ketahuilah, kami memandang tinggi pelajar-pelajar jurusan agama kerana ketinggian ilmu yang kalian miliki dan juga bahasa Arab yang dipelajari.

Bahasa Arab bahasa syurga, bahasa Inggeris bahasa dunia sahaja .


Mana yang kekal, dunia atau syurga ?

Selasa, 5 Mac 2013

Cinta Hatiku

بشرى لنا نلنا المنى
زال العنى وافى الهنا
والدهر أنجز وعدنا
والبشر أضحى معلنا

يا نفس طيبي بالاقا
وعين قري أعونا
هذا جنال المصطفى
أناره لاحت لنا

يا طيبة ماذا نقول
وفيك قد حل الرسول
وكلنا نرجو الوصول
لمحمد نبينا


يا روضة الهادي الشفيع
وصاحبيه والبقيع
اكتب لنا نحن الجميع
زيارة انبينا


حيث الأماني روضها
قد ظل حلو المجتنى
وبالحبيب المصطفى
صفا وطاب عيشنا

صل وسلم يا سلام
عاى النبي بدر التمام
والآل والصحب الكرام
صلى عليهم ربنا


Bushra lana - Glad tidings
Traditional qasida

Glad tidings for us, we have attained our highest wish
troubles have ceased, and well-being has come.
Destiny (or: history) has delivered what was promised,
and joy has become manifest everywhere.

O soul, enjoy the pleasaure in the meeting
O eye, feel comfort
This is the beauty of the Chosen one
His lights shine over us.

O blessed earth - we have no words -
in which the Messenger rests!
We all wish to be united
with Muhammad, our Prophet.

Oh garden (Rawda) of the Guide and Advocate
And his two companions, and al-Baqi3!
(O Lord) ordain for us all
that we may visit our Prophet.

After satisfying the longing
remains the sweetness of what was harvested
Thanks to the Beloved and Chosen One
our lives become good nad pure

Send blessings and peace, O Lord of Peace,
Upon the Prophet, the fullmoon of perfection
And upon his Noble Family and Companions
Send blessings over them, o our Lord.


Nota hamba : Saya sangat jatuh cinta dengan Qasidah dan selawat-selawat.

Antara Qasidah yang sangat saya gemari :

* Qasidah Al-Jalaliyyah
*Qasidah Innal HabibalMustafa
*Qasidah Solatun BissalamilMubin
*Qasidah Allahu Allah (Qad Kaffan)
*Qasidah Allah Allah Aghisna Ya Rasulullah
*Qasidah Saaltullah
*Qasidah Alfa Salallah
*Qasidah ya Hanana
*Qasidah Ya Badratim
*Qasidah Ya Thoibah
*Qasidah Tolamal Ashku Ghoromi
*Qasidah Bushra Lana


Lirik-lirik Qasidah sangat menyentuh hati, itu yang membuatkan saya jatuh cinta padanya. 

Nasyid tetap di hati, tapi dah jatuh nombor 2 :)


Betullah, dengan adanya Qasidah dan selawat-selawat ini, manusia akan sentiasa merasai kehadiran Rasulullah di sisi, bukan ketika Maulidur Rasul sahaja .

Wahai Rasulullah, Ibn Abdillah , terimalah kami sebagai umatmu walau kami ini hina .

Ahad, 3 Mac 2013

Aku Ditolak .

Furqan memandang temannya yang sedang asyik mengelamun di tepi tingkap rumah mereka.

Perlahan-lahan, dia menghampiri. Tidak mahu mengejutkan sahabatnya secara terperanjat, maka dihulurnya salam , "Assalamualaikum , Fariq . Jauhnya berjalan . Dah sampai mana ? Korea ?"

"Eh, Furqan . Waalaikumsalam . Takde,la. Baru sampai Lahad Datu je." 

Furqan tersengih . "Bagus sahabat aku ni, cakna isu-isu semasa."

Fariq tersenyum. "Dari mana?"

"Baru habis meeting  Daurah Baitul Muslim untuk minggu ni. Kau daftar tak nama untuk daurah ni?"

Fariq hanya menggeleng.

"La, pasai apa tak hantaq nama? Nanti aku masukkan nama kau ea ?"

"Eh, taknak,lah. Tak payah, tak payah susah-susah ea....aku malas, la . Takde mood nak cerita pasal ni."

"Hm, maaf. Kau ada masalah ke, Fariq? Tak nak share dengan aku?"

"Aku ditolak." Perlahan Fariq menuturkannya.

"Apa dia? Aku tak dengaq."

" A-ku-di-to-lak."

"Serius?"

"Muka aku ni macam muka tengah buat lawak,ke?"

"Sorry, sorry . Tapi siapa yang tolak kau? Sakit tak? Kau jatuh kat longkang mana?"

"Kau ni pun, tembak aku bertalu-talu dengan peluru soalan. Kalah perempuan."

Furqan tersengih . Dia memang sangat cakna dengan sahabatnya yang seorang ni. Sahabat yang merangkap sepupunya sendiri.

"Dey, aku gurau, je la. Aku kan penglipur lara kau . Aku faham la maksud kau ditolak tu. Tapi siapa yang tolak jejaka hensem dan soleh macam kau ni?"

"Haha, hensemlah sangat! Soleh,la sangat! Kalau kau , aku setuju . Soleh, hensem , kaya ...macam-macam ada.."

"Alhamdulillah, kau pun apa kurangnya. Merendah diri pula..Habaq,mai la siapa dia?"

Tunduk. Fariq malu sebenarnya mahu memberitahu kisah penolakan itu kepada Furqan. Namun, digagahkan juga bibir menyebut nama muslimat yang menolaknya.

"Hm...nama dia Fatimah Sufiyyah."

Furqan sedikit terkejut. Fatimah? Allah, aku minta maaf Fariq . Monolog Furqan di dalam hatinya.

"Kenapa diam?" Fariq bertanya .

"Hm, berat pula rasa nak bagitahu kau pasal ni...."

"Kenapa? Kenapa? Kau dah taqdim Fatimah ke?"

"Allah, mana ada . Aku belum fikir masak-masak soal Baitul Muslim ni. Cuma, aku nak bagitahu kau, Fatimah tu dah dirisik muslimin lain."

"Mana kau tahu, Fur?"

"Aku kan spy..haha, takde,lah. Aku rapat dengan muslimin tu, sahabat baik kita, la. Tapi, aku harap tak rosak ukhuwwah kau dengan dia disebabkan seorang muslimah."

"Aku redha, Fur. Pasti ada hikmah. Siapa orangnya? Bagitahulah, aku boleh terima, insyaALLAH."

" Ridhauddin ." Ringkas Furqan membalas .

"Allah......" Hanya itu yang mampu dibalas Fariq.

"Kenapa, Riq?"

"Kau nak tahu, waktu aku melamar Fatimah, Ridhauddinla yang aku ajak untuk temankan aku. Bukan aku tak nak ajak kau, tapi waktu tu, kau balik rumah. Takpe,la. Bukan rezeki dan jodoh aku . Dan,aku tak anggap pun ni macam kes tikam belakang kawan, sebab pilihan ada pada Fatimah."

" Alhamdulillah, aku harap kau tak down sebab soal ni....Allah masih beri kita peluang yang banyak untuk kita perbaiki diri sebelum bergerak ke arah itu. Bukan soal sedia atau tidak, yang penting kau sudah berusaha. Bunga bukan sekuntum, kan?"

"Ya, sayang . Tapi, kumbang bukan seekor juga ."

Mereka gelak . 

" Meh, sini abang sayang, aku nak bercerita pasal Salman Al-Farisi."

"Sayang, wek!! Nak mutoh ambo dengar..."

"Ala, tak payah nak muntah sangat,la..."

Kisahnya....................



_______________________________________________


Salman al Farisi adalah salah seorang sahabat Nabi saw yang berasal dari Persia. Salman sengaja meninggalkan kampung halamannya untuk mencari cahaya kebenaran. Kegigihannya berbuah hidayah Allah dan pertemuan dengan Nabi Muhammad saw di kota Madinah. Beliau terkenal dengan kecerdikannya dalam mengusulkan penggalian parit di sekeliling kota Madinah ketika kaum kafir Quraisy Mekah bersama pasukan sekutunya datang menyerbu dalam perang Khandaq.


Berikut ini adalah sebuah kisah yang sangat menyentuh hati dari seorang Salman Al Farisi: tentang pemahamannya atas hakikat cinta kepada perempuan dan kebesaran hati dalam persahabatan.


Salman Al Farisi sudah waktunya menikah. Seorang wanita Anshar yang dikenalnya sebagai wanita mu’minah lagi shalihah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai pacar. Tetapi sebagai sebuah pilihan untuk menambatkan cinta dan membangun rumah tangga dalam ikatan suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya. Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khithbah, pelamaran.

Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada shahabat Anshar yang telah dipersaudarakan dengannya, Abu Darda’.

”Subhanallaah. . wal hamdulillaah. .”, girang Abu Darda’ mendengarnya. Keduanya tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka setelah persiapan dirasa cukup, beriringanlah kedua shahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang shalihah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abu Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar putri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abu Darda’ berbicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”menerima Anda berdua, shahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang shahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.”

Abu Darda dan Salman menunggu dengan berdebar-debar. Hingga sang ibu muncul kembali setelah berbincang-bincang dengan puterinya.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi karena Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap ridha Allah saya menjawab bahwa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.”

Keterusterangan yang di luar kiraan kedua sahabat tersebut. Mengejutkan bahwa sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya. Bayangkan sebuah perasaan campur aduk dimana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesadaran. Ya, bagaimanapun Salman memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya.

Namun mari kita simak apa reaksi Salman, sahabat yang mulia ini:

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Betapa indahnya kebesaran hati Salman Al Farisi. Ia begitu faham bahwa cinta, betapapun besarnya, kepada seorang wanita tidaklah serta merta memberinya hak untuk memiliki. Sebelum lamaran diterima, sebelum ijab qabul diikrarkan, tidaklah cinta menghalalkan hubungan dua insan. Ia juga sangat faham akan arti persahabatan sejati. Apalagi Abu Darda’ telah dipersaudarakan oleh Rasulullaah saw dengannya. Bukanlah seorang saudara jika ia tidak turut bergembira atas kebahagiaan saudaranya. Bukanlah saudara jika ia merasa dengki atas kebahagiaan dan nikmat atas saudaranya.

“Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya.” [HR Bukhari]

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil hikmah dari kisah Salman ini.[zilzaal]





Nota hamba : Pernah ditolak ? Sakit bukan?

Tapi, lebih perit jika cinta kita pada Allah ditolak !

Orang kata, jatuh cinta lebih sukar dan pedih berbanding jatuh longkang.

Tapi, jatuh kita kerana cinta nafsu itu lebih tersangat pedih rasanya!


Ini bukan disebabkan mood final year , tetapi disebabkan ramai yang diuji dengan cinta .
That's why I chose to write about this.

Yakinlah, ditolak pertama kali mungkin sebab Allah nak bagi yang lebih baik!


:: Dan, buatmu sahabat, i'm happy for you!"::

Bila nak nikah? Soalan tu memang akan ditanya berulang kali ke, especially untuk final year student?

Nikah bukan main-main, penuh dengan tanggungjawab!




h.a.m.b.a
030313
20 Rabiulakhir 1434 H
Berusaha mengumpul koleksi buku UPMJ.

Jumaat, 1 Mac 2013

Guru Cintaku

Cinta .

Cinta itu luas,kan teman-teman ?

Saat ini, hati disapa rindu yang teramat pada dia, dia , dia dan dia .

Dia . Siapa dia ?

Entah, sesiapa sahaja yang singgah di ruang hati saat ini.

....................................................................................

Tahun akhir menuntut diri ini memberi komitmen pada banyak perkara .

Hampir setiap hari , diri perlu ke makmal bagi meyiapkan FYP.

Dalam keletihan, terselit rasa bersyukur sebab sudi Dia memberi keizinan pada saya merasai bagaimana menjadi seorang saintis .

Menjadi seorang saintis itu tidak semudah memetik jari, bahkan menuntut kesabaran yang tinggi .

Buat eksperimen kali pertama, tak jadi, cuba lagi. Kali kedua, tak jadi, cuba lagi .

Gagal, cuba, gagal, cuba sehingga berjaya .


...............................................................................

Sahabat, satu nama yang sangat saya gemari. Bahkan menyanjungi dalam diam .

Biar mereka tidak tahu bagaimana rasa cinta dan sayang pada mereka kerana saya lebih gemar begini.

Sayang dalam diam . Cinta dalam diam .

Sahabat itu ramai, dan saya pasti setiap orang pasti ada sahabat yang paling istimewa di hatinya.

Saya ? Biar hati sahaja yang menjawabnya .

Kerana hati kita lebih kenal siapa yang lebih dekat dengannya .

..............................................................................

Ramai sahabat yang diuji dengan kesakitan . Saya tahu, kalian insan terpilih , insyaALLAH.

Allahuyashfik!





Nota hamba : Sejak akhir-akhir ini, banyak berbicara soal politik . Bagus, saya sangat suka anak muda cakna pasal negara .

Bertambah lagi permintaan daripada seseorang minta dicarikan jodoh untuknya . Aduhai, saya tidak menyempat-nyempat untuk menunaikan permintaan kalian kerana kesempitan waktu .


Saya rindu pada dia , sangat-sangat . Allah, pertemukanlah kami .

# Nak balik rumah #




h.a.m.b.a
18Rabiulakhir1434H
1313
Guru Cintaku, Allah !



 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger