Rabu, 15 Jun 2011

Dalam Dilema



Saya dalam dilema

Dan saya yakin anda semua juga dalam dilema

Apa pasal tiba-tiba cerita pasal dilema ni?

Senyum sebentar :)

Sebenarnya anda dan saya dalam dilema cinta

Cinta?

Ya, cinta. Bukankah semua orang sedang bercinta dan sangat suka perkataan C.I.N.T.A?

Saya nak tanya, siapa tahu akronim cinta ini membawa makna apa?

Jom kita tengok apa makna CINTA yang sebenarnya 

C- Cinta
I- Ikut
N-Nabi
T-Taat
A-Allah

Makna cinta ini sangat bertepatan dengan firman ALLAH dalam Surah Ali-Imran :

"katakanlah (Muhammad) Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.ALLAH maha pengampun, maha penyayang."

Jangan tak tahu, ni doa pengasih tau :). siapa-siapa yang ingin memperatkan kasihnya dengan sesiapa sahaja, silalah amalkan doa ni. insya ALLAH, berkesan.

Saya nak memperkenalkan anda satu lagu "Dilema Cinta Ilahi" nyanyian Forheart.

Terima kasih pada Cik Iman sebab kenalkan saya dengan lagu nsayid ni.

Hayati lirik lagu ni dan ada mesej yang ingin disampaikan melalui lagu tu.

puasku coretkan kata cinta ini
beriringan kata seindah bicara
lautan api telah pun ku selami
namun geloranya tetap sama

oh Tuhan, di manakah cintaMu
oh Tuhan di manakah rinduMu
dan ke manakah redhaMu
ke manakah restuMu

dilema cinta ini 
merunsingkan hatiku
kuharapkan cinta MU Ilahi

dilema cinta ini
merunsingkan hatiku
hanya tuk dapatkan rahmat dariMU


Itulah yang ingin saya sampaikan kepada kamu semua.
Saya, kita semua dalam dilemma cinta Ilahi. Bila saya renung balik lirik lagu tu, terdetik di hati saya “betul juga tu”.
Apa yang betul?
Kita ini hamba, dan kita berusaha untuk mencapai cinta Sang Khaliq
Puas sudah kita melaung-laung kata cinta.

"Aku cinta ALLAH"
"Aku sayang ALLAH"
"Wo ai ni, ALLAH"
"Sarang hae yo, ALLAH"
"Aii shite ru, ALLAH"
احبك, ALLAH
"I love you, ALLAH"

Tapi, kenapa cinta itu belum masih bertamu di hati?
Kenapa hati masih tidak merasakan manisnya cinta itu?
Penat kadang-kadang menunggu cinta itu datang sehingga kita sendiri tewas
 Perlu diingat, cinta itu perbuatan
Apa kata orang putih “love is a verb”

Cakaplah cinta sebanyak mana sekalipun, kalau kita tak buktikan dengan amalan-amalan , macam mana kita nak tahu sejauh mana cinta kita terhadap ALLAH?

Mari kita renungkan kata-kata Abdullah Mas’ud :

                "Janganlah salah seorang di antara kamu bertanya tentang kecintaannya kepada ALLAH, akan      tetapi hendaklah ia lebih dahulu bertanya tentang sejauh mana kecintaannya kepada al-quran  kerana sejauh itu kamu mencintai al-quran, maka sejauh itu pulalah kamu akan mencintai allah dan sebanyak apa kadar kecintaanmu kepada al-quran, maka sebanyak itu pulalah kecintaanmu kepada ALLAH”

Jadi,sebelum kita nak mencintai Allah, kita perlu mencintai Al-quran
Saya menyeru diri saya dan juga semua, kadang-kadang kita ni sibuk menyeru orang lain membuat kebaikan dan berusaha untuk menyentuh hati orang lain dengan kata-kata nasihat daripada mulut kita.Tapi, sedarkah kita, bagaimana mungkin kita mampu menyentuh hati orang lain sedangkan hati kita sendiri juga tidak tersentuh dengan kalam Allah? Susah betul nak menangis bila baca Al-Quran. Tapi, kalau baca novel sedih sikit, tengok Hindustan atau drama-drama sedih, alahai, cepat pula touching.

Saya sangat tertarik  dengan kata-kata Imam Ghazali :

                ‎"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam         kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata,"Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu"

Saya rasa tepat sekali apa yang disampaikan oleh  Imam Ghazali. Sebaik-baiknya bila ada yang bertanya kepada kita :”eh, awak cinta ALLAH tak?”, lebih baik kita diam. Sebab nak jawab ya, serba salah.nak jawab tak, eh, tak patutla pulak.Hanya hati kita sahaja yang tahu sejauh mana kita mencintai Allah.

Kalau difikir-fikir balik, pasti secara spontan kita akan menjawab :”la, mestilah cinta.

Dan untuk mereka yang telah, sedang dan pernah mengecapi cintaNYA, hayatilah kata-kata Syeikh As-Syibli ini :
                Apabila engkau telah mengecapi manisnya berhubung denganNYA pasti kamu mengetahui    betapa pahitnya terputus hubungan denganNYA

Sincerely said, i'm not the right person to talk about this great LOVE.
Just wanna share somethin' with you
Sharing is caring :)

Nota hamba : Ya  Allah, kami sering terjatuh dalam mengejar cinta MU.Puas sudah kami berusaha, tetapi tidak ketemu, mengapa Ya Allah? Mungkinkah disebabkan dosa-dosa kami yang menyebabkan terhijabnya hati kami untuk merasa nikmatnya cintaMU? Bantulah kami Ya Allah, kami tak mampu meneruskan hidup tanpa cintaMU. Tariklah, cabutlah daripada hati kami dosa-dosa yang membelenggu diri kami ini sebelum Engkau menarik nyawa kami.

Ighfir zunubana, Ya Allah.....















Rabu, 8 Jun 2011

Jangan Benci Dia



Mari sama-sama kita beristighfar kepadaNYA atas segala dosa yang kita lakukan.
Teringat status di facebook saya satu ketika dulu :

Agak-agak kalau timbang dosa-dosa kita,penimbang pun pecah sebab overload..
tapi,kalau timbang pahala kita,jarum penimbang pun tak bergerak dek kerana tak terasa langsung timbangannya.dosa kita memang lagi banyak dari pahala, tapi rahmat ALLAH lagi banyak dari dosa kita.bertaubatlah selalu..

Begitulah kita yang bergelar hamba, tidak sunyi daripada melakukan dosa.
Dosa itu memang tidak boleh dilihat sebab itu ramai yang masih melakukan dosa termasuk diri saya juga
Sama ada dosa kecil atau besar.
Tapi, bersyukurlah andai masih diberi kesempatan untuk melihat dosa dan aib sendiri
…………………………………………………………….

Saya tahu sudah beribu-ribu kes buang bayi ni terutamanya bayi luar nikah.

Hari ni saya tergerak nak tulis tentang GS ni.

GS? What was that? Gila seks?

Nonsense.

GS-golongan suci

Bayi luar nikah memang dah terlalu banyak
Ada yang dibunuh sebaik sahaja dilahirkan
Ada yang dibuang. Kalau selamat, diserahkan ke rumah kebajikan
Kalau tak selamat, dihantar ke liang lahad.

Bila difikir-fikir balik, ada hikmah juga ada baiknya golongan suci ini diambil nyawanya ketika masih bayi. Kalau tidak, Malaysia ni penuh dengan anak yang tidak berdosa akibat perbuatan zina.
Mereka memang tidak salah, tetapi mungkin akan membawa kesan kepada generasi akan datang.
Tetapi, ada juga anak berwajah suci ini yang diberi kesempatan oleh ALLAH untuk menjalani kehidupan seperti insan lain yang lahirnya daripada perhubungan yang sah.

Saya mengenali seseorang yang lahirnya hasil daripada perhubungan haram.
Bila disebut sahaja anak luar nikah, pasti saya terbayang wajahnya.
Comel sangat-sangat

Sungguh, melihat wajahnya, saya jadi sayu kerana dia tidak tahu asal usul diri dia.
Dia tidak tahu bahawa dia adalah anak luar nikah
Dan dia tidak pernah tahu siapa ibu bapanya.

Setiap kali saya bertemu dengan dia, ingin rasanya saya peluk dia,tetapi apakan daya, pastilah pengasuh dia tersangat pelik kenapa saya sangat sayang pada dia.
Berbicara dengannya, saya jadi seronok.Petah orangnya.

Pernah satu ketika saya menyuruh dia baca muqaddam, Alhamdulillah lancar walaupun pelat-pelat sedikit.

Pernah juga satu ketika, dia dirotan pengasuhnya kerana tidak solat.
Makcik, dia masih kecil. Sayu hati saya melihat dia dirotan sebegitu.
Tak tahan melihat dia menahan kesakitan, saya mengajak dia ke bilik air untuk ambil wudhu’.
Dan, saya sendiri menangis melihat dia. Dan dia bertambah-tambah tangisannya melihat saya juga menangis. Akhirnya, dia solat dalam keadaan dia menangis.

Ya ALLAH, dalam hati saya terdetik, betapa mulianya engkau di sisi ALLAH, sabarlah dik.
Waktu nak balik, saya usap kepala dia, dan renungan matanya seolah-olah memberitahu :”akak, nanti datang lagi”
Dan waktu saya ziarah dia minggu lepas, dia nampak seronok bila nampak saya dan adik saya.
Satu kelebihan yang saya nampak pada dia, dia sangat cepat menguasai sesuatu ilmu yang diajarkan.
Terdetik juga di hati saya, mujur kau ni lelaki, kalau perempuan, esok nak nikah, mesti susah.
Saya tidak tahu apa perancangan ALLAh untuk dia kelak.

Ya ALLAH, bekalkan di dadanya hikmah dan iman yang tinggi.dan temanilah dia dalam mengharungi jalan kehidupan ini.
Tapi, ada juga insan yang tidak menyukainya.
Apa salah dia?
Dia tidak berdosa. Mereka tidak berdosa.
Yang berdosa itu mereka yang telah melahirkan golongan suci ini kerana terlalu mengikut hawa nafsu.
Pinta saya, jangan benci dia.

Kamu tahu, ayuh kita koreksi diri sebentar

Bandingkan diri kita dengan mereka

Kita ini dilahirkan hasil penyatuan yang sah antara ibu bapa kita
Terhormatnya kita kerana taraf kelahiran kita halal

Sedangkan mereka, dilahirkan daripada insan-insan yang menjadikan nafsu sebagai tuhan
Hinanya mereka di sisi manusia kerana taraf kelahiran mereka haram

Tapi, sedarlah..

Mereka mulia di sisi ALLAH
Kita yang halal ni lebih hina daripada mereka yang haram sekiranya kita bermaksiat pada ALLAH
Jangan pernah bangga dengan taraf kita sekiranya hidup kita sendiri bergelumang dengan perkara-perkara haram [nauzubillahminzalik]

Kasihanilah mereka, sudahlah dilahirkan tanpa taraf yang sah, andai tidak diberikan didikan yang baik,lagilah kasihan.
Ya ALLAH, kasihanilah golongan suci ini. Pimpinilah mereka ke jalan kebenaran.Jangan engkau biarkan mereka keseorangan mengharungi kehidupan ini, ya ALLAH.

p/s : Alfatihah untuk bayi-bayi comel yang suci ini. Amanlah dikau di sana.
ALLAH lebih menyayangimu

Rabu, 1 Jun 2011

Express Your Love , Dear

In the name of ALLAH most gracious and most merciful

Peace be upon to you..

For you, my sahabat..

If you have sahabat

Don't be afraid to tell them that you admire or love them


If you love anybody

why not say so?

if you enjoy anyone's company

why not say so?

it costs you nothing

it may mean everything to your sahabat 

and your ukhuwwah

Ukhuwwah is no one-sided affair

but an exchange of soul qualities

there can be no ukhuwwah without reciprocity

one cannot receive all and give nothing

or

give all and receive nothing

and

expect to experience the joy

and 

fullness of true companionship

Saat ini, hati diserang rasa rindu yang teramat sangat pada sahabat-sahabat.

Bergenang air mata terkenangkan sahabat-sahabat.

Hanya doa rabitah pengikat hati kita


Lafazkan cinta pada sahabat-sahabat yang dikau kasihi kerana ALLAH

Tapi, sahabat aku mohon maaf kerana aku tidak mampu melafazkan kata cinta itu

Dan aku yakin dikau memahami diriku


 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger