Selasa, 29 Oktober 2013

Ubah Atau Rebah !

"Berubahkah aku , hanya bila ada sesuatu....."

Sepotong lirik lagu Berubah nyanyian Edcoustic.

Kelmarin, sedang santai-santai di waktu petang, handset saya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Melihat nama yang tertera pada skrin handset, saya gembira. Satu nama yang sekian lama saya nantikan , dan satu wajah yang sangat rindu untuk saya tatap.

Membaca mesejnya, saya dapat membayangkan dia sedang berbicara dengan nada yang lembut.
"Aira pernah dengar tak ayat ni - masa kosong tu, jalan membuka kemaksiatan"

Allah. Nasihat yang sangat berguna saat diri ini memang sedang diuji dengan masa kosong, masa senggang.

Dan, saya teringat " pemuda itu ibarat tin kosong. Jika kamu tidak mengisi, kamu akan diisi"


Dahlah, aku nak jadi baik.
Memang susah, tapi aku nak cuba!


Aku memang nak berubah, ya Allah.
Sementara nyawa masih belum tiba di tenggorokku.



Kerana Dia, aku harus kuat.
Hidup ini,kan kerana Allah semata-mata.



Dalam kitab Mukashafah Al-Qulub karangan Imam Ghazali ada tertulis ;

Daud At-Tha'i memencilkan diri dari manusia. Ketika ditanya, dia berkata. " Apa perlunya bergaul dengan orang yang merahsiakan akan celaku."

Sufyan At-Tsauri mengatakan " Yang paling berat bagiku adalah mengubati nafsuku. Kadang-kadang terasa manis, dan kadang-kadang juga terasa pahit."

Yahya bin Muaz Ar-Razi mengatakan " musuh manusia itu tiga ; Dunia, Syaitan dan nafsunya."
"Hadapilah dunia dengan zuhud, Syaitan dengan menentangnya, Nafsu dengan meninggalkan syahwat."


Ubah sementara masih ada masa
atau
Rebah saat ajal menjelma.

Nota hamba : 23 Tahun sudah aku mendiami bumi Allah. Dan, sudah lama aku meninggalkan jalan perjuangan. Untuk istiqamah dalam perjuangan, aku perlukan kekuatan, kekuatan yang perlu dibina, dan dikurniakan Allah. Dan, istiqamah itu satu nikmat dariNya.

Dan, hati yang payah merasa sayang, saat dia menyayangi, dia akan sayang sepenuh hati.
Dan, saat hati batu itu terluka, untuk sembuh, ambil masa yang panjang.

# InsyaAllah, saya akan mengurangkan post-post berkenaan diri. dan, andai saya ter-post, mohon teguran kalian. Dan, doakan saya menyiapkan beberapa cerpen yang tergendala. Mohon doakan saya juga dipermudah urusan dunia akhirat.#

Memberi tanpa menerima, itulah Tuhan kita, Allah swt.
Memberi  tanpa menerima. Saat hati goyah, mengharapkan apa yang diberi ada sedikit ganjaran dari manusia.
Ya, kita manusia. Bukan Tuhan. Tapi, tidakkah kita mahu mengambil contoh sifat Ar-Rahman itu ?

Isnin, 21 Oktober 2013

Insan Berjiwa Hamba






"Barangsiapa yang mengharapkan kawan yang tidak ada kekurangan, nescaya dia akan hidup keseorangan. Barangsiapa mengharapkan isteri yang sempurna, nescaya hiduplah ia membujang.
Barangsiapa mengharapkan teman tanpa masalah, nescaya hidup terus dalam pencarian.
Barangsiapa mencari kerabat yang sempurna, nescaya hidup dia dalam keadaan memutuskan silaturrahim"



Berpura-pura gembira bila dalam kesakitan 
menunjukkan anda seorang yang sangat tabah.

Tumpahkan air matamu di hadapan Dia.
Curahkan isi hatimu di hadapan Dia

Duhai, diri.
Sabarlah dalam bersabar.
Aku tahu, kamu letih.

Cukuplah Allah mengerti.

Mujahadah untuk peroleh sebuah hidayah!
Mujahadah untuk pelihara sebuah ukhuwah!
Mujahadah hingga kau peroleh Jannatullah!

Senyumlah, Allah ada untuk kamu.

Allah, itsumo aishiteru.
Odaiji ni, sensei!

Khamis, 17 Oktober 2013

"Aku Tinggalkan Dia"


“Aku dah tinggalkan dia”. Lemah suara Munzeer kedengaran.

“Sejak bila……?” Muslim bertanya.

“Entah, aku pun tak sedar…”

“Tapi, kenapa kau tinggalkan dia?”

“Sebab aku rasa aku tak layak untuk dia…”

“Sampai hati kau…dia setia sangat dekat kau…”

“Aku ni jahat,rasa tak layak nak dapat cinta dia. Dia terlalu baik …aku memang tak boleh..”

“Tapi, dia dah lama tunggu kau….”

Munzeer memandang sahabat baiknya, Muslim untuk memohon kepastian.

Muslim mengangguk.

“Zeer, aku malu dengan dia………”

Matanya sudah mula bergenang. Pandangannya berkaca-kaca. Akhirnya tumpah.

Muslim mengesat air mata sahabatnya itu.

“Air mata penyesalan akan membantu kau di akhirat kelak…”

“Dia sayang aku,kan Lim?”

“Ya, bukan dia je. Aku pun sayang sangat kat kau. Jom , ikut aku."

“Pergi mana?”

“Rumah dia, nak minta maaf….”

Munzeer mengangguk tanda mengiakan saranan sahabat baiknya.

Dalam hatinya “ Dia, Tuhanku. Allah tak pernah tinggalkan aku. Tapi,aku yang selalu tinggalkan Dia. Terima kasih, ya Allah. Terimalah aku kembali, aku menagih cintaMU biar aku terasa terlalu tidak layak untuk cinta suci  itu.”



Nota hamba : Terlalu banyak perkara yang terjadi membuat aku bermuhasabah kembali.
Tidak apa, pujuk hati. Bukan rezeki kau, tetapi rezeki yang Allah simpan untuk mereka.
Senyum, Aira .

Tatkala rezeki dirasakan mahal, sedang orang lain kelihatan murah
Usah mudah berprasangka buruk terhadap DIA
Usah mudah berhasad dengki dengan manusia
Mungkin , ada urusan yang belum selesai antara kita dan DIA, kita dan dia.

Ada dosa yang menjadi penyebab rezeki menjadi mahal, doa murah rezeki terhijab.

Kembalilah kepada Dia.
Allah tak pernah tinggalkan kita,
Kita yang semakin menjauh dariNya.

Isnin, 7 Oktober 2013

Kita Punya CSR .

CSR .

Siapa pernah dengar tentang CSR ni ?

Waktu saya final year, dalam lecture Encik Zainal (KJ Teknologi Makanan), dia kerap sebut soal CSR ni.

Dan, waktu lecture Food Forensic yang diajar Madam Fahirah , ada subtopic yang bertajuk CSR .
Fuh! Letih belajar undang-undang manusia. Undang-undang Allah memang terbaik, la!

Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak tahu tak apa dia CSR tu ?

CSR stands for Corporate Social Responsibility.

________________________________________________________

Saya pun ada CSR tau.

Nak tahu ? Ha, tepuk tangan dulu, adik-adik. Eh, pak cik pun ada ? Bagus-bagus, pak cik tepuk kuat sikit ya. Ini khas untuk pak cik.

CSR saya, istimewa. Dan, bukan saya sahaja yang ada, tapi anda semua.

Cinta . Sayang . Rindu .

Anugerah terindah dari Ilahi.

Tapi, cinta , sayang , rindu itu berbeda tingkatannya.

Dan, antara ketiga-tiganya itu, sudah tentulah, cinta tahap yang paling tinggi.

Yang sudah punya rasa cinta, pasti sudah punya rasa sayang dan rindu.

Sebab sebelum sampai tahap cinta, pasti berputik rasa rindu dan sayang terlebih dahulu.

Dalam apa jua hubungan, rangkumlah cinta, rindu, dan sayang . InsyaALLAH , kamu akan dekat dengan pencipta rasa-rasa itu.


Kata Ustaz Syed NorHisyam Tuan Padang : "Cinta yang tulus ialah cinta kepada pencipta cinta. Allah yang kurniakan rasa cinta dalam hati kita"

Dan, sudah pasti juga tahap cinta yang punya urutannya.
Allah , Rasulullah , Ibu Ayah , Keluarga , Sahabat-sahabat dan seterusnya.
_____________________________________________________

Lafaz Yang Tersimpan

Semalam, berborak dengan kakak saya yang dipanggil kaklong.
Saya memang rapat dengan dia, memandangkan jarak usia kami hanya berbeza setahun.

Semalam, tiba-tiba dia berkata " Kaklong, kan..bukan tak sayang mak dengan abah, tapi entahlah tak reti nak cakap depan-depan. Kalau dalam mesej tu, bolehlah ..."

Saya laju memintas cakapnya "la, angah pun sama. adik-beradik kita ni, long memang semua macam tu..mak dengan abah pun sama...tak reti cakap sayang depan-depan..."

"Kaklong ni, kalau cakap dekat adik-adik, ok lagi...tapi kalau depan mak abah memang tak reti.dengan kawan-kawan pun, kaklong bole je cakap sayang..."

"Ok,la juga..angah ni, kalau dengan kawan-kawan pun, memang susah....takpe,la..love is a verb, not only a word, tapi kena luah jugaklah sebelum ia menjadi lafaz yang tersimpan..."

"Amboi...."

"Eh, tu bukan lagu jiwang tau. Tu lagu UNIC, tentang mak ayah. Cuba dengar balik lirik dia, hayati...."

"Yelah, nanti kaklong dengar balik."

Sayang , jika benar cintamu padaku itu benar, ingatkan aku kepada DIA.
Ekspresikan rindumu dalam setiap doa.
Moga Allah temukan kita di syurga.


_____________________________________________________

Love Is A Verb , Not Only A Word

Cinta itu satu perbuatan bukan sahaja perkataan.

Ada orang mampu menuturkan kata-kata cinta, tetapi tidak menterjemahkannya dalam bentuk perbuatan.
Sekadar kata-kata manis "Aku sayang kamu. Sarang hae yo. Sarang burung ?"

Ada orang , tidak mampu menuturkan kata-kata cinta, tetapi mampu menterjemahkannya dalam bentuk perbuatan.

Ya, walk your talk!

Kalau cinta, buktikan. Bukan sekadar berkata-kata.

Bicara soal ini, jadi teringat satu entry lama saya berkenaan ini.

Ya, kalau cinta, buktikan cintamu. Jangan sekadar pandai menyusun bicara.

Jangan pendam cintamu, luahkan.

Luahkan dan buktikan . Itu cinta sebenar.

Luahkan dengan kata
Buktikan dengan bergaya.

Ceh, falsafah!

Jika kita cinta pada Rasulullah saw, bukan sekadar berkata "aku cinta kamu, duhai Rasulullah", tetapi terjemahkannya dalam kehidupanmu dengan pengamalan sunnah-sunnah baginda.

Tembakan doa yang bertalu-talu untuk mereka yang kita sayangi juga bukti kita cintakan mereka, sebab lewat sujud kita, nama mereka ada dalam doa kita.

Sungguh, aku menyintai kalian .

______________________________________________________

Jangan juga ketidaksukaanmu, kegelianmu, dan ketakutanmu terhadap binatang/ haiwan mendorongmu untuk memijak, menyepak dan membunuhnya melainkan jika ia benar-benar mengancam kamu.

"Please, janganlah ajar anak-anak sepak kucing. Kasihan pada kucing"

Cinta , sayang dan rindu bukan hanya pada yang bernama manusia, tetapi juga haiwan, tumbuhan dan yang utama sekali, Allah yang mencipta cinta .



Nota hamba : Di kampung, banyak sangat haiwan yang dipelihara.
Ada sekumpulan lembu. Seekor itik yang hodoh dan dipinggirkan . Ada dua ekor angsa yang garang .
Ayam-ayam yang suka berkejaran. Kucing-kucing yang manja. Kura-kura pun ada. Dulu, ada seekor musang, tapi dah hilang sebab dia merajuk dengan tuannya (pak cik) saya.

Dan, ada burung lebar yang suka menyapa orang dengan ucapan "Assalamualaikum".


Hello! Entry ini bukan entry jiwang ya! Ilham tercetus daripada perkataan CSR .
Ya, kita punya CSR . Sebarkan ia ke seluruh dunia, bermula dari hatimu.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Double U.

Di negeri Johor, ada sekolah agama.
Usai pulang dari sekolah rendah, maka petangnya, ke sekolah agama pula.

Saya seronok bersekolah agama kerana saya cintakan subjek-subjek agama.

Dari situ, saya menanam harapan untuk menjadi ustazah sekolah agama apabila saya besar nanti.

Menginjakkan kaki ke sekolah menengah sebagai pelajar rancangan kelas agama mengenalkan saya pada satu subjek.

Subjek Bahasa Arab Komunikasi. Subhanallah, kecintaan saya pada bahasa syurga ini sangat mendalam sehingga target saya untuk markah subjek ini mesti 90 ke atas. Ditambah lagi dengan ustaz-ustaznya yang masih bujang . Eh ?

Tak ada,lah. Ustaz-ustaznya sangat baik. Saya cintakan ustaz-ustaz bahasa Arab saya. Sehingga kini.
Dan, daripada situ, saya menanam niat di hati untuk menjadi pensyarah Bahasa Arab.

Dengan semangat yang tinggi untuk menyambung pengajian Bahasa Arab, saya mendapat tawaran ke SMKA. Di situ, saya belajar Bahasa Arab Tinggi.

Dan, keputusan Bahasa Arab Tinggi saya, alhamdulillah , sangat memuaskan hati lalu menjadi pendorong saya untuk meneruskan cita-cita untuk menjadi pensyarah Bahasa Arab.

Dan, dek kerana bidang agama lebih dikuasai berbanding bidang sains, mendorong saya untuk memohon kos-kos pengajian Islam di universiti tempatan.

Namun, perancangan Allah terbaik. Saya tidak mendapat mana-mana tawaran untuk ke universiti. Dan, akhirnya, saya meneruskan pengajian ke matrikulasi dalam sains hayat dan kini, telah tamat pengajian di universiti dalam kos Teknologi Makanan.

Cita-cita sentiasa berubah seiring dengan minat dan dalam bidang apa yang kita belajar.
Hingga kini, saya masih belum punya cita-cita tetap.
Tapi, insyaALLAH masih memburu untuk cita-cita yang satu itu.

Ada hikmah Allah campak (eh kasar sangat tu), Allah letak saya dalam bidang pemakanan.

Allah, permudahkah semua hambaMU dalam menuntut ilmu
 demi meninggikan Islam, merendahkan kuffar!


___________________________________________________________

Saya teringat satu hadis .

"Daripada Muawiyah bin Abu Sufyan r.a, Nabi saw bersabda : " Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama padanya".

Bila mengamati hadis ini, saya jadi sedih. Adakah aku tidak layak mendalami ilmu-ilmu agama?
Tapi, saya tepis perasaan itu, Tidak baik buruk sangka dengan Allah.

Mengenangkan sahabat saya, ukht Diyana yang kini di pondok pasir tumboh, saya jadi cemburu.
Mengenangkan sahabat saya, ukht Nabilah yang akan ke pusat tahfiz (tempat yang sepatutnya saya pergi, tapi tidak kesampaian), saya jadi cemburu.
Mengenangkan sahabat saya, ukht Zulaikha, ukht Amyra dan ukht Aini Khadijah yang telah bernikah, saya jadi cemburu .

Eh, lari topik, lah! Mana ada saya cemburu, gurau sahaja.

Satu hari, saya agak memberontak bila mak , abah , kakak saya tidak mengizinkan saya pergi ke pusat tahfiz .

"kalau ikutkan hati, orang tak nak kerja lagi.."
"Doh, mu nok wat gapo?"
"Orang nak pi belajar agama..."
"Doh, marilah..mak gi ata pondok pasir tumboh..."

Saya diam.

____________________________________________________________

Allahurabbi, saya fikir dalam-dalam.
Pujuk diri.
Tolak ke tepi dahulu hasrat hati.
Tunaikan harapan emak dan abah.

Membandingkan diri dan mereka.
Lebih-lebih lagi, sudah ramai kawan sekelas saya yang sudah mendapat pekerjaan.
Rezeki setiap insan lain-lain.
_____________________________________________________________

Kenapa saya mahu sangat-sangat pelajari ilmu agama ?

1. Mahu dekatkan diri dengan Allah
2. Kenal tipu daya syaitan
3. Jauh daripada dosa
4. Perbaiki ibadah
5. Punya hujah yang mantap jika berdepan dengan orang-orang yang suka memandang rendah pada Islam walaupun dia sendiri Muslim.

Ulama' semakin tidak ada . Ulama' yang ada, diseksa, dibunuh, diketepikan.
Umara' semakin kejam. Tidak adil.

Daripada Thauban khadam Rasulullah saw, Nabi saw bersabda : " Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat " (Riwayat Abu Daud & Tarmizi )

Rasa nak menangis tak? Betapa sayangnya Rasulullah saw pada kita, bimbangnya baginda jika umatnya dipimpin pemimpin yang sesat.

Diriwayatkan daripada Abu Naim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama dan umara."

Imam al-Ghazali ketika mengulas peranan ulama dan umara pada zamannya pula menyatakan: "Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama untuk melakukan kerja amar makruf dan nahi mungkar tanpa mengira sangat kekejaman pemerintah. Mereka percaya Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid jika ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka itu ikhlas, bersikap jujur dan menyumbangkan tenaga semata-mata untuk menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya. Tetapi sekarang, lidah ulama sudah menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Jika pun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang dicakapkan. Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah dan pemerintah rosak kerana ulama. Sementara ulama pula rosak kerana tamak harta dan pangkat."

Ya, itulah double U yang saya maksudkan.

Ulama'dan umara'

Dan, bila dicampur dengan umat. itu sudah jadi triple  U ?

Senyum.

Ulama' membentuk umara', umara' membentuk umat .


Daripada Abu Darda' , Rasulullah saw bersabda : " Sesungguhnya para ulama adalah pewaris nabi-nabi yang tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna.

Daripada Abdullah 'Amr, Nabi saw bersabda : " Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka, orang yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain."

Nampak tak kepentingan ulama' ?

Dan, kita yang jahil ini terlalu banyak persoalan yang bersarang di minda .

Dalam kita bertanyakan persoalan - persoalan agama kepada mereka, mengapa tidak kita menadah ilmu dengan mereka .

Sesungguhnya, sang alim yang sedang tidur lebih ditakuti syaitan daripada sang abid yang jahil.

Dan, ingat akhir zaman ada dua jenis ulama'

Ulama' yang baik - Ulama' yang mengorbankan diri dan harta demi kepentingan agama
Ulama' jahat - Ulama' yang menggadaikan agama demi kepentingan diri dan harta

Nota hamba : Bila teringat sekolah agama, saya teringat seorang ustaz yang agak rapat dengan saya.
Menjadi guru kelas sewaktu darjah lima. Menjadi guru berzanji dan alquran sewaktu darjah 6.

Dia  pernah meminta saya mengalunkan bacaan berzanji di dalam kelas. Tapi, saya hanya mendiamkan diri . Dan, saya tahu dia sedikit kecewa dengan tindakan saya yang diam membisu.

Pernah juga dia meminta saya menjadi wakil sekolah bersama seorang lagi teman saya untuk pertandingan berzanji. Tapi, saya tolak dengan alasan abah tidak membenarkan dan saya cakap dengan ustaz " saya tak nak masuk berzanji sebab saya tak boleh bawa alunan bernada tinggi..tak sampai"

Saya nak minta maaf dengan ustaz, tapi tak tahu nombor telefon , usaha mencarinya di FB, tapi tidak ketemu juga. Aduhai~

Hey, BN is PAS  tau .

Jangan tak percaya . Ada maksud tersirat antara BN dan PAS.
Hah, depa nak bertahalluf siyasi ke ?
Eh, taklah .

Ini maksudnya :
Bintu Noh is Pencinta Allah Selamanya .

InsyaAllah.

Dan, jangan ingat "asal tulis pasal ulama' je, sokong PAS. UMNO pun ada ulama' apa......" (Sengih sinis)

Oh, lagi satu! saya sangat suka guna kaedah akronim dalam pembelajaran sebab mudah untuk ingat.
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger