Jumaat, 18 November 2011

Sahabat, Aku Lemah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani



Sahabat, 
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.

Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.

Sahabat,
Aku lemah,

Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.

Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah swt.

Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.

Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah swt,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.

Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhuwwah.

Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.

Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Allah swt.


Tekan sini :Sahabat , Aku Lemah


Nota hamba : Sahabat yang baik, bilamana kita melihat wajahnya, kita mengingati Allah. Perkongsian daripada sahabat baik saya di Kolej Matrikulasi Johor, Miza [ ex- Bendahari KARISMA muslimat]


Sahabat, aku memang lemah, maka doakanlah aku agar aku kuat.

Selasa, 15 November 2011

Lelaki, Ini Jawapan Daripada Wanita



Dengan nama Allah Yang Maha Agung



Di sekeliling saya, ramai sahabat yang bila saya lihat wajahnya, pasti ingat Allah.

Mereka berlumba-lumba untuk mencari cinta Allah

Padahal, ada antara mereka satu ketika dahulu, pernah bercouple, pernah diuji dengan cinta dan lelaki.

Tetapi, kini masyaAllah, hebatnya Allah dengan asbab CINTA agung dari DIA, mereka menjadi mawar berduri. 

Terima kasih, cinta !

Saya nak berkongsi satu artikel yang saya rasa menarik untuk dibaca.

Memang inilah jawapan wanita atau muslimah yang telah bertemu dengan cinta sejati.

CINTA ALLAH memadamkan cinta manusia, sehinggakan saya tahu ramai daripada kalangan wanita yang bercita-cita menjadi Rabiatul Adawiyah.

Ada yang tidak mahu bernikah dek kerana syoknya bercinta dengan Allah.

Saya masih merangkak-rangkak untuk menggapai cinta agung itu. Moga Allah permudahkan walau kerap kali tersungkur.

------------------------------------------------------------------------------------


Awak tahu kenapa saya tak ralat hilang cinta awak?
>> Sebab saya akan lebih ralat jika saya hilang cinta Allah..


Awak tahu kenapa saya tak tagih cinta awak?
>> Sebab saya tak mahu merendahkan martabat saya di mata Allah..


Awak tahu kenapa saya masih boleh tersenyum masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya bersyukur kerana Allah sedang melindungi saya..


Awak tahu kenapa saya juga menangis masa awak tinggalkan saya?
>> Sebab saya kesal pernah menduakan cinta Allah dengan awak..


Awak tahu kenapa saya tak pernah jemu bicara tentang Allah?
>> Sebab saya ingat, saya sayang, saya rindu, dan DIA nombor satu dihati saya..


Awak tahu kenapa saya hanya percaya cinta Allah?
>> Sebab saya percaya Allah pasti akan membalas cinta hambaNYA..


Awak tahu kenapa saya dah sukar percaya cinta lelaki?
>> Sebab saya tahu tak ada yang lebih baik melainkan cinta Allah





entry asal di sini




Nota hamba : Teringat seorang pendengar IKIM yang menelefon ketika slot Dr.Muhaya baru-baru ini. katanya : " saya tidak mahu bernikah sebab cinta Allah terlalu agung buat saya. Ujian Allah kepada saya membuatkan saya semakin mencintai DIA". Respon Dr Muhaya : masyaAllah, memang, kadang-kadang ada wali Allah yang memang Allah menaqdirkan dia untuk tidak berkahwin ". [ayat saya olah sendiri ]
Wanita itu diuji dengan kanser otak.

Saya cemburu dengan wanita itu. Anda bagaimana ? Tiba-tiba rasa tidak mahu berkahwin :)

Isnin, 14 November 2011

Bila Rasa Itu Menjelma

Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Mengasihani

Bila rasa sedih bertandang....

Bacalah kalamNYA...

Itu surat cinta DIA untuk kita...

Jangan layan rasa sedih itu keterlaluan

Kerana itu dari syaitan

Banyakkan bersabar






Datang sahaja masalah,

Jangan cari manusia dulu

Adulah , rintihlah padaNYA

DIA tidak mengecewakan kita

Bahkan, DIAlah yang akan memberi ketenangan

Carilah DIA



Jangan terus dilayan rasa sedih

Rahsiakan ujianmu

Terus tersenyum di hadapan manusia walau hati remuk

Kerana rahsia ujian itu lebih bermakna jika hanya DIA yang tahu



Nota hamba : Betapa kita sering mencari manusia dahulu saat merasa sedih, sedangkan ujian itu untuk dikongsi bersamaNYA terlebih dahulu. Jadikan DIA yang pertama, kemudian barulah manusia untuk sekadar mengetahui pendapat mereka. 

wallahua'lam

Khamis, 10 November 2011

Sahaja Aku MencintaiMU

Dengan nama Allah Maha Mengasihani HambaNYA.



Ku cinta pada-Mu
Lebih dari segala-gala
Mampukah kupertahankan cinta ini
Dalam mengabdikan diri pada-Mu


Andai ada kata yang lebih baik
Dari ucapan terima kasih
Pastikan kuucap setulus hati
Tanda cintaku pada-Mu


Lailahaillallah, Allahu Rabbi
Lailahaillallah, Allahu Akbar!


Andai ada hadiah yang lebih baik
Dari melodi syukurku
Semestinya kupersembahkan pada-Mu
Tanda cintaku, tanda cintaku...
Pada-Mu!


Hasbi Rabbi jallallah
Mafi Qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah


Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap gerak kaki


Takkan pernah bermakna
Tanpa cinta-Mu..


Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a
Artis: Du'a feat Ustaz Amal
Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)
Third/ Backup voice: Amad






Nota Hamba : Pertama kali dengar lagu ni, terus terpikat . ya, saya terpikat dengan nasyid dek kerana liriknya terutama lagu ketuhanan dan keinsafan. 


Isnin, 7 November 2011

Kenapa Pilih Aku?



Dengan asma Allah Yang Agung

SALAM AIDILADHA 1432H





Ya Allah, kenapa aku..??

Disaat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?


Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jati dirinya,

Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?


Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,

Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?


Dikala aku merasa kepingin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,

Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?


Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,

Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?


Disaat ramainya manusia merobohkan agama,

Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?


Mengapa aku?


Aku banyak dosa...

Aku banyak maksiat...

Aku banyak ingkar...


Aku bukan orang yang layak!


Tapi mengapa aku dipilih?


Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?

Seingatku... aku tak pernah pun meminta...


Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?

Ah... aku bukannya alim. aku bukannya baik.

Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak ujub!


Tapi Tuhan... mengapa masih aku yang Kau pilih?


Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!


Tapi Tuhan... aku tak kuat!


Aku lemah...


Dikala ujian dariMu datang...

Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.


Aku malu Allah...


Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.


Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu...


Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku...


Tuhan, jawablah... mengapa aku?

Mengapa aku yang Kau pilih?


Tuhan..


aku tak pandai bermadah... juga tidak bijak menyusun kata...


Tapi ketahuilah...

Aku merayu...


Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma...

Agar diriku, bisa mencintaiMu.


Terima kasih Tuhan...

kerana memilih aku...


Terima kasih Ya Rabbi.


Dan kini... Hanya diriMu matlamatku.


Sekarang dan selamanya...















Nota Hamba : Kita memang tidak layak. Bukan kita, tapi saya. Tapi, DIA telah memilih saya , maka harus lakukan yang terbaik demi agamaNYA walaupun tidak sebaik generasi dahulu. Terus mencuba walau banyak kali tersungkur. 

Banyak yang ingin dikongsikan, tetapi sedikit kekangan masa.

Alhamdulillah, pagi tadi jumpa dia. Rindu. Lama sangat tak bersua muka dengannya. Hanya doa pengikat hati kita. Lain masa, jumpa lagi.
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger