Jumaat, 30 Disember 2011

Saya Sayang Sahabat Saya

Dengan nama Allah Maha Pemurah

Sahabat, Saya sayang kamu!
Pernah saya ungkapkan padanya,
“Hei. Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAh, maka kerana ALLAh saya menegurmu.”
Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,
“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?”
Dia menjawab,
“Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!”
Saya tepuk bahunya dari kejauhan,
“Hei, mari sini. ALLAh masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”
Matanya bergenang,
“Saya sayang kamu, sahabatku!”
Saya senyum padanya dari kejauhan,
“Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~”
Saya mendekat padanya dari kejauhan,
“Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAh, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAh takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu sedih melihat saya..”
Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
“Ya ALLAh, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya ya ALLAh dengan kehangatan kasih kepada-Mu. Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram!”
Tiba-tiba tiba ‘SMS’ darinya,
“Saya rindu kamu…~”
Dan saya membiarkan rindu itu dibalas sendiri oleh ALLAh Azza Wa Jalla.
Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan sungguh saya ingin sentiasa dia berada dalam pelukan Ilahi.
Hei kamu, yang merasakan saya adalah sahabat kamu,
Saya sayang pada kamu
Saya ingin bersahabat dengan kamu
Di dunia sampai akhirat
Sudikah kamu menjadi sahabat saya?
Maka genggamlah tangan saya
Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka
Sehingga waktu ALLAh menentukan
Dan boleh tidak kita perbaharui persahabatan ini?
Biar kita sama-sama melakukan amalan yang istiqamah pada-Nya
Malah mungkin kamu lebih dariku dalam hal itu
Memperbaharui persahabatan yang satu ini
Dengan disaluti keimanan
Ya, keimanan!
Akan saya bersaksi di hadapan ALLAh SWT!
Meminta kamu dimasukkan ke dalam Jannah

entry asal di sini :Saya Sayang Sahabat Saya
Nota hamba : Bersyukur dikurniakan sahabat yang soleh dan solehah. Menaip untuk menghilangkan rasa mengantuk di pagi hari. Sudahlah hujan [moga hujan rahmat], suasana sayu~ tidur pun sedap. Mujahadah kena tinggi!!

Isnin, 26 Disember 2011

Pernah Bercinta, Tak?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

C.I.N.T.A

Hari ini, saya mahu bercerita mengenai cinta.

Seronok, tak?

Tipulah kalau kata tak seronok, saya tahu semua orang suka bila bercerita bab cinta.

cinta itu, kan luas. jangan sempitkan cinta pada skop yang kecil.

saya faham bagaimana perasaan orang yang bercouple. memang seronok,bukan? [macam ada pengalaman je :)]

sms hampir setiap masa, ym, ber'fb', berdating, calling-calling. bersayang-sayang, berbaby-baby [bila jadi baby entah, rasanya semua sudah besar], berawak saya, dan yang paling best ber 'ana-enti' [erk....]

bila berdua, pasti seronok. tapi jangan lupa, akan ada yang ketiga. syaitan. sebelum itu lagi, sudah ada nafsu yang back-up syaitan sebelum dia datang. bila sudah sampai kemuncaknya, berlakulah perzinaan dan akhirnya, hamillah si wanita. anak luar nikah berlambak- lambak. itu cinta terlarang.

saya mahu cerita cinta yang digalakkan. bercinta dengan sahabat.

Saya tidak tahu bagaimana mengungkapkan perasaan ini, tetapi rasa cinta ini lebih hebat daripada cinta terlarang tadi. rasa rindu, rasa ingin bermesej sentiasa. perasaan sayang yang mendalam lebih-lebih lagi bila lama tidak bersua.berulang kali membaca mesej yang dihantar [lagaknya bagai orang sedang kemaruk cinta]. hati pun tenang kerana kita merindui sahabat dan mencintai mereka. yang saya maksudkan, sahabat sejantina. saya yakin, insyaALLAH semuanya kerana Allah.

Duduk bersama tidak pernah puas, kalau boleh nak bersama-sama sentiasa. hanya Allah tahu perasaan ini. bertambah manis bila sama-sama mengharung ujian bersama. suka duka dikongsi bersama. kalau cemburu pun, boleh tahan juga hebatnya, mengalahkan orang bercinta yang cemburu dengan pasangan masing-masing.

Cemburu memang tetap ada bila tengok sahabat kita rapat dengan sahabat lain, tetapi kawallah. jangan sampai syaitan menguasai hingga merosakkan ukhuwwah yang terjalin. syaitan memang jahat. ada saja peluang, dia akan hanyutkan kita semua.


status FB saya beberapa hari yang lalu :

Orang kata bercinta dengan boyfriend / girlfriend sangat seronok. bercampur baur perasaan cinta, rindu, sayang, cemburu. tapi, saya yakin hati mereka gelisah dan tidak tenteram kerana cinta yang terjalin adalah cinta terlarang. nak mencintai manusia dengan hati yang tenang? bercintalah dengan sahabat sejantina kerana Allah.perasaannya sama dengan orang yang bercouple bahkan rasa rindu + cinta+ sayang + cemburu lebih hebat. doa menjadi pengikat hati walau tidak bersua. membaca mesej dalam keadaan tersenyum-senyum.hati pun rasa tenang dan berbunga-bunga walau diamuk rasa cinta yang mendalam kerana kita tahu, semuanya kerana الله.



Bila bersatu, pasti ada yang ketiga :

bila dua insan/ lebih ingin bersatu kerana Allah, syaitan akan menjadi y ketiga .dia akan berusaha merosakkan ukhuwwah yang terjalin kerana Allah di mana akan bawa kesan y sangat besar pada kesepaduan ummah.

 bila dua insan berdating, syaitan akan menjadi yang ketiga di mana kesannya  juga sangat besar kerana akan berlakunya perzinaan dan terhasillah anak-anak zina yang tidak berdosa.




Nota hamba : Kalau cinta macam ni, punya seronok..tak nikah pun tak ape :) tak sanggup tengok sahabat kita diambil orang lain [ayat gurau sahaja] sampai ke syurga mudah-mudahan. 

Rabu, 21 Disember 2011

Menangis Lagi.

Dengan asma Allah yang agung.



Ketika aku menangis,
Ketika aku disakiti
Ketika aku tak kuat lagi
Ketika doapun seakan tak terjawab
Seakan aku sendirian
Aku tahu Tuhan menggendongku saat ini..



Hari ini aku menangis.
Mencoba menahan , tapi nggak bisa.
aku ingin kuat ..
menangis menangis menangis ..
selalu sajaaa !Arghhh
ya Allah , jangan tinggalkan aku :(
kuatkan hamba ya Allah ..
Jadikan hamba , manusia yang tegar ..


Allah
Jangan tinggalkan aku
Aku tidak sanggup bersendirian tanpaMU

Nota hamba : Terima kasih atas perhatianMU terhadap hamba hina ini.

Terhimpit.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Alhamdulillah, dengan  izin Allah, dapatlah saya mencoret sekali lagi.

Maaf. Maaf dan Maaf.

Saya dihimpit kesibukan.

Kesibukan dunia, tetapi insyaALLAH jika diniatkan kerana Allah, pasti pahalanya tetap ada.

Namun, saya tidak suka terlalu dihimpit dengan kesibukan dunia, sebab merasakan seolah-olah urusan akhirat agak terabai.

Biarlah, Allah yang menilai semuanya, bukan saya, bukan manusia.

Hati, bagaimanakah ia?

Aduh, kenapa terlalu sukar menjaga hati?

Penat. Letih .

Kadang-kadang mahu menyerah.

Hati, susahkah kau nak tetap berada dalam ketaatan?

Tidak takutkah kau wahai hati pada penciptaMU?

Tidak tenteram rasanya jika hati sedang memberontak.

Tuhan, tunjukkan aku jalan.

Saya terjumpa kata-kata Ibnu Jauzi yang saya kira satu jawapan dari DIA :

"Ibnu Jauzi : ‘ suatu urusan menghimpitku sehingga membuatku cemas dan gelisah berpanjangan. Aku terus berfikir mencari jalan penyelesaian dari kecelaruan itu dan melakukan macam-macam cara dan usaha untuk menguraikan kegelisahan ini. Tetapi, aku tidak menemui satu penyelesaian pun untuk keluar daripadanya, hingga aku menemui sepotong ayat yang menawarkan kepadaku, ayat itu berbunyi yang bermaksud :

‘ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya.’ ( Surah a-Thalaq : 2)'


Urusan dunia, seringkali membuatkan kita gelisah. Adakah kita telah menjadi hamba dunia tanpa disedari?

Tuhan yang Maha Baik, ampuni aku.

Kasihani aku.



Nota hamba : Istilah rehat tidak pernah ada sejak beberapa minggu ini. Letih, namun kugagahkan diri. Urusan lain yang bakal menanti diri ini.


ربي يسر ولا تعسر 

Jumaat, 9 Disember 2011

Budak Agama, Budak Sains

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Adalah sebuah cerita.

Terdapat 3 org sahabat yang berlainan kos di sebuah universiti.

A- Kos agama (seperti syariah, Al-Quran Sunnah, Usuluddin), B- kos engineering dan C-kos sains kemanusiaan.

Suatu hari, Si B mengajak sahabat-sahabat baiknya itu pergi makan. Semasa nak makan..

A : Jom bace doa dlu.
B : Ko la bce doa A, ko kan kos agama.
C: Aah! Setuju...lalu A pun bacalah doa.

Begitulah yang berlaku seterusnya. Setiap perkara yang dibuat semestinya Si A yang kena ketuai, atas dasar A 'KOS AGAMA'.

Sampai satu ketika, di sebuah restoran, semasa buka puasa..

A: Ok sekarang B ko pulak yang bace.
B: Tak nak la..ko la..ko kan kos agama..lebih afdhal. Tak pun ko la (B tunjuk C)
C: Eh! Asal aku pulak?? Ko la A. Ko kan kos agama. Takkan tak bolah kot.

Lalu jawab si A : (Sambil tersenyum) tak pe la.. biar la aku yang bace, dekat akhirat nanti aku je yang akan dihisab kan?? ok jerr..
B & C : Errr...

DI HARI LAINNYA...*****

A : Jom dgr tazkirah!!!
B: Erm.. Takpe la. Ko je la pergi. Ko kan kos agama. Ak ni kalau tak gi pun tak pe, budak biasa je.
C : Betol gak tu. Lagipun aku nk buat assigment aku ni..hehehe. Lebih afdhal kalau ko je gi. Lagipun ada kaitan ngan kos ko kan?? Hehehe

Jawab si A: Erm..bolah aku cakap sikit? (sambil senyum)

"Kenapa korang selalu kaitkan aku dengan kos yang aku ambil? Adakah di hari akhirat nanti ALLAH menilai kita melalui kos yang kita ambil? Cara korang bercakap seolah-olah orang yang ambik kos agama sahaja yang akan dihisab."

"Maksudnya orang kos agama macam aku ni sajerlah yang akan masuk syurga. Betul tak?"

"Ye la..sume perkara baik aku kene buat disebabkan aku kos AGAMA. Bukan ke korang juga perlu berusaha untuk kumpul pahala?"

(sambil tersenyum dia sambung kembali) :Aku ambik kos ni pun bukan sebab aku pakar dalam agama. Cume aku tak berapa pandai dalam ilmu-ilmu agama ni, sebab tu aku apply kos ni."

"Aku bukan nak salahkan korang walaupun korang bukan KOS AGAMA. Sebab mane-mane kos pun yang kite ambil, kesungguhan kite terhadap Islam yang aakan dinilai oleh ALLAH."

"Tidak semestinya kos selain dari kos agama tidak diredhai ALLAH. Asalkan kite buat kerana ALLAH, pasti ALLAH jua akan redha dengan kite."

Ingatlah sahabat, kita adalah MUSLIM. Dan ini tanggungjawab kite sebagai hamba ALLAH. Ada jugak orang yang ambik kos agama tapi masih kurang ilmunya, ada jugak org ambik kos lain selain agama tapi banyk ilmuny. Tapi bukanlah itu yang dinilai oleh ALLAH tetapi sejauh mane kesungguhan kita dalam menggapai redha dan cinta ALLAH..(simple tapi sangat terkena)

B menitiskan airmata. C pula tunduk malu..
Dan A ingin berlalu pergi ke tempat tazkirah...

B & C : Nanti!! Tunggu kami! Mulai hari ni kami akan cuba dan berusaha menjadi Muslim yang baik. Terima kasih atas peringatan. :-)


* Kisah benar. Inilah realiti kehidupan kita kan. Mentaliti kebanyakkan orang. Semoga dapat diambil ikhtibar untuk muhasabah dan mujahadah kita bersama. InsyaAlla
h.


Copied from FB



Pesan saya : Mengamalkan agama Islam bukan hanya untuk budak pengajian Islam, tapi untuk semua yang menganut agama Islam.

Budak pengajian agama tidak boleh merasa diri mereka baik dek kerana lebihnya ilmu agama daripada yang lain.

Budak sains tidak terlepas daripada menjalankan usaha dakwah kerana dakwah itu perlu dilaksanakan oleh semua. Jangan kata tidak layak kerana itu tipu daya syaitan. [Solusi isu 38]

Budak sains yang berfikrah agama  dan budak agama yang tidak melaksanakan apa yang dipelajari, mana yang lebih baik?

Budak agama yang mantap akhlaknya dan budak agama yang seakan-akan sama seperti budak yang tidak belajar agama, mana yang lebih baik?

Budak sains yang mantap pengetahuan agamanya dan amalannya, dan budak sains yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupannya, mana yang lebih baik?

Jelas, kos yang diambil tidak melambangkan keISLAMan seseorang, tetapi sejauh mana ilmu yang diamalkan dalam hidupnya dan sedalam mana penghayatan dia dalam memahami Islam itu sendiri.

Tidak usah berbangga dengan kos yang diambil baik budak sains atau budak agama.

Saling bergabung, itu yang terbaik. Islam itu,kan syumul?

Sama-sama islah diri kerana disisi Allah, semua manusia itu sama, melainkan taqwa yang berbeza itulah nilaianNYA.




Nota Hamba : Saya budak sains tetapi saya bekas pelajar sekolah agama. Sampai sekarang, saya cuba mengekalkan identiti sebagai muslimah sehingga saya mati.Doakan saya istiqamah.


Link lain yang seronok untuk dibaca : Budak Sekolah Agama Mereka dan juga ini sesuatu tentang budak sekolah agama



wallahua'lam

Khamis, 8 Disember 2011

Suka Yang Duka, Panjang Yang Pendek

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Mood : Alhamdulillah, selesai sudah test Biostatistik.

Rindu sebenarnya nak menulis.

Hari-hari berhadapan laptop, cuma nak menulis sahaja tidak berkesempatan.

Masakan tidak, kami student foodtech tersangat sibuk dan bakal bertambah sibuk.

Hari ini, genap umur saya 21 tahun jika ikut kalendar Masihi. tapi, kalau ikut kalendar Islam, saya sebenarnya sudah hampir menginjak ke 22 tahun. Sudah 22 tahun rupanya saya hidup atas muka bumi Allah ini. Tapi, apa yang saya sudah lakukan di pandanganNYA?

Kita tinggal sebentar soal itu.

Hari lahir kali ini saya rasa sangat istimewa sebab ramai yang memberi ucapan dan kiriman doa. Membuatkan diri saya terharu. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian.

Orang pertama yang wish birthday saya, adalah junior saya sewaktu di sekolah dahulu. Dan yang paling menyeronokkan saya, keluarga saya adalah antara yang terawal memberi wish kepada saya. Terima kasih yang tidak terhingga buat mak, abah, kaklong, adik-adik, makcik-makcik saya.

Malam tadi, sewaktu study Biostat bersama sahabat-sahabat saya, saya tidak mampu menahan rasa mengantuk, maka saya tidur dahulu. Ada kejutan daripada mereka sewaktu jam tepat menunjukkan 12 tengah malam. Seorang demi seorang memeluk saya sambil mendoakan kesejahteraan saya. Terharu, walaupun waktu itu, saya hanya separuh jaga.

Awal pagi pula, sahabat saya merangkap adik, menelefon saya hanya semata-mata untuk mengucapkan sanah helwah.

Mesej yang saya terima juga agak banyak, bahkan ada seorang sahabat saya yang membuat ucapan birthday buat saya melalui  radio Ikim. Terharu lagi sekali. bila saya buka FB, masya Allah, banyak sekali sahabat-sahabat dan kenalan FB yng menghantar ucapan melalui wall post. Sangat-sangat terharu.

Dan, usai test Biostatistik, sahabat-sahabat kecintaan saya, Nabilah Abd Salam, Raz Zarinda, Zulaikha Abd Halim membelanja saya air nescafe dan juga burger.

Sampai sahaja di bilik, saya lihat atas meja, ada air 100 plus perisa oren serta nota ringkas. Oh, roomate saya rupanya yang beri.terima kasih, kak ayu. Dia roomate yang sangat baik.

Saya sempat bertandang ke rumah senior saya, mereka juga menugcapkan selamat hari lahir buat diri saya. Sungguh, saya benar-benar terharu dengan sambutan hari lahir yang tidak rasmi ini.

Dan orang terakhir yang wish saya, sahabat kecintaan saya, Nurdiyana Masri. Saya tahu dia sengaja tidak wish awal kerana mahu menjadi orang terakhir yang wish saya.

Banyak kegembiraan yang Allah beri buat diri ini .Terima kasih ya Allah, walaupun saya tidak berapa punya mood untuk menyambut hari lahir dek dihantui dengan Biostatistik.

Itu semua perkara suka. Tapi, ada yang mendukakan saya.

Hakikatnya, umur saya meningkat, tetapi amalan saya tidak meningkat. 

Umur yang meningkat, bukanlah petanda kita semakin hidup lama, tetapi kematian semakin mendekat dan hidup semakin singkat. Tapi, apa yang saya persiapkan untuk itu?

Hari lahir bukan sekadar bersuka ria tetapi juga, hari yang sesuai untuk bermuhasabah kembali diri ini.

Apakah sepanjang kita hidup, dosa atau pahala yang kita kumpul?

Sejauh mana penghayatan kita sebagai seorang yang mengaku khalifah Allah dan juga muslim?

Apa sumbangan kita untuk Islam?

Atau, adakah kita banyak membawa fitnah kepada Islam?

Tepuk dada, tanyalah iman. Kerana iman tidak akan menipu.

Itulah yang saya maksudkan dengan suka yang duka dan panjang yang pendek.

Hidup yang semakin mengahmpiri kematian






Nota hamba: Bulan Disember memang bulan kelahiran sahabat-sahabat terdekat saya. Saya masih menanti wish daripada seseorang. Tetapi, tidak mengapa andai dia lupa, kitakan bersahabat kerana Allah?

Saya sudah boleh pergi mengundi.Marilah mari pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara .


 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger