Ahad, 30 Disember 2012

Satu Permulaan, Barangkali


Bersyukur, kerana masih punya kesempatan untuk bertaubat.

Kiamat tidak berlaku pada tahun 2012 seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak dengan ramalan yang tidak berasas sama sekali. 

Apa mereka itu Tuhan? Tahu segala-galanya. Ah, manusia! Usah sombong kamu, ya!

Tahun depan hanya bermula beberapa jam sahaja dari sekarang.

Mengira detik, bukan ? Kiralah, yang penting, usah dibanggakan sangat dengan sambutan tahun baru Masihi kerana kita ini Muslim, bukannya Kristian .

Dan, pasti ramai yang berazam dengan azam yang baru. Dan, orang-orang bernama Azam akan tersedak-sedak sebab seringkali nama mereka disebut-sebut. 

Biarlah. Berazamlah kamu dengan azam yang sungguh-sungguh yang akan dilaksanakan, bukan sekadar angan-angan kosong.

Azam yang lepas, andai belum tertunai, bawalah pada tahun ini. Moga-moga Allah mudahkan urusan kamu untuk menunaikan azam tersebut.

..........................................................................................................

Skema pula saya rasa penulisan kali ini. 

Bercerita soal azam, satu yang sangat-sangat saya harapkan selain menjadi hamba yang solehah, anak yang solehah, saya berazam mahu menjadi isteri solehah ...Erk? Gurau sahaja. Bukan itu. Masih jauh lagi untuk mencapai target yang satu itu.


Azam saya, mahu menjadi girlfriend yang solehah . Erk? Bukan, bukan. Gurau sahaja .

Saya benar-benar mahu menjadi S...S...S... SAHABAT yang solehah . 

Ya, saya akui saya seringkali teruji dengan ukhuwwah. 

"Tuhan, saya sudah tidak kuat untuk diuji dengan ujian ukhuwwah ini."

"Aku tahu, kau boleh hadapi. Sebab itu Aku uji."

"Tuhan, hanya Engkau sahaja tahu bagaimana hati ini, maka berilah penawarnya. Jangan biar hambaMU ini tersungkur"


..............................................................................................................

Semester hadapan, ya, hanya tinggal satu semester sahaja untuk menghabiskan masa bersama sahabat-sahabat sebelum kaki melangkah keluar dari Bumi Tarbiyah ini.

Sungguh , hati rasa sayu, rasa risau untuk meninggalkan Bumi Cinta ini.

Melihatkan ada sahabat yang semakin jauh meninggalkan kami, hati tersangat sedih .

Siapa yang mahu meneruskan dakwah di Bumi Cinta ini ?

ya Allah, tetapkan hati-hati sahabat-sahabatku di atas jalanMu ini. Teguhkan kaki mereka di jalan perjuangan ini dan eratkan kesatuan hati mereka untuk menempuh mehnah dan tribulasi .Berilah mereka kekuatan dan jauhkanlah ancaman-ancaman yang berbahaya ke atas mereka.


Pesan saya, jika rasa jauh dengan sahabat, jangan turutkan rasa hati dengan membawa diri, bahkan lawanlah , dan bergeraklah ke mari ke arah sahabat sejati . Mereka pasti menantimu di sisi . 


....................................................................................................



Orang kafir sangat takut dengan angka 13 kerana angka 13 adalah kod rahsia kemenangan Islam, angka tentera Islam semasa peperangan badar 313, bilangan Nabi ada yg berpendpt 313,dan banyak yg berlaku dengan angka 13..

Kita jua akan menghadapi pilihanraya umum yg ke 13 pada tahun 2013.Apakah ini petanda kemenangan ISLAM ? Allahu Akbar!

[Syeikh Muhd Zainul Asri, murobbi berjiwa haraki]

Ya! pilihanraya ke 13 pada tahun 2013 ! Allahuakbar ! Mudah-mudahan, ISLAM menang ! Moga ianya satu permulaan.


 Bukan saya percaya bulat-bulat pada angka, tapi siapa tahu, moga Allah mengizinkan Islam untuk menang!



Nota hamba :

Pernah terserempak dengan Syeikh Zainul Asri suatu ketika dulu , walau hanya sekali imbas, namun hati berbunga-bunga kerana bertemu dengan ulama'. 


Dan, buat teman-teman sekolah dan sahabat-sahabat yang ramai akan berwalimah pada tahun 2013, moga Allah menghimpunkan kalian dalam keberkatan.

" Bakal menjadi orang Terengganu, insyaAllah Februari 2013"

Selamat Tinggal Bumi Selatan Tanah Air, pasti aku susah untuk ke sana lagi.

Akan cuba untuk belajar memaknakan Love is a Verb, not a Word. Sahabatku sayang, saya masih tidak mampu untuk menuturkan " Uhibbuki fillah"






h.a.m.b.a
18Safar 1434 H
31Disember 2012 M
Hujan membasahi bumi cinta. 
Hati basah dengan cinta Ilahi. 
Maka, mari hujani hati kita dengan kebasahan cinta .

Rabu, 26 Disember 2012

Duhai Imamku

Dia, seorang yang sangat saya kagumi.

Bait kata-katanya seringkali membuai jiwa saya.

Mengingatkan kembali hakikat ke"h.a.m.b.a"an kepada Tuhannya

"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buat diriku, tetapi setelah kubandingkan dengan keampunanMU, ternyata keampunanMU jauh lebih besar "

Aduh, siapa yang tidak jatuh hati dengan ayat pujukan itu?

Diberi nasihat buat si h.a.m.b.a 

" Sesiapa yang ingin Allah membuka dan menerangi hatinya, maka jauhilah UCAPAN yang SIA-SIA, TINGGALKAN DOSA dan MAKSIAT , dan hendaklah dia memiliki IBADAH yang TERSEMBUNYI antara dirinya dengan Allah "

Katanya lagi, pesan khas buat pencinta Ilmu,

"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar,maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan "

Rasa tertembak ? Maka, perlu tingkatkan keazaman dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam kembara mencari ilmu.

Dan, syair darinya yang didendangkan membuatkan kita , semakin mencintainya .


Ku cintakan para solehin namun aku bukanlah sebahagian daripada mereka
Mudah-mudahan aku mendapat syafaat mereka
Dan aku benci melakukan maksiat
Walaupun ku sedar kita seringkali sama sahaja

Si dungu sering menegurku dengan biadab
Dan aku kurang senang untuk melayannya
Bertambahlah dungu dan makinku berlembut
Umpama setanggi makin dibakar makin mengharum


Ku mengadu kepada Waqi' masalah ingatanku
Maka beliau menasihatiku untuk meninggalkan maksiat
Beliau khabarkan bahawa ilmu itu cahaya
Dan cahaya Allah itu bukanlah untuk si pendosa


Kita menyalahkan masa, sedangkan kesalahan itu pada kita
Tidaklah masa itu bersalah melainkan kita sendiri
Kita mencela masa sedangkan ia tiada berdosa
Kalau masa itu mampu bertutur nescaya kita dicelanya
Serigala itu tidaklah memakan daging serigala
Sedangkan kita 'memakan' sesama kita terang-terangan


Singa di hutan mati kelaparan
Sedangkan daging kambing itu dimakan anjing
Dan terkadang hamba itu tidur beralaskan sutera
Sementara si mulia itu berlantaikan tanah


Masa ini hanya dua, kadang aman kadang khuatir
Hidup juga dua, kadang jernih kadang keruh
Tidakkah kamu lihat lautan itu di atasnya bangkai
Sedangkan di dasarnya tersimpan mutiara
Juga di langit itu berjuta bintang tiada terkira
Dan tidaklah gerhana melainkan hanya matahari dan bulan


Saudaraku, kamu takkan memperoleh ilmu melainkan dengan 6
Ku khabarkan buatmu dengan terperinci
Kecerdikan, disiplin, kesungguhan, bekalan
Melazimi guru serta tempoh yang panjang

(Imam al-Shafie Rahimahullahu Ta'ala 'Anhu)



Dialah Imam Shafie, imam mazhab yang kita yakini .



Nota hamba : 

Berakhir sudah semester 7. Pejam celik, pejam celik. Hanya satu semester sahaja berbaki untuk saya diami bumi KUSZA tercinta ini..

Kerana di sini, saya menemui CINTA.



h.a.m.b.a
27Disember 2012M
14 Safar 1434H
Atas Tanah Rabbi
Bawah Langit Ilahi
Bumi Cinta

Ahad, 23 Disember 2012

"Aku Nak Pergi Bilik Kau"

Melihatkan saudara-saudara kita di Palestin, Myanmar (Rohingya) dan Syria yang sedang bergolak saat ini, 
 membuat saya terfikir betapa hebatnya mereka berhadapan dengan mush-musuh yang nyata dengan semangat keimanan yang tinggi. Tidak ada rasa gentar di hati saat berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang bersenjatakan bom, kereta kebal , M16 dan pelbagai lagi senjata moden teknologi terkini.

Saya jamin, musuh-musuh nyata yang kelihatan jelas di hadapan mereka pun takut akan keberanian mereka, sudah pasti musuh-musuh batin juga takut dengan mereka.

Mereka sudah mampu menewaskan musuh-musuh batin, sebab itu, tidak punya masalah untuk menumpaskan musuh-musuh nyata walaupun hanya dengan sekecil-kecil senjata,batu.

Kuncinya, tumpaskan musuh dalaman kita dahulu, baru kita mampu menewaskan musuh luaran.

Ya, apabila nafsu mampu ditundukkan, baru musuh-musuh Islam seperti Israel mampu kita kalahkan. Umat Islam itu kuat, tetapi dek kerana terbuai dengan hasutan syaitan dan ajakan nafsu ke arah kemungkaran serta diserang dari sudut pemikiran, sebab itu, akhir zaman ini, kemenangan masih belum ditemui . Islam akan menang, tapi siapa yang akan menggerakkan usaha untuk ke arah kemenangan itu, kalau bukan kita?

Makan pasta dan minum kopi di dinding sahabat FB,

“Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa. Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam.”

Wasiat Louis IX


Serangan pemikiran yang dimaksudkan sudah berkembang di Malaysia bukan hanya dibarisi oleh bukan Islam itu sendiri tetapi turut didukung oleh Muslim.Realiti umat pada hari ini.

Kata-kata Louis IX membenarkan kata-kata seorang lagi tokoh Barat yang lain :

"Umat Islam takkan mampu ditewaskan dengan senjata dan peperangan, tetapi mereka mampu ditewaskan dengan arak dan wanita"

Lihat, betapa Barat mengkaji kita. Menjadikan umat Islam sebagai bahan kajian . Masih mahu terlena? 

Tak payahlah cakap Malaysia ni, banyak sangat maksiat, kalau kita sendiri masih menjadi penyumbang kepada perkara-perkara sebegitu. Tonton drama-drama yang tidak ada motif. Tonton rancangan-rancangan lawak. Untuk apa semua itu? untuk release tension? Bahkan menjadikan hati makin gelap kerana banyaknya ketawa. Bila hati gelap, hati tidak sensitif dengan dosa .
Melihat susana kemeriahan di FB terutamanya wall anak-anak muda, masih ramai lagi yang suka melayan perasaan cinta mereka berbanding memikirkan masalah umat. Bila mahu bangun?

Kalau kita bercerita, nanti mulalah cakap " Tak minatlah soal politik ni."

Masalahnya, ini bukan persoalan politik, tapi kesedaran bersama. Lebih dari politik. Ini masalah umat Islam yang semakin lemah. 

Teringat saya pada seorang teman bila saya bercerita soal negara dan isu-isu semasa, katanya " Akak tak minat,la politik-politik ni"

Tapi, alhamdulillah, sekarang nampaknya dia sudah berminat . Saya bukan mahu mengajak kalian berpolitik, tetapi kalian kata, Malaysia itu, Malaysia ini..Maka, mari bersama-sama cakna isu semasa di Malaysia.



Muhasabah Umat Muhammad

Akhir zaman, kuantiti umat Islam bertambah, namun, kualitinya berkurang.

Ramai, tetapi umat buih.

Awal zaman, kuantiti umat Islam sedikit, namun kualitinya banyak.

Sedikit, tetapi umat gemilang.

Jangan berbangga pada kuantiti jika kualitinya kurang kerana umat awal zaman, kuantiti yang sedikit itu, seringkali menang kerana kualiti ke"ISLAM"AN dan ke"IMAN"an mereka.

ya, Rasulullah, kamikah umat buih itu?






Nota hamba :

1] Menulis dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang, sedikit takut disebabkan ceiling-ceiling terangkat . Biasalah , duduk di puncak awan.

2]Saya minat politik sejak berusia 9 tahun. Padahal waktu tu, mak dan abah saya tak pernah bercerita pasal politik pada saya. 

3]Pengalaman menyeramkan di Musolla Farabi malam tadi, usai sahaja sesi tayangan video "Shift Your Paradigm"

Pertama kali bersama sahabat-sahabat, handle seorang muslimat yang diganggu makluk halus. 

Merenung saya sambil berkata " Kau takut eh?" "Aku nak datang bilik kau". 

Allahurabbi. Letih . Penat . Menggigil-gigil tangan memegang budak itu setelah hampir 1 jam bertarung . Sahabat-sahabat yang lain juga menggigil dan ketakutan . Maklumlah, kami perempuan dan pertama kali berhadapan situasi sebegitu.

Sampai sekarang, saya masih ingat renungan matanya . Dan, saya sangat berterima kasih pada "benda" itu sebab mengajar saya erti keikhlasan dan kemantapan aqidah .Benarlah, hanya Allah sahaja yang patut kita takuti .

Dan, banyak lagi dialog-dialog "benda" tu yang melekat di minda saya berserta renungan matanya.



h.a.m.b.a
11Safar 1434 H
24 Disember 2012 M
Dalam bilik keseorangan bertemankan ayat-ayat Ruqyah
Kusza, banjir . Mari nikmati keindahan alam.

Sabtu, 15 Disember 2012

Lepaskanlah, Untuk Seketika.

Buat sayangku,♥


Warkah ini untuk kamu, wahai muslimah yang Allah kasihi.



Jika BENAR mencintainya, maka Katakan dengan keyakinan :


1.Tak akan kubiarkan wanita yang kucintai bergelimang dalam dosa, bahkan tak akan kubiarkan sedikitpun mahkota kemuliaannya retak hanya karena secuil nafsuku. biarlah kesabaran terasa pahit, ketika akan buah itu masak aku akan segera memetiknya agar ia tidak terjatuh dan menjadi busuk..

2.Mengapa tidak Pacaran?karena pernikahan adalah hal yang diberkahi.. Ridha Allah selalu menyertai, Cinta Allah menjadi yang tertinggi… Murka Allah dapat kita hindari, Semoga Dosa bisa kita kurangi, Surgapun dapat kita huni..

3.Cinta itu adalah fitrah. Jagalah ia jangan sampah jadi FITNAH. Jangan mentang-mentang cinta itu fitrah, kita jadikan alasan untuk bebas mencintai dan mengemas hubungan dgn pacaran. Bukan dengan alasan itu kemudian berdalih apa yang kita lakukan dalam pacaran adalah sebagai wujud dari sifat fitrah yang kita miliki
Banyak perbuatan yang akan mendatangkan dosa bila d’lakukan dalam pacaran, namun manakala perbuataan d’lakukan dalam pernikahan justru malah akan mendatangkan pahala.

4. Islam telah menjawabnya dengan sebutan solusi, Islam mempermudah jalan pernikahan dan menutup rapat-rapat jalan perzinahan. Maka, bersegeralah menikah dan TINGGALKAN DUNIA PACARAN, karna selain tidak menjanjikan kenikmatan, PACARAN menjanjikan dosa yang berujung pada siksaan d’akhirat-Nya

Jika lelaki yg mencintaimu datang mengajakmu PACARAN, itu artinya lelaki itu belum bisa bertanggung jawab dgn mu karena dia masih kecil

5.Jika lelaki yg mencintaimu datang mengajakmu MENIKAH, itu artinya dia bersedia menjagamu selama hidupnya dan inilah yg disebut lelaki dewasa dan bertanggung jawab

dan..Sebelum Ijab kabul terucap terucap dri lisan, cinta yg kau rasakan adalah sebuah cobaan…

Berlindunglah pada Allah dari CINTA yang MENYESATKAN...♥


Dan, buat kamu muslimah yang Allah sayangi, mari, bersamaku hayati kata-kata Assyahid Imam Hassan Al-Banna ini :


"Walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya dua puluh tahun sekalipun tetap tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya (zahir dan batin).selepas berkahwin, barulah keaiban itu tersrlah"

Tempoh bercouple , berdating itu hanya membazir masa .





Nota hamba : Buat kamu, jika kamu sudah rasakan ada perbezaan yang ketara terhadap akademik kamu sebelum dan selepas kamu bercouple, maka nasihat saya, tawaquflah seketika hubungan itu. Sungguh, itu teguran halus buat Allah untuk kamu. Allah sayang kamu.Kita masih punya masa untuk berubah.

Ilmu itu cahaya, cahaya tidak akan masuk dalam hati yang bermaksiat






h.a.m.b.a
2 Safar 1434 H
15 Disember 2012 M
Lab Pemprosesan Makanan
Kampus Kota

Jumaat, 14 Disember 2012

Berputiknya Cinta Pertama

Semalam, sementara menunggu seorang ustazah aka seorang pelajar muslimat dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam memberi tazkirah berkenaan DEEN LIST vs DEAN LIST, saya duduk berdekatan dengan dinding Surau Saodah sambil membaca kata-kata hikmah Ibnu Athaillah yang saya jumpa di perpustakaan Al-Mukhtar.

Di hadapan saya, duduk seorang hamba Allah yang memang saya kenal.

Saya mula bertanya beberapa soalan kepadanya setelah perbualan dimulakan dengan soalan-soalan seperti

"Datang sorang je ke?" . the rest is history.

" Saya perasan yang awak nak berubah ke arah lebih baik, kan?"

"Ya..saya dah lama berniat untuk berubah dan kali ini saya betul-betul bertekad untuk berubah".

"Alhamdulillah, saya suka sangat tengok orang-orang yang nak berubah ke arah kebaikan. rasa bahagia untuk mereka.teruskan, ya. jangan sia-siakan hadiah hidayah yang Allah bagi."

"InsyaALLAH, doakan saya. dan nasihatlah saya kalau nampak saya buat perkara tak betul."

"Kita sama-sama perbaiki diri, ya. oh,ya, nak tanya apa sebab rasa nak berubah? Macam mana hidayah Allah itu datang?"

"Hm...rasa ni datang waktu saya menonton tayangan video Gaza di blok Uthman dulu. melihat orang-orang Palestin mmbuatkan diri rasa nak berubah jadi lebih baik."

"Subhanallah, hidayah Allah datang dengan pelbagai cara, kan?Family awak tahu yang awak nak berubah?"

"Diorang la orang pertama yang saya bagitahu dan mereka sangat-sangat menyokong."

"Alhamdulillah".

................................................................................................

Allahurabbi, melihat mereka yang mahu berubah di bumi Kusza ini mengingatkan saya pada beberapa orang sahabat di Kolej Matrikulasi Johor yang mana saya menyaksikan perubahan mereka, dan alhamdulillah masih istiqamah sehingga sekarang.

Bantulah mereka yang mahu berubah ke arah kebaikan. Bukan kita seorang sahaja yang mahu jadi baik.

Dan, satu perkara yang sangat saya perasan , masjid atau surau akan menjadi tempat bermulanya titik perubahan dalam hidup seseorang yang mahu berubah ke arah kebaikan.

Tempat di mana berputiknya cinta ^^

Berubahlah, ke arah yang lebih baik. Terus mujahadah hingga tiada ruang untuk kita bermaksiat.

Kita hamba, punya dosa .

Jatuh, bangun. Jatuh, bangun. Itu lumrah hidup kita sebagai hamba.

Kata Ustaz Pahrol " Biarlah bangun kita lebih banyak dari jatuh"

Kata Imam Shafiee untuk renungan : " Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar, tetapi setelah kubandingkan dengan keampunanMu, ternyata keampunanMU jauh lebih besar"

Allah Maha Pengampun. Tapi, jangan kita terus bermaksiat dengan berkata, "aku buat dosa pun, tak pe. sebab Allah kan Maha Pengampun"

Allah Maha Pengampun bukan satu tiket untuk kita terus bermaksiat, kerana itu seoalh-olah mepersendakan DIA.

Mari, jadi hamba dengan sebenar-benar hamba. Jadikan diri kita, seorang hamba hanya pada DIA.

...........................................................................................

Di akhir pertemuan, dia sempat berkata " saya beruntung dapat masuk Uni SZA"

Laju saya menjawab," serius, betul sangat-sangat. memang bumi tarbiyah."

Dan, saya sempat meminta maaf padanya kerana sedikit "mengabaikan" tugas sebagai seorang daie.

" bukan senang nak berubah, dan bukan senang juga nak ajak orang buat kebaikan. peganglah prinsip ini, perbaiki diri dan serulah orang lain."





Nota hamba : Bercerita soal Gaza, teringat saya pada titisan air mata seorang teman sewaktu diceritakan penderitaan saudara-saudara kita di sana. Diceritakan juga betapa bezanya kita di sini dan mereka di sana . Jauh beza bagai langit dan bumi.

Perbualan nampak skema, kan? Sebenarnya, kami tak guna saya awak, tapi guna nama sendiri. Demi merahsiakan siapa dia, saya terpaksa menggantikan dengan ganti nama "saya awak".

Soalan daripada si dia kepada saya sewaktu menyatakan rasa gembiranya melihat muslimat bertudung labuh duduk dalam bulatan sambil makan

"Ni semua kawan-kawan awak, ke? Seronoknya tengok diorang..."

"Haah, sahabat-sahabat saya. Majoriti pelajar FKI."

"Eh, nak masuk usrah-usrah ni, kena bayar yuran ke?"

Saya senyum. " Mana bayar, sayang. Percuma je, takde bayaran pun. Berminat? Nanti saya masukkan nama."

"Minat juga. Awak masuk usrah apa ea? Awak tak sama dengan mereka, kan?"

Saya hanya mampu tersenyum. Dan, dia sangat pelik kenapa saya senyum tanpa menjawab apa-apa.





h.a.m.b.a
1 Safar 1434 H
14 Disember 2012 M
Atas Tanah Rabbi
Bawah Langit Ilahi
Kusza Bumi Cinta

Jumaat, 23 November 2012

Kenapa Dengan Kamu, Sayang ?

Saat menulis entry ini, saya sedang mendengar ulangan rancangan slot Dr.Muhaya di IKIM. fm.

Allahurabbi, seakan tertembak rasanya hati ini.

.....................................................................................................

Hati Itu



Sudah lama tidak menulis. Ya, hati meronta-ronta untuk menulis sesuatu walaupun saat ini ke'bisy'an melanda. Kali ini terasa mahu mencoret sesuatu yang lebih peribadi.

Kesibukan dalam urusan dunia sedikit sebanyak memberi kesan 'besar' pada hati ini.

Teruji dari segi ukhuwwah, ibadah terutamanya.

Entah mengapa, terasa diri ini bukan diri yang dahulu.

Ketabahan semakin menjauh. Duhai hati, mengapa begitu sayang?

Pinjamlah semangat saudara - saudara Islammu di Bumi Suci Al-Quds.

Jangan mudah lelah, mudah patah. Tolonglah bangkit!

Umat Islam yang mengaku pejuang tidak begitu sayang .

Jatuh mungkin untuk seketika, tapi usahalah untuk bangun .

Jatuh, bangun . Jatuh, bangun . " Aku letih, la wei. Kau tak faham ke? Penat nak berlawan dengan diri "

" Kau nak tahu, Ustaz Pahrol cakap : biarlah kita jatuh , bangun. jatuh , bangun. tapi yang penting, pastikan bangun kita lebih banyak daripada jatuh "

Allahurabbi , jazakallah ustaz . Ayat-ayat yang sangat memujuk diri ini.

Dan, hati . Jika terasa ada sesuatu yang tidak kena pada kamu berkenaan ukhwah , sahabat , pesanku " Tolong halau jauh-jauh perasaan itu . Banyak lagi perkara besar yang memerlukan perhatian, masalah ummah daripada masalah hati yang remeh-temeh. Pejuang Islam bukan begitu.

..............................................................................................

Mereka yang di Bumi Suci

Salahuddin Al-Ayubi dan Palestin

Salahuddin Al-Ayubi, mari dengarkan kata-katanya :
"Barangsiapa yang menguasai Palestin, maka dia akan menguasai dunia"

Memang benar bukan, sekarang yahudi yang menguasai Palestin dan mereka juga yang menguasai dunia secara halus.

Satu ketika, Salahuddin Al-Ayubi kelihatan tidak ketawa untuk berbulan lamanya. Bila ditanya mengapa, jawabnya " mana mungkin aku ketawa sedangkan saudaraku di Palestin di seksa ?"

Refleksi diri : "Hari-hari kita ketawa, kan?"

Hopefully, isu Palestin bukan isu bermusim .


Dan, jom boikot McD. McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 

*Seumur hidup, tidak pernah makan McD.


Doa M16 kita, ayuh, gencarkan senjata halus kita . Angkat tangan, dan tembak peluru doa ! 

Dan, penuh , rapatkan saf sewaktu solat .Solat Subuh, usahakan solat di surau / masjid.

‎"Nak baiki dunia, kena baiki manusia. 
Nak baiki manusia, kena baiki hatinya.
Nak baiki hati, kena baiki solatnya ." [Ustaz Pahrol Md.Juoi]


"Tak usahlah kita bercakap soal bersatu, bersatu, bersatu, kalau nak bersama di tikar sejadah pun kita tak mampu"[ Zaid Najmuddin , peserta Adik-adikku]

...........................................................................................


Cintaku kepadanya


Akhirnya, alhamdulillah . Berjaya memiliki buku - buku ini


Novel ini saya beli sebab .......




Saya beli buku ini, sebab berusaha untuk kumpul semua koleksi Ust.Pahrol ^^


Dan, saya sangat-sangat mahukan buku-buku ini. 








Cinta saya pada buku dan ilmu .

Buku-buku di atas tu, in syaa Allah saya akan usahakan untuk memilikinya terutamanya buku berkenaan solat tu . Terkadang cemburu dengan pelajar-pelajar fakulti Islam, ilmu agama semakin bertambah sedangkan kami , tidak . Perlu usaha lebih untuk dapatkan ilmu agama. Tapi, saya faham semakin banyak ilmu, semakin banyak amanah yang perlu ditunaikan. Dan, setiap ilmu selagimana baik dan bermanfaat, akan jadi ibadah. 

*Ilmu lebih senang masuk ke dalam hati bila kita mencintainya dan bila sangat dekat dengan jiwa kita.Sebab itu, saya lebih suka belajar ilmu agama ^^.







h.a.m.b.a
10 Muharam 1434 H
24 November 2012M
Menanti untuk ke pesta konvo UMT.

Isnin, 12 November 2012

Titisan Itu Akhirnya Tiba


Hari-hari yang dilalui dengan gelak ketawa akhirnya menitiskan air mata jua di hujung pertemuan.


Bila di MBKT, pelbagai ragam yang kita akan saksikan. 

Tawa saya terhenti bila melihat seorang pakcik yang sukar sekali kelihatan baginya untuk berjalan kerana kemungkinan ada kerosakan pada sarafnya.

Terpandang sahabiah di sebelah, matanya juga bergenang . Allahurabbi. 

Dalam hati "andai aku diuji Allah sebegitu rupa, mampukah aku untuk tersenyum sepertinya?"

ya Allah, berilah kekuatan pada mereka yang Engkau uji dengan kesusahan dalam mengharungi kehidupan.





Mulanya saya ingatkan liriknya sekadar lagu ciptaan komposer, rupa-rupanya bait kata-kata Imam Shafie.


Kepadamu (إلـيــك)

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا






Aku mencintai orang-orang soleh sekalipun aku bukan sebahagian daripada mereka, aku berharap mendapatkan syafaat dari mereka. Aku benci orang yang gemar melakukan maksiat, sekalipun aku juga pernah melakukannya.[Kata-kata Imam Shafie yang saya sangat suka]


Nota hamba : Hampir 5 hari yang dilalui, hidup saya diselubungi dengan gelak ketawa dan suasana yang sangat ceria bersama sahabiah-sahabiah saya. Sambil memasak, tidak henti-henti ketawa dan bergurau senda. Semakin mengenali, semakin banyak persamaan antara kami. Terasa hati sudah keras tetapi mujur sahaja ayat-ayat Quran dipasang untuk mem"balance"kan keadaan.Sungguh, saya cintakan mereka kerana Allah .

Oh, ya! orang -orang Pantai Timur dan Utara ni memang lucu, la. Tak perlu bercakap, tengok muka sahaja sudah mampu membuatkan saya tergelak . Masalahnya, "kenapalah kau ni senang sangat nak tergelak?"


h.a.m.b.a
13November2012M
28Zulhijjah 1433H
Atas Tanah Rabbi, Bawah Langit Ilahi
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia

Selasa, 6 November 2012

Bila Sendiri.



Sendiri, uzlah itu penting untuk muhasabah kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang kita hidup.



"sendiri aku sendiri"
"sendiri bertemankan sepi"

Pernah dengar lagu tu? Maknanya mendalam pada saya.

"Bila sendirian, fikiranku buntu"

* Saya bukan nak ajak kalian bernasyid dan cari semua lagu yang ada perkataan sendiri.

Cuma, bila bersendirian, sangat berkait rapat dengan  persoalan taqwa dan iman dalam diri.

Bila bersendirian, bagaimana kita ?

Orang yang punya taqwa yang tinggi, walau bersendirian, dia takut untuk melakukan kesalahan sebab dia tahu ada CCTV 24 Jam yang maha memerhati tanpa henti. Sebab itu, CCTV terbaik, Allah .

Sebab itu, pada saya, jika semua orang punya ketaqwaan yang tinggi, tidak perlu bazirkan duit untuk letak CCTV banyak-banyak sebab taqwa itu menjadi pembenteng terbaik .


"Thauban meriwayatkan satu pesanan junjungan , bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Aku sangat jelas mengetahui bahawa ada golongan dari umatku yang akan datang pada hari Qiyamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah akan menjadikannya seperti debu-debu berterbangan."

"Thauban bertanya : “Wahai Rasulullah, ceritakanlah tentang mereka kepada kami dan beritahulah kami lagi, supaya kami tidak menjadi seperti mereka.”

"Baginda menjawab pertanyaan mereka;

“Mereka adalah saudara kamu dan dari kaum kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu (qiamulail), tetapi mereka adalah orang yang apabila mereka bersendirian, mereka akan melanggar larangan Allah.”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)


Anda rasa tertembak dengan hadis ini?

Alhamdulillah, itu petanda anda punya iman.

Sama-sama kita perbaiki diri agar amalan kita tidak menjadi seperti debu yang berterbangan.


 Ayat 23 Surah Furqaan : Elak santau .


Kalau "suci dalam debu" macam mana pula ya?



Nota hamba : Sudah lama mahu menulis entry yang sudah lama ideanya berada di minda, tapi belum berkesempatan. Dan, entry itu lebih kurang entry yang ini cuma ada analoginya.

Oh, semalam group Product Development saya telah menghasilkan sushi veggie patty . Baru first trial . Cuma nak bagitahu, indah rupa dari rasa . Doakan kami, ya!





Yang bentuk hati dan strips macam guli itu, saya yang buat. Yang lain-lain itu, hasil gabungan idea bersama 2 orang classmates. Product asal yang ada "sayur hijau"tengah-tengah tu. Nak tempah ? Formulation pun masih dalam proses ^^. Belajar untuk cipta produk baru .



h.a.m.b.a
22Zulhijjah 1433H
7November2012M
Usai kelas Fiqh Islami

Khamis, 1 November 2012

Perkenalan Pertama . Nama Kamu Siapa?

"Namanya siapa?"

"Abdullah"

Masih ingat dialog di atas? Salah satu sedutan dalam filem Ketika Cinta Bertasbih di mana, Anna Althafunnisa' berborak dengan Abdullah Khaerul Azzam pada malam pertama pernikahan mereka.

Bukan filem KCB yang mahu saya "highlight" di sini.

Tapi, berkenaan nama.

Agak-agak kalau kita jumpa orang yang pertama kali kita bersua muka, apa perkara pertama yang kita akan tanya pada dia?

Selalunya nama, bukan ?




Tapi, kalau saya, seringkali nama itu akan menjadi soalan ketiga keempat, bukan yang pertama. [kena ubah tu]

Dan, saya memang senang mengingat nama orang berserta ejaannya sekali . Sebab itu memang kesukaan saya .

Jadi, mari sahabat-sahabat. Latih diri untuk mudah mengingat nama orang lain agar dipermudahkan Allah dalam urusan dakwah. Seriously, orang akan terharu kalau kita ingat nama dia. Sweet, kan ?

Ingat konsep 3 T - Taaruf, Tafahhum, Takaful





Abbas as-Siisi menyatakan di dalam bukunya 'Jalan Ke Hati', bahawa menghafal nama orang lain mempunyai peranan yang amat penting. Beliau mengemukakan beberapa tips yang boleh kita amalkan:

1. Hendaklah kita tanamkan rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain.

2. Ketika sedang berkenalan, hendaklah kita siap untuk menghafal namanya secara lengkap atau sebahagian saja lalu mengingat-ingat dan memakainya pada saat itu juga tatkala bercakap-cakap.

3. Ketika berkenalan dengan nama yang baru, anda harus mengingat orang-orang yang mempunyai nama yang sama yang telah anda kenal sebelumnya agar mudah untuk menghafal.


4. Pada waktu berkenalan, Anda harus memperhatikan wajah dan keadaannya; apakah ia berjanggut, memakai kaca mata, bagaimana warna kulit, suara, bentuk tubuhnya, pekerjaannya, serta di mana dan bagaimana perkenalan itu berlangsung.

5. Untuk memantapkan ingatan, Anda bisa menulis nama-nama tersebut, dan setiap kali bertemu hendaklah Anda memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah Anda mengirim surat kepadanya, kerana ini mempunyai impak yang amat besar dalam mempererat hubungan anda
dengan mereka. Surat menyurat itu sendiri merupakan sarana dalam tarbiyah.

6. Ketika bertemu lagi, Anda harus mengingat-ingat pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali, kerana ini dapat membantu anda dalam mengingat namanya dengan cepat.

7. Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi anda untuk berkenalan dengan teman-temannya, hingga anda mempunyai data nama yang amat banyak. Anda pun harus berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala.

Manfaatkan kesempatan yang ada untuk kita berkenal-kenalan kerana Imam Hasan al-Banna pernah mewasiatkan;

"Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara engkau yang ditemui walaupun dia tidak meminta engkau berkenalan dengannya. Asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan"


Nama jangan pelik-pelik sangat tau.
Oh, saya cemburu dengan mereka yang mempunyai maksud nama yang cantik.
Apa maksud nama saya, ya?

kopipasta from FB



Nota hamba : KCB, salah satu filem Islamik yang sangat saya minati. Suka jalan cerita yang hampir mematuhi syariat Islam.

"Bagus kau angkat tangan ! Kau mari sini, sebut nama diorang ni sorang-sorang"

Dalam hati :" Nak test aku ke?" Sorryla, bro. Silap orang!"

Akhirnya, mampu menyebut nama mereka seorang demi seorang walaupun hanya ada seorang sahaja yang saya tersilap tambah Muhammad.


Saya minta untuk dibuang, tetapi masih muncul dalam hidup maya saya. Musykil .



Walaupun aktiviti seharian semakin padat, tetapi saya tetap nak curi masa untuk menulis sesuatu. Itu jiwa saya. Tapi, mohon maaf jika penulisan ini "kosong".



h.a.m.b.a
2November2102M
17Zulhijjah1433H
Atas Tanah, Bawah  Langit
Bumi Tarbiyah
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger