Ahad, 4 Ogos 2013

Kamu, Saya Sayang !







........................................................................

"Hidup ni, bosanlah..."

Luahan seorang budak berusia 8 tahun.

Terkedu saya mendengarnya. Bosan ? Hati saya bermonolog " Kau baru 8 tahun hidup, dik..."

Sometimes, i feel death is better for me . Wao ! Ayat bongkak gila !

......................................................................

Bila hati lelah dengan ujian, mulalah fikiran terbayangkan kematian.

Hebat sangatkah kita, sudah bersediakah kita mahu menghadap Allah ?

Tabung amalan kita, sila periksa semula.

Kita rasa macam dah banyak amalan, oh, rupa-rupanya, sudah kosong . Sudah disedekahkan pada orang lain.

Kita rasa penuh macam bukit, rupa-rupanya , dah jadi debu berterbangan.

Sebab itu, kita diizinkan Allah masuk syurga, dengan rahmatNYA, bukan dengan amalan-amalan kita.

.................................................................

Tuhan, aku ini, hamba yang mujahadahnya turun naik, turun naik .

Kasihanilah aku, ya Tuhan.

Jika kita rasa jalan sudah tertutup, hati sudah sempit , tenangkanlah diri.

Renung kembali tujuan apa Allah mengizinkan kita bernafas di atas bumi ini.

Ingat, antara berjuta sperma dahulu, kita sudah menjadi juara.

Jika kata-kata insan lain sudah tidak mampu memberi semangat kepada kita, maka kembalilah, semaklah semula ayat-ayat Allah yang menenangkan jiwa .

Beri perangsang kepada diri sendiri !

Cintailah diri sendiri. Jangan rasa kita sendirian atas muka bumi ini, Allah kan ada ?

Biarkan manusia, usah pedulikan mereka kerana mereka juga hamba ciptaan Allah.

Mahkamah dunia, mahkamah manusia memang zalim, tidak pernah adil. Ramai yang terseksa kerananya.

Maka, nantikanlah mahkamah Allah nanti.

Persiapkan dirimu menuju Allah, agar kau tersenyum saat kembali padaNYA .

Biar insan melihatmu tidak punya apa-apa, tapi kau tahu dirimu sedang dan sentiasa bermujahadah menjadi baik disisi Allah.

Ya Allah, bantu aku, hamba-MU yang lemah!



Nota hamba : Saya cintakan seseorang. Saya rasa, dalam hidup ini, dia yang paling saya cintai. Saya berharap, dia akan peroleh seseorang yang baik untuk menjaganya. Dan, saya berharap, sebelum saya pergi, saya mampu melafazkan kata cinta terhadap dia. Terima kasih atas pemerhatianmu terhadapku, dan terima kasih kerana melihat potensi aku ! Ya, Allah, jagakan dia untukku !
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger