Dengan nama Allah
yang maha pemurah maha mengasihani kepada hambaNYA
Selawat serta salam
buat rasulullah saw, ahli keluarga dan para sahabat baginda
Mereka
yang bercinta, bersahabat , bersaudara atau berkasih sayang kerana Allah, pasti
sangat-sangat menghayati hadis ini, kan ?
عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ قَالَ: إِِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أََنَّهُ يُحِبُّهُ
Rasulullah saw. bersabda, “Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.” (Abu Dawud dan Tirmidzi, hadits shahih)
عَنْ اَنَسٍ: اَنَّ رَجُلاً كَانَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ فَمَرَّ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُوْلُ اللهِ اِنّي لأحِبُّ هَذَا فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ أَعْلَمْتَهُ؟ قَالَ: لا، قَالَ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ: أعْلِمْهُ فَلَحِقَهُ فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِى اللهِ فَقَالَ: أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِى لَهُ
Anas r.a. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw., lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah tersebut mengatakan, “Aku mencintai dia, ya Rasulullah.” Lalu Nabi bersabda, “Apakah kamu sudah memberitahukan dia?” Orang itu menjawab, “Belum.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, “Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, “Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.” (Abu Dawud, dengan sanad shahih)
Dan sudah
pasti mereka mempraktikkannya. Tahniah kepada mereka yang berjaya mengucapkan
kata cinta seperti yang disarankan oleh Rasulullah saw.
Saya?
Sudah pasti saya cemburu pada mereka yang mempraktikkan apa yang disuruh oleh Rasulullah kerana sehingga kini saya susah untuk menyatakan rasa sayang saya
kepada orang yang saya sayang terutamanya keluarga dan sahabat-sahabat saya.
Lidah
ini berat sekali untuk menuturkan rasa cinta hatta kepada keluarga sendiri.
Saya
hanya membiarkan ianya menjadi lafaz yang tersimpan. Bukan tidak mahu
mempraktikkan apa yang rasulullah suruh, tetapi entah mengapa sukar sekali
untuk saya laksanakan sunnah yang satu itu.
Teringat
luahan seorang sahabat saya suatu ketika dahulu
“ukhti, ana sangat sayang
sahabat ana ni. tapi, bila ana cakap ana sayang dia, takde balasan dari dia seolah-olah ana rasa, dia
tak sayang ana.”
Mendengar
kata-katanya, lebar senyuman saya. Dalam hati “sebijik macam aku.”
Saya
faham perasaan sahabat saya, bukan dia mengharap balasan daripada seorang
sahabat atas cinta yang diberi tetapi jauh di lubuk hatinya, dia ingin
mengetahui sedalam mana sahabat itu mencintai dirinya melalui lafaz cinta
seorang sahabat.
Saya
sedar, dia seorang sahabat yang baik dan semestinya, dia mahu banyak memberi daripada
menerima. Tapi, kita, kan manusia.
Macam
orang yang bercinta juga bila teman lelakinya cakap :”sayang, abang sayang
sayang.”
Pasti
si lelaki mengharap teman wanitanya membalas “ sayang pun sayang abang.”
Begitulah
juga umpamanya percintaan antara sahabat kerana Allah. Ada feedback, saling memberi
dan menerima.
Tapi,
hukum cinta mengatakan “siapa yang paling banyak memberi, maka dialah yang
paling mencintai.”
Setelah
sekian lama saya membuat pemerhatian berkenaan “lafaz cinta” antara sahabat
ini, akhirnya saya buat kesimpulan :
Kesimpulan
1:
Kita
akan payah untuk menuturkan kata sayang+cinta pada sahabat-sahabat jika kita
dikelilingi sahabat-sahabat yang memang romantic, tak henti-henti menuturkan
kata cinta setiap kali bertemu dengan kita. Waktu itu, kitalah yang akan jual
mahal. Dan, saat kita menuturkan kata cinta+sayang, sahabat-sahabat akan rasa
terharu mendengar lafaz cinta kita yang selama ini kita simpan. Mereka rasa
cinta mereka berbalas.
Dan sebenarnya,
bukanlah sahabat yang susah nak cakap sayang tadi, tidak sayang, cuma dia tidak
pandai mempamerkannya tetapi jauh di lubuk hati dia, dia sangat menyayangi
sahabat-sahabatnya.
Ingat
, ye sahabat-sahabat “ Love is a verb, not a word”
Kesimpulan
2:
Kita
akan mudah untuk menuturkan sayang+cinta kepada sahabat-sahabat kita jika
sahabat kita itu sendiri memang seorang yang sangat jual mahal. Waktu tu, kita
pula yang menjadi sang arjuna.
Kesimpulan
ni, saya buat berdasarkan pengalaman saya dan pengalaman sahabat-sahabat saya.
Pernah
terbaca tulisan seorang motivator tanah air, katanya“ Jangan kerap sangat menyebut
kata-kata cinta, sebab bila selalu diulang, kita akan jadi bosan.”
Saya
setuju dengan kata-kata beliau, Cuma ingin menambah, kata-kata cinta yang tidak
akan membosakan si pendengar adalah kata-kata cinta seorang hamba kepada
Tuhannya, juga kata-kata cinta seorang ummat Muhammad kepada kekasih Allah, Muhammad
al-amin. Semakin diucap sayang, semakin bertambah kecintaannya dan semakin kuat
pula ujian cintanya.
Nota
hamba :
1]Seorang
motivator cakap “lelaki kurang pandai mempamerkan sayang, tetapi sebenarnya,
dia sayang.”
Pada saya, bukan pada lelaki sahaja, ada
juga wanita yang sebegitu rupa sikapnya.
2]Baru-baru
ini, saya bermesej dengan sahabat yang paling saya cintai. Banyak kali saya
menyatakan rasa cinta saya kepadanya, tetapi tiada balasan. Tetapi saya tidak kisah kerana saya memang
sespesies dengannya.
Balasnya
: “mushynya kamu ni. kita ni, cakap sayang kat emak kita sepanjang kita hidup
ni, 3 kali je.jadi rasa janggal pulak, kan.kita ni memang jenis tak tunjuk
sayang kat mulut, tunjuk kat tangan je.makin banyak pukul,makin sayang……….”
3]Ya,
mesej sahabat saya itu membuatkan saya banyak memuhasabah diri. Jadi, saya
minta maaflah pada sahabat-sahabat saya kalau saya tak romantik macam kalian.
4]Tak
cakap sayang tak bermakna tidak romantik, cuma tak tunjuk je. Jual mahal dengan
sahabat-sahabat, tidak mengapa,kan ?
5]Dan,
hari ni, saya tak mahu pendam dan nak cakap “saya sayang sahabat-sahabat saya
kerana Allah”
Terima
kasih sebab sudi jadi sahabat saya. Moga ukhuwwah kita hingga ke syurga.
h.a.m.b.a
26 Jun 2012 M
6 Syaaban 1433 H
Selatan Tanah Air






