Selesai membaca sebuah buku karangan Burhan Sodiq yang bertajuk Engkau Memang Cantik.
Subhanallah, buku yang saya rasa sangat sesuai untuk tatapan semua wanita.
Penulisnya lelaki tetapi saya dapat rasakan dia begitu menjiwai perasaan seorang wanita.
Penulis berasal dari Indonesia.
Ada satu puisi dalam buku ni
Dan saya ingin mengajak anda semua menghayati.
Akhawat sejati.....
Akhawat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan
tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang sekitarnya
pantang baginya membuka aurat dan mempamerkan pada sesiapapun
kecuali pada mahramnya
dia sentiasa menguatkan iltizam dan azamnya dalam berghadul basar
dan menjaga kemuliaan diri,keluarga serta agama
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempesona
tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran
dia yang sentiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah
pantang baginya membuka aib saudaranya
dia yang memahami dan merasakan betul bahawa ALLAH
sentiasa mengawasi segala tindak tanduknya
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada liuk gemalainya kala dia berjalan
tetapi daripada sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan
dia yang sentiasa bersikap tulus dalam membina persahabatan dengan siapapun
di manapun dirinya berada
tak ada perbendaharaan kata cemburu buta dalam kamus kehidupannya
dia sentiasa merasa cukup dengan apa yang ALLAH anugerahkan untuknya
juga atas nafkah yang diberikan sang suami kepadanya
tak pernah menuntut apa-apa yang tidak ada kemampuan
pada sang qowwam di tengah keluarga
sabar adalah aura yang terpancar dari wajahnya
sifat tawadhu' adalah pakaian yang sentiasa dia pakai sepanjang perguliran zaman
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada bagaimana dia menghormati dan menyayangi
orang-orang di tempat kerja
tetapi daripada tatacaranya menghormati dan menyayangi sesiapapun
dan di manapun tanpa memandang status yang disandangnya
dia yang dilihat menyejukkan mata dan meredupkan api ammarah
baiti jannati selalu berusaha dia ciptakan dalam alur kehidupan rumah tangga
totalitas dalam menyokong dakwah suami dan berderma bakti mengurus generasi penerus
yang berjiwa Rabbani
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada banyaknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya
tetapi dilihat daripada kesungguhan dalam berbakti dan mencintai ALLAH dan Rasulullah
dia yang selalu menghindari sesuatu yang syubhat terlebih hal-hal yang diharamkanNYA
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada pandainya dia merayu
dan banyaknya air mata yang menitik
tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan
pancaran kasih sayang melesat tajam daripada tiap nada bicara yang keluar dari bibirnya
dia yang memiliki perasaan yang tajam untuk selalu berbuat ihsan
kala di tempat umum mahupun kala sendirian
Akhawat sejati bukanlah dilihat dari merdunya suara kala bertilawah Al-Quran
dan banyaknya hadis yang dia hafal
tetapi daripada keteguhan dan konsistennya mengamalkan kandungan keduanya
dia selalu berusaha mengajarkan pada yang belum memahaminya
Al-Quran dan As-sunnah dijadikannya sebagai suluh penerang serta pijakan
dalam menelusuri lorong-lorong gelap kehidupan
Akhawat sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelar yang disandangnya
serta luasnya wawasan atau lincahnya dia bergerak
tetapi tingginya ghairah dalam menuntut ilmu
dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan
ilmu yang bermanfaat adalah tongkat yang dia pegang
Menjadi akhawat sejati
nescaya akan membuat iri dan cemburu para bidadari
menjadi dambaan bagi mereka para insan berjiwa Rabbani
menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah
dan jihadiyah
serta
para hamba yang tidak tertipu oleh gemerlapnya dunia yang semu..
Menjadi akhawat sejati
seperti yang dicontohkan oleh
Khadijah, Aisyah, Hafsah
Maimunah, Saffiyah, Fatimah
dan para sahabiyah radiallahuanha ajmain
Berusaha untuk habiskan buku Di Atas Sajadah Cinta-Habiburrahman el-Shirazy dan Memoir Tragedi Memali-Riduan Mohamad Nor.