Ahad, 16 Februari 2014

Kerana Aku Manusia

Oh Allah , seperti ini keadaanku. Aku takut menjadi daie yang rosak !
Kerana aku manusia!

Aku dihadiri oleh kehadiran ukhuwwah yg sejati seiring untuk aku naik. Merekalah insan yang memberikan aku semangat untuk membawa org lain. Sama-sama menangis ketika usaha ini tidak dihargai, sama-sama menangis ketika hati ini kering, sama-sama menanggung duka kesusahan sambutan, kesempitan wang, kekangan keluarga dan pihak atasan.
Semua rasa yang sama dihadiri oleh Allah terhadap jiwa-jiwa ini, makin kental. Namun ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Aku di uji oleh Allah ketika jiwa ini terasing berjauhan dengan mereka. berjuang sendirian.
Aku nak menangis ketika apa yang aku mahu tidak tercapai target kerja dakwah ku. Aku menyalahkan diri ku, aku menyalahkan orang sekelilingku. Tapi aku lupa bahawa ini semua terjadi dengan izin Allah. ini semua kehendakkNya, ini adalah pertarungan iman dan ujian aku terhdap apa itu kerja di jalan Allah. aku harus kuat! Aku harus tabah!
Aku harus berubah menjadi hamba Allah yang sentiasa mahukan keredhaan Nya. Aku harus tabah. Namun, aku sering tergelincir. Dan aku tergelincir keseorangan. Ketika aku merosakkan nama sebagai seorang daie. Seorang yang sepatutnya menjadi contoh pada org lain. Seringku menangis pinta Allah membelaiku. Sering aku pinta malaikat menyelimutkan ku.
Tangan ku juga mengosok belakangku, tangan ku juga membelai rambutku, tanganku jua menyapu airmataku. Aku tak tahan dengan jiwaku yang lemah. Aku sedih dengan diri ku. Kadang jiwaku bercelaru.patutkah aku masih dijalan dakwah? Dan menjalani hidup seperti orang biasa? Bukan sebagai daie?
“Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang dijalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji benar dari ALLAH di dalam taurat, injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu. Dan demikianlah itulah kemenangan yang agung” at-taubah : 111
Aku harus gembira, aku harus yakin dan aku harus bersabar! Kerana Allah telah membeli ku sebagai daie.

Taken from QuranicGen

Hati, Ke Mana Engkau Berlayar ?


Sudah lama jejariku tidak menulis, menukilkan kata-kata.
Ya, aku kehilangan kata-kata sebenarnya untuk mengekspresikan apa yang ku rasa.
Aku terjumpa satu nukilan dari sebuah blog "Allah Seeker".
Indah kata-katanya, seolah-olah aku seperti membaca luahan hatiku sendiri.




Ku terlalu merindui saat itu
Ketika kita selalu bersua
Ketika kita kerap berjumpa
Saling berkongsi duka dan tawa.

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika kita bermain bersama
Bertepuk tampar bertukar bahagia
Setiap cubitan menghangatkan jiwa
Rindu terubat tersenyum gembira.

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika aku dihimpit duka
Ketika aku diuji Dia
Ketika terasa air mataku kau seka.

Aku terlalu merindui saat itu
Menunggu di pintu menunggu kiriman
Tiap kali menjelang lebaran
Segala kiriman kini kusimpan
Tinggal kenangan menjadi tatapan
Tika keseorangan dihiris kerinduan.

Aku terlalu merindui saat itu
Setiap kerlipan seindah memori
Setiap bisikan menyentuh hati
Gadget canggih masih asing dalam kamus kami
Bukan ianya menjadi kepentingan diri
Ketika itu,
dunia kami indah sekali..

Aku takut disuatu saat nanti
Ketika salam tiada lagi berjabat
Ketika tawa tiada lagi bersambut
Ketika senyuman tiada lagi berbalas
Ketika bicara tidak lagi terdengar
Ketika aku terlalu merindui sebuah sentuhan.

Aku takut disuatu saat nanti
Ketika yang dekat terasa asing
Ketika yang jauh makin menyepi
Ukhuwwah hanya semudah memetik jari
Gusar pudar manisnya nanti



"I cannot always show it but don't doubt my love." - Outlandish


Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI

Nota hamba : Saat ini, diri seakan-akan jatuh ke lembah yang dalam . Pada siapa aku mengharap belas ihsan jika bukan padaMu , ya Allah ?

Saat hati, jiwa dan minda lelah dengan permasalahan dunia, ragam manusia juga konflik diri , aku seakan-akan mahu lari , mahu ke tempat yang jauh.

Tapi, aku tidak tahu mahu ke mana. Allah Maha Mengerti akan keadaanku. 

Aku insan yang sedang bermujahadah! Kadang-kadang aku jatuh ! Lelah , tapi tabahlah duhai hati!
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger