Rabu, 26 September 2012

Rahsiakan, Jangan Hebahkan

Dengan nama Allah Maha Mencintai Hamba-hambaNYA

Entry ini bukan jiwang dan tidak ada kaitan dengan empunya blog.

Sedang asyik search " Tafsir Hujuurat" di Google, saya terpandang novel Cinta High Class yang belum sepenuhnya saya baca. Baca lompat-lompat.

Laju tangan menggapai novel tersebut. Saya terus buka novel secara rawak, tidak memilih muka surat. Apa yang terbuka, itulah yang saya baca.

Mahu tahu apa yang saya baca, hasil karya Fatimah Syarha ? Silakan.

 Sedutan dalam novel Cinta High Class m/s : 338

 Saya menyenaraikan kriteria lelaki idaman dan cara pertunangan yang saya impikan.

1. Jenis : Beragama dan berakhlak mulia
Kayu ukur : Buat apa yang Allah suruh. Tinggal apa yang Allah larang. Menghormati dan meraikan orang lain.

2. Cara pergaulan : Menjaga wara'
Orientasi : Berhubung atas dasar urusan. Jika di luar batas urusan, cuba elakkan. SMS atau emel menjadi medium pilihan jika ada urusan . (Meraikan personaliti saya yang pemalu dalam soal ini). Elakkan telefon kerana dua sebab :

 Pertama, ingin teruja dengar suaranya pada hari akad nikah. Kedua, suara tunang mudah menaikkan syahwat . Telefon atas dasar urusan jika benar-benar terdesak ).

3. Komitmen pertunangan : Berahsia dan tidak terbuka (Jika tidak jadi, malu).
Orientasi : Para ulama ramai berpesan agar jangan hebahkan pertunangan secara awam. Minimumkan komunikasi. Fokus pada perkara penting . Ziarah keluarga dari pihak sebelah lelaki ke rumah pihak sebelah perempuan . Elakkan dahulu ziarah keluarga pihak sebelah perempuan ke rumah pihak sebelah lelaki bagi menghindari fitnah masyarakat.

Dan, banyak lagi. Tapi, saya tidak mahu tulis kesemuanya. Mahu baca, beli sendiri ya! [Saya pun pinjam sahabat punya sebenarnya].




Saya yakin semua muslimah pasti mahu yang terbaik dalam tempoh pertunangan. Moga Allah menjaga kalian dan saya juga.

Entry ini khusus buat sahabat-sahabat saya yang sudah bertunang  dan bakal tunang mereka.




Nota hamba : Ingat, ya!Bila kita dahulukan Allah, jaga syariat Allah. Allah akan jaga kita.

Tanam baik-baik pesan Ustaz Pahrol dalam kotak fikiran " Jika terlalu banyak kemanisan yang diambil sebelum pernikahan, maka tawarlah yang akan dirasa selepas pernikahan:

Dah manis terlalu banyak, nanti jadi masin :)

h.a.m.b.a
26September 2012 M
10Zulkaedah 1433H
Kusza Bumi Tarbiyah


Sabtu, 22 September 2012

Kalimah Rindu


Dengan nama Allah yang maha pengasih maha penyayang






Tatkala aku merindukanMu,

Ku pejam rapat mataku,



Ku bayangkan Kau dlm hatiku,



Berdetak dlm dadaku,



Bergema seruan rinduku pdMu..

Lalu ku ayun langkah kakiku,



Ku berdiri di hujung sajadahku,



Dan cintaku mula berzikir syahdu,



Dalam sujud terakhirku..

Ku lafazkan kalimah rinduku,



Seusai itu tenang menyelubungi hatiku,



Dan aku semakin rindu,



Untuk beradu di sisiMu selalu,

Tuhan…



Akulah sang pencinta,



Dan aku ingin setia,



Semoga kemanisan cintaMu ini,



Kekal menghuni hingga aku mati..











kalimah rindu
munsyid : in-spirasi salam
lirik : cahaya fatma

























Nota hamba : Cinta Allah, ia datang dan pergi daripada hati. Wahai Allah, sejujurnya, kami hambaMU mahukan cinta itu sentiasa di hati kami hingga kami mati. Bantulah kami, ya Allah.








Buat kamu, tabahlah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat diri kamu.










h.a.m.b.a

23September 2012

7 Zulkaedah 1433H

Kusza Bumi Tarbiyah

Rabu, 19 September 2012

Terus Nyatakan Cinta

Wahai Allah yang Maha Mencintai Hamba-hambaNYA

Jika kalian bercinta, pasti kalian mahu bersama dengan insan yang kita cintai sama ada ketika susah dan senang.

Jadilah setia wahai sang pencinta terutamanya kepada DIA.





DIA tidak pernah melupakan kamu walau sesaat.

Diberinya nikmat, lalu kamu gembira. Gembirakah kamu jika tidak nyatakan rasa syukur?

Diberinya ujian, kamu sedih. Sakitkah hati kalian jika tidak ada yang sudi menghibur ?

Wahai Allah, bantulah kami mencintaiMU dengan seikhlas hati.

Maafkan kami kerana terkadang kami leka dengan manusia sehinggakan meminggirkanMU.







Hati kita yang satu itu perlu sedikit ruang untuk meneguk kembali cinta Ilahi setelah sekian lama dibiarkan sepi.


Perkara itu mungkin kembali menguji diri, maka bersedialah duhai hati, positifkan minda .

InsyaAllah, everything will be ok.






Nota hamba  :  Selesai membaca novel " Cinta High Class ". Banyak perkara yang saya belajar walaupun  tidak punya mood untuk membaca Novel ukhti Redha yang kini menjadi rebutan sahabat muslimat saya . Berat nanang doh sek-sek ni :)

Mari mengejar cinta Ilahi yang tidak bertepi. Betapa baiknya Allah sebab tidak pernah meninggalkan kita.

Tidak salah berukhuwwah dengan sahabat, tetapi jangan terlalu leka sehingga kita lupa untuk bermuraqabah dengan DIA.

Uzlah dalam Jaulah.


h.a.m.b.a
19 Spetember 2012 M
3 Zulkaedah 1433 H
Kusza Bumi Tarbiyah


Selasa, 11 September 2012

Pasti Diuji, Sahabat

Wahai Allah yang Maha Mencintai Hamba-hambaNYA

Hari ini, saya mahu berdialog dengan diri .

Semester baru sudah kembali. Alhamdulillah sudah hampir 2 minggu berada di bumi Kusza.

Menyandang gelaran sebagai student final year Bachelor of Food Technology. Rasanya bagaikan baru semalam mendaftarkan diri sebagai pelajar baru.

Dan setiap kali rasa excited nak balik universiti, terselit juga dihati rasa takut diuji dengan ukhuwwah. 

Walau pernah diuji dengan ukhuwwah yang sangat memberi kesan dihati, tapi rasa bimbang tetap bersarang di jiwa takut-takut tidak mampu untuk menghadapi ujian yang sama sehinggakan aku berdoa pada Allah khusus demi ukhuwwah antara aku dan sahabat.

Tapi, Allah maha baik. DIA tahu, aku sudah lali diuji dengan ukhuwwah. Maka, diberinya kekuatan pada aku untuk menghadapi itu semua. 

Dan kini, aku kerapkali diminta memberi nasihat pada sahabat-sahabat yang sudah mula diuji dengan ukhuwwah sebagaimana yang aku hadapi dulu. Dan, azam yang kusematkan dalam diri " InsyaALLAH, aku mahu jadi sahabat yang layak digelar sahabat sebelum aku meninggalkan sahabat-sahabat "

Sakit ! Perit !



Mahu atau tidak mahu, diri sendiri yang kena lawan. Jangan ikutkan nafsu yang melulu dan bisikan syaitan yang menipu.

Pernah aku menulis satu status yang lebih kurang begini bunyinya :

" Dua orang yang bercinta, bila diuji rasa cemburu , sangat memberi kesan hingga boleh membawa kepada pembunuhan , zina dan penyakit-penyakit sosial dalam masyarakat  TETAPI dua orang yang bersahabat kerana Allah , bila diuji rasa cemburu , jika tidak terkawal rasa cemburu itu, akan menganggu gerak kerja dakwah bahkan memberi kesan besar pada ummah , ummah jadi semakin lemah dan tidak mendapat sentuhan tarbiyah "

Ya, diuji rasa cemburu memang sulit . Hanya Allah sahaja yang tahu.

Dan, sahabat aku membenarkan status aku itu "gerak kerja terganggu kerana masalah ukhuwwah".

Pernah aku terbaca dalam  satu majalah Islamik berkenaan cinta .

"Usah ditanya pada orang yang bercinta jika tidak ada rasa cemburu "

Cemburu itu menunjukkan tanda kita cinta. siapa yang lebih besar rasa cemburunya, maka dialah yang paling cinta. Cemburu itu perlu . Tapi, pesanlah pada hati agar cemburu itu bersederhana, bukan melampaui batas.

Maka, pesan aku padamu sahabat, kuatkan mujahadah dalam diri , tajdidkan niatmu selalu dalam berukhuwwah.

Ah! untuk menulis berkenaan ini sebenarnya, aku rasa takut. Sebab aku yakin mungkin aku akan diuji lagi . Dan saat aku diuji, aku pohon padamu sahabat untuk mengingatkan aku apa yang telah aku tulis.

Semua kerana Allah.




Nota hamba  : "Wahai Allah yang menciptakan rasa cinta dalam diri manusia, campakkanlah dalam hati aku rasa cinta pada sahabat-sahabatku. Bantulah kami memelihara ukhhuwah ini. Jauhkanlah dari hati kami rasa cemburu, dengki dan dendam kesumat, ya Allah "

Usai mendengar curahan hati seorang sahabat.

Baru aku tahu hikmah aku diuji dalam bersahabat. Rupa-rupanya, Allah mahu aku membantu sahabat-sahabat yang diuji dengan ujian yang sama. Mungkin tidak banyak yang aku boleh bantu, tapi sedikit sebanyak memberi idea bagaimana mahu mengatasi ujian itu.

"Moga enti tidak diuji macam tu lagi ." "Amin".

InsyaALLAH, esok bertolak pulang ke Bumi Serambi Mekah bersama sahabat tercinta.


h.a.m.b.a
12 September 2012 M
25 Syawal 1433 H
Bumi kelahiran penyu

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger