Ahad, 28 Oktober 2012

Tinggalkan kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha Mencintai Hamba-hambaNYA


Biar gambar berbicara

Tafsiran kepada rasa hati





Tersenyum waktu baca hadis ini. Sungguh, menjadi pengubat hati ^^




 Nota hamba : Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk terima "pembuangan" itu .

Membina kekuatan menyiapkan proposal dan report meat technology . Sudah mengantuk sebenarnya . 

Oh, baru dapat khabar gembira dari dia . Saya gembira untuk kamu.



h.a.m.b.a
Atas Bumi Tuhan,
Bawah Langit Ilahi
[shan rrak ttee] 

Rabu, 24 Oktober 2012

Cantik Hati, Cantiklah Diri

Teringat saya suatu ketika dahulu, pernah membaca blog seseorang bagaimana dia menceritakan bahawa dia tidak dipedulikan di sekolah kerana kurang cantik.

Orang tak ambil pusing sangat berkenaan dia kerana kurang cantik berbanding yang lain.

Teringat juga saya pada seseorang yang dibandingkan kecantikannya dengan saudara perempuannya yang lebih cantik. Seringkali dia berasa rendah diri kerana kurang cantik

Dan, semalam, diizinkan Allah mendengar luahan seseorang yang merasa dirinya tidak cantik kerana kulit yang gelap .

Wanita, memang sensitif bila berbicara soal cantik. Walau tenang hati mendengar hadis yang mengatakan Allah tidak pandang rupa, tetapi pandang hati namun jauh di sudut hati, pasti tersentuh apabila melihat seseorang yang lebih cantik dipuji-puji sedangkan diri semakin merendah kerana merasakan dirinya tidak cantik dan tidak disukai manusia..

Cantik - Satu nikmat juga satu ujian.
Ramai wanita tewas dengan kecantikan
kerana kecantikan dieksploitasi semata-mata untuk memuaskan nafsu
"Beauty is in the eye of beholder"

Mahu saya kongsikan satu artikel daripada FB berkenaan wanita dan kecantikan , yang ditulis oleh seorang lelaki .

Wahai kaum hawa, wahai kaum adam, mari baca dan hayati .

Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan.

Wanita yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.


Berbeza dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.

Pada sisi saya, sebagai seorang lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan suka kepada wanita yang cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan itu juga satu sebab kenapa wanita sering menonjolkan kecantikannya.

Tapi ingat satu perkara...

"Wanita yang tidak cantik luar tetapi cantik dalam masih lagi dapat dilihat kecantikannya. Berbanding wanita yang cantik luar tapi buruk dalam, mereka hodoh sebenarnya!"

Kecantikan dan Wanita...

Kecantikan itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!

Saya tertarik satu rangkap daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"

Apabila kecantikan pun perlukan perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka kita tahu kecantikan itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah lakunya. Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.

Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Fikirkan
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?

Tidak walaupun sesekali.

Wanita yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.

Bahkan seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.

Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.

"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."

Hiraukan kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.

Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.

Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.

Penulis :
Kamal Arif Putera Bin Nor Akmal
Merupakan mahasiswa Diploma Al-Quran Wal Dakwah di Darul Quran dan salah seorang alumni SBPI Rawang














Nota hamba : Manusia memang suka memandang luaran sebagaimana yang pernah dikatakan Imam Shafie "Kita adalah kaum yang menilai perkara-perkara zahir .........."





Entah mengapa, saya memang suka memandang wajah muslimat yang berkulit hitam manis. Hitam itu,kan menawan . Adakah saya yang terlalu mengagungkan warna hitam ? Pada saya, muslimah yang berkulit gelap tetapi sangat solehah menjadikan, kegelapan itu sudah tidak nampak lagi kerana kesolehannya lebih terserlah. Ada sesuatu yang membuatkan saya tertarik untuk mendekati mereka . Mungkin, hati mereka yang bersih.





Teringat pada penduduk langit, Uwais Al-Qarni dan sahabat sahabiah zaman Rasulullah saw yang berkulit gelap tapi sangat mulia disisi Allah kerana keimanan mereka yang teguh .





Entry lama yang masih berguna untuk dibaca berkenaan Wanita + Cantik Jangan Berbangga





Oh, ya! Salam Aidiladha .





Jangan korbankan maruah kalian semata-mata untuk memuaskan nafsu .











h.a.m.b.a

8 Zulhijjah 1433H

24 Oktober 2012 M

Atas  Bumi Allah

Bawah Langit Ilahi

Kusza Bumi Tarbiyah

Jumaat, 19 Oktober 2012

Hati Telah Dimiliki



Pesanan isteri Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:



Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."

 Hati kalian telah dimiliki oleh insan yang bergelar suami, pemilik hati sebenar setelah Allah dan Rasul. Maka, layaklah kalian untuk berbahagia bersama insan yang telah ditakdirkan Allah sebagai belahan jiwa kalian.Moga hubungan yang dibina atas dasar cinta kepada Allah ini berkekalan hingga ke syurga.


Pemilik hati setelah Allah dan rasul itu ialah seorang lelaki yang telah sah menjadi suami.Jaga hati baik-baik, ya sahabat!


"Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya & ringan pula maharnya..."






Nota hamba : 

1] Tahniah buat sahabat sewaktu di SMKA yang telah bergelar ummi, Zakiah dan zauj, Fahmy atas kelahiran mujahid sulung mereka, Muhammad Umar Al-Farouq. Menanti Puan Che Ku Asma pula untuk bergelar ummi. Mereka wakil batch saya di SMKA tahun 2007 yang telah pun berbaitul muslim.

2] Tahniah juga buat dua orang teman sewaktu Tingkatan 3 yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Nampak diam, tapi diam-diam berisi. Betul tak Puan Ainur Insyirah dan Puan Aziela Jamion? Yang ni, wakil batch saya sewaktu Tingkatan 3, tahun 2005.

3] Barakallahuma buat dua orang sahabat sebatch saya yang sama-sama ditarbiyah, Puan Amyra Ramlan dan bakal menyusul Cik Siti Zulaikha Abdul Halim untuk Baitul Muslim yang dibina. Moga Allah meredhai kalian dan terus istiqamah. [ Nak anak sedara, tau :)]

4]Buat yang belum bernikah tu, terus berdoa ya!

5]Dapat rasa aura gembira sahabat yang mahu bernikah bila melihatkan persediaan yang sedang dilakukan . Beli buku-buku berkenaan rumahtangga, dan barang-barang seorang isteri untuk suami. Bergenang air matanya bila terkenangkan ketiadaan sahabat-sahabat sewaktu akad nikah nanti.

"Uda yakin, dia dapat jaga wa dengan baik dan dapat terima wa apa adanya"

Pertama kali saya pandang wajahnya dulu, terdetik di hati " siapalah yang jadi suami dia, kan? bertuah sungguh!" [saya muslimat ke muslimin ek?]


credit lagu Zulfan- Permaisuriku dan Seri Hati.

p/s : Buat zauj sahabat-sahabat saya, tolong jaga mereka baik-baik ya!

h.a.m.b.a
19 Oktober 2012 M
3 Zulhijjah 1433 H
Atas bumi, bawah langit Ilahi

Rabu, 10 Oktober 2012

"Kapal Mana Satu, Kak?"

Dengan nama Allah yang Maha Hebat
Selawat serta salam buat Rasulullah saw, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan para solehin
Al-fatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

Teringat sewaktu saya di matrikulasi Johor dahulu.
Diajak oleh seorang kakak untuk mengikuti satu halaqah.

Phototropism-Menghadap cahaya nan satu 

Usai sahaja halaqah, dipanggilnya saya untuk duduk berborak berdekatan dengan tiang masjid.
Saya memulakan persoalan " kak, kenapa Islam tu ada banyak jemaah? bukan ke sepatutnya, orang Islam bersatu? kalau banyak jemaah, orang non-muslim nampaklah umat Islam ni tak bersatu..."

Dan, saya totally lupa apa jawapan kakak tu ^^. Tapi, yang saya pasti, selepas itu, dia memanggil seorang sahabat saya yang "hardcore", untuk menjawab segala pertanyaan saya. [Sahabat saya yang kini berada jauh di Mesir menyambung pengajian dalam Degree of Qiraat]

Dan, saya dipanggil oleh kakak itu pun sebab tindakan saya menyertai pelbagai jemaah menimbulkan sedikit kerisauan di hati mereka. Maklumlah, darah masih muda, sedang membuak-buak nak tambah ilmu agama, tidak lebih daripada itu. Pening kepala juga akak tu nak terangkan kepada saya kenapa tidak boleh bertaadud jemaah, kenapa itu, kenapa ini. Degil juga saya ni,waktu awal-awal nak mengenali erti jemaah, tarbiyah dan sebagainya.

Itu dahulu. 

Baru-baru ini, saya ada berborak dengan seorang sahabiah yang baru sahaja beberapa bulan bernikah. Daripada hal rumahtangganya, hinggalah masuk bab jemaah. Apa-apa pun, saya bahagia melihat dia bahagia bersama zaujnya yang soleh.

Kata sahabat saya itu, berjemaah ni, macam kita bermazhab. Jemaah apa pun yang kita sertai, usahlah mendabik dada mengatakan kita yang paling syumul. Allah sahaja yang tahu who is the best among the best.
Sama juga dalam kita bermazhab. Imam-imam setiap mazhab tidak pernah cakap mazhab merekalah yang terbaik, tetapi meraikan antara satu sama lain.

Saya raikan pendapatnya. Walaupun dia sudah berlabuh di perhentian lain, dan telah pun menaiki kapal lain, saya harap dia terus istiqamah dengan perjuangan.

Dan, pendapat saya, memanglah setiap jemaah itu punya wasilah tersendiri. Tepuk dada, tanya iman , kita lebih selesa dengan yang mana. Dan, setiap orang punya lubuk pahala yang tersendiri untuk dia kutip pahala banyak-banyak. Allah tahu dan nilai setiap usaha kita , tidak kisahlah dia JIM, ABIM, IKRAM, ISMA, TABLIGH, HIZBUT TAHRIR, dan PAS.

Kalau rasa nak berpolitik, joinlah yang Hijau Putih.
Kalau rasa nak berkhilafah, joinlah yang Hitam Putih

Yang penting, semua jemaah itu satu matlamatnya, Allah dan Islam.
Kita hanya akan lebih mengenali satu-satu jemaah itu, bila kita sendiri menjadi ahlinya.

Berlapang dada

Mendengar luahan seorang sahabat baru-baru ini sedikit membuatkan hati saya, dan hati kami sebenarnya, marah. Marah yang bertempat sebenarnya.

Moga mereka kuat menghadapi ujian. Dan kita, selain perlu berlapang dada, kena banyakkan doa agar nasrullah sentiasa bersama-sama dengan kita.

Mari beranalogi.

Kita sama-sama mahu menuju satu pulau yang sama. Dan, kita akan berlayar di lautan yang luas, cuma kapal yang kita naiki berbeza-beza dan laluan kita juga berbeza. Tapi, kompas yang kita guna untuk perlayaran sama.

Pulau yang sama itu, Allah. Kita semua menuju kepada Dia, bukan yang lain.
Lautan yang luas, Perjuangan yang masih panjang.
Kapal yang dinaiki, Jemaah yang kita sertai.
Laluan berbeza, wasilah berbeza.
Kompas yang sama, Alquran dan Assunnah.

Walau apa pun jemaah yang kita sertai, TOLONG lah berlapang dada bilamana melihat jemaah lain yang lebih terkehadapan baik dari segi ahli, aktiviti dan gerak kerja.Bukannya, memaki hamun, cemburu yang tidak bertempat, bahkan jangan ada niat mahu menjatuhkan. 

Wahai kamu! kalau benar kita orang yang ditarbiyah, punya thaqafah, mengapa mahu menjatuhkan di saat yang lain sedang membangun? Bahkan, kita perlu gembira melihat Islam semakin terkehadapan. Ini bukan pertandingan jemaah siapa yang terbaik, dan kita pun tidak pernah bertanding, cuma kita sama-sama peserta larian perjuangan yang sedang bertanding dengan orang-orang yang mahu menghancurkan Islam. Jangan kita juga turut menjadi orang yang tidak suka melihat kebangkitan Islam sedangkan dalam masa yang sama kita bawa Islam.

Renungan buat kalian yang bergelar penggerak Islam :

‎"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.

"Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.

Imam Hassan Al Banna



Nota hamba : Kini, baru saya nampak ada hikmahnya bilamana hanya Hijau Putih sahaja yang menjadikan politik sebagai salah satu wasilah dalam perjuangan. Cuba bayangkan, kalau semua jemaah masuk politik, waktu tu, non-Muslim memang akan nampak, umat Islam tidak bersatu sebab masing-masing cuba bertanding to be the best dalam pentas politik dan orang Islam sendiri akan jadi pening sebab tak tau nak pilih parti mana, sebab sudah pasti semua jemaah akan menjadikan Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka.


h.a.m.b.a
Atas Bumi Cinta
Bawah Langit Ilahi
25Zulkaedah 1433H

Ahad, 7 Oktober 2012

Kerana Yang Halal Itu.

Teringat saya kisah yang sangat-sangat berkesan di hati saya sewaktu keluar makan bersama beberapa orang sahabat di Selatan Tanah Air sewaktu Latihan Industri dahulu.

Waktu itu, sahabat itu menghulurkan "Skittles", sejenis makanan ringan yang berwarna-warni kepada semua orang yang berada di bulatan meja. Tidak ada seorang pun yang menolak, tetapi sebaik sahaja "Skittles" itu disuakan kepada saya, saya cepat-cepat menggeleng menandakan saya tak nak.

Sahabat bertanya " Kenapa tak nak? "

Jawab saya " Sebab takde tanda Halal Jakim"

Dia terdiam.

Tidak berapa lama kemudian, saya minum air sirap yang diorder. Tiba-tiba sahabat yang tadi menegur " Air tu takde tanda halal, boleh je minum ."

Saya ? Rasa macam kena tampar je pipi ni. Tersentak . Tapi dalam hati mengiakan "Haah, ek. Air sirap ni, takde tanda Halal Jakim pun, aku minum je..yang Skittles tadi, takde tanda halal, aku tak makan pulak "

Adakah sebenarnya, selama ni, keyakinan saya terhadap sesuatu makanan atau minuman bergantung kepada logo Halal?

Teringat kata-kata lecturer saya " atuk moyang kita  dulu-dulu, tak de tanda halal tau, boleh je hidup "

Ada orang yang diuji dengan rasa syubhah yang keterlaluan sehingga dirasakan semua benda tidak boleh dimakan atau diminum.

Rasa syubhah itu tidak salah, tetapi biarlah kita atassi rasa itu dengan ilmu. Dan, betapa sebenarnya, rasa itu mengajar kita untuk bersikap wara'.

Memanglah kalau ikut makanan-makanan yang ada di dunia sekarang ni, mungkin majoritinya jatuh pada status syubhah. Inilah akibatnya, bila ekonomi dan bidang makanan dikuasai oleh puak-puak yang tidak faham erti Halal Haram .

Disebabkan makanan juga,lah ramai yang sakit kerana sakit itu berpunca daripada perut [apa yang kita makan]


Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yanghalal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Sesungguhnya syubhah itu lebih dekat dengan haram.


Nota hamba : Sampai sekarang, saya tidak boleh terima kaedah stunning yang diperkenalkan oleh Barat sebelum melakukan penyembelihan kepada haiwan sembelihan. Pada saya, itu kejam !

Mencoret sedikit sementara punya ruang waktu. Masih belum pulih sepenuhnya . 

Jazakumullah khairan kathira buat sahabiah yang baik-baik, masih sudi jaga saya dan suapkan makanan. Indahnya bersahabat kerana Allah .

h.a.m.b.a
22 Zulkaedah 1433 H
8 Oktober 2012M
KUSZA Bumi Cinta
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger