Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
Selawat & Salam
buat Rasulullah saw, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.
Hari
ini saya mahu mencoret. Rindu sangat-sangat untuk menaip.
Lebih-lebih
lagi apabila melihat ramai sahabat-sahabat saya mengupdate blog
Saya
teringat sewaktu mendapat tahu keputusan UPU sewaktu tahun 2009.
Saya
terpilih untuk melanjutkan pengajian di Universiti Darul Iman dalam pengajian Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Makanan.
Pelbagai
reaksi yang diterima daripada keluarga saya.
Kakak
saya menyatakan rasa kepuasannya apabila melihat keputusan UPU saya. Katanya : “baguslah
angah ambil bidang ni, angah kan selalu rasa syubhah kalau bab-bab makanan ni.”
Berbeza
pula dengan emak saya, katanya : “Mu nok kijo gapo nanti?”
Mesej
daripada sahabat-sahabat saya juga bertali arus. Bila saya beritahu mereka yang
saya akan sambung belajar di UDM, semuanya tercengang-cengang.
“UTM?”
“UDM?
U ape tu? Tak pernah dengar pun.”
Akhirnya,
saya memberitahu mereka “ U.D.M……..dulu orang panggil KUSZA, la”
………………………………………………………………………………………
Itu beberapa
tahun yang lalu.
Baru-baru
ni, sewaktu dalam perjalanan menuju ke Kilang Bumi Hijau, tempat praktikal
ukhti Redha, saya berborak-borak dengan senior saya yang bekerja di Rikevita.
kakak
: “Awak tak menyesal ke pilih bidang foodtech?”
saya
: “Eh, kenapa akak tanya macam tu?”
kakak
: “Takde,lah. Akak rasa awak macam tak sesuai bekerja dalam bidang industri. Selalu
sakit. Dah pernah ambil MC.”
Terkedu.
Dan rasa macam tersentap waktu dengar dia cakap macam tu.
Akhirnya
saya menyambung,
Saya
: “InsyaALLAH, tak kak sebab mungkin ada hikmahnya.”
Akak
: “Akak dulu pernah menyesal ambil bidang ni, tapi akak fikir dah tak boleh
buat apa, so I have to….. dan akak bertekad untuk habiskan belajar.Akak
pilih bidang foodtech pun sebab bila tengok result matrik, pilih
jela course yang rasa sesuai dengan pointer.”
Saya
: “Sama,lah kita.sebab result matrik kurang memuaskan, saya pilih
mana-mana universiti yang ada bidang foodtech atau food science.”Tapi, saya tak menyesal sebab saya suka belajar bab-bab makanan lebih-lebih lagi isu halal."
………………………………………………………………………………………
Memang
benar kata kakak tu, saya merasakan yang saya kurang sesuai untuk berada dalam
bidang industri lebih-lebih lagi di bahagian production yang mana ramai
sangat-sangat pekerja lelaki, dan sangat-sangat memenatkan sebab tenaga wanita
tidak setanding dengan tenaga lelaki.
Sepanjang
hampir 9 minggu saya berpraktikal, saya memang telah mengambil MC sebanyak 5
hari. Tapi, saya bersyukur sebab Allah bagi saya sakit. Penghapus dosa. Biarlah
orang nak judge kita yang kita ni, mungkin tak pandai jaga kesihatan. But,
I’ve try my best.
Dan disebabkan
fizikal saya yang agak kecil, semua orang ingat saya tak mampu buat kerja
berat. Dan, kalau dulu orang asyik bertanya tentang pemakaian saya, kali ini people
keep asking me “ Kenapa,la awak ni kecik sangat?” . Kalaulah saya boleh
jawab “Oh, sebab saya tak besar sangat kot.”
……………………………………………………………………………………….
Dan baru-baru
ni, sewaktu berpraktikal di bahagian QC, seorang abang datang tanya saya sesuatu
Abang
QC : “Lepas habis belajar nak buat apa?”
Saya
:” Wallahua’lam. Tak fikir lagi.”
Abang
QC :” Sambung je, la kerja kat Rikevita.”
Saya
: “ Hmm..tak naklah. “
Abang
QC :”Eh, kenapa tak nak?”
Saya
:” Tak berapa kena dengan jiwa.”
Abang
QC :” Habis tu, nak buat apa ?”
Saya
: “Ingat nak minta jadi guru agama guna sijil darjah khas.”
Abang
QC :” Oh, baguslah.”
…………………………………………………………………………………………
Pagi
tadi, seorang senior saya yang bekerja di Kilang Mamee, menelefon saya untuk
menerangkan kepada saya mengenai isu benzoyl peroxide dalam tepung gandum.
Panjang
kami berbual. Antara yang paling saya ingat….
Saya
:” akak nak stay kat industri je ke lepas ni?”
Akak
: “eh, taklah. Ni pun tengah mencari-cari kerja lain.”
Saya
:” oh, kirenya lepas ni akak balik UniSZA semula la ea, sambung master?”
Akak
:” haah, Kerja kat sini pun sebab nak cari pengalaman.”
Saya
:” kenapa akak tak nak stay kat industri?”
Akak
:” sebab tak kena dengan jiwa.”
Zupp!
Jawapan yang membuatkan hati saya sangat gembira.
Dalam
hati saya “ Alhamdulillah, ada juga orang yang pemikirannya sama dengan aku.”
Sebab
saya sangat risau bila saya bagitahu abang QC yang kerja di sini tidak sesuai
dengan jiwa saya, bimbang dia salah anggapan.
…………………………………………………………………………..............................
Mahu
tahu kenapa tidak kena dengan jiwa kami?
Sebab
bila terlibat dengan industri terutama bahagian production, kita akan
jarang punya masa untuk diri kita. Dan sebenarnya, bila kita sudah bekerja,
masa kita akan lebih banyak di kilang.
Semakin
hari jiwa terasa kosong kerana sukar sekali mencari pengisian rohani, sedangkan
bebanan kerja makin banyak. Kadang-kadang , Sabtu Ahad mungkin akan kena OT
sebab ada production.
Jadi,
bila mahu pergi usrah?pergi halaqah? Majlis ta’lim?
Tapi,sebenarnya,
semuanya bergantung atas diri kita. Perlu kuat. Walaupun kita nampak kerja di
kilang itu amalan dunia, kita boleh peroleh pahala akhirat bila segalanya
diniatkan kerana Allah. Kita sedang berjihad dalam medan juang makanan untuk
menghasilkan makanan yang halalan toyyiba.
Nota
hamba : Sewaktu kecil dahulu, cita-cita saya mahu menjadi ustazah. Sehinggalah lepas
dapat result SPM, saya mahu menjadi pensyarah bahasa arab kerana saya
sangat cintakan bahasa arab. Tapi, Allah letak saya dalam bidang sains .
Dan,
kini saya berbahagia menjadi salah seorang pelajar bidang teknologi makanan. Lebih-lebih
lagi apabila saya dapat tahu dia pun budak foodtech. Mahu tahu siapa
dia? insyaALLAH, entry lain menyusul.
Tadabbur
surah baqarah : 216
h.a.m.b.a
21 April 2012M
29 Jamadil awwal 1433H
Selatan tanah air.
