Selasa, 19 November 2013

You & I

"You and I "
"You and I"
"You and I See"

Beberapa potong lirik lagu You And I See nyanyian UNIC .

Ya, ini tentang kita .

You and I. Awak dan saya.

Tentang kita, tentang U dan I .

U, I.
U, I
Apa sebenarnya tu ?

A lover says " I'll be with you in all your trouble"
but
A true friend says " When I am with you, you'll have no trouble"


Antara awak dan saya, ada ikatan Iman yang mengikat untuk terus menjadi penyebab terjalinnya Ukhuwwah.

Hujuurat :10 . Masih ingat lagi ?

"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu bersaudara".

Dalil ni, memang famous setiap kali program . Semua orang hafaz. Semat dalam kepala.

Iman ini, berkadar terus dengan ukhuwwah.
Hipotesis : Semakin tinggi iman , semakin erat ukhuwwah.
                 Semakin rendah iman, semakin luntur ukhuwah.

Justeru, jika kamu merasa jauh hati dengan sahabatmu , jangan salahkan mereka.
Tudinglah jari kerana kesalahan kamu sendiri, kerna kamu sudah semakin jauh dengan pengurnia Iman , iaitu Allah.
Maka, perbaiki ukhuwah dengan mendekatkan diri kepada Allah , supaya iman meningkat, ukhuwah kembali rapat , hati semakin erat .

Biarlah kita jauh yang dekat , tapi bukan dekat yang jauh.



Nota hamba : Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
                     Sungguh, nikmat iman itu sangat indah .
                     Sahabat beriman juga satu nikmat yang tidak berbelah bagi.
                     Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?


Terharu dengan kecaknaan beberapa teman FB yang bertanya mengapa saya menyepi.
Menyepi kerana mencari identiti diri.
Kini, sudah muncul kembali.
Doakan, saya istiqamah !


Kini, saya sudah boleh menerima perpisahan jasadi bersama sahabat-sahabat.
Allah akan menguji dengan perpisahan rohani suatu hari nanti.
Himpunkan kami di JannahMu, ya Allah!

Sabtu, 16 November 2013

Awak Bila Lagi

"Awak bila lagi?"

"Bila apa?"

"Nak nikah,lah"

Yang ditanya tersenyum-senyum.

Soalan itu selalu diajukan kepada mereka yang masih bujang. Ya, hakikatnya, jodoh kita tidak tahu bila tiba waktunya. Hari pernikahan boleh ditetapkan, cuma yang menentukan jadi atau tidak, itu kerja Dia.

"Awak bila lagi?"

"Bila apa?"

"Nak mati,lah.."

Penampar sebutir kat muka orang yang bertanya.

Ya, hakikatnya, kita juga tidak tahu bila, di mana dan dengan cara apa kita akan pergi menghadap Ilahi.

Jumpa dengan Allah ketika di dunia, adalah perjumpaan setiap hari, tak boleh miss
Kena pakai cantik-cantik.
Jumpa Allah saat kita dipanggil pulang , hanya sekali, memang takkan miss
Kena pakai cantik-cantik,
dan bawa amalan yang cantik
Jumpa Allah di Akhirat nanti, itu pasti.

______________________________________________

Ramadhan 2012 M menyaksikan ramai teman saya kehilangan ibu dan ayah mereka.

Awal Januari 2013 M, sahabat saya, Nurdiyana Masri kehilangan mamanya.

Beberapa hari selepas itu, Fatihah Razmi kehilangan ayahnya.

Awal September 2013, kak Nursuhaibah Othman kehilangan ayahnya.

Tidak lama selepas itu, ayah kawan saya, Nur Atika Musa ketika di Tenggaroh dulu meninggal.

Dan, awal November menyaksikan pemergian ayah sahabat merangkap housemate saya, Nabilah Abd Salam.

Dua hari lepas, pemergian seorang sahabat dari UMK, (ex-KMJ) yang pergi menyahut seruan Ilahi kerana lemas di Lata Reyuk. Almarhum Azim Sameer, dikatakan jenazahnya berbau harum ketika mahu diangkat naik ke dalam van jenazah.

________________________________________________
Dan, saban hari, kematian dan kelahiran silih berganti.
Kejadian bunuh yang semakin meningkat di Malaysia.

Solusinya, Hudud!
Allah seolah bercakap dengan kita "selagi kamu, manusia tidak melaksanakan hukum Aku, selagi itulah kamu tak akan dapat membendung jenayah di sekeliling kamu"

________________________________________________

Fudhail Iyad yang digelar Abid Haramain, tersenyum setelah kematian anaknya. Sedangkan sebelum kematian anaknya, dia banyak mendiamkan diri. Bila ditanya kenapa dia tersenyum, jawabnya " Aku sentiasa gembira dengan taqdir Allah setiap masa, sebab itu aku senyum, untuk membuat hatiku redha"



Nota hamba : Saya rindu untuk menulis, baik di blog mahupun FB. Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan saya menahan diri daripada mengupdate status di FB.

Mohon doakan saya, saya sedang bertatih-tatih kembali mencari Dia.

Rabu, 6 November 2013

Ku Cinta .

Di antara kita, esoknya tiada siapa yang pernah tahu
Mungkin daun muda yang gugur sebelum waktu

Kelahiran dan kematian itu satu kepastian
Persis daun-daun yang menanti angin
Tiba dan pergi
Tanpa salam dan kata
Pergi jauh berterbangan

Teman, jangan gugur sebelum berjuang
Jangan rebah sebelum menggagah
Jangan undur sebelum kalah
Jangan mati sebelum mati

Dalam persiapan untuk menghadapi kehidupan , bersiap juga untuk menghadapi kematian.
Dalam persiapan untuk menerima, bersedia juga untuk kehilangan.

Ajal maut, rahsia Allah.
Mungkin, kau yang muda menyusul dahulu sebelumku.
Dan, mungkin juga aku yang tua akan pergi dahulu.

Ajal tidak mengenal erti muda, warna kulit, tegapnya badan.
Bila Allah arahkan Izrail untuk datang, waktu itu juga kita dipanggil pulang
Sama ada dalam leka bermaksiat atau sedang taat beribadat.


"Kucinta garangnya matahari kerana ia menghangatkan semangatku
Kucinta silaunya cahaya kerana ia menerangi jalanku
Kucinta dinginnya hujan kerana ia menyejukkan amarahku
Kucinta sepinya kegelapan kerna membuat aku mencari bintang
Dan, bintang itu adalah kamu"



Nota hamba : Kalam indah dari sahabat, aku nukilkan di sini.

Tahun 1435 H, menjenguk sudah. Jika ikut tahun Hijri, saya sudah lama berusia 23 Tahun.
Tapi, disebabkan lahir Disember 1990, saya masih lagi berusia 22 Tahun. Ada beberapa hari lagi sebelum menginjak 23 Tahun. Dan, memasuki JamadilAwwal 1435 H, saya sudah pun menginjak 24 Tahun.

Apa guna, hidup lama tetapi ibadat hanya sekangkang kera, bahkan dosa menggunung langit.
Lebih indah, hidup singkat, tetapi ibadat melangit luas, dosa hanya  setitis air.

#Menanti Magis, Contengan Jalanan, Anthem, dan juga aA + bB dari si dia .
Dan juga, 301113


Sabtu, 2 November 2013

"Jagalah Temanmu"

ya, usah mengharap pada sahabat untuk memulakan,
tetapi kitalah yang mulakan

Satu masa dulu, ada seorang sahabat muslimin cakap, "Pandang seseorang dengan pandangan mahabbah dan dakwah".

Jenuh memahamkan apa yang dia cuba maksudkan, secara teorinya, kita kena pandang setiap orang sebagai sasaran dakwah kita. Tapi lepas 3 tahun, then, baru kita faham, secara praktiknya, dalam persahabatan memandang seseorang  dengan pandangan mahabbah dan dakwah adalah memandangnya lebih dari sekadar seorang kawan, kawan pada dasar mudahnya, perhubungan semasa susah dan senang, meletakkan dakwah dan mahabbah dalam persahabatan akan menjadikan sahabat sebagai unsur dakwah dan fardiyah kita, membimbing dan menjaga dia.

Menjadikan sahabat sebagai sasaran mahabbah kita adalah bermaksud saling bertemu merentasi sempadan manusiawi, melewati batas realiti, saling bertemu dalam doa dan ingatan

To let you know that you are among one of my very first friend whom I pandang dengan pandangan mahabbah dan dakwah, mushy giler. If you know how much I miss you, you will ask me to miss you less. Missing people is the art of heart on nurtuting relationship.

* Mesej yang saya dapat daripada seorang sahabiah yang saya kenali di KMJ. Saya gemar mendengar bicaranya yang indah. Kata-katanya, seringkali dijadikan nasihat dalam hidup saya. Oh, ada satu mesej berkenaan Baitul Muslim yang pernah diberikan kepada saya, lain kali saya kongsikan, ya!

* Sejak akhir-akhir ini, minda saya sering memaparkan kembali memori-memori sewaktu ditarbiyah di kampus. Indah kenangannya . Akan saya simpan kemas dalam lipatan memori saya. Dan, kenangan itu menggamit rindu terhadap sahabat sahabiah saya yang kini bertebaran di atas muka bumi Allah.

* Rindu, itu MISS .
  MISS dalam erti kata Merinduimu Indah Seperti Sejuknya salju.
  Ya, semakin sejuk mencengkam tulang, semakin erat tangan memeluk badan.
  Begitulah gambaran rinduku padamu.


Nota hamba : Kenangan buah betik , seekor lembu , menggigit kayu , menembak petai , bawang putih , mee maggi , ikhtilat, lilin ,topi keledar terbalik, budak falsafah , waqia' (terlebih loghat Kedah )dan bermacam-macam seringkali mengundang tawa sendirian. Dan, seringkali ketawa pecah setiap kali berkumpul bersama-sama .

"Genggam tangan erat kita terakhir kalinya, hapus air mata meski kitakan berpisah.
 Selamat jalan teman, tetaplah berjuang
 Semoga kitakan bertemu kembali
 Kenang saat indah kita
 Sebiru hari ini."
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger