Khamis, 29 Julai 2010

Sahabat .

Jika kau lihatku selalu ceria,ketahuilah bahawa aku juga punya masa duka..Jika kau lihatku sering berjenaka,ssungguhny aku bahagia melihat kau gembira..Jika aku menegurmu,ketahuilah bahawa aku masih mnyayangimu..Jika tak pernah kau lihat tangisanku,ketahuilah bahawa tangisan tu aku simpan untukNya.Tapi,kumohon agar kau raikanlah kekuranganku kerana insan biasa tu tak sempurna.Mari mengerti aku kerana aku juga sedang mengerti kamu.



Subhanallah,satu kurniaan ALLAH pada saya yang saya rasa sangat bertuah kerana diberi kesempatan berkenalan dan menjalinkan ukhuwwah kerana ALLAH.Baru saja saya selesai membaca post terbaru Hilal Asyraf di Langitilahi.com berkenaan sahabat dia juga..izinkan saya mengungkapkan "ana sayang antunna semua kerana ALLAH".Rasulullah pernah bersabda,kalau kita sayang seseorang,kena luahkannya..tapi,maaf..saya bukan orang yang meluahkan melalui mulut,tetapi saya gemar meluahkan perasaan sayang saya melalui tulisan.Hargai sahabat dan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita sebelum dia tiada di sisi..adat manusia,dekat tak terasa bila jauh baru teringatkannya..

Saya tak tahu mengapa,hati terasa sayu mengenangkan kebaikan sahabat-sahabat saya..sebab saya rasa saya tak sebaik mereka..moga ALLAH memberkati kamu semua.Jujurnya,saya tak pernah rasa ukhwahfillah semasa zaman sekolah dulu walaupun masa form 4 saya masuk smka.Perkataan ukhwahfillah sering terbit dari mulut saya dan kawan-kawan saya yang lain tapi,perbuatan tak selari dengan apa yang dikatakan..kadang-kadang bergaduh..hm,dah umur 16-17 tahun pun masih bergaduh..biasalah,jiwa remaja..saya bersykur sebab ALLAH memberi kesempatan pada saya berkenalan dengan sahabat yang benar-benar sahabat ukhwahfillah ketika di matrikulasi Johor..rindu sangat pada mereka,masakan tidak.. selalu duduk di masjid bersama-sama,berkongsi rasa,makan suap-menyuap,saling mengingati tatkala ada yang lupa,tidur sama-sama,belajar sama-sama....dan tidak pernah membezakan antara satu sama lain..terima sahabat dengan seadanya,bila mengingatkan...terasa kasih sayangnya pada saya,tak pernah bergaduh dan bermasam muka,sentiasa berlapang dada,bila sakit ada yang prihatin dan jaga sahabat yang sakit..saya akui sahabat-sahabat saya biasa-biasa sahaja tetapi saya lihat keikhlasan terpancar dari wajah mereka..kecantikan luaran mungkin saya dan mereka tak punya,tapi kecantikan dalaman saya dan mereka masih membinanya...jujur juga saya mengatakan,saya bersahabat dengan mereka bukan kerana rupa atau kepandaian,tapi kerana ALLAH....oh!saya rindu waktu itu....

Kini,semuanya telah jauh..berjuang di medan masing-masing..walaupun jauh di mata,tetapi dekat di hati,walaupun jarang bertanya khabar,tapi..ketahuilah saya selalu ingat kamu semua...ukhwah bukannya indah pada pertemuan,tapi dalam doa saudaranya...bila bersahabat disandarkan pada ALLAH semata-mata,tidak ada apa yang akan membezakan walaupun rupa,harta,kepandaian berbeza-beza..tidak ada yang mendikriminasikan..ALLAH jadikan perbezaan sesama manusia,kelebihan atau kekurangan untuk dirai bukan untuk didikriminasi....
terima sahabat kita seadanya,bila hati terasa lain pada sahabat,muhasabah kembali ukhwah itu atas dasar apa didirikan..saya berpesan pada diri saya juga.

Saya ingat lagi ketika di sekolah,adik-adik junior datang mengadu sebab tak punya kawan.saya pelik kenapa boleh takde kawan...bila saya perhatikan..patutlah,masing-masing memilih kawan,walaupun baru form 1,dah pandai buat group..cantik dengan yang cantik sahaja,pandai dengan yang panda sahaja..akhirnya..yang berkulit gelap,berbadan besar tersisih...

Kasihan,mereka juga ingin bersahabat...sebab itu,pilihlah sahabat yang menerima kita apa adanya,yang membawa kita ke jalan ALLAH kerana kita nak bersama-samanya buat selama-lamanya bukan di dunia sahaja.ALLAH berfirman dalam surah azzukhruf:67
teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa
Pilih sahabat-sahabat yang baik agar kita tidak tersilap langkah dan jangan salahkan mereka andai di akhirat nanti kita dihumban ke neraka,ikutilah pesanan Al-Qamah dalam mencari sahabat.sesungguhnya sahabat kita itu adalah cerminan diri kita.

Kini,di universiti..ALLAH masih lagi beri nikmat bersahabat kerana ALLAH pada saya..syukur pada ALLAH...sahabat itu memang seseorang yang sangat istimewa dalam diri saya.Buat kawan-kawan semasa di Tenggaroh,saya tetap menganggap kamu sahabat saya walaupun masa tu kita tak pernah tahu apa itu ukhwahfillah.Begitu juga buat kawan-kawan saya di SMKA Bandar Penawar..buat yang benar-benar rapat dengan saya,terima ksih sangat-sangat..saya juga nak hulurkan jutaan terima kasih buat adik-adik junior yang rapat dengan saya dan sudi berkongsi masalah dengan saya..kamu memang hadiah ALLAH buat saya..
Sahabat-sahabat ukhwahfillah saya di matrikulasi dan sahabat seperjuangan saya,kamu sentiasa di hati..
Sahabat-sahabat saya di universiti,ukhwah antunna ana sangat hargai,maaf atas salah silap..jazakumullahukhairankathira kerana menjadi sahabat sejati.
Buat semua insan yang saya gelarkannya sahabat,saya berpesan:
andai esok diri ini tiada lagi
jangan ditangisi pemergian ini
tapi,
doakan pemergianku
jangan ratapi ia
tetapi kenang ia
bahawa diri ini
pergi menemui TUHAN yang dirindu
kirimikan diri ini doa
agar diri ini selamat dari azab kubur
andai kamu pergi dulu
pasti dengan izinNYA
aku berbuat seperti itu juga


Khalil Gibran pernah menyatakan
"sekiranya anda bersedih kerana kehilangan seseorang,sebenarnya jauh di lubuk hatimu yang sangat dalam,anda sedang mensyukuri sambil berasa terharu bahawa dia pernah ada bersama-sama denganmu"

Saya sengaja menulis kata-kata Khalil Gibran itu kerana tujuan saya adalah sebagai peringatan buat diri agar menghargai sahabat dan sesiapa sahaja yang menyayangi kita.Ajal maut di tangan ALLAH..

Sebelum mengakhiri tulisan ni,satu doa saya tujukan buat sahabat-sahabat saya
Ya Allah
insan ini sahabatku
pelihara dirinya dari azabmu
jadikan dia kekasihmu
didik dia dengan cintamu
kurniakan dia barakahmu
hiasi peribadinya dengan kasihmu
jauhkan dia dari nerakamu
jadikan dia penghuni syurgamu
buatkan dia tersenyum hingga kembali padamu

Lagi sekali,sebelum mengakhiri tulisan ini,saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan..adakah kita akan berjumpa Ramadhan kali ini?ALLAH saja yang tahu,jika diizinkan berjumpa,laksanakan ia sebaik mungkin..tak lupa juga buat saudara baru kita,kakak yang saya ceritakan dalam entry yang dulu..sanah helwah yang ke 21 tahun...moga keluarganya menerima kemasukannya dalam ISLAM....




kepada ALLAH saya pulangkan segalanya,kerana semua milik DIA..
wallahua'alam...

Isnin, 5 Julai 2010

Merintihlah Wahai Hamba

Alhamdulillah,saya masih bernyawa..hari jumaat ni dah nak balik kampus.Jadi,sebelum balik ni,ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama sahabat sekalian.Di UniSZA [janggal pula untuk menyebutnya], saya dan sahabat-sahabat saya gemar untuk berjemaah kalau ada kesempatan dan mendengar tazkirah di surau Farabi [salah satu surau di kampus KUSZA].saya kira akhawat saya bersetuju dengan pendapat ni.betul tak ukhti Diyana,Raz,Nabilah,Syahira,Nasiha dan Husna?saya tahu,ukhti Husna lebih suka ke surau Tariq az-Ziad.Saya pula memimlih surau Farabi memandangkan itulah surau yang paling hampir dengan blok kami,blok N.

Kami suka mendengar tazkirah daripada seorang pelajar muslimin dan saya kira dia adalah pelajar Fakulti Kontemporari Islam [FKI].tazkirah dia sangat-sangat menyentuh hati saya dan sahabat-sahabat saya dan ada ketikanya sahabat-sahabat saya akan menitiskan air mata apabila mendengan tazkirah tu.Saya dapat rasakan pelajar itu menyampaikan tazkirah dari hati bukan dari mulut.Macam mana tu?saya rasa kamu sahabat semua faham maksudnya.

Teringat kata-kata seorang ustaz semasa mendengar ceramah i'laajul qulub di dewan Al-Muktafi Billah Shah [DABS] yang mana dia ada memetik kata-kata Saidina Umar:
"Tak masuk dalam hati seseorang kecuali apa yang keluar dari hatinya"

Berbalik pada tazkirah tadi,ada satu pengajaran yang mana sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama: "ada manusia beribadat,tapi makin jauh dengan ALLAH.ada manusia melakukan dosa,tetapi dosa itulah yang mendekatkan dia dengan ALLAH.sebab apa?sebab insan yang beribadah tadi riak dan merasa hebat dengan amalannya,dia lupa rahmat ALLAH lah yang menggerakkan dia untuk beribadah.sedangkan hamba yang berdosa tadi merasakan dialah yang paling hina,dialah yang paling berdosa.dia merintih kerana dia merasa dirinya tak layak jadi hamba ALLAH.rintihan itulah penyebab ALLAH akan maafkan dia.

Tapi,janganlah pula kita melakukan dosa kerana itu seolah-olah mempermainkan ALLAH.sini ada satu artikel yang saya jumpa dalam laptop saya mengenai "RINTIHAN HATI".merintihlah wahai hamba kerana kita memang HAMBA....

Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk dan sujud di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat Al Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau menggentel biji tasbih dengan berzikir dan bertahmid. Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada fakir
miskin.

Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang tak bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa sehari berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada membayar zakat,
menunaikan haji dan sebagainya.

Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan antara bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.

Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke dunia, tak membawa walau seurat benang di tubuh. Justeru hati sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, sentiasa
mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam sembahyang, fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di luar sembahyang. Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku
mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah
yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu”

Memang wajar kita mengingati Allah yang telah banyak memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa ingat akan kita. Yang terus saja memerhatikan kita. Yang terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.

Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang terlalu banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta, cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang maksudnya:

”berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk).”

Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah. Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan diri, lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita yang terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan mengharap rahmat Allah yang maha luas itu. Datanglah perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari setitik air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam kehinaan selama-lamanya.

Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punya kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya. Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya belas kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan diri daripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernah
ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati seorang tuan.

Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya.

Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.

Hukama berkata: “Allah lebih suka mendengar rintihan hamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripada seorang abid yang duduk beribadah.”

Demikian tingginya nilai rintihan hati seorang hamba dibandingkan dengan ibadah lahir. Ibadah lahir belum tentu melahirkan rasa kehambaan, kerana boleh jadi seorang yang beribadah itu berasa selamat dengan ibadahnya.

Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadap Tuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen. Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman.
Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini. Hanya hamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai rasa kehambaan.

Seorang hamba yang hatinya sentiasa ingat dan merintih kepada Allah tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian, dan tidak menderita dengan kejian. Hati sentiasa merasa serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semua keadaan. Inilah yang dikatakan hati yang hidup, yang sentiasa dalam beribadah. Apatah lagi jika ditambah dengan banyaknya ibadah lahir seperti sembahyang, puasa, sedekah dan sebagainya; makin tinggilah darjat si hamba di sisi Khaliqnya.

Sekadar itu dulu untuk perkongsian..walaupun agak panjang...hayatilah kerana itu bisa memuhasabahkan untuk menjadi HAMBA ALLAH yang sebenarnya.renungan buat diri saya terutamanya.wallahua'lam.


 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger