Rabu, 22 Disember 2010

F & S

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani







Pagi tadi, berkesempatan tonton Tanyalah Ustaz yang bertajuk : Remaja dan Cabaran. Penyampainya ialah Ustaz Mohamed Hanafi b. Abdul Malik. Saya suka cara beliau. Santai dan suka mengaitkan situasi sekarang dengan situasi di zaman Rasulullah dan para sahabat.

Antara point yang paling masuk dalam fikiran saya ialah tentang propaganda barat untuk menjatuhkan umat Islam terutamanya para remaja.
Ustaz Hanafi kata ada 5 S dan 5 F yang menyebabkan remaja Islam hari ini lemah.
5 S itu adalah :
-song
-seks
-scheme
-screen
-sport


5 F pula :
-finance
-food
-film
-fun
*f yang lagi satu ni saya terlupa. insyaALLAH,kalau ingat nanti saya khabarkan semula.

Ustaz tu ada bagitahu juga, rupa-rupanya gula-gula pun propaganda mereka. Sebab, bila kita makan gula-gula, kita akan kemam. Otak kita akan tafsirkan yang gula-gula itu manis, manis, dan manis. Lidah kita akan lebih sensitif pada benda manis. Di sebalik itu,ada maksud yang tersirat. Seseorang yang selalu makan gula-gula, akan menjadikan dirinya sensitif di mana ada dua sikap dalam dirinya, sama ada salah satu atau kedua-duanya iaitu : Silence and Violence.

Lagi satu, minuman berkafein. Contohnya kopi. seperti yang kita sedia maklum, minuman berkafein ni menjadikan kita segar dan tak mengantuk. Bila tak mengantuk terutamanya waktu malam, susah nak tidur, mulalah keluar malam dan berpeleseran. tak semua yang begitu, tapi ada kemungkinan,kan? dan perlu diingat, kopi juga mampu meningkatkan keinginan seks.

Orang barat dan orang yahudi juga tahu, orang islam yang berjuang di jalan ALLAH akan masuk syurga. Tetapi, orang Islam yang mati dalam keadaan dia berhutang, rohnya akan tergantung di langit. Sebab itu, mereka memperkenalkan sistem faedah atau bunga, senang cerita, riba'lah. Jadi,fikir-fikirlah sendiri ye.

Ustaz juga bercerita tentang ketokohan remaja zaman sirah dulu. Salah satunya ialah Imam Syafie. saya sangat mengagumi Imam Syafie dan Imam Ghazali. Ustaz tu kata, cuba hayati sirah mereka. Imam Syafie, khatam Quran sewaktu berusia 4 tahun dan menjadi hafiz semasa berusia 8 tahun. Pada 12 tahun, dia menjadi mufti. Subhanallah, hebat, bukan? 12 tahun, kalau di negara kita, alahai..masih budak-budak lagi. Main entah apa-apa. Bila ditegur, ada yang berkata :" takpela, diorang tu budak lagi". Waktu tengah budak ni lah nak didik. Dah besar esok, susah. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Jika ada tambahan, silalah berkongsi ilmu.


Ahad, 19 Disember 2010

Mengadu Pada Dia

Dengan nama ALLAH yang saya muliakan

p/s: tengok ayat dalam  dialog tu.

Nak bagitahu tentang ayat 86 surah Yussuf tu. itu sebenarnya doa Nabi Ya'kub.
Tapi, saya pernah terbaca suatu artikel tak ingat pula kat mana..Saidina Umar al-Khattab sangat suka doa tu.

Saya tahu ada sesetengah orang, bila ada masalah atau ditimpa ujian, dia lebih suka memendamnya sendiri dan kongsi masalah tu dengan ALLAH. Baguslah macam tu.Utamakan ALLAH daripada manusia.

Ujian itu daripada ALLAH, jadi sebaiknya kembalilah mengadu pada DIA. Pasti DIA ada solusinya.
Apa yang penting, bukan kerjasama tetapi keyakinan yang tinggi pada ALLAH.

Tapi, kadang-kadang kita ni tak mampu juga nak pendam masalah tu seorang diri. Jadi,luahkanlah pada orang yang paling kita percayai. Luahkan pada manusia setelah kita luahkan pada ALLAH. Pastikan ALLAH adalah yang pertama yang menjadi tempat untuk kita luahkan masalah. Tidak kira ketika kita mendapat kejayaan atau ditimpa kesusahan.

Bila ingat ALLAH waktu susah dan senang, ALLAH pasti ingat kita. Suka,kan?kalau kita ini menjadi hamba yang diingat ALLAH.


Siapalah Aku?


Fitrah hamba : hamba memang tak lari daripada dosa tapi yakinlah, ALLAH Maha pengampun dan maha penyayang.

Teringat satu kata-kata hikmah di surat khabar kosmo beberapa hari lalu:

syurga itu dicipta bukan untuk orang baik sahaja tapi untuk si jahat yang sudah bertaubat
juga, neraka itu bukan dicipta untuk mereka yang jahat sahaja tetapi untuk si baik yang ingkar

Saat saya melihat kata-kata hikmah tu, hati saya sebak. tenang. ya ALLAH, Engkau sangat baik sedangkan aku? hamba yang banyak dosa. ya ALLAH, ampuni aku dan seluruh ummat Islam sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia. sesungguhnya, kami banyak leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini.
beri kami kesempatan untuk bertaubat sebelum nyawa kami Engkau ambil. Amin.

Hayatilah sajak di bawah ini [ini bukan nukilan saya, tapi cukup berkesan di hati yang berjiwa hamba]:



sesekali menyedari
pada senja yang merah ini
aku tidak mahu lagi berbicara
tentang sisa kenangan lalu
menyingkap tabir sejarah
yang merobek hati luka berdarah
memungut kasih yang tak kesampaian

sesekali menyedari
pada malam yang dingin ini
lebih baik aku menghitung
dosaku yang menggunung
renung ke dalam diri
tengok hatiku yang kotor
bertasbih
bertahmid
sujud dan syukur
lalu kuhadapkan wajahku
kepadaNYA
berserah diri mengharap simpati
agar aku diampuni

sesekali pada subuh yang hening ini
kusedari siapalah aku
kalau hanya seorang hamba
hidup mati ditentukan ALLAH
punya diri tak selamanya
punya kehidupan tapi sementara

saya menyeru diri saya dan semua hamba marilah sentiasa muhasabah diri dan sentiasa menghitung dosa-dosa lalu kerana kita ini hamba. 
menangislah kepadaNYA mohon diampunkan dosa-dosa sebelum ajal menjemput kita



Khamis, 2 Disember 2010

Pengurusan Cinta




Hari ni hari Jumaat. Alhamdulillah, bernyawa lagi untuk terus hidup atas muka bumi ALLAH ini.
Hari ni, saya nak cerita tentang CINTA.
Tajuk ni memang sangat famous lebih-lebih lagi di kalangan remaja
Remaja + cinta = sangat sinonim

Semalam, usai solat Isya', saya dan ukhti Emerald menziarah seorang sahabat. Alhamdulillah. sambil makan, kami dengar satu ceramah bertajuk Pengurusan Cinta. Tapi, saya tak ingatlah pula siapa penceramahnya. Mana yang saya sempat hadam, saya kongsikan ye. Ceramah tu lebih ditekankan kepada mahasiswa mahasiswi agar tidak hanyut dalam cinta. Pengurusan berdasarkan syara'.Seronok sangat dengar. Contoh-contohnya pula berdasarkan kisah benar penceramah dan juga siswa siswi yang mengadu masalah pada penceramah tersebut. Kebanyakannya contoh Islamik.
Ingat! pelajar yang ada fikrah Islam pun, boleh hanyut apalagi mereka yang tidak ditarbiyah...

Sahabat saya juga ada bercerita kepada saya tentang seorang pelajar Muslim yang sangat-sangat menjaga pandangan mata ketika berada di sekolah agama, tapi kini akhirnya sudah tidak ada sikap seperti itu kerana gara-gara bercouple. Dia kini sudah bosan menjadi baik, sebab katanya "kalau jadi baik, berat sangat ujian..baik aku macam ni". Sedih sangat saya dengar cerita tu. Kisah benar,wahai para pembaca. Sedih! kerana gara-gara cinta segala-galanya musnah.Sedih juga kerana dia punya fahaman agama. Doakanlah agar pemuda itu diberikan petunjuk oleh ALLAH kembali.

Ada beberapa situasi yang saya kira boleh kita ambil ibrahnya daripada ceramah ustaz yang saya dengar tu.

Situasi 1:
Jika ada seseorang muslimin yang minat pada seorang muslimat, jangan terus jumpa muslimat tu dan cakap direct kat dia " ana suka kat enti,la". Ustaz tu kata, hati wanita ni lain. Bila dah jadi macam tu, si muslimat ni akan terfikir-fikir dan akan mengganggu hati dan amalan-amalan dia. Juga sangat-sangat mengganggu hubungan dia dengan ALLAH. Cara terbaik, cari orang tengah atau jumpa keluarga muslimat tersebut tanpa pengetahuan muslimat tadi. Ustaz tu cakap juga, dalam berusaha, doa adalah yang terbaik sebab hati manusia ni ALLAH yang pegang.

Situasi 2:
Ada satu hadis Rasulullah saw yang bagitahu kita, kalau ada antara kita yang jatuh cinta, tapi mendiamkan sahaja sehingga dia meninggal dunia, dia mati syahid.
Ada seorang abid suatu ketika dulu yang sangat mencintai seorang wanita tetapi hanya dipendamkan sahaja. Kecintaan yang mendalam menyebabkan si abid tadi jatuh sakit. Namun ,dia tetap memilih untuk mendiamkan diri dan sabar atas sakit yang menimpanya walaupun dia tahu wanita yang dicintai tadi akan berkahwin tidak lama lagi. Akhirnya, si abid itu meninggal dunia.
Subhanallah! hebat,kan si abid,tu?

Nak bagitahu kat sini, jika ada seorang muslimin yang minat seorang muslimat, dan dia tahu muslimat itu sudah dipunyai muslimin lain, jangan bersedih hati dan jangan kecewa yang keterlaluan sangat. Seolah-olah tidak redha dengan ketentuan ALLAH. Mengapa tidak mahu mencontohi sikap si abid tadi?
Nanti ada pula yang cakap: "aku bukan abid...aku ni manusia biasa je, ada hati dan perasaan..kau tak alami boleh ar cakap sedap.."
Ok,baik! Ingatlah "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
Tak yakin dengan janji ALLAH? tanya balik pada diri..
Katanya mengaji Al-Quran....fikirlah sendiri..

Situasi 3:
Bila ada seorang muslimat yang minat seorang muslimin..dan dia menggunakan orang tengah untuk menyampaikan tujuannya. dan..muslimin yang diminati tadi tidak mahu menerima..maka berhak untuk muslimin tadi menolak dengan cara yang beradab, cara yang baik. Dan paling baik lagi, carikan muslimin yang lebih baik untuk muslimat tadi. Tidaklah mengecewakan hati sesiapa. insyaALLAH.




p/s: Saya menulis secara umum. tidak spesifik pada seseorang. Andai ada yang terasa, mohon maaf kerana saya hanya insan biasa.

wallahua'lam
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger