Selasa, 30 November 2010

Semakin Hampir Dengan Mati

Dengan nama ALLAH yang MAHA AGUNG, aku berlindung daripada bisikan-bisikan syaitan dan kehadirannya



Sedar tak sedar..sudah sampai ke penghujung tahun masihi 2010 ~Disember
Ada apa dengan Disember?
sudah semestinya banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Disember sama ada Disember tahun ini ,akan datang atau tahun-tahun sebelumnya.
Salah satu peristiwa itu ialah peristiwa kelahiran anak-anak yang lahir pada tahun 1990 M [spesifik sikit].

Sedar tak sedar juga, umur saya sudah menghampiri angka 20. Dah hampir 20 tahun rupanya menumpang atas muka bumi ALLAH ni. Sebenarnya, saya memang dah berusia 20 tahun sebab ikut tarikh lahir bulan ISLAM ~20 Jamadilawwal 1411H. Utamakan bulan ISLAM,kan? Di kesempatan itu, saya nak ucapkan SELAMAT MENGHAMPIRI KEMATIAN buat semua sahabat yang menyambut hari kelahirannya yang ke-20 pada bulan Disember.

Lagi satu, semua yang sudi berkawan dengan saya, saya gelarkannya sahabat. Istilah sahabat itu berbeza-beza mengikut pendapat setiap orang. Pada saya, semua yang sudi jadikan saya kawan,teman,rakan atau sahabat, saya akan gelarkannya sahabat, baik yang ditarbiyah ataupun tidak. Itu penghargaan saya buat mereka. Kerana saya punya beberapa sahabat yang bukanlah punya ilmu agama yang tinggi ataupun join mana-mana usrah, tetapi sentiasa mengingati saya dan sudi berkongsi masalah serta bersama saya ketika susah dan senang. Begitu juga sahabat yang berbeza " itu", anda tahu maksudnya....saya tetap gelarkan mereka sahabat saya.


Ada satu pesan buat diri saya dan kamu semua :

umur yang meningkat
menandakan
hidup yang semakin singkat
juga
kematian yang mendekat
jadi,
perbanyakkanlah taubat
sebelum kita terlambat
sebelum kita menjadi mayat
agar kita mendapat tempat
di kalangan mereka yang selamat

semoga ALLAH memberkati kita semua.
selagi hayat masih ada
perbanyakkanlah amalan di dunia
itulah teman di alam sana
selagi hayat masih ada
berbuat baiklah sesama manusia
agar pahala kita tak sia-sia

selagi kita bernafas lagi
jangan takabbur dengan diri
dosa kita seinfiniti
pahala kita banyak tak bererti
tengok balik pada hati
masih berseri atau sudah mati
jangan mati hati 
sebelum badan terkaku tak bergerak lagi
bersediakah menghadap ILAHI
atau masih nak enjoy lagi
ingatlah mati
itu tanda bijak bestari

Itu sahaja buat kali ini
ada masa sambung lagi
moga kita semua menjadi hamba yang sejati
pada Tuhan Rabbul Izzati

P/S: sebenarnya, saat ni saya terlalu rindu keluarga dan sahabat-sahabat saya di KMJ. Celcom promotion tu saya hargai sangat..bergayut dengan sahabat-sahabat seharian..tapi,maaf saya tak dapat nak contact semua.

Wallahua'lam

Jumaat, 12 November 2010

Exam Because Of A?



Dalam kesibukan study pun nak juga download nasyid,sedangkan banyak lagi tak cover. Takpe,sekadar membanyakkan koleksi video nasyid. Saya memang sangat suka nasyid.

Actually, I wanna say about this : Exam because of A?
Saya tahu kebanyakan pelajar-pelajar universiti sekarang sedang dalam musim peperiksaan
Ada yang dah habis exam, ada yang belum start, ada juga yang sedang menghadapi exam

Pelbagai ragam juga dapat dilihat semasa membuat ulangkaji pelajaran
Ada yang baring, ada yang duduk, ada yang sambil layan ayat-ayat quran, nasyid dan yang layan lagu-lagu lagha pun ada. Masing-masing ada cara tersendiri. Begitu juga dengan matlamat.
Ada yang exam sebab nak dapat A, nak dapat dekan, nak buat mak abah gembira, nak jadi contoh pada adik-adik dan banyak lagi matlamat lain. Tapi, berapa ramai yang exam kerana A? A di sini maksud saya, ALLAH.

Peringatan ini lebih kepada diri saya sendiri. Susah sangat nak letak matlamat bahawa peperiksaan itu biarlah kerana ALLAH, kerana ISLAM.

Bila kita niat exam itu untuk ALLAH, apa jua keputusan yang kita dapat, insya ALLAH, kita akan redha.
Kalau berjaya, jangan leka dengan kejayaan
Kalau berjaya, jangan berbangga dengan kejayaan
Sesungguhnya, kejayaan itu satu nikmat dalam masa yang sama satu ujian juga.
Ujian untuk menjaga hati daripada riak, ujub, takabbur

Kalau gagal, jangan terus-terusan bersedih hati
Kalau gagal, belajar untuk redha dengan keputusan yang dapat
Kalau gagal, cari hikmah di sebalik kegagalan itu
Mungkin dengan kegagalan itulah kita belajar erti syukur
Mungkin dengan kegagalan itu juga menjadi batu loncatan buat kita untuk terus berusaha ke arah kejayaan
Umat Islam tidak kenal erti putus asa
Mungkin, kalau kita berjaya, akan timbul pelbagai penyakit hati dalam diri kita kerana terlalu berbangga dengan kejayaan.
ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita.

Pandanglah segala kejayaan dan kegagalan itu dari ALLAH
Pasti kita akan temui banyak hikmahnya
Jangan sesekali kita beriktikad usaha yang banyak itu, pasti membuahkan kejayaan
Tetapi, setelah berusaha itu, yakinlah dengan setinggi-tinggi keyakinan dan bertawakal kepada ALLAH sambil berterusan panjatkan doa untuk peroleh kejayaan.

 Kadang-kadang saya hairan melihat insan yang dah dapat keputusan yang cukup bagus, tapi, masih tak puas dengan apa yang dia dapat.
Sebab tu ada kata-kata hikmah:
"Dalam urusan dunia, pandanglah insan yang lebih rendah daripada kita nescaya kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada
Dalam urursan akhirat, pandanglah insan yang lebih tinggi daripada kita nescaya kita tidak akan berbangga diri dengan amalan-amalan kita"

Apa yang saya nak tekankan di sini, peperiksaan itu biarlah bukan sekadar A di atas kertas, tapi juga kerana ALLAH. Memang susah nak jadikan ia sebagai realiti, tapi tak salah kalau kita didik diri untuk buat segalanya kerana ALLAH.
Lagipun, kalau exam kerana nak berjaya semata-mata, lepas exam je hilang semua benda yang kita baca atau hafaz.
Susah,kan? sebab saya pun macam tu :)
Masih cuba mendidik diri untuk lipatgandakan usaha dan redha atas apa jua keputusan yang ALLAH tetapkan. Tidak bersedih andai tidak cemerlang keputusannya, tidak terlalu gembira andai berjaya.

Kadang-kadang kita lihat orang yang banyak buat maksiat, cemerlang je keputusannya
Orang yang kaki surau atau orang-orang yang bawa agama ni, keputusan tak cemerlang mana.
Perlu diingat, jangan leka dengan nikmat kejayaan yang ALLAH bagi, mungkin itu satu istidraj. Kan kadang-kadang ada orang cakap:" alah, aku couple pun cemerlang je result aku". Ya, memang cemerlang pada pandangan manusia, tapi pandangan ALLAH?siapa tahu ilmu itu tidak diberkati ALLAH kerana maksiat yang dilakukan. Berhati-hatilah, jangan tertipu dengan nikmat kejayaan yang dapat andai diri terus-terusan dibelenggu maksiat. ALLAH nak bagi pengajaran sebenarnya. Hanya yang dapat menilai dengan mata hati sahaja, yang akan sedar.

Dan saya teringat satu ceramah daripada exstudent Kolej Matrikulasi Johor dulu,
" AGAMA nombor satu, tetapi AKADEMIK bukan nombor dua"
Jangan kita menjadikan akademik itu fitnah pada agama yang kita bawa.

Jadi, tawazunlah!! Seimbangkan agama dan akademik

Letakkan ALLAH sebagai matlamat dalam apa jua perkara hatta peperiksaan sekalipun.




p/s: Easy to say, but hard to do that. still keep try on it!!
To all candidates, gambateh kudasai! ijtahid tanjah! good luck! aja!aja!

wallahua'lam

Rabu, 10 November 2010

Jangan Berbangga

Dengan nama ALLAH saya mulakan coretan pagi ini.
Hari ini 3 Zulhijjah 1431 H. Cuaca di Terengganu mendung, mungkin hujan akan turun. Apa yang boleh saya simpulkan cuaca di Terengganu ni bercorak begini :2 hari cerah,kemudian hujan ,2 hari cerah dan seterusnya. Itu hanya pendapat saya setelah musim hujan bermula.
Pelajar-pelajar UniSZA juga sudah ramai yang kembali ke kampus. Kebanyakannya mereka yang nak menduduki peperiksaan MUET.

Kali ini, tiada apa yang ingin saya coretkan sekadar peringatan sahaja.
Moga ada ibrahnya buat hamba semua

Wanita
Bila dilihat padanya daripada A-Z semuanya bernilai. Fitrah manusia bila dipuji, suka. Begitu juga dengan wanita. Gemar dipuji bila cantik, menawan, lembut dan seumpamanya. Tapi, bagi mereka yang biasa -biasa, sudah pasti akan merasa rendah diri lantaran tidak punya wajah yang cantik. Kerana apa? kerana manusia sekarang memandang luaran sebagai ukuran seseorang. Tapi, yakinlah ALLAH itu sangat adil. Redhalah akan apa jua yang ALLAH dah kurniakan pada kita. Biar kita tak cantik di mata penduduk bumi, tapi cantik di mata penduduk langit.

Ada satu kata pujangga: "tidak ada wanita yang paling cantik atau paling hodoh kerana setiap kecantikan wanita itu berbeza-beza"

Jika mahu cantik yang sebenarnya, cantikkan hati dan akhlakmu, nescaya segala-galanya akan kelihatan cantik pada dirimu.

Sebut tentang wanita juga, sangat berkait rapat dengan penjagaan wajah dan tubuh badan. 
bila kulit mula gelap, mulalah cari sun-block
bila kulit tumbuh jerawat, mulalah pakai krim
tak senang duduk dibuatnya
bila kat muka ada blackhead, cepat-cepat picit biar hilang dan nampak bersih wajah

Tapi,

Berapa ramai yang bila hati ada blackhead [sekadar analogi kepada titik-titik hitam] nak bersihkannya
Hati dibiar berkarat, sedang wajah terus ingin nampak memikat
Hati dibiar gelap, sedang wajah terus ditouch-up -touch-up

Suka dipuji akan kecantikan yang ada pada diri
bila dicaci, dendam kesumat di hati
Sanggup berhabisan wang demi memuaskan hati insani
Wanita itu lupa untuk berterima kasih pada ALLAH yang menjadikan wajahnya cantik
Tapi terus-terusan membangga diri
Dan terjerumus dalam maksiat dengan kecantikan yang ada

Bukan sahaja wanita, untuk semua manusia
Bila kita dipuji manusia dalam apa jua aspek
Jangan lupa berterima kasih padaNYA kerana ALLAH yang telah menampakkan kebaikan kita di mata manusia. DIA telah menutup keaiban kita pada pandangan manusia.

Peringatan buat semua di pagi ini
jangan pandang jelek mereka yang berkulit gelap
siapa tahu insan berkulit yang gelap itu memiliki hati yang cerah
siapa tahu insan berkulit gelap itu dipandang ALLAH
siapa tahu saat dia menghadap ILAHI, kulit gelap itu bercahaya dan menjadi putih?

jangan bangga dengan kulit yang cerah
siapa tahu insan berkulit cerah itu punya hati yang gelap
siapa tahu saat dia menghadap ILAHI, kulitnya berubah menjadi hitam?

jangan pandang jelek mereka yang berbadan besar
siapa tahu insan berbadan besar itu lebih ringan dalam kerja kebajikan
siapa tahu saat dia menghadap ilahi, tubuh besar itu ringan sahaja diangkat kerana kebaikannya di dunia

jangan bangga dengan tubuh yang slim
siapa tahu insan yang bertubuh slim itu berat dalam melakukan amal soleh
siapa tahu saat dia menghadap ilahi, tubuh ringan itu menjadi terlalu berat untuk diangkat kerana keburukannya di dunia

Pernah terfikir pelbagai kemungkinan saat kita kembali mengahadap ALLAH?
Ingatlah mati
Nescaya bila dipuji akan kecantikan
Kita akan ingat satu hari ianya akan hancur juga menjadi tanah

Jangan berbangga dengan apa yang ada
Kerana semua milik ALLAH
Mana milik kita?
Tidak ada milik kita....

Sekadar renungan sahaja
Jangan menghakimi seseorang sebelum tahu hati budinya
Jangan menghakimi seseorang melalui luarannya
Jangan merendahkan insan lain kerana kita semua memang rendah pada pandangan DIA yang tinggi
meRENDAHlah nescaya kamu akan diTINGGIkan

wallahua'lam

Khamis, 4 November 2010

Duhai Sahabatku...


Sahabat, insan yang sangat kita perlu hargai .Sebab apa? sebab sudi menerima diri kita seadanya, sudi mengingatkan kita waktu kita leka. Kita kerapkali mengucapkan ukhwahfillah, tetapi sejauh mana kita hayati?Saya lebih menegur diri ini sebenarnya. Bilamana kita bersahabat kerana ALLAH, datanglah apa jua ujian yang ALLAH hadirkan untuk menguji persahabatan kita, kita akan mampu untuk harungi dengan bantuan ALLAH. Kadang-kadang, bila sahabat melakukan kesilapan ataupun kita nampak kesalahan sahabat, kita tidak berani untuk menegur, bimbang dia akan terasa hati. Lebih-lebih lagi kalau sahabat kita memang jenis yang ego atau susah nak terima pandangan orang lain. Kita cakap kat mulut, kita ni berukhwahfillah tapi hati kita tak buktikannya. Kita tak tegur kesilapan dia sebab takut dia tak mampu terima.

Sebenarnya, kita belum membina seutuhnya jambatan hati dengan sahabat kita. Sepatutnya, bila ada sahabat tegur kesalahan kita, kita terima dengan hati yang lapang, syukur sebab ada yang sudi tegur untuk menjadikan diri lebih baik bukan bermasam muka atau berdendam di hati. Apa guna ukhwahfillah yang dilafazkan andai bila ditegur, merajuk dan semakin menjauh daripada sahabat?

Sememangnya, saya akui. susah untuk memuaskan hati manusia. Untuk mengendalikan hati sendiri susah, lagipula nak kawal atau duga hati orang lain.Sebab hati milik ALLAH bukan milik manusia. Andai kata kita bimbang kalau teguran itu menjadikan sahabat kita semakin menjauh dan membawa diri daripada kita, doalah pada ALLAH agar ALLAH tunjukkan padanya kesalahannya sendiri. Dan kita pula, andai lihat kesalahan dan aib sahabat, jangan pula sebar-sebarkan pada sahabat lain dengan niat untuk menjatuhkan dia. Itu tidak layak digelar SAHABAT. Melainkan kalau kita menceritakannya pada sahabat kita yang lain dengan tujuan meminta pendapat.

Bila sebut SAHABAT, memang tak ternilai harga sebuah persahabatan itu. Saya ingat sewaktu pertama kali mengenal ukhwahfillah ketika di Kolej Matrikulasi Johor. Subhanallah, sangat indah bilamana segalanya disandarkan pada ALLAH dan berlapang dada setiapkali ada yang menegur. Saya rindu sangat saat itu. Belajarlah kenal sahabat kita sedalamnya, bukan sekadar tahu sifatnya begitu begini, tetapi kenal. Sangat beza tahu dan kenal itu. Kita kena kenal sahabat kita barulah kita mampu untuk mencintainya. Terokailah hatinya sedalam mungkin walaupun kita kadang-kadang tak mampu nak duga hatinya melainkan hanya ALLAH yang mampu.

Lagi satu, jangan sesekali mencari-cari kesalahan sahabat kita dan jangan mencari kesempurnaan padanya kerana kita juga tidak sempurna. Tiada manusia yang sempurna melainkan hanya ALLAH sahaja yang sempurna. Jika ada rasa benci pada sahabat kerana kesilapan yang dilakukan, didik diri agar bersabar dan tidak cepat menghukum. Muhasabah kembali atas dasar apa persahabatan kita dengan dia. Cintailah dan bencilah kerana ALLAH, bukan kerana nafsu.

Ya ALLAH
aku bukanlah sebaik Abu Bakar
tapi
bantulah aku untuk menjadi sahabat sebaiknya
sebagaimana Abu Bakar kepada Rasulullah
begitu juga yang aku inginkan
diriku pada sahabatku

Ya ALLAH
aku mohon maaf seandainya
aku tidak melaksanakan
tugasku sebagai sahabat
bantulah aku dalam menjadi seorang
yang benar-benar layak
digelar sahabat

Duhai sahabat
andai nampak kelemahan diri ini
tegurlah aku
jangan biar aku terus hanyut
sahabat sejati 
tidak akan biar sahabatnya terleka

Duhai sahabat
andai aku ada salah dan silap
maafkan aku
kerana aku
memang manusia yang banyak khilaf

Duhai sahabat
moga aku dan kamu
benar-benar 
berukhwah kerana
ALLAH
bukan kerana tujuan lain

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang bergelar sahabat saya
Terima kasih sudi menjadi sahabat kepada saya yang dhaif ini
Saya tidak mampu membalas jasa kalian
ALLAH jualah yang nilai persahabatan kalian dengan saya

p/s : Wahai Diri, aku menyeru kamu..berlapang dadalah dengan sahabat-sahabat kamu dan carilah REDHA ALLAH dalam bersahabat. Berterima kasihlah pada YANG ESA kerana menghadirkan insan yang kamu gelarkan sebagai SAHABAT. Andai mahu peroleh SAHABAT, maka jadikanlah dirimu dahulu sebagai SAHABAT.

wallahua'lam

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger