Abdullah menepuk lembut bahu Zaqwan ."Layak,kamu sangat layak. Semua orang layak dapat hidayah dan bertaubat selagi matahari tak terbit di barat dan ajal belum tiba. Allah sentiasa memandang hambanya yang ingin berubah dan dia sudi dengar rintihan hambanya."
Nasihat Abdullah menenangkan hati Zaqwan. " Lah, bantu aku ye. Aku nak berubah jadi muslim yang baik." Pinta Zaqwan.
"Boleh, insyaALLAH". Abdullah membalas. Ternyata doanya buat Zaqwan selama ini dimakbulkan Allah .
"Mesti best, kan kalau jadi kau. Baik je, nampak soleh je. Aku pun nak jadi macam kau,la Lah." Zaqwan berharap menjadi baik.
"Itu semua kurniaan Allah, Alhamdulillah. Aku dulu pun bukannya baik. Lagi jahat daripada kamu, Zaqwan." Ujar Abdullah.
Kenyataan Abdullah nyata mengejutkan Zaqwan.
"Kenapa kau kata dulu kau lagi jahat daripada aku? Aku tak percaya,lah." Sanggah Zaqwan. Tidak percaya apa yang diperkatakan Abdullah kerana selama ini dia melihat lelaki itu cukup soleh dan suci.
"Benar, Zaqwan. Maafkan aku kerana aku tidak dapat bercerita panjang lebar berkenaan ni. Itu semua aib aku. Yang aku pohon, cuma doakan aku. Aku memang tidak pernah berkongsi cerita peribadi aku dengan sesiapa pun termasuk Hafiz walaupun aku lebih rapat dengannya berbanding kamu. Kamulah orang pertama yang tahu tentang ni. Aku yakin kamu akan jaga rahsia aku ini. Moga-moga ada pengajaran buat kamu, ya Zaqwan."
"Baik,insyaALLAH. Terima kasih sebab percayakan aku. Em, macam mana kau boleh berubah, lah?" tanya Zaqwan.
"Ceritanya begini…."
Panjang lebar Abdullah bercerita tentang pengalaman yang lalu. Zaqwan mengambil keputusan untuk tidak menyampuk kerana ingin menghadam apa yang diperkatakan Abdullah. Dia berharap agar dapat banyak ibrah daripada cerita Abdullah. Dia mahu berubah jadi baik.
Akhirnya..
"Alhamdulillah, selesai sudah cerita aku."kata Abdullah.
"Thanks Lah, sudi cerita pada aku. Terharu sangat dengar cerita kau. Tak sangka pula aku kisah kau sedih. Syok sangat berborak dengan kau sampai tak sedar matahari dah tegak atas kepala. Jom, aku belanja kau minum." Ajak Zaqwan.
"Moga ada pengajaran yang kamu kutip daripada cerita aku. insyaALLAH, kita sama perbaiki diri, ya zaqwan."
Abdullah dan Zaqwan berjalan seiring menuju ke café yang berhampiran. Bagi mereka, itulah saat paling indah sepanjang berada di kampus. Moga ikatan persahabatan yang baru terjalin ini berkekalan selamanya hingga ke syurga.
Setelah seminggu berlalu.
Perubahan zaqwan sangat-sangat mengejutkan hafiz. Dalam terkejut, dia sebenarnya sangat-sangat bersyukur sebab akhirnya, Allah gerakkan hati Zaqwan untuk berubah ke arah kebaikan. Puas sudah dia bertanyakan Abdullah bagaimana Zaqwan boleh berubah, tapi jawapan Abdullah tetap sama "doakan dia saja Hafiz, agar istiqamah dalam kebaikan."
Hafiz sebenarnya segan untuk bertanya sendiri kepada Zaqwan bagaimana dia boleh berubah. Gara-gara peristiwa setahun yang lalu, hubungan dia dan Zaqwan dingin. Zaqwan berang kerana Hafiz melaporkan kepada felo yang dia mencuri masuk bilik teman wanitanya pada waktu malam. Akibatnya, Zaqwan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak kolej kediaman. Sewaktu ketiadaan Zaqwan itulah, Abdullah datang. Abdullah ditempatkan dalam satu bilik yang sama dengan Hafiz untuk mengisi kekosongan katil yang sedia ada. Kebetulan bilik yang Hafiz diami itu mempunyai dua katil kosong.
Disebabkan tahun ini, mereka adalah pelajar tahun akhir, zaqwan dibenarkan kembali oleh pihak kolej kediaman untuk menetap semula di asrama dan masih lagi sebilik dengan hafiz.
Sejak Zaqwan kembali ke bilik itu,Hafiz tidak berani menegur Zaqwan kerana tahu dia masih marah. Zaqwan juga malas untuk menegur Hafiz. Tambahan pula, sebelum peristiwa dia dibuang asrama tu, Hafiz seringkali menegur sikap Zaqwan yang suka melengah-lengahkan solat. Pada Zaqwan, insan bernama Hafiz itu sangat melecehkan.
Hafiz sedar, sikap dia yang menjauhkan diri daripada Zaqwan adalah salah.Seharusnya, dia wajar mencontohi sikap Abdullah yang tidak jemu menasihati Zaqwan ke arah kebaikan. Hafiz lihat, hubungan Zaqwan dan Abdullah semakin akrab. Dia tidak cemburu, bahkan rasa sangat menyesal kerana mudah mengalah dalam berdakwah. Walau apa pun, Hafiz tetap bersyukur kerana Abdullah Berjaya mentarbiyah Zaqwan dengan izin Allah. Zaqwan juga sudah mula menegur Hafiz. Satu kelegaan di hati Hafiz kerana akhirnya, persengketaan antara mereka sejak setahun lalu, akhirnya lebur.
Pagi, selepas subuh.
"Hafiz!Zaqwan! buka pintu ni, cepat!"
Kedengaran satu suara menjerit-jerit nama mereka di luar bilik.
Zaqwan dan Hafiz berpandangan.
Zaqwan membuka pintu sambil hafiz mengekorinya dari belakang.
"La, kau rupanya Munzir. Ada apa?awat hang pi teriak pagi-pagi ni?" tanya Hafiz dalam loghat utara."
"Abdul….lah, Abdul….lah"terputus-putus suara Munzir kerana lelahnya masih belum hilang akibat berlari tadi.
"Kenapa dengan Lah?" laju Zaqwan bertanya. Hatinya mula risau.
Setelah agak tenang, Munzir mengkhabarkan kepada mereka yang Abdullah telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu pulang dari solat subuh pagi tadi. Kecederaannya parah. Dia telah dihantar ke hospital dan dimasukkan ke ICU.
"Innalillah." Ucap zaqwan dan hafiz serentak.
" Jom, ikut aku pergi hospital. Naik kereta aku,la." Munzir mempelawa. Munzir merupakan salah seorang sahabat Hafiz dan Abdullah dan sering menyampaikan tazkirah di surau berhampiran kolej kediaman mereka.
Tanpa berlengah, Hafiz dan Zaqwan terus mengikuti Munzir ke tempat parkir kereta. Sempat Hafiz mencapai kunci bilik dan mengunci pintu sebelum bergegas keluar.
Dalam kereta, mereka tidak banyak bercakap. Riak wajah mereka mempamerkan kerisauan yang teramat sangat. Hati mereka tidak putus-putus berdoa agar Allah selamatkan Abdullah.
Tiba di hospital setengah jam kemudian.
Mereka bergegas menuju ke bilik ICU , tempat di mana Abdullah sedang dirawat.
Munzir dan Hafiz duduk di atas kerusi hadapan bilik icu. Zaqwan pula mundar-mandir. Tidak senang duduk kerana bimbang akan keadaan Abdullah. Dia takut andai kehilangan Abdullah yang sentiasa memberi bimbingan padanya.
"ya ALLAH, selamatkanlah dia." Doa Zaqwan penuh pengharapan.
Tiga jam kemudian, lampu di bilik ICU dipadamkan, tanda segalanya sudah selesai. Hanya menanti keputusan daripada doctor.
Kelihatan seorang doktor keluar dari bilik ICU dan menuju ke arah mereka. Hafiz dan Munzir segera berdiri manakala Zaqwan sudah pun berada berhampiran dengan doktor.
"Maafkan, saya. Kamu bertiga ni ahli keluarga mangsa ke?" tanya doktor Nazim.
Munzir menjawab," Bukan, doktor. Kami ni sahabat dia. Macam mana keadaan dia, doktor?"
Belum sempat doktor menjawab, Zaqwan segera menyampuk," dia anak yatim, doktor. Mak ayah dia dah takde ."
Hafiz terkejut. Sungguh, dia tidak pernah tahu yang Abdullah itu seorang anak yatim. Dalam diam, Hafiz mengutuk dirinya sendiri betapa dia seorang yang kurang memberi perhatian dalam soal ukhuwwah. Malu pada Zaqwan, kerana Zaqwan lebih tahu mengenai Abdullah, padahal orang pertama yang mengenali Abdullah itu, dia sendiri.
"Oh, maafkan saya. Begini, pihak kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia, tapi, Allah lebih sayangkan dia. Dia cedera parah di bahagian kepala. Harap adik-adik semua bersabar ya. Daripada ALLAH kita datang, kepadanya jua kita kembali. Takziah daripada saya buat kamu semua.Kalau takde apa-apa,saya pergi dulu ya," kata doktor Nazim.
Mendengarkan khabar itu, Hafiz terduduk di atas lantai. Zaqwan pula, berderai air matanya. Munzir, hanya memerhati reaksi kedua-dua sahabatnya. Hanya lafaz "innalillahiwainna ilaihi rajiun" yang keluar daripada mulutnya.
Seketika kemudian, terdengar bunyi mesej masuk. Hafiz segera mengambil handset yang berada dalam poketnya. " Mesej dari Uwais. Ada apa agaknya." Bisik hati Hafiz. Segera dia baca mesej itu.
[ Salam alaik, akhi. Alhamdulillah, Sakinah sudah terima khitbah enta. Teruskan dengan solat hajat ye. Minta Allah permudahkan urusan kalian berdua – Uwais ]
Hafiz terkedu. Dalam satu masa yang sama, dia terima dua berita. Satu berita gembira. Satu berita sedih. Dia menangis tanda syukur, dia juga menangis tanda sedih atas pemergian Abdullah. Serta- merta fikirannya teringatkan pesan Abdullah sewaktu dia menceritakan soal khitbah itu kepada Abdullah.
Hatinya bermonolog," sahabat, terima kasih atas doa kamu. Sayang sekali, enta sudah tidak ada saat ana ingin berkongsi kegembiraan ini dengan enta."
Bersambung..
1 ulasan:
Slm, Alhamdulillah..
Akhirnya Allah mmberi kelapangan utk meluangkan masa disini,lama rasenye x menjenguk blog ni..da byk entry yg da berlalu.tp alhamdulillah entry2 yg baru byk mmberi makanan pd rohani yg sudah lama kelaparan..syukran.
Kisah Abdullah menjadi semakin menarik..sgt2 menjiwai keadaan didlm cerpen..saat membaca Abdullah ditimpa musibah, sungguh hati ini tersentuh..
hmm..teruskan penulisan anda..insyaAllah..
Catat Ulasan