Rabu, 30 Jun 2010

Aku Juga Manusia

Alhamdulillah dengan izinNYA,dapatlah saya mencoretkan sesuatu di saat hati sedang dalam kesedihan. Semalam,ada satu peristiwa yang saya kira itu juga teguran ALLAH buat diri saya.Terima kasih pada yang menegur walaupun teguran itu memang sangat-sangat membuatkan saya sedih dan terfikir "adakah aku telah membawa fitnah pada agama?".Lama saya terdiam sehinggalah selepas solat maghrib, baru saya ada mood untuk bersuara.

Semuanya kerana satu SMS yang masuk dalam henset saya.Disebabkan itu,saya dan kakak saya ditegur dan dimarahi(mungkin).Oleh kerana,kami pelajar universiti kami ditegur kerana mudah berprasangka pada orang lain dan kerana saya bekas pelajar sekolah agama, saya lebih dimarahi.Ya ALLAH,sungguh saya tak marah pada yang menegur tetapi saya sangat sedih apabila dengar perkataan AGAMA. Adakah kerana saya belajar agama,itu bermakna saya tidak ada dosa? Ketahuilah, saya bukannya Malaikat yang bersifat ma'sum.

Sebenarnya SMS itu daripada seorang insan yang saya rasa nadanya seolah-olah menyalahkan adik saya. Mungkin, saya tidak patut guna "rasa" itu kerana akhirnya akan membawa pada prasangka. Mungkin silap saya juga kerana terlalu cepat berprasangka,tetapi saya kira andainya kamu semua ada di tempat saya, kamu juga akan berfikiran sebegitu juga. Saya,kakak dan adik-adik sekarang sedang teruji dengan seseorang yang sangat-sangat menguji kesabaran kami dalam menghadapi karenahnya.Saya wajib berprasangka baik pada ALLAH,ini baru ujian dunia.
" Sesiapa yang mengaku cinta akan ALLAH, maka dia akan diuji dengan ayat cinta tersebut"

Tidak mengapa, cinta ALLAH pada kami lebih besar daripada ujian yang ALLAH berikan pada kami.Pengajaran yang boleh diambil usahlah kita terlalu cepat berprasangka tidak kira pada ALLAH mahupun manusia.Untuk post kali ini, bukanlah saya ingin berbicara tentang prasangka tetapi saya ingin mengajak anda dan diri saya sendiri mengenai DAI'E dan MAD'U ataupun mereka yang menyampaikan dan mereka yang menerima apa yang disampaikan.

"Sesiapa yang mengucapakan LAILAHAILLLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, maka dia adalah daie".Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita semua adalah DAI'E.apa yang boleh saya simpulkan disini, "Semua DAIE itu adalah MAD'U dan semua MAD'U itu adalah DAI'E".Maaf andai kesimpulan yang saya buat ini salah.

Perlu diingat, DAI'E itu adalah manusia.Mereka bukannya Malaikat yang suci daripada dosa. Adakala mereka juga melakukan kesalahan dan disaat itu, mereka memerlukan seorang DAIE lain untuk menasihati mereka,kerana ketika itu mereka adalah MAD'U.Buat kamu dan saya yang saling menegur,kadang-kadang tanpa kita sedari, kita terlalu ghairah dalam menasihati orang lain untuk berbuat kebaikan. Dan dalam keghairahan itulah, kita akan merasa yang diri kita ini baik, tiada dosa.Betapa hinanya kita kerana mengaku diri kita ini bersih dari dosa.Ingatlah, "Sesiapa yang merasa diri tidak berdosa, sebenarnya dia telah melakukan satu dosa besar".Kita merasa aman dari azab ALLAH.Seharusnya, kita perlu merasakan rasa kehambaan dan rasa sentiasa berdosa dalam diri kerana itu menunjukkan yang kita ini hamba.

Jangan pernah terasa diri hebat apabila mulut mampu menasihati orang lain,menyuruh pada yang ma'ruf , mencegah yang mungkar.Kadang-kadang, kita menegur orang lain kerana kita nampak kesalahan mereka,tetapi hinanya kita kerana kita tidak mampu nampak kesalahan sendiri.Beruntunglah bagi mereka yang ALLAH kurniakan kelebihan untuk nampak kesalahan sendiri kerana Hujjatulislam Al-imam Ghazali telah menyatakan dalam kitab Mukashafah Al-Qulub:"sesiapa yang ALLAH izinkan dirinya untuk menjadi baik, ALLAH akan memperlihatkan padanya kesalahannya sendiri".Oleh itu, wahai yang mengaku diri sebagai DAI'E, dalam kita menasihati dan mengislahkan orang lain ,kita perlu menghisab dan mengislahkan diri kita juga.

Saidina Ali berkata:"Sesiapa yang selalu memikirkan kesalahan dan dosa-dosanya sendiri,dia tidak punya masa untuk memikirkan kesalahan orang lain"

Saidina Umar juga ada berkata:"Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab".

Wahai DAI'E,sentiasalah menghisab diri kerana dengan cara itu, kita tidak akan rasa sombong dan merasa diri lebih berdosa.Sesungguhnya ALLAH amat benci mereka yang menyuruh orang lain berbuat kebaikan,tetapi dia sendiri,tidak melakukannya dan ALLAH amat benci mereka yang melarang orang lain melakukan kejahatan, tetapi dia sendiri melakukannya.Renungan buat diri saya terutamanya.

Bagi mereka yang menerima apa yang disampaikan,terimalah apa yang disampaikan oleh DAI'E dengan hati terbuka dan bersangka baiklah walaupun kadang-kadang kita tahu apa yang disampaikan tidak selari dengan perbuatannya.Ingat, Rasulullah pernah mengingatkan kita agar jangan melihat pada yang menyampaikan tetapi lihatlah apa yang disampaikan. Saya tahu ini agak susah untuk diaplikasikan kerana sudah menjadi kebiasaan kita menghakimi orang berdasarkan perbuatannya.Kita lebih suka membuat telahan "budget bagus je dia tu..nasihatkan orang tak yah bercouple, tapi dia sendiri pun sama je". Pada saya, kita perlu berdoa agar mereka yang sebegitu termasuk saya diberikan hidayah yang berpanjangan dan lebih berhati-hati dengan apa yang disampaikan.Ingatlah, kita akan diuji dengan apa yang kita cakapkan.

Mungkin dari sudut lain,saya dan mereka yang sebegitu sebenarnya sedang menasihati diri sendiri walaupun dalam masa yang sama sedang menasihati orang lain dan sedar akan kesalahan diri sendiri.Ini dapat membuatkan diri kita untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Buat kamu yang telah menegur saya, ketahuilah saya juga manusia yang berbangsa MELAYU yang mudah lupa.perkataan manusia itu sendiri sudah menunjukkan makna LUPA. Saya bukanlah NABI-NABI atau RASUL-RASUL yang bersifat suci dari dosa, saya adalah manusia yang kadang-kadang lupa dan leka dengan dosa yang dilakukan.Jangan kerana saya sekolah agama dari darjah satu sampai darjah khas,dan bersekolah di SMKA,saya tidak melakukan dosa.Kadang-kadang manusia selalu berpandangan mereka yang ber'AGAMA' ini sentiasa bersih dari dosa dan perlu menjadi baik dan tidak boleh buat walau satu kesalahan sekalipun.Dan,apabila mereka yang ber'AGAMA' ini telah melakukan kesalahan, cepat pula menjatuhkan hukuman dan membuat telahan " alah, orang yang belajar agama pun sama je dengan kita, lagi teruk pun ada".

Jangan cepat mengadili seseorang kerana kesalahan yang dilakukan kerana Imam Shafie pernah berkata:"kami adalah satu kumpulan manusia yang berinteraksi dengan orang mengenai hukum-hukum zahir,ALLAH sahajalah yang menghukum perkara-perkara batin".

Terima kasih kerana telah menegur saya kerana teguran kamu itu membuatkan saya lebih berfikir untuk menjadikan diri saya lebih baik daripada hari semalam dan hari ini.Mohon maaf andai banyak kesilapan yang saya lakukan dalam post kali ini.Buat ukhti syahirah, jazakillah atas post ukhti yang bertajuk "DAI'E yang membantutkan DA'WAH.Moga kita semua dapat ibrahnya...ya ALLAH,ampuni saya dan semua muslimin muslimat sama ada yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

wallahua'alam.

Rabu, 16 Jun 2010

GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT

Alhamdulillah...
Kali ini saya diberi kesempatan untuk menulis lagi,cuma artikel kali ini bukanlah tulisan saya, saya cuma ambil daripada HARIAN METRO ruangan Ustaz Zawawi Mohd Yusoh. Artikel ini berkenaan ganggan syaitan dalam solat.Bila saya baca, memang saya akui semua jenis gangguan itu pernah saya hadapi..saya rasa anda juga begitu..sesungguhnya syaitan itu akan sentiasa mengganggu kita setiap saat sehinggalah hari kiamat nanti.

Firman ALLAH:
" sungguh syaitan itu musuh bagi kamu,maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala"(fatir:6)

Subhanallah,ayat ini jelas sekali menunjukkan kelicikan makhluk ALLAH yang bernama syaitan yang berjanji akan menyesatkan anak ADAM setiap saat tanpa dia leka semata-mata untuk meramaikan penghuni neraka. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan itu. Dan ALLAH juga menegaskan lakukan syaitan seperti musuh bukannya teman.
Berikut 10 gangguan syaitan ketika solat:

1.Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram
Saat membaca takbiratulihram,seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukan itu sah atau tidak.Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir.Perasaan itu berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.Ibnu Qayyim berkata:termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci(berwuduk) dan niat atau saat takbiratuihram dalam solat. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2.Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Uthman Abil'ash datang mengadu kepada Rasulullah:"wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah".Rasulullah menjawab:"itulah syaitan yang disebut dengan KHINZIB. Apabila kamu merasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri 3 kali dan berlindunglah kepada ALLAH.Aku pun melakukan hal itu dan ALLAH menghilangkan gangguan itu daripada aku".

3. Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah berkata: sesungguhnya Rasulullah bersabda:"jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda mereka sampai tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. apabila kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud sahwi saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"

4.Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata: Rasulullah bersabda:"apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan lari terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. apabila muazzin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari.apabila selesai iqamat dia kembali lagi. ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya" ingatlah apa yang kamu tidak ingat!"sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat".

5.Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata:"sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hari, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. tidak ada ketenangan atau thama'ninah.
Pada zaman Rasullullah, ada orang yang solat tergesa-gesa, akhirnya Rasulullah memerintahkan untuk mengulanginya kerana solat yang dikerjakan belum sah.Rasulullah bersabda kepadanya:"apabila kamu solat,bertakbirlah.lalu bacalah daripadamu alquran yang mudah bagimu,lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk,lalu bangkitlah sampai kamu tegak berdiri.kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"

6.Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahhud.ia membolak-balikkannya.Melihat hal itu,Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat,"jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan.tapi kerjakan seperti apa yang Rasulullah kerjakan.Orang itu bertanya,"apa yang dikerjakan Rasulullah?" kemudian ibnu umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud."demikianlah saya melihat apa yang Rasulullah lakukan,"kata Ibnu Umar.

7.Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak,jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda.Kerana itu selepas takbiratulihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud.Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan.Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah:"apakah hukum melihat ketika solat?" Rasulullah menjawab:"itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".

8. Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda:"menguap ketika solat itu daripada syaitan.kerana itu,apabila kamu ingin menguap,tahanlah". Rasulullah bersabda lagi:"ada pun menguap itu datangnya dari syaitan,hendaklah seseorang mencegahnya selagi boleh,apabila ia berkata ha.....bererti syaitan tertawa dalam mulutnya".

9.Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin seperti yang dikatakan Abdullah Ibnu Mas'ud:"menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan".Ibnu Mas'ud berkata:"bersin yang tidak disenangi ALLAH adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi ALLAH.Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara".

10.Terasa ingin buang air atau angin
Rasulullah bersabda:"apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak,janganlah sesekali ia keluar masjid sampai ia yakin mendengar suara(keluarnya angin)atau mencium baunya".

Berbahagialah orang muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan ALLAH daripada syaitan laknatullah. bagi yang berasakan gangguan itu,sebahagian atau keseluruhan, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Daripada saya " SELAMAT BERJIHAD MELAWAN NAFSU DAN MENENTANG SYAITAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN TERUTAMANYA SOLAT"

Moga-moga perkongsian kali ini dapat membantu anda dan saya memperbaiki kualiti solat kerana ramai orang suka meningkatkan kuantiti solat, tapi jarang sekali yang ingin meningkatkan kualiti solat.wallahu'alam

Selasa, 8 Jun 2010

Islamkah Kita

Alhamdulillah..dengan izin ALLAH dapatlah saya kongsikan dengan hamba-hamba sekalian satu sajak yang saya jumpa dalam dokumen laptop saya. Dan hadis RASULULLAH SAW ini sangat bertepatan dengan sajak ini.

Rasulullah saw bersabda:
" sudah hampir tiba suatu masa di mana tidak ada yang tinggal pada ISLAM kecuali namanya sahaja dan tidak tinggal pada ALQURAN kecuali tulisannya sahaja. masjid2 mereka tersergam indah, namun kosong/roboh dari petunjuk. ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali."

saya mengajak diri saya sebagai hambaNYA dan hamba-hambaNYA yang lain mengkoreksi diri adakah kita benar-benar ISLAM?atau ISLAM pada namanya sahaja? sajak ini munkin terlalu panjang, tapi diharapkan ada yang dapat dikutip sebagai pedoman.jom hayati:

adakah kita seorang ISLAM
pernahkah kita terfikir
hidup kita ini hanyalah sementara
sampai masanya kita akan pergi menemui ALLAH?

apakah bekalan dan persediaan kita
menempuh hari kematian kelak?
dalam kita mengejar kejayaan dunia
kita sering lupa tujuan hidup kita yang sebenar

apakah pilihan kita?
beruntunglah orang2 yang berebut-rebut menagih kasih sayang ALLAH
sesungguhnya keredhaan ALLAH yang kita cari
dunia yang semkain tua ini sering dilanda masalah
kegawatan ekonomi,murtad,fitnah,zina
buang bayi,peperangan dan macam2 lagi
ini sebenarnya ujian ALLAH pada kita!!!

adakah kita benar2 menginsafinya?
semua ini adalah bala'!!!
tanda murkanya ALLAH!!!

adakah kita benar2 seorang ISLAM?
maka adakah kita fikir bahawa
kejayaan kita di universiti
dapat membawa kita ke syurga?
adakah kita fikir bahawa kejayaan kita
adalah kerana usaha dan ikhtiar kita sendiri?
tidak malukah kita mengakui diri kita
hebat,bijak,rajin
walhal semuanya adalah kurniaan ALLAH
segala yang ada pada kita adalah datangnya dari ALLAH
mana milik kita?
apakah kita fikir ALLAH itu akan menyukai
hambanya yang tidak bersyukur?

adakah kita yakin kita seorang ISLAM?
sedangkan rabiatul adawiyah tidak mahu
melupakan ALLAH walau seketika sekalipun
hassan al-basri pula menangis berjujuran air mata kerana
menyesal melupakan ALLAH dalam beberapa minit
tetapi
mengapakah kita masih leka dibuai perasaan?
tidakkah kita berasa rugi kerana kurangnya berzikir pada ALLAH?
tidakkah kita berasa rugi kerana kurangnya berselawat pada RASULULLAH?

siapa diri kita sebenarnya!!!
firaun???
tentu tidak..jadi
siapa kita sebenarnya??

wahai manusia yang berasal daripada sekepal tanah yang hina
adakah kita yakin kita bertuhankan ALLAH?
maka,
mengapa kita tidak mahu mengejar DIA?
mengapa kita masih mendedahkan aurat?
mengapa kita tidak mahu menuntut ilmu?
syariat,tariqat,hakikat dan makrifat,feqah dan tasawuf
dapatkah kita menghuraikan cabang2 ilmu tersebut
tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya
jauh dari mengamalkannya??

adakah kita harus mempersalahkan
puak2 kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat ISLAM
jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri??

ketahuilah..
sesungguhnya iblis itu amat suka mereka yang jahil
sedarilah bahawa kejahilan boleh menyebabkan dosa
kita tidak takut dosa??
berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa2 seharian??

adakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat?
siapa kita menjelang kematian?
adakah kita seorang ISLAM?
bersediakah kita berhadapan malaikat maut?
adakah kita merasakan diri kita terlalu mulia
sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar?

kita pergi kuliah,pergi kerja
adakah kita yakin kita telah menutup aurat dengan sempurna?
kita solat
adakah kita yakin solat kita tidak tercela?
kita makan
adakah kita yakinrezeki yang kita jamah diredhai ALLAH?
kita minum
adakah kita yakin di akhirat kelak
kita dapat minum seperti di dunia ini?
kita cemerlang dalam pelajaran
adakah kita yakin semua itu membantu kita
menjawab pertanyaan munkar nakir?
kita berpuasa
adakah kita yakin puasa kita
mulia sehingga dapat membela kita di akhirat?

siapa kita???
kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina
tapi kita masih mampu tersenyum dan ketawa

bersedialah menempuh hari selepas kematian
bersedialah menempuh sakaratul maut
burulah cinta ALLAH
sebelum ALLAH menutup pintu rahmatnya
ISLAMkah kita??
atau sekadar nama??
sesungguhnya ISLAM tidak memerlukan kita
tapi
kitalah yang memerlukan ISLAM

firman ALLAH:

"sesungguhnya agama yang diredhai disisi ALLAH hanyalah ISLAM
(ALI-IMRAN:19)

wallahua'lam...sama-samalah kita renungkan adakah kita MUSLIM SEJATI?
tepuk dada, tanyalah IMAN sendiri....

Selasa, 1 Jun 2010

layakkah AKU digelar PEJUANG?

Salam mujahadah untuk semua sahabat-sahabat..
karya yang ana post ini ana copy daripada blog sahabat ana
tertarik dengan puisi ini sebab bila ana terfikir semuala layakkah aku digelar pejuang?
sama-sama hayati dan muhasabah diri...........

katanya kau seorang PEJUANG
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang PEJUANG
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang PEJUANG
tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih layan tv, movie dan game
dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang PEJUANG
cinta dunia masih menempati hatimu
berbanding cinta Allah dan rasulNYA

katanya kau seorang PEJUANG
kau sibuk update isu semasa
berbanding AL QURAN 1 juz sehari

katanya kau seorang PEJUANG
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih layan muzik-muzik yang lagha


katanya kau seorang PEJUANG
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang PEJUANG
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang PEJUANG
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang PEJUANG
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang PEJUANG
kau sering tinggal QIAMULLAIL berbanding mengamalkannya

katanya kau seorang PEJUANG
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang PEJUANG
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri
akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang PEJUANG
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang PEJUANG
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang PEJUANG
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang PEJUANG
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang PEJUANG
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang PEJUANG
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang PEJUANG
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang PEJUANG
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih berpakaian tidak senonoh

katanya kau seorang PEJUANG
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang PEJUANG
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

katanya kau seorang PEJUANG
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang PEJUANG
hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang PEJUANG
kau masih seperti dahulu

katanya kau seorang PEJUANG....

tapi....

PEJUANGKAH AKU???



 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger