“Ramai betul orang kat KFC ni,kan?” Zahra’ memulakan
perbualan setelah lama mereka mendiamkan diri kerana terlalu khusyu’ makan ayam
goreng. Terlalu lapar barangkali.
“Haah, ada yang datang dengan family, ada yang datang
seorang diri,ada juga yang datang dengan balak masing-masing”. Yusra mengiakan
sambil matanya liar memerhatikan keadaan sekeliling dengan mulutnya yang masih
penuh dengan ayam goreng.
Zahra’ memandangnya dengan muka yang pelik.
“Kenapa tengok macam tu, Zahra’?”
“Awak ni, kebulur sangat nampaknya…by the way, apa maksud
balak tu? Kayu balak ke?”
Secara spontan, tersedak Yusra mendengar pertanyaan Zahra’.
Habis tersembur ayam goreng yang dikunyahnya dari tadi. Cepat-cepat Zahra’
menghulurkan air kepada sahabat baiknya itu.
“Wei, lucu giler pertanyaan kau tu, Zahra’. Balak pun tak
tau ke? Oh, yelah, budak jurus macam kau mana tau perkataan-perkataan macam tu,
kan . Balak tu, sinonim dengan kekasih, pacaran dan yang sewaktu dengannya.”
Yusra menjelaskan.
“Oh, I see. Tapi, tak sesuailah guna balak tu, kasar sangat
bunyinya.”
“Budak-budak moden ,kan? Istilah yang digunakan pun out of
the box betul. Tak terfkir kita. Tapi, tulah, waktu aku couple dulu pun, aku
selalu guna perkataan tu, nampak macho.”
“Tapi, Yusra yang saya kenal sekarang sudah baik, sudah
solehah dan dah tak couple pun. Yusra yang saya kenal sekarang, sibuk menggali
cinta Ilahi.”
“Hm..dah keluar dah, ayat sastera dia. Kau ambil kos ape,
ha?”
“Kos….metik.” Mereka ketawa.
“Sweetie, may I ask you, one question?”
“Yes, with pleasure. What’s it, my dear?”
“Aku tahu, kau tak couple sebab Islam tak membenarkan benda
tu. Kau pun dah present semua dalil berkaitan tu pada aku dulu waktu aku ambil
keputusan nak clash dulu. Dan, aku tengok kau memang betul-betul menjaga
ikhtilat kau dengan muslimin. Kenapa, ya? Mesti ada sebab lain,kan?
“Sebab lain? Tidak ada sayang. Hanya satu sahaja sebab
kerana saya takutkan Allah.”
“Betul?”
“Ya, tapi kenapa Yusra Tanya macam tu? Adakah jawapan saya nampak meragukan?”
“Hm…Zahra’, aku nak minta maaf sebenarnya. Aku…aku…”
“Minta maaf? Untuk apa?” Pantas Yusra memintas.
“Semalam, aku ternampak diari kau atas katil. Dan, aku baca
diari kau sebab aku tahu, kau sangat-sangat perahsia. Jadi, aku nak tau apa
yang kau coretkan dalam diari tu.”
“Allah…Yusra, kenapa buat macam tu? Itu,kan hak saya, kamu
tidak berhak membacanya tanpa izin saya.”
Zahra’ sedikit kecewa dengan tindakan
sahabatnya itu kerana diari itu memang barang peribadinya yang sangat-sangat
dia jaga agar tidak ada sesiapapun yang membacanya. Kerana, dia banyak
meluahkan rasa hatinya dan rahsianya dalam diari kesayangannya itu.
“Sis, sorry ea? Aku janji, aku tak buat lagi. Dui bu qi ,
pengyou”
“Mei guanxi,la . Mesti ada hikmah, kan? Saya harap Yusra
tidak bercerita kepada sesiapapun apa yang Yusra baca dalam diari itu, ya?”
“Ok, hou! Wakarimashta!”
“Keluar dah bahasa Jepun dia. Macam makarimalakhlak je
bunyinya…”.
Ketawa mereka pecah.
“Jadi, Yusra dah tau,kan kenapa saya tak nak terlibat dengan
couple…”Zahra’ menyambung perbualan semula.
“Ya, tapi aku nak dengar sendiri dari mulut kau kenapa kau
tak nak bercouple.”
“Sebenarnya, saya ni, banyak masalah Yusra . Tapi, saya tak
suka bercerita pada sesiapapun sebab saya ada Allah. Saya tahu, bila saya
cerita pada Allah, Dia akan jaga aib saya. Dan, saya rasa, awaklah orang
pertama yang betul-betul rapat dengan saya.
Bukan saya tidak mahu berkawan, tapi saya sendiri yang mahu berseorangan. Saya
lebih selesa begini. Dan, berkenaan soalan awak tu, sangat berat untuk saya
jawab. But, I’ve to answer it, rite?. Sebenarnya, mama papa saya telah bercerai
sewaktu tahun pertama saya di sini. Dan, hampir beberapa bulan, saya tidak
dapat menerima kenyataan. Menangis sahaja yang saya tahu. Waktu tu, akademik
saya sangat merudum. Saya tak dapat fokus,tapi takde orang faham. Mama semakin
sibuk di pejabat sebab dia tak nak fikir lagi pasal perkahwinan dia yang dah
gagal. Papa pula, sibuk berkepit dengan kekasih lama dia. Bila balik rumah,
saya rasa, macam masuk neraka. Dipendekkan cerita, sampailah satu hari tu,
nenek datang menziarahi kami di sini. Waktu itu,lah terbongkar segala-galanya.
Nenek saya sangat marah pada mama papa, dan bertekad untuk menjaga saya. Dan,
di kampung nenek,lah saya mula mengutip kembali semangat saya yang hilang….”
Panjang lebar Zahra’ bercerita. Yusra diam tak terkata
kerana selama ini, dia melihat Zahra’ seorang yang sentiasa tenang seperti
tidak punya apa-apa masalah bahkan Zahra’lah yang seringkali menolongnya setiap
kali dia berhadapan dengan masalah.
“Zahra’, kamu sangat kuat,kan? Macam supersaiya…..”
Zahra’ tersenyum. “Allah yang pinjamkan kekuatan, Yusra.”
“Hm..jadi, apa punca perceraian mama papa kamu sebenarnya?”
“Mama bertemu kekasih lamanya di suatu majlis perasmian
produk baru syarikatnya, papa pun sama…Jadi, disebabkan masing-masing sibuk
bekerja, tidak punya masa untuk berborak-borak, bersuka ria, setiap kali habis
waktu kerja, mereka tidak akan pulang ke rumah…tapi, dating dengan kekasih
gelap mereka. Mereka sama-sama silap, Yusra. Setiap kali mereka bertengkar,
saya hanya mampu menangis di dalam bilik. Pernah satu ketika, saya bangun untuk
solat tahajud, saya terdengar suara orang berborak-borak. Rupa-rupanya, mama
sedang berbual dengan kekasih dia. Apa yang dia tengkarkan dengan papa, semua dia
ceritakan. Segala masalah rumahtangga dia ceritakan. Dan, saya yakin, papa pun
macam tu….”
Zahra’ terasa kelopak matanya panas. Dia terdiam seketika.
Dadanya rasa sesak, kerana seboleh-bolehnya, dia tidak mahu mengungkit
peristiwa itu.
“Zahra’, kau ok?”
“InsyaALLAH, saya ok. Yusra sayang, sebab itu, saya tidak
mahu bercouple. Sebab saya bimbang, andai saya sudah menikah nanti, setiap kali
ada pertengkaran dengan suami saya (Nauzubillahiminzalik), saya takut, saya
akan meluahkan masalah saya pada bekas teman lelaki saya. Sebab itu, sejak
dahulu, saya melatih diri untuk mengadu segala masalah pada Allah. Dan, sebab
itu, saya sangat menjaga ikhtilat dengan muslimin. Saya melihat banyak orang
yang bercerai disebabkan, setiap kali mereka bertengkar dengan pasangan, mereka
lebih cenderung untuk mengadu pada kekasih gelap masing-masing.”
“Subhanallah, Zahra’. Doakan saya, ya. Doakan saya untuk
meletakkan tawakal yang tinggi pada Allah. Terima kasih atas segala cerita kamu
pada hari ni. Seriously, saya berazam untuk jadi muslimah yang lebih baik.
Cukuplah, hanya sekali sahaja saya merasai kemanisan bercouple yang hakikatnya,
menghilangkan kemanisan cinta kita pada Allah.”
“Aik, sejak bila guna saya awak, saya awak? Bukan sebelum ni
aku, kau, aku kau ke?” Zahra’ menjungkitkan kedua-dua keningnya.
“Ala, Zahra’, saya nak jadi muslimah solehah ni, jadi bahasa
kenalah sopan kan..kan..kan? Eh, Zahra’, tahun ni, kita kan dah final
year..Awak takde calon ke?”
“Calon? Calon apa?”
“Ala, buat-buat tak faham pula..Calon suami,la…”
“Isy, takde,lah. Saya pun malas nak fikir lagi. Dah,
dah..tutup topik tu, ya. Jom basuh tangan! Melekit dah ni….”
“Ala……tak sporting,la Zahra’ ni…” Yusra memuncungkan
mulutnya. Dalam hatinya “ Takpe, takpe. Saya ada seseorang yang sesuai untuk
awak, Zahra’. Kembar saya, Yusri namanya. Hm, nanti nak suruh abang lamar dia,
la …”
Yusra tersenyum sendirian.
Dari jauh, Zahra’ memandangnya “ Hai, mengelamun di tengah
hari la pulak budak ni…”
Nota hamba : Semalam, berborak-borak dengan dua orang sepupu yang menjadi mangsa keadaan asbab perceraian ibu ayah mereka. Sangat matang mereka berbicara walaupun umur mereka baru sahaja 8 dan 6 tahun. Kasihan melihat mereka. Sewaktu berborak-borak, mereka bertanya " Kakak, kakak cuti berapa hari?"
"Seminggu..sekarang cuti midsem.."
"7 hari..kenapa?"
"Ala, kan lambat lagi..akak duduklah kat kampung dulu..."
Senyum. "Tak bolehlah, kakak banyak kerja..."
Dalam hati saya, kasihan melihatnya, tapi apakan daya saya. Moga mereka tabah dan menjadi penceria kepada ibu mereka.
:: Bersoraklah 'mereka' kerana telah runtuhnya masjid yang dibina. ::
:: Bersoraklah 'mereka' kerana telah runtuhnya masjid yang dibina. ::
0 ulasan:
Catat Ulasan