Selasa, 22 Mac 2011

Aku Cuba Mencintai-MU Tuhan



Baru-baru ini ada satu diskusi buku bertajuk Imam Syafie : Penyelamat Ummah kalau tak silap saya yang disampaikan oleh Dr. Wan Yusuf. Sambil-sambil dengar diskusi, ajk-ajk Musolla Saodah mengedarkan kertas-kertas yang berisi tazkirah. Ada satu kertas yang menarik hati saya di mana ada satu sajak yang bertajuk "aku cuba mencintaiMU TUHAN".

Bila dihayati sajak itu, memang benar..begitulah kita dalam mencari cinta ALLAH.

Banyak kali tersungkur, hanya yang benar-benar kuat dan ikhlas sahaja yang mampu mencapai puncak cinta agung. Saya pesan buat diri terutamanya yang sering kali tewas dengan nafsu.

Terimalah..

aku cuba mencintaiMU TUHAN

aku cuba mencintaiMU Tuhan

hati tidak juga terasa

aku cuba berkali-kali pun

tidak terasa apa-apa jua

aku fikir-fikir nikmatMU..lihat seterusnya

aku kenag-kenangkan rahmatMU

agar nampak kemurahanMU


atas nama ilmu aku akur

namun aku belum jatuh hati juga denganMU

aku susah hati, aku sedih selalu

mengapa terjadi begini

mengapa cintaku padaMU belum berbunga lagi

sedangkan aku tahu aku akui

nikmatMU terlalu banyak padaku

jika hendak dihitung, tidak mungkin terhitung


aku iri hati selalu

cerita dan berita orang soleh zaman dahulu

hebtanya cinta mereka kepadaMU

hilang selera makan keranaMU

asyik memuja dan memujiMU

mensucikan dan membesarkanMU

terutama di waktu malam yang sepi

di waktu orang mimpi


mereka memujaMU merintih padaMU

mengharap kasih sayangMU

air mata ,mereka membasahi pipi

adakalanya menitis ke bumi


mereka merasa engkau adalah segala-galanya

engkau adalah hidup mati mereka

engkau adalah dibibir mereka

engkau adalah jantung hati mereka

tapi aku tidak begitu

aduh!keras hatiku, keras hatiku

hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku

baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah
 dan hidayahMU

bertuahlah dan berbahagialah

orang yang engkau anugerahkan kecintaan padaMU

aku bila lagikah Tuhan?

dapat sedikit pun jadilah


aku tidak akan putus asa

akan ku cuba lagi selagi ada nyawa di badan

di hujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah

wahai Tuhan al-Hannan wal Mannan


Selasa, 15 Mac 2011

Bahtera Hamba

Dengan nama ALLAH yang Maha Agung

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bertawajuh menghadap ilahi

Maaf, lama tak post entry. ke-bisy-an melanda

Terimalah : bahtera hamba (zulfan)





Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan

Memberanikan aku sebagai nakhoda

Di laut yang luas gelombang yang datang

Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...


Kucekalkan diriku bergapaian air mata

Meluncur bahtera ke pulau redha

Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta

Yang buar menggunung menghempas dosa...


Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani

Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu


Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini

Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri

Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan

Di taman itu jiwa bersemadi....


Jernih danau nurani bersih

berwudhu'air mata yang gugur

Menyerah diri kepada Allah

Mendamba kasih menghina diri

Syukur hamba dengan keinsafan

telah berhijrah akan diriku

Ke bawah naungan keampunan

Hidup matiku hanya untukMu....


Ahad, 6 Mac 2011

Buat Hati Yang Ketandusan Cinta- Anak-anak Sufi

Dengan nama ALLAH, hayatilah
Buat kamu yang ketandusan cinta
Nukilan Allahyarham Anak-anak Sufi

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.

Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.

Ujian datang dalam pelbagai cara.

Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.

Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.

Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.

Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.

Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

~anak-anak sufi 14/12/2011~
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger