Jumaat, 3 Ogos 2012

Bukan Benci Tapi Tak Suka


Dengan nama  Allah yang Maha Pemurah Maha Mengasihani
Selawat serta salam buat Rasulullah s.a.w , ahli keluarga dan para sahabat Baginda

“Pak cik, buka Hot.fm.”

“Pak cik, buka Suria, la.”

Itulah suara-suara anak muda yang sering kedengaran setiap kali masuk sahaja dalam perut bas.

Untuk semester yang lepas-lepas, setiap kali menaiki bas untuk menuju ke Kampus Kota, radio yang sering menjadi pilihan adalah Hot.fm, Suria.fm, Sinar.fm, Era.fm atau Thr Gegar.

Ikim.fm? Jarang sekali.

Saya teringat kisah bagaimana seorang sahabat saya yang menegur driver bas sewaktu ingin pulang ke Kampus Kusza. Dia meminta agar pak cik itu menukar  siaran radio Hot.fm kepada Ikim.fm.

Pada mulanya, pak cik itu tidak mahu. Akhirnya, dia menukar juga tapi dalam keadaan  agak terpaksa.

Setiap kali menaiki kenderaan juga, cepat-cepat saya meminta emak atau abah untuk membuka siaran Ikim.fm. Akan ada yang muncung bibirnya selepas itu sebab saya dah conquer radio. “Yes,I win.”

Bukan saya anti Hot.fm atau yang sewaktu dengannya, tetapi  risau jika telinga ini mendengar lagu-lagu yang melaghakan.  Sekurang-kurangnya, jika mendengar Ikim, insyaALLAH rasa selamat sepanjang perjalanan walau itu bukan jaminan. Dan, saya bukan mahu menjaga telinga saya sahaja, tetapi telinga semua ahli keluarga atau manusia yang berada dalam kenderaan tersebut.

Jika ditakdirkan Allah, berlaku kemalangan dan akhirnya meninggal sewaktu perjalanan, sekurang-kurangnya akhir hayat kita diperdengarkan dengan perkara-perkara yang baik.

Kadang-kadang, walaupun sudah memakai earphone, lagu-lagu yang berkumandang dalam bas itu kedengaran ke telinga kami, bingit bunyinya dek kerana volume yang tinggi.

Dan, natijahnya, secara tidak langsung dan perlahan-lahan, saya ter”hafaz” lirik-lirik lagu itu. Kadang-kadang, lagu itu bernyanyi-nyanyi di hati kami.

Seorang sahabat saya cakap “susah betulkan, nak jaga pendengaran ni. Barulah ana tahu, macam mana susahnya muslimin nak jaga pandangan .Kalau mereka rasa susah nak jaga pandangan, kita pun susah nak jaga telinga ni.”

Andai saya menyanyi lagu-lagu sebegitu di rumah, pasti adik saya menyindir “ hai, tahu juga ke lagu tu?” sambil buat muka pelik. Sebab dia tahu, saya sangat meminati nasyid dan tidak berapa minat lagu-lagu lain.

Saya menjawab “ macam mana tak tahu, hari-hari duk dengar Hot.fm dalam bas, lama-lama terhafal liriknya”.

Salah satu sebab mengapa pentingnya kita memilih muzik yang baik sebagai hiburan kita adalah apa-apa yang kita dengar, akan mempengaruhi corak molekul air dalam tubuh kita.

Dan, sesungguhnya hiburan dan muzik terbaik adalah alunan al-Quran.

Dan, pesanan Dr. Aidh al-Qarni ini juga membuatkan saya takut jika terlalu banyak mendengar lagu-lagu lagha tanpa disedari :

Sesiapa yang mendengar muzik-muzik yang sia-sia, dia akan mengalami tiga hal:
1] Hilang kemanisan hubungannya dengan ALLAH
2] Hilang minat terhadap selawat,ayat-ayat Al-Quran dan zikir-zikir
3] Diharamkan mendengar nyanyian di syurga kelak

Memang agak sukar untuk kita, sebab ke mana-mana sahaja kita pergi, jarang sekali orang buka siaran Ikim.fm [salah satunya siaran radio yang islamik di Negara kita], ayat al-quran, lagu nasyid, selawat atau qasidah. Kebanyakannya akan memilih Hot.fm, Era.fm, Suria.fm, Sinar.fm. atau lagu-lagu jiwang tangkap leleh punya. Ye ke?

Sepanjang saya dengar Hot.fm dan sewaktu dengannya, terlalu banyak perkara yang sia-sia. Lagu-lagu cinta yang membuai jiwa remaja terutamanya, gosip-gosip artis, sakat-sakat orang lain, berita hiburan terkini dan segmen bual paginya yang tidak bercorak ilmiah keseluruhannya.

Kita sudahlah miskin amalan, jangan pula ditadah telinga kita dengan lagu-lagu yang sia-sia sebab itu sangat-sangat mempengaruhi jiwa kita.

Mahu pilih lagu, lihatlah pada liriknya.

Nanti ada pula yang kata, “Alah, lagu nasyid pun ada je yang jiwang.”

Kalau ditanya pada saya , jawapannya “ Maaf, saya tidak tahu nak jawab apa sebab saya tidak berapa suka lagu nasyid yang tema kecintaan, kecuali kecintaan pada Allah, ibu ayah, sahabat dan yang saya rasakan sesuai dengan selera saya.”

Tetapi, lirik cinta manusia versi nasyid sekurang-kurangnya tidak membuai-buai perasaan cinta anak muda zaman ni.

Nanti ada pula yang kata "ala, sama je."

Sepanjang saya bekerja di rumah jiran-homemade bakery,bersama anak-anak Felda yang lain, semuanya hampir sebaya dengan saya, telinga saya sudah cukup menahan lagu-lagu cinta popular waktu ni yang sering berkumandang di radio-radio. Mendengar liriknya, saya jadi cukup benci sebab tidak ada satu pun lirik yang boleh mengingatkan kita kepada Allah. Bahkan, lirik yang penuh menceritakan mengenai betapa asyiknya cinta, kecewa kerana putus cinta. Dan, natijahnya, saya sudah terhafal lagu-lagu sebegitu.Aduhai~ sudahlah bulan Ramadhan. 

Melihatkan keadaan begitu, majikan saya cepat-cepat on radio Ikim sebelum mereka datang untuk memulakan kerja.

Tetapi, bukan setiap hari begitu. Nak buat macam mana, tadah telinga je,la. Yang penting, kita tak hayati benda tu. Mujur sahaja tinggal dua hari sahaja lagi untuk bekerja menghabiskan tempahan kuih raya pelanggan.

Daripada zero, saya boleh jadi tahu lagu apa yang popular sekarang ni walau tak dengar radio Hot, Era, Suria dan seangkatan dengannya.



Pilihan di tangan anda. Pilihlah dengan iman, bukan dengan nafsu.

Bak kata Celcom : It’s in your hands.


Nota hamba : Yang ini pun saya pelik. Orang jarang ambil cakna soal ini.

Katanya mahu bangun qiamullail, tetapi sebaik sahaja alarm clock berbunyi, yang berkumandangnya lagu-lagu rock, lagu-lagu Inggeris yang ntah-apa-apa-ntah dan yang sewaktu dengannya. Sebab bingit sangat bunyinya, tangan pun laju je matikan alarm clock tu. Akhirnya, tidur sampai ke pagi. Kalau tidak mahu pasang tone alunan ayat al-Quran pun, pasanglah lagu yang baik-baik.

Radio Islamik Batam-Hang. fm (ala-ala Ikim. fm, cumanya tidak punya lagu-lagu yang berkumandang di radio ini). Best!


h.a.m.b.a
3Ogos 2012M
14 Ramadhanl 1433H
Selatan tanah air
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger