Dengan asma Allah yang agung
Selawat dan salam buat Rasulullah saw tercinta serta ahli keluarganya dan para sahabat.
Petang,
setelah pengebumian Abdullah.
“ Zaqwan, jom balik. Hari dah lewat ni,” Hafiz mengajak Zaqwan pulang.
“Fiz,
aku tak nak balik lagi. Kau balik,la dulu. Aku nak bertafakur sekejap. Kau tak
payah risau ea, aku ok je, insyaALLAH.” Zaqwan menyuruh Hafiz agar pulang
dahulu.
“kalau
macam tu, aku balik dulu. Jaga diri ye, Wan. Assalamualaikum .” Hafiz beredar.
“Waalaikumsalam.”jawab
salam itu hanya dilafazkan dalam hati Zaqwan sahaja.
Zaqwan
keseorangan di tanah perkuburan. Dia merenung kubur Abdullah yang masih merah.
Hatinya hiba. Setelah dia menemui hidayah, Allah mengujinya dengan kehilangan
sahabat yang banyak memberi nasihat kepadanya .
Fikirannya
menerawang seketika. Dia mengimbas kembali saat-saat dia dan Abdullah sewaktu
di taman minggu lepas. Teringat cerita Abdullah padanya. Dia berjanji akan
menjaga aib dan cerita sahabatnya itu
.
“
ceritanya begini, Zaqwan. Aku berubah setelah kedua orang tua aku meninggal
dunia. Aku ni, asalnya dari keluarga yang susah. Orang tua aku tidak mampu
menyekolahkan aku. Jadi, aku membesar dengan tiada ilmu di dada. Ayah aku hanya
sekadar mengajar aku mengaji quran dan solat juga perkara-perkara asas sebagai
muslim. Akibat kesempitan hidup, jiwa muda aku memberontak. Kamu tau,kan anak
muda gimana perasaanya. Ingin berseronok dan memiliki barang-barang mewah. Mana
mungkin aku minta itu semua pada orang tua aku. Mereka tidak mampu. Lalu, untuk
berseronok, aku keluar berpeleseran bersama anak-anak yang nakal. Pelbagai
perkara jahat yang kami lakukan. Orang tua aku tidak pernah tahu kegiatan aku
kerana mereka menyangka aku keluar untuk mencari kerja. Tambahan pula, aku ini
pintar berlakon. Di rumah, sikapku seperti orang alim. Di luar rumah,
aduh!lagaknya seperti setan. Hinggalah pada suatu hari aku ditangkap oleh pihak
polis atas kegiatan jenayah yang aku lakukan. Dalam perjalanan ke balai polis,
orang tua aku ditabrak kereta dan belum sempat melihat aku, mereka telah pergi
buat selama-lamanya. Waktu aku diberitahu berita kematian orang tua aku, aku
masih lagi di dalam lokap. Aku hanya mampu meraung,zaqwan. Akhirnya, aku
dibebaskan setelah diikat jamin oleh sahabat ayahku, kiai ismail.seorang kiai
di pesantren tempat aku tinggal. Aku dibawa oleh kiai ismail untuk menetap di
pesantren bersama santri-santri lain yang majoritinya adalah anak yatim seperti
aku. Itulah keluarga aku di Indonesia. Kami sangat rapat.di situlah, aku
belajar mendalami agama. Dan Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar Kiai Ismail dan
ustaz-ustaz juga sahabat-sahabat aku, inilah diri aku yang kamu lihat
sekarang.”
“Macam
mana kiai Ismail tahu kau masuk penjara?” soal Zaqwan.
“Kiai Ismail cerita kembali pada aku gimana dia bisa tau aku dipenjara. Rupa-rupanya,
ayah aku sempat menelefon kiai Ismail berkenaan aku dan minta tolong sama kiai
ismail untuk mengikat jamin aku kerana ayah aku tidak punya wang ketika itu.
Ah, bila diingat kembali kisah lalu, aku jadi malu sama kiai Ismail.”
Zaqwan
hanya terdiam. Tidak tahu hendak berkata apa tatkala mendengar kisah sahabatnya
itu. Dia benar-benar menghayati kisah Abdullah.
Setelah
melepaskan lelah, Abdullah menyambung kembali.” Ha, ada satu rahsia yang kamu
tidak tahu berkenaan aku, zaqwan.”
Zaqwan
memandang Abdullah. Rasa terujanya terhadap rahsia Abdullah ,membuatkan dia
terus bertanya “ rahsia apa,lah?bagitau,lah cepat.”
“Wah,
kamu ini.dengar perkataan rahsia saja, terus segar. Sebenarnya, bukan rahsia.
Tetapi satu cerita. Aku dulu pernah punya pacar,Zaqwan.” Terang Abdullah tanpa
berselindung.
Zaqwan
tersentak.
Abdullah
terus menyambung ceritanya, “ pacar aku itu cantik sekali. Persis Asmirandah.
Hehe. Lama juga kami berpacaran. Aku mengenalinya melalui teman aku sewaktu aku
dan temanku melepak di sebuah gedung beli-belah. Bercinta itu memang seronok,
ya Zaqwan? Aku rasa akulah orang yang paling bahagia saat itu. Cinta itu
membuatkan aku terus terleka dan semakin jauh dari Allah. Nasib tidak
menyebelahi aku. Pacar aku itu minta putus sewaktu dia tahu aku baru keluar
dari penjara. Dia juga sudah punya cowok baru yang lebih kaya daripada aku. Aku
sedar, aku ini miskin,gembel. Memang tidak pantas sama sekali untuk bersamanya.
Aku bersyukur pada Allah sebab setelah keluar dari penjara, hidayahNYA tidak
putus-putus buat aku.”
“kau
tak kecewa, lah?” tanya zaqwan.
“Aku
tidak kecewa sama sekali Zaqwan. Kamu tahu mengapa aku jarang membicarakan soal
nikah dan juga perempuan? Semuanya kerana aku tidak mahu membicarakan sesuatu
yang membuatkan hati aku jauh dari Allah.cukuplah sudah aku diuji dengan cinta
perempuan satu ketika dulu. Aku ingin mencari cintaNYA. Soal nikah…bukan aku
tidak mahu berkahwin, tetapi tiba saatnya, insya ALLAH akan aku laksanakan juga
sunnah rasulullah itu. Cuma, buat masa ini, aku ingin memantapkan diri aku
dengan ilmu agama,kerana aku akan menjadi imam buat suri aku. Besar
tanggungjawabnya. Aku mahu bertaubat atas segala dosa aku yang lalu. Aku banyak
dosa sama orang tua aku, sama Allah. Aku terkilan sehingga saat ini kerana
orang tua aku pergi menghadap ilahi saat mereka tahu aku melakukan perkara yang
jahat. Aku dah banyak susahkan orang tuaku.sudahlah hidup mereka susah sewaktu
di dunia, ditambah lagi dengan aku yang banyak menyusahkan mereka dahulu,
masakan aku sanggup melihat mereka susah dalam kubur dan akhirat sana? Sebab
itu aku bertekad untuk menjadi anak yang soleh walaupun mereka sudah tidak ada
lagi. Aku ingin menyenangkan mereka kerana anak soleh merupakan salah satu
jambatan buat ibu ayah untuk ke syurga. Aku ingin tebus segala dosa aku
terhadap mereka dengan berbakti kepada sahabat-sahabat mereka juga terus
mendoakan kesejahteraan mereka. moga Allah terima aku sebagai hambanya.”
Panjang lebar penerangan daripada Abdullah membuatkan Zaqwan hanya mendiamkan
diri.
Dalam
hatinya, dia bertekad untuk jadi hamba yang bertaqwa dan juga anak yang soleh.
“Terima kasih, Abdullah.”
Rintik-rintik
hujan membuatkan Zaqwan tersedar daripada lamunannya. Dia bangun setelah
merasakan kakinya kebas akibat duduk bersimpuh terlalu lama. Sebelum beredar,
sempat dia mendoakan kesejahteraan buat sahabatnya. Hatinya berbisik ,” wahai
hamba Allah,tenanglah dikau di sana!”
Tamat.
Nota hamba : Maaf, baru berkesempatan nak post entry terakhir ini.
Nak tahu cerita dari mula, sila klik link ini :
0 ulasan:
Catat Ulasan