Jumaat, 24 Februari 2012

Ini Cerita Saya



Hari ini cuti. Maknanya, saya tidak bekerja. Esok juga cuti. Alhamdulillah. Baru 5 hari bekerja saya rasakan sudah seperti setahun lamanya. Masa, cepatlah berlalu.

Ini cerita saya mengenai Latihan Industri saya di Tampoi. 
Saya menulis sebab saya ada sahabat-sahabat yang minta saya kongsikan di blog.

Macam biasa, setiap kali datang tempat baru, orang akan tanya nama.

[Nama]
"Nama siapa ?"

"................"

"Oh, nak panggil apa ni?" (soalan kebanyakan orang kat situ , termasuklah manager saya , Mr.Mukai )

"Suka hatilah nak panggil apa." Jawab saya.

Ada yang panggil nama saya empat huruf di belakang, ada yang panggil tiga huruf di belakang, ada yang panggil empat huruf di tengah, ada yang panggil enam huruf di belakang, buang NOR sahaja. Kebanyakannya lelaki yang panggil begitu.


Yang ni pun masalah juga.

[Asal]
"Asal mana?"

"Kelantan."

"Jauhnya...."

"Tapi, saya duduk di Johor, area Bandar Tenggara tu."


Orang di sana juga ingatkan saya pekerja tetap .

[Praktikal]
"Pekerja baru, ea?""Berapa lama?"

"?...eh, taklah, saya praktikal "

"Oh, praktikal....GEMS ke?" (GEMS : pelajar lepasan ijazah yang praktikal bawah KPM)

"Tak, tak..pelajar u."


[UniSZA]
" U mana?"

"UniSZA."

"UniSZA? Kat mana tu?"

"Terengganu.Dulu orang panggil KUSZA."

"Oh,KUSZA... dah tukar nama ek."

Tak kenal UniSZA rupanya. Saya hairan bila mereka tak pernah dengar nama UniSZA sebab punyalah ramai bekas senior saya yang bekerja di situ.

Akhirnya, mereka akan simpulkan begini.

"Jauhnya praktikal kat sini (Johor), belajar kat Terengganu, asal Kelantan ."

Saya : "Senyum, tak perlu kata apa-apa."


[Baju Labuh]
" Awak takde baju kecik ea?"

"Takde".

"Bahaya pakai baju macam tu."

Itu dialog saya bersama seorang pekerja wanita di situ apabila melihat saya berbaju labuh di dalamnya. Kami diwajibkan memakai uniform berwarna putih yang disediakan pihak kilang. 

Saya kurang selesa sebab uniform yang ala-ala jaket tu agak kecik.

Pekerja-pekerja lelaki di sana pula ingatkan saya pakai samping.

Setiap kali nampak saya, mereka akan kata " Samping, samping."

Saya tersenyum sahaja.

Semalam, pakcik yang panggil saya samping itu menegur saya .

"Awak memang pakai baju macam ni ye?"

Belum sempat saya menjawab, dia bertanya lagi " setahu saya, baju macam ni, orang-orang badan besar je pakai ."

saya senyum sahaja. Dalam hati " yeke pakcik? setahu saya tak pun...."

Betul ke, baju labuh itu sesuai dipakai untuk orang-orang badan besar sahaja?

Nampaknya baju labuh itu asing di bumi yang sedang saya diami ini.


Semua orang lelaki di sini saya panggil encik. Maaf, saya memang tak pandai nak panggil orang lelaki dengan gelaran abang. Terasa agak geli. 

Yang kelakarnya, supervisor saya cakap " Awak panggil saya encik-encik ni, saya rasa geli,la "

Saya tergelak. Dalam hati ,"Dahtu, nak suruh aku panggil apa?"


...................................................................................................

Saya rindukan bumi Kusza. Bukan saya seorang sahaja. Sahabat-sahabat saya yang LI di tempat lain pun rindukan suasana di sana. Di sini, biahnya tidak soleh. Hati menangis, Allah sahaja yang tahu.



Hari ke-2, saya pergi kerja dalam keadaan sebak yang terlampau. Hati seperti mahu pecah. Akhirnya, air mata berderai juga. Mujur tiada orang di dalam pejabat. Mesej-mesej sahabat saya simpan sebagai tatapan buat penaik semangat. Tidak lama kemudian, sahabat saya yang jauh nun LI di Kedah telefon. Wah, makinlah berderai air mata ini. Kebetulan pula, senior supervisor dah masuk. Dia perasan saya nangis. Biarlah dia nak fikir apa pun, yang penting memang saya nak nangis.

Malamnya, sahabat saya yang LI nun jauh di Perak telefon. Rupa-rupanya, dia pun menangis.

Saya nak tergelak sebab saya ingatkan saya seorang sahaja yang cengeng.

Dan, semalam. Sahabat saya yang di Kedah itu, mesej saya minta doakan dia kuat. Dia sedang dilanda rasa sedih yang teramat. Lalu, saya menelefonnya. Berderai air matanya.

Kalian mahu tahu kenapa kami menangis?

Kami rindukan sahabat-sahabat. Kesemuanya. Baik yang soleh mahupun solehah. Terbayang wajah kalian satu-persatu.Mungkin juga keadaan sekeliling yang tidak masuk dengan jiwa kami.

Bila keseorangan, baru saya faham. Allah mahu mengajar saya supaya bergantung sepenuh harapan padaNYA dan Allah mahu mengajar saya menghargai sahabat-sahabat.

Memang ini risiko dan perkara realiti yang kami akan hadapi di alam pekerjaan yang sebenar nanti apabila berada dalam bidang industri. Ramai pekerja lelaki. Biah soleh yang hampir tiada. 

Agak sukar, lebih-lebih lagi muslimat yang bertudung labuh atau besar. Yang memang menjaga ikhtilat.

Perlu menukar sedikit watak agar tidak dikata jumud dan tidak membawa fitnah pada Islam.

Yang penting, syariat Allah dijaga, Allah akan menjaga kita. Saya berpegang pada nasihat Rasulullah saw itu.




Nota hamba :

Situasi di sini sangat berbeza dengan situasi dalam kelas. Di kelas, ramai perempuan, lelaki sedikit. tetapi di industri, lelaki terlalu ramai dan perempuan terlalu sedikit. Dan, saya pula tercampak di bahagian emulsifier production di mana hanya saya seorang sahaja perempuan di situ buat masa ini. Boleh anda bayangkan?

Mohon kami, doakan kami ya sahabat-sahabat.

Pesan saya, hargai zaman belajar ini terutama buat kalian yang bakal berada dalam bidang industri nanti. Alam kerja itu memeritkan.





h.a.m.b.a
25 Februari 2012M
3 Rabiulakhir 1433H
Selatan tanah air.
[     اعلم والله]

Sabtu, 18 Februari 2012

Buat-buat Menangis

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
Selawat & Salam buat Rasulullah saw, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.

Petang tadi, usai sahaja balik dari majlis doa selamat kawan abah merangkap jiran lama kami, saya dan adik berbual-bual di dalam bilik.

Borak-borak petang . Ada gurauan ada juga gaduh-gaduh sedikit.

"adik tak nak tengok cerita vanilla dan coklat tu time diorang tengah gaduh-gaduh. stress" . kata adik saya

"ek eleh, tengok cerita pun nak stress." saya membalas.

"ye,lah. adik tak boleh lah stress-stress ni, nanti adik nangis."

"oh, tengok cerita nangis, baca Quran tak nangis pulak." saya menempelak dia.

Adik saya tersengih-sengih.

Tiba-tiba dia bertanya " haah, la kenapa susah sangat nak nangis masa baca Quran?"

"Sebab hati keras." saya menjawab.

Allahurabbi. saya akui memang sukar untuk menangis sewaktu membaca Quran. hambaMu ini masih lemah ya Allah.



Saya teringat tentang ini :

 Daripada Abdul Rahman Bin Saib , beliau berkata : Sa’ad Bin abi Waqqas telah datang kepada kami dan beliau sendiri telah menjadi buta. Lalu aku pun memberikan salam kepadanya , lalu beliau bertanya : “ Siapakah engkau ? “ , Aku pun memberitahu kepadanya siapakah aku. Beliau pun berkata : “ Selamat Datang Wahai Anak Saudaraku ! , aku telah menerima khabar yang engkau ini adalah seorang yang sedap suaranya ketika membaca Al-Quran , dan aku sendiri telah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan dengan membawa kesedihan ( boleh menyebabkan seseorang yang memahami pengertiannya menjadi sedih apabila meneliti ayat-ayatnya ) , maka apabila kamu semua membaca Al-quran , hendaklah kami membacanya dengan menangis , maka kalau kamu semua tidak dapat berbuat demikian , hendaklah kamu semua buat-buat menangis , dan hendaklah kami semua melagukan bacaannya , maka sesiapa sahaja yang tidak melagukan Al-Quran , maka tidaklah dia termasuk daripada golongan kami “ . 


PENJELASAN : 

“ DENGAN MEMBAWA KESEDIHAN , maksudnya : Ialah Al-Quran ini boleh menyebabkan seseorang itu menangis apabila meneliti akan ayat-ayat dan pengertian-pengertiannya . Ini disebabkan kemuliaan dan keagungan Kalam Ilahi berbanding dengan manusia sebagai makhluk yang amat kerdil , jika dibandingkan dengan kekuasaan dan keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

“ BUAT-BUAT MENANGIS “ , maksudnya : Hendaklah dilatih jiwa kita itu bergetar , lantaran takut kepada kebesaran dan keagungan Allah Ta’ala dan hati itu sedih , kerana mengenang dosa-dosa yang kita lakukan . Dan untuk menangis secara spontan itu , bukanlah mudah bagi sebahagian manusia lantaran “ kerasnya “ hati mereka dan “ hitamnya “ hati mereka dek dosa-dosa yang mereka lakukan . Anjuran ini adalah sebagai latihan kepada kita agar jiwa kita sentiasa lembut untuk menerima petunjuk Allah Ta’ala , dan latihan “ buat-buat “ ini juga bukanlah satu bid’ah yang tiada sandarannya daripada Baginda s.a.w . Samalah juga dengan kaedah yang biasa diterapkan di dalam sistem pentarbiyahan ( didikan ) tasawuf , yang sentiasa menyarankan : “ Cara untuk menghilangkan kedekut , ialah hendaklah menjadi seorang pemurah. Kalau tidak boleh jadi pemurah , berlatihlah menjadi seorang yang pemurah “ . Insya-Allah dengan latihan yang sentiasa dilalui , sesuatu sifat yang buruk itu , boleh dibuang dan digantikan dengan sifat yang terpuji.

“ MELAGUKAN AL-QURAN “ , maksudnya : Membaca Al-Quran Al-Karim sesuai dengan kaedah Tajwidnya dan Qiraatnya , disamping mempelajari juga cara melagukannya ( Tarannum ) . Akan tetapi yang lebih wajib ialah mempelajari sebaik mungkin kaedah-kaedah tajwidnya . Hadis ini tidaklah menyuruh seseorang itu membaca Al-Quran mengikut lagu-lagu sesuka hati mereka sendiri , sehingga lari daripada kehendak syarak dan sehingga boleh terpesong pengertian sesebuah ayat. 

Link asal di sini :al-ahkam. net

Kita mudah menangis bila menonton drama-drama sedih. itu semua hanya skrip manusia reka. 

Tetapi, sukar sekali untuk kita menangis apabila membaca skrip dari Allah.

Lebih hairan jika kita menangis melihat peserta-peserta realiti TV kesayangan kita tidak dapat meneruskan perjalanan mereka.

Sia-sia sahaja air mata yang Allah beri.

Jika mahu berbicara dengan Allah, solatlah.
Jika mahu Allah berbicara dengan kita, bacalah kalamullah.




Nota hamba : saya akan kekurangan waktu selepas ini untuk mengupdate blog . 

Gomenasai buat pembaca jika ada salah silap

Sayonara, Unisza!

Yokoso, Rikevita!

siaran langsung perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Sarawak sedang berlangsung. 

Nak sokong Kelantan, semestinya sebab negeri kelahiran saya.

Nak sokong Sarawak boleh juga sebab salah seorang pemainnya adalah rakan sekolah saya .


h.a.m.b.a
18 Februari 2012M
26 Rabiulawwal 1433H
Selatan tanah air.
[     اعلم والله]

Jumaat, 17 Februari 2012

Satu Semester Sahaja, Sahabat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
Selawat & Salam buat Rasulullah saw, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.

Jangan sedih ya sahabatku, satu semester sahaja.

Teringat saya pada minggu orientasi ketika menjejakkan diri ke unisza [waktu itu, masih menggunakan nama UDM]

di sebuah surau.

bahu saya ditepuk seorang fasilitator.

"awak boleh conduct bacaan ma'thurat tak?"

dalam hati, alamak, kenapa pilih aku? . rasa cuak.

saya memenuhi permintaan "kakak " fasi tersebut.

usai sahaja bacaan ma'thurat, "kakak" tadi datang.

"dik, tuliskan nama penuh, nama kos, dan nombor telefon".

saya hanya menurut. sedang saya menulis, "kakak" tu tanya " ambil kos syariah ke?"

saya kebingungan. " eh, taklah. ambil foodtechnology".

dia terdiam. lalu, saya translate "teknologi makanan"

"oh, ingatkan ambil kos syariah sebab nampak macam budak kos agama. macam dah biasa conduct ma'thurat".

"taklah, kak. saya, dulu sekolah agama . tu yang dah biasa dengan ma'thurat".

Kenapa saya  tulis kakak dengan ada tanda " "?

Sebab rupa-rupanya fasilitator itu sebaya dengan saya, tak perlu panggil kakak.

Pernah juga sewaktu duduk di surau Farabi sementara menunggu azan Isya'. Saya berborak dengan seorang kakak. Dia tanya, "awak syariah degree sem berapa?"

Saya tersenyum. dalam hati "muka aku ni, macam budak syariah ke?"

"taklah, saya bukan budak syariah,bukan budak FKI pun. saya budak foodtech".

"foodtech?"

"teknologi makanan."

"oh. mesti best,kan belajar pasal makanan...".[ Ayat famous kebanyakan pelajar bila tahu kami ini budak Foodtech]

Bukan saya sahaja yang mengalami situasi seperti itu, ramai lagi pelajar jurusan sains yang memakai tudung labuh atau tudung lerang besar, pasti akan disangkan pelajar fakulti Islam.

Dan, ada juga kalangan pelajar-pelajar UniSZA yang tidak tahu akan kewujudan kos teknologi makanan. [maklumlah, tak famous lagi :)]

Rasa macam baru semalam mendaftarkan diri di UniSZA. sungguh, perancangan Allah terbaik .

Beruntung jadi pelajar UniSZA walaupun u kami tidak sepopular u lain, tapi biah solehnya tetap dapat dirasa. surau-surau yang wujud sejak sekian lama, masih dirasai ketenangannya tatkala kaki melangkah masuk ke dalamnya.

Tapi, kalau rasa sedih, menangislah di bahu sahabat yang lain.

Kini, sudah semester 6. 

Untuk satu semester ini, pelajar ISM Teknologi Makanan UniSZA akan menjalani latihan industri. Saya akan berLI di kilang Rikevita, Tampoi. Mohon doanya.

Teringat satu pesan sahabat saya :"Buatlah pekerjaan dunia ibarat kita akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah ibarat kita akan mati esok. Jadikan pengalaman LI itu sebagai pengalaman yang cukup menarik dan hebat".

InsyaAllah. Mohon doanya lagi sekali.

Agak terkilan juga sebab semester ini, ramai sahabat saya baik yang diploma dan juga ijazah akan menamatkan zaman pengajian mereka. saya tidak sempat bersama kalian. hanya mampu doa yang terbaik. panjang umur, insyaAllah jumpa lagi.

Buat sahabat tercinta, ukht haura' dan ukht Inni Akhafullah, moga kalian kuat ya. 

Kami tiada, tapi Allah ada untuk kalian.




Nota hamba : Pesan saya buat sahabat -sahabat saya yang baca blog ini, kami amat memerlukan doa kalian. Tembak doa untuk kami, ya. Tolong jaga dua orang sahabat saya di atas ya !

Satu lagi masalah saya setiap kali jumpa kenalan baru, NAMA. 



h.a.m.b.a
17 Februari 2012M
25 Rabiulawwal 1433H
Selatan tanah air.
[     اعلم والله]

Isnin, 13 Februari 2012

"Jom Solat, Bang!"

Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Mengasihani

Selawat & Salam buat Muhammad Abdullah, Rasulullah tercinta juga buat ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat.

Hari ini saya mahu bercerita.

Cerita bukan mahu mengaibkan, tapi mahu mengajak kalian berfikir.

Malam Sabtu lepas, saya dan keluarga berkumpul di rumah makcik bersama-sama tetamu dari Kelantan. Keluarga belah emak datang berziarah. Masing-masing sudah menunggu di hadapan kaca televisyen untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan tTrengganu.


Sewaktu semua orang sibuk di luar, saya berada di dalam bilik sebab mahu menunaikan solat Isya'. Saya tiba agak lambat di rumah makcik saya.



Di dalam bilik, kebetulan ada seorang sepupu lelaki saya yang baru berusia 7 tahun.

Saya memanggilnya dengan gelaran abang sebab dia anak sulung.

"abang main gapo tu?"

" main tanah liat" .Agak pelat percakapannya.

"abang kan dah besar, tak payah lah main tanah liat". 

"dalam laci tu banyak lagi tanah liat" . Dia menunjuk ke arah laci meja belajarnya.

"abang dah sembahnyang isya' belum?jom, sembahyang dengan kakak sekali". Saya mengajak.

"belum, pompuan mana boleh sembahyang dengan laki-laki". Jawabnya.

"eh, siapa cakap perempuan tak boleh sembahyang dengan lelaki?" Saya membalas.

"semalam abang dah sembahyang" Dia menjawab lagi.

"itu semalam, hari ni punya lain. semalam abang dah makan, hari ni tak payah makan, la. Saya membidas ala-ala nak memujuk  sebenarnya.

"esok abang sembahnyang, la". dia membalas lagi.

Dalam hati saya " pulak dah. banyak betul alasan budak ni ".


Kecil-kecil sudah beralasan. Esok besar? Allah sahaja yang tahu.

Saya gemar memerhati sebenarnya. Saya lihat ramai ibu bapa yang culas dalam bab solat. Terutama dalam mendidik anak untuk mengerjakan solat. alasan kebanyakan ibu bapa " diorang tu kecik lagi".

Ada juga yang sekadar mengarahkan anak solat, tetapi tidak melihat apakah si anak itu benar-benar sudah melaksanakan solat.

Duhai ibu dan ayah, kalianlah penggerak utama dalam mendidik anak-anak.

Solat itu ibarat batu-bata yang Allah beri untuk kita teguhkan binaan Iman dalam diri.

Allah dah sediakan bahan binaan, tugasnya, kita si buruh binaan inilah yang menentukan sama ada binaan kita kukuh atau rapuh.

Hayati hadis Rasulullah saw ini :

" Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : Perintahlah anak-anak kamu supayan mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki & perempuan) [hadis riwayat Abu Daud]


Nota hamba : "Ya Allah, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku golongan yang mendirikan solat "
Yang menulis belum tentu baik. Lebih ditujukan buat diri.


Sabtu, 4 Februari 2012

Hadiah Buatmu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
Selawat & Salam buat Rasulullah saw, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.

Dari rumah saya kedengaran jelas orang  mengalunkan bacaan berzanji dari masjid. Serentak dengan itu, kedengaran juga lafaz nikah seorang yang baru sahaja sah bergelar suami di hadapan rumah saya . Baru sahaja selesai majlis akad nikah anak jiran saya. Esok, berlangsungnya majlis resepsi pasangan pengantin baru bertepatan dengan sambutan hari keputeraan Muhammad bin Abdullah saw.

Salam kelahiran buat kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah saw.

Walau jasadmu jauh dari kami, tetapi rohmu sentiasa menemani kami.

Duhai Al-Amin, betapa dirimu sangat mencintai umatmu.

Sempena sambutan Maulidurrasul ini, suka sekali saya nak berkongsi satu artikel daripada blog ni [saya suka sangat blog ni]


“ Benci politik. Tidak suka politik. Berkecuali dalam politik. Orang-orang ini tidak tahu apa erti politik. Dia juga tidak sedar bahawa Islam juga berpolitik. Memilih pemimpin yang mementingkan rakyat juga adalah salah satu usaha dakwah dalam politik. Antara kita mahu percaya ataupun tidak, politik memang satu kepentingan.” [sedikit petikan daripada entry tersebut]

Ramai yang marah bila PAS bekerjasama dengan DAP. Tetapi, saya hairan kenapa tidak ada yang marah bila UMNO bergabung dengan MCA ?. Sama sahaja kedua-duanya : Melayu + Cina.
Allah tidak pernah menilai pada kemuliaan sesuatu bangsa. Yang mulia, hanya yang bertaqwa.



Nota hamba :
Membaca sirah Rasulullah saw sering membuatkan saya kagum cara Rasulullah saw berdakwah. Dakwahnya penuh hikmah. Tidak marah-marah. Menunjukkan sikap ramah.

Aduhai, esok sambutan maulidur Rasul, tetapi ada malamnya kugiran pula. Daripada putar lagu-lagu yang kurang bermanfaat, lebih baik berselawat. Bernikah itu sunnah Rasullah. Ikutlah syariat agar ia benar-benar menjadi ibadat yang bermanfaat. Bukannya ikut adat .

Menulis sambil mendengar alunan nasyid Wahai Kekasih- Nazrey Johani dan Engkau Insan Sempurna-Hijjaz


h.a.m.b.a
4 Februari 2012M
11 Rabiulawwal 1433H
Selatan tanah air.
[     اعلم والله]

* Taip semalam tapi tidak berkesempatan untuk post , saya malas nak edit tarikh juga entry*

Jumaat, 3 Februari 2012

Tembakan Yang Menghidupkan


أ عو ذ بالله من الشيطا ن الرجيم

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

" aku nak korang cari kayu dan jadikan kayu tu M16 korang "
" bawa je M16 korang tu ke mana je korang pergi "
" korang nampak tak petai kat atas tu? Aku nak korang tembak petai tu guna M16 korang, dan pastikan petai tu jatuh "

Setiap kali teringat kenangan tu, pasti saya tersenyum. Kenangan apa ya? Hanya saya dan mereka yang tahu 


Tembaklah petai atas pokok tu sampai jatuh.

Mana mungkin kami boleh jatuhkan petai yang tinggi di atas pokok tu dengan sekadar menggunakan kayu ? Tak logik. Tapi, tidak mengapa itu sekadar untuk suka-suka.

Saya nak ajak kamu berperang! Jangan risau, perang saya tidak merbahaya . Mari bandingkan.

Perang realiti :
Angkat M16 atau apa jua senjata dengan berpelurukan peluru yang tidak bermata untuk menembak manusia baik yang jahat atau yang baik sehingga ramai yang hidup akhirnya mati. Mayat bergelimpangan dan bumi menjadi merah dengan darah . 

Perang saya dan kamu :
Angkat tangan sebagai senjata , isilah pelurunya dengan peluru doa, tembak manusia dengan doa banyak-banyak , jangan risau, mereka tidak mati dengan "tembakan" kita, bahkan terus hidup dalam rahmatNYA dengan izin ALLAH disebabkan doa kita. Inilah perang kasih sayang .

Doa – senjata utama mukmin.

Tembaklah doa banyak-banyak buat insan yang anda sayangi. Tidak rugi. Kenapa?
Jika kita mendoakan orang lain tanpa pengetahuannya, insyaALLAH pasti dimakbulkan sebab malaikat turut  mengaminkan doa kita untuk diri kita sendiri.

Jika kita mendoakan diri kita sendiri, belum pasti termakbul dek kerana banyaknya dosa kita .

Doa kita terhijab dek banyaknya dosa kita . Nauzubillah.

Malaikat tidak punya dosa, manusia pasti melakukan dosa .

Jangan rasa malas untuk berlama-lamaan pada sujud terakhir untuk mendoakan orang lain.

Lebih-lebih lagi mereka yang mengaku daie. Jangan lupa untuk mendoakan mad'u kita dan bayangkan muka mereka.

Yakinlah, ALLAH pasti akan makbulkan doa kita sebab itu janji ALLAH pada kita 

"Berdoalah kepadaKU, nescaya AKU perkenankan " [Ghafir : 60 ]

Firman ALLAH lagi :
" Dan apabila hambaKU bertanya kepadamu mengenai AKU, sesungguhnya AKU terlalu hampir. AKU perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepadaKU." [Baqarah :186]

Rasulullah saw ada juga bersabda :
Daripada Abu Umamah katanya : Telah ditanya orang akan Rasulullah : "Ya Rasulullah, manakah dia doa yang paling didengari? " Rasulullah bersabda :" Di penghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu " [Riwayat At-Tirmizi]

Tanda-tanda doa kita dimakbulkan :
  1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
  2. Menangis tatkala berdoa [bukan dibuat-buat]
  3. Terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa.
Jom! Apa tunggu lagi. Ayuh, mulakan perang dan angkat senjata anda !
Tembak doa buat mak abah , adik-beradik, saudara-mara, sahabat-sahabat, dan manusia keseluruhannya juga buat diri sendiri. Kalau sayang mereka, jangan kedekut untuk berdoa.

 Terbaca kisah Sham kamikaze , katanya " Sesungguhnya senjata orang mukmin adalah  doa. Setiap kali lepas solat, saya minta kekuatan. Ramai yang suka melihat penghijrahan saya dan tak kurang juga yang kata sekejap saja saya pakai kopiah, selepas itu  kembali seperti dulu.Tidak mengapalah, saya tak kisah dengan  andaian itu" 

Jangan doa untuk kesejahteraan dunia sahaja, tetapi akhirat juga kerana sejahtera di dunia belum tentu sejahtera di akhirat, tetapi sejahtera di akhirat, pasti dunia juga turut sejahtera.


Pesan saya : Berdoalah dengan penuh kesabaran dan jangan pernah jemu untuk berdoa. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah jemu mendengar permintaan kita yang menggunung, tetapi kitalah yang mudah jemu dalam berdoa, bila tidak dimakbulkan, mudah kecewa. Yakinlah! ALLAH sentiasa mengabulkan doa kita cuma lambat atau cepat sahaja masanya.

Nota hamba : Teringat pistol warna biru masa kecil-kecil dulu. 
Di rumah, bertambah selera makan bila mak kata, " dale peti ais tu ado poyok". Bertambah selera bila abah beli petai dan mak masak sambal petai.

h.a.m.b.a
3 Februari 2012M
10 rabiulawwal 1433H
Selatan tanah air.
[     اعلم والله]



Rujukan : Indahnya hidup bersyariat [Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid]
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger