Jumaat, 28 Mei 2010

KETUA atau PEMIMPIN?


Rasulullah saw bersabda: "setiap dari kamu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan apa yang dipimpin"


KETUA
selalunya mengarah orang-orangnya
PEMIMPIN selalunya mendorong orang-orangnya

KETUA selalunya menggunakan autoritinya
PEMIMPIN selalunya menggunakan budi bicaranya

KETUA membahasakan dirinya sebagai SAYA
PEMIMPIN membahasakan dirinya sebagai KITA

KETUA suka menuding dan marah kepada siapa yang silap
PEMIMPIN suka bertanya dimana silapnya

KETUA cuma tahu kerja mesti dibuat atau disiapkan
PEMIMPIN pandai membuat kerja dan menyiapkan kerja

KETUA meminta untuk dihormati, dihargai dan difahami
PEMIMPIN pandai menghormati, memahami dan menghargai

Oleh itu, jadilah PEMIMPIN bukannya KETUA

andainya kita tidak mampu untuk memimpin orang lain,jadilah PEMIMPIN pada diri sendiri kerana andai kita yang tidak memimpin diri sendiri, pasti nafsu yang akan memimpin kita bersama syaitan.

wallahua'lam.

Isnin, 3 Mei 2010

FACEBOOK

Facebook……

Alhamdulillah, exam dah habis….ana nak juga tulis somethin' kat blog ni..tangan gatal sangat nak menulis ni…tengok tajuk ana kat atas tu..hm..pasti semua orang dah tau ape tu facebook..

Tergerak nak tulis tentang ni sebab ALLAH kurniakan satu ilham pada ana…''Jangan Bertuhankan FACEBOOK'' Nampak ayat ni macam salah je kan….mungkin ana bukan orang sastera..tapi,ana cuba nak huraikn ape yang tersirat dalam hati ni…

facebook….ramai orang dah ade facebook..remaja,orang tua,ulama',pensyarah n semua lapisan umur ade facebook..Cuma bergantung pada niat seseorang..sama ade tuk berdakwah atau mencari kenalan lama takpun dua-dua sekali.

Kenapa ana kata ''jangan bertuhankan facebook?'' ade ke orang yang menjadi hamba pada facebook? Ana rase ade..sebab ade sesetengah manusia yang ade facebook ni tak senang hati,rase gelisah kalau tak buka facebook pada hari tu…kalau bole setiap hari nak buka facebook..ana pun tegur diri ana..sebab ana pun buka jugak facebook ni..asal ade mase je buka facebook…memang la orang kate..''ketagih''..saranan ana bagi yang takde facebook ni..tak payah la buat..bagi yang dah ade,pandai-pandai la ye sahabat-sahabatku…

Ana tegur diri sendiri juga….sesiapa yang dah ade facebook, ana nak kongsi sikit tip pengguna facebook dari Majalah Solusi- Ustaz Zaharuddin Abd Rahman..

Tip penggunaan facebook :

  1. memanipulasi akaun facebook untuk manfaat islam melebihi kepentingan peribadi
  2. tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif
  3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi terutamany muslimat
  4. Jaga aurat dan pandangan mata
  5. Elakkan ghibah(mengumpat) dalam facebook
  6. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi tentang diri sendiri dan orang lain
  7. Tidak terlibat dengan permainan2 dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan islam
  8. Tidak mempercayai aplikasi tilik moden


Dan menurut Ustaz Zaharuddin ni, hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang islam atas nama facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lain2


Wallahua'lam..segala manfaat bolehlah kite kongsikan bersama…moga kite sama2 jangan terleka dengan facebook….

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger