Selasa, 8 Januari 2013

" Tidurkan Aku "




"Semua ilmu dan amalan yang TIDAK membentuk AKHLAQ yang baik, pastinya ada KECACATAN dalam ilmu dan amalan seseorang itu."
[Habib Ali Al-Jifri]



Di medan pertempuran.

Suasana hingar-bingar . 

Pekikan dan jeritan terdengar di sana sini.

Kedengaran satu suara yang sangat kuat sedang bersemangat memberi kata-kata jihad pada teman-teman 

" Ayuh, ansarullah ! Musuh sedang menantimu di hadapan sana, jangan gentar ! Jangan cuba lari dari medan jihad ! Maralah ke hadapan ! Yakinlah bantuan Allah itu ada hampir dengan kita !

Dan, mereka semua bersemangat untuk bertempur kerana Allah.

 "Syurga menanti aku" Bisik hati kecil masing-masing.

Namun, di suatu sudut, kelihatan seorang pejuang yang kelihatan lemah sekali. 

Mulutnya sudah beberapa kali menguap menandakan dia sangat mengantuk.

Sang ketua menghampiri " Hey, kamu! Semangatlah sikit! Sahabat-sahabat yang lain semua sudah berada di barisan paling hadapan. Tidak sabar untuk memulakan pertempuran. Sedangkan kamu, masih di sini dalam keadaan mengantuk. Jika semua pejuang seperti kamu, jangan kamu bermimpi untuk menang ! 

"Maafkan saya, tuan . Saya sangat mengantuk kerana malam tadi berjaga untuk mengawal keselamatan kita semua ."

" Bagaimana kamu boleh mengantuk sebegini rupa, sedangkan aku juga dan sahabat-sahabat yang lain ada yang berjaga malam, bahkan ada yang melakukan qiamullail? 

"Tapi....."

"Ah, sudah ! Pejuang tidak akan memberi alasan dan kamu sama sekali tidak layak bergelar pejuang !"

...............................................................................

Itu hanya analogi.

Begitulah kita sebagai seorang pelajar .

Pelajar itu, seorang pejuang .

Pejuang dimana ? Ya! Di medan jihad ilmu .

Belajar itu sebenarnya satu jihad. 

Dan, sebut sahaja perkataan belajar, sangat sinonim dengan mengantuk . Sebut sahaja mengantuk, sangat sinonim dengan budak hostel .

Kita tidak akan mengantuk sekiranya kita menyematkan dalam fikiran bahawa kita sedang berjihad bahkan, kita akan bersungguh-sungguh untuk menang dalam berjihad. Sebabnya, ada tak orang yang sedang berjihad di medan perang tertidur ketika sedang berperang? adakah mereka mengantuk ketika sedang berperang? 


Kelas atau bilik kuliah itu medan jihad kita

Pensel, pen itu senjata kita .

Kawan-kawan sekelas itu, teman seperjuangan kita .

Mengantuk itu, musuh utama kita .

Pensyarah atau guru itu, ketua di medan jihad kita. Menjadi rujukan bagi kita.

Menjadi pelajar itu juga tidak boleh memberi banyak alasan .

Untuk berjaya, minimakan sebanyak mungkin alasan-alasan yang membantutkan kita untuk mencapai kejayaan .


Sekarang ini, musim final exam bagi pelajar-pelajar degree .

Sebut pasal exam, akan sinonimlah dengan surau , qiam dan segalanya yang baik-baik .

Cari Allah waktu susah ? Betapa sombongnya kita melupakan Dia ketika senang, dan menagih kembali ketika susah . Bila berjaya, lupa lagi. 

Wahai diri yang bergelar pelajar , muhasabah kembali bagaimana kamu dengan Tuhanmu itu .

Dan, syurga menanti kita jika kita syahid ketika berjihad di medan ilmu jika diizinkan Allah !












Nota hamba : Hakikatnya kita bergelar pelajar , bergelar penagih ilmu sehingga ke liang lahad . Penagih ? Erk, nampak macam kasar, tapi itulah hakikatnya .

Punya satu keinginan yang sangat tinggi, mahu menuntut ilmu agama di pondok-pondok bersama Tok-tok Guru yang mursyid.




h.a.m.b.a
9 Januari 2013 M
27 Safar 1434 H
Bumi Cinta
"Malas, menjauhlah kamu!"

Call Me Madam, Please!


" Kau ni diam-diam berisi, ye? Bila nak langsungnya?"
" Alhamdulillah, dah jodoh aku awal, nak buat macam mana. InsyaAllah, tak lama lagi, mungkin tahun depan.   nanti aku jemput,la kau."
" Lepas ni, aku kena panggil kau puan, la"
"Hehe, bereh. ikut kau la nak panggil aku apa pun".

"Sihat, tuan?"
"Alhamdulillah, beginilah keadaan saya, rasa tenang je sejak balik dari Mekah."
"Wah, mesti seronok ye tuan kat Mekah. dapat cium Hajarul Aswad tak?"
"Aku bukan pergi melancong, Dolah. Aku pergi beribadah. tak dapat cium pun. orang bersesak-sesak."
"Rugilah tuan, ye. Tapi takpe, lepas ni semua orang akan panggil tuan dengan gelaran Haji."
Tuan haji : senyum.

"Tahniah, sebab berjaya dapat gelaran Dato'. moga Dato' terus berjaya dalam bidang usahawan ni."
"Terima kasih, saya akan pastikan bidang ni terus cemerlang di mata dunia."

"Bila kau bercerai?Aku tak tau pun. Selama ni aku tengok rumahtangga kau ok je."
"Bulan lepas. Nak buat macam mana, jodoh aku dengan dia sampai sini je. Aku tak tahan dengan sikap dia."
"Muda-muda lagi, kau dah jadi janda. Tapi, orang macam kau ni, siapa yang tak nak, janda muda. Bergetah lagi."
Yang paling indah itu Allah kerana Dia tahu segala keaiban kita, tapi masih sudi memandang kita.


-----------------------------------------------------------------------------------
Itu sebenarnya, antara contoh- contoh dialog yang semestinya saya reka sendiri . Pelbagai situasi yang sememangnya berlaku dalam realiti masyarakat.

Yang saya mahu fokuskan ialah mengenai status manusia, bukan situasi tersebut. Hakikatnya, kita yang bergelar manusia ini gemar mempamerkan atau menyatakan status kita kepada manusia. Bertunang, kahwin, janda, dato', datin, tan sri, haji dan pelbagai lagi status. Ya, memang ada kepentingannya kita mempamerkan status kita kepada manusia dalam tujuan tertentu. Dan, kita juga gemar bertanya mengenai status manusia terutama mengenai perkahwinan. Tak salah pun sebenarnya, cuma pernah tak kita terfikir nak tanya sahabat-sahabat kita atau sesiapa sahaja mengenai status kita dan mereka di sisi Allah?

Memang kita tidak tahu apa kedudukan kita di sisi Allah. itu semuanya rahsia. Tapi, kita sendiri boleh merasainya sejauh mana hubungan kita dengan Allah. Adakah kita berstatus mukhlisin, solihin, muqarrabin, munafik, musyrik dan banyak lagi.

Jarang sekali kita bermuhasabah bagaimana kita di sisi Allah. Yang sering bermain di fikiran kita, bagaimana kita di sisi manusia. Siapa kita di mata kenalan kita. Mencari-cari nama di sisi manusia, sedangkan DIA tidak pernah melupakan kita, sentiasa setia menanti kita untuk meningkatkan darjat di sisi Dia. Betapa baiknya Allah .

Pernah atau tidak kita tanya diri kita " siapa aku di sisiMU ya Allah? " & " siapa Engkau di hatiku, ya Allah?"


Status juga berkait rapat dengan tanggungjawab atau jawatan yang kita pegang. Oh, banyak sekali jawatan kita di muka bumi ini, Sebagai khalifah, hamba, umat, anak, pelajar, sahabat dan sebagainya. Teringat kata Ustaz Pahrol :" Tanggungjawab itu satu AMANAH bukan ANUGERAH.

Ya, taklifan itu AMANAH bukan ANUGERAH. Bilamana kita menganggap tanggungjawab yang kita pikul itu satu anugerah, kita akan memandangnya dari sudut DUNIA sahaja. Dengan jawatan itu, kita inginkan kemasyhuran sehingga kita mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Sekiranya kita memandang taklifan itu satu AMANAH, maka kita akan memandangnya dari sudut AKHIRAT. Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan amanah yang kita pikul itu di DUNIA kerana kita tahu, kita pasti akan ditanya di AKHIRAT kelak.




Nota hamba : Satu paper sahaja lagi sebelum final exam kali ini berakhir . Food Law .Moga Allah permudahkan . 

GarisanMU, Dont Forget Allah , Kasih Padamu , Ikramul Kareem, menjadi halwa telinga saya. Sungguh, lagu-lagu yang liriknya sangat menyentuh hati.


h.a.m.b.a
26 Safar 1434 H
8 Januari 2013 M
Bumi Cinta Kusza.
Menghargai insan .

Ahad, 6 Januari 2013

Dalam Diam. Senyum, Walau Berduka.


Smile, even your heart broken. Allah there's, for you. Whoever you are, He's care.




O Allah, I need your help. Please, show me the right path.

Bukan senang untuk berubah kalau diri tidak punya kekuatan dan azam yang teguh.

Hatta orang yang baik pun perlu berubah ke arah yang lebih baik, lebih-lebih lagi untuk orang yang kurang baik, berubah ke arah kebaikan.

Siapa tidak sukakan perubahan? Maksud di sini, ke arah lebih baik, bukan ke arah yang jelik.


Maka, ayuh! 

Kita berubah, bukan nanti, tapi sekarang juga!






Berubah itu payah

Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah.


Berubah itu payah

Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah


Berubah itu payah

Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah


Berubah itu payah

Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah


Berubah itu payah

Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah


Berubah itu payah

Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah


Berubahlah walaupun payah

Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah


Berubahlah

Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah


Berubahlah

Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.

Minum kopi, makan pasta.




Nota hamba : Perlahan-lahan mahu berubah . Memberi tanpa mengharap balasan. Mencintai tanpa minta disayangi . Sifat Ar-rahman itu, tidakkah kamu mahu mencontohi Tuhan yang Maha Memberi ? 




h.a.m.b.a
24Safar 1434 H
6 Januari 2013 M
Bumi Cinta
Hati Gersang
Henshin!


Khamis, 3 Januari 2013

Panggilan Dari Bumi Urdun

Zarina memerhatikan teman sebiliknya , Qaisara sedang bersiap-siap seperti hendak keluar bertemu seseorang. Disembur minyak wangi dengan haruman lavender . Dipakainya tudung yang cantik serta berbedak halus di pipi.

Dalam hatinya bermonolog .

"Nak pergi mana budak sorang ni?"

"Cantik semacam je...takkan pergi dating kot.."

"Tegur aku bagai nak rak jangan couple, la ..jangan dating,la .Dia pun dua kali lima je.."

"Siap pakai minyak wangi...Eiii..busuk pulak tu, sakit hidung aku !"

.............................................................................................

Dengan muka yang manis, dia bertanya kepada Qaisara , " Sara, awak nak pergi mana? Cantik semacam je . Dating ea ....Ada pakwe tak bagitau kite pun. Share,la sikit ."

Qaisara hanya melemparkan senyuman .

"Aii, senyum pulak ? Betul,kan...Nak pergi dating....Siapa nama pakwe awak? Kos ape?"

Qaisara hanya menggeleng-gelengkan kepala, lalu berkata " Ya, saya memang mahu pergi dating dengan kekasih saya, dan dia memang sangat istimewa . Nanti,lah saya cerita pada awak, ya, Zarina ."

"Alah...rahsia-rahsia pulak . Bagitau je,la, Sara ." Pujuk Zarina .

"Mahu tahu saya ke mana? Saya tak pergi mana-mana,la . Saya cuma nak Solat Dhuha kejap lagi . Salahkah saya berhias cantik-cantik di hadapan Allah ? Dialah kekasih hati saya, dan hati kita sebenarnya .Saya mahu berdating dengan Allah . Dan, dating saya ni, tak salah di sisi undang-undang Islam . Bahkan digalakkan untuk dating secara beramai-ramai lagi . Jom, kita dating dengan Allah !"

Zarina terkedu. Rasa terpukul, dan malu yang teramat sangat . Sudahlah bersangka buruk terhadap Qaisara .

Dia bermuhasabah diri " Ya Allah, hebatnya sahabat aku ini. Mahu berjumpa denganMU, dia berhias bagaikan mahu bertemu dengan suami . Sedangkan aku, ketika mahu menghadapmu, berpakaian tidak secantik sepertimana ketika aku mahu berjumpa dengan pakwe aku".

......................................................................................................

Panggilan Dari Dia



Subhanallah, waktu tulis entry ini, dapat mesej daripada sahabat mengatakan ayahanda sahabat saya, Siti Nor Fatihah Razmi telah kembali ke rahmatullah kerana kanser usus. Perginya pada hari Jumaat. Allahurabbi.

2 Januari lepas, pemergian bonda Nurdiyana Masri kerana kanser paru-paru .

Allahurabbi, sedih . Tetapi maha hebat Allah, DIA maha tahu siapa yang kuat untuk menanggung ujiannya.
Doakan Fatihah dan Diyana kuat .

" Teh, kak uda yakin Teh kuat. Ateh pun sama, uda yakin, ateh kuat."

Bayangkan teman-teman, mereka masih mampu tersenyum saat menerima berita itu . Fatihah masih ada exam pada hari Ahad ini. Mohon doanya .




Nota hamba : Saya menaip entry ini sambil mendengar lagu Farid Sanullah- Don't Forget Allah . Subhanallah, very nice song ! Jazakillah untuk Kak Uda sebab saya dah lama cari lagu ini .

Semalam, ziarah sahabat tanpa membawa handset. Apabila melihat handset , ada satu missed call dari Bumi Jordan . "Usu! call,la uda balik !" . Rasa berbunga dapat tengok nama usu muncul setelah sekian lama nama itu tidak muncul di skrin handest. Walau sekadar missed call, cukup membuatkan hati saya berbunga-bunga.
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger