Isnin, 23 Januari 2012

Runsing Sebenarnya



Sejak balik cuti hari tu, telinga saya disumbat dengan beberapa masalah rumahtangga orang-orang yang saya kenali. Masalah orang lain yang membuatkan saya terfikir-fikir sehingga ke saat ini. Saya tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah itu.

Saya hanya mampu membuat konklusi : Pernikahan itu bukan satu permainan atau suka-suka. Nikah memang hakikatnya satu perkara yang menambahkan pahala dan rasa suka, tetapi jika tidak dilaksanakan mengikut syariatnya, akan menambahkan dosa juga rasa duka.

Sampai sahaja rumah hari tu, saya diterjah dengan soalan-soalan kenapa Hassan Ali dipecat dan sebagainya. Aduh, pening kepala nak menjawabnya. Saya bukan ahli politik tetapi sangat berminat mengikuti perkembangan politik juga isu-isu semasa di negara kita terutamanya. Saya hanya mampu mendiamkan diri kerana kekurangan hujah. Dan, alhamdulillah. Dengan baucer RM200 pemberian kerajaan, saya menghabiskan membaca buku-buku juga novel-novel islamik. Saya sudah membaca buku Sultan Muhammad Al-Fateh karya Abdul Latip. Allahurabbi, sangat sangat kagum dengan Sultan Muhammad. Sangat sebak terutamanya bila membaca bahagian terkahir mengenai kematiannya. Begitu juga perasaan saya ketika membaca buku Khalid Al-Walid, sebak sehingga menitiskan air mata.

Di mana mahu mencari insan-insan seperti mereka di zaman fitnah ini?

Saya hanya mampu membuat konklusi : Untuk membina negara Islam , peranan pemimpin yang memahami Islam sangat-sangat diperlukan. Cemerlang bukan sahaja aspek keduniaan, tetapi juga keakhiratan.

Solat tahajud, tidak pernah ditinggalkan Sultan Muhammad walau diri dikelilingi kemewahan, harta, juga pangkat dan tugas yang berat : meneraju negara Turki dan menawan Kota Konstatinopel. Tetapi kita ?  Harta tak banyak, tak jadi pemimpin negara pun, masih belum banyak tanggungjawab, tetapi selalu sahaja meninggalkan tahajud.

Dan, Sultan Muhammad seringkali meminta pendapat ulama-ulamanya sebelum membuat sesuatu keputusan. Umara' yang sangat mengangkat martabat ulama'. Tetapi negara kita ? ulama dikatanya ular-dalam-semak.


Saya risau melihat Malaysia sebenarnya. Saya hanya mampu menyuarakan keriasauan saya di blog ini sahaja.

Dan, bila melihat keadaan insan-insan sekeliling saya, bertambah-tambah kerisauan saya.

Ya Allah, apa yang harus aku lakukan untuk mengajak mereka ke arah kebaikan?

Aku sedar, aku juga masih banyak kekurangan, namun ingin sekali aku menyumbang sesuatu untuk mereka.

Sekadar muhasabah diri : 
Bila kita susah, baru cari Allah. 
Sudahlah begitu,
bila berdoa juga, tahunya mahu cepat sahaja diperkenankan. 
Bila Allah lambat makbulkan, mulalah berprasangka yang bukan-bukan

Tetapi,

Bila azan kedengaran, mulalah jadi tidak keruan.
Dalam hati berbisik, apasallah cepat sangat masuk waktu solat?
Seruan Allah sengaja dilengah-lengahkan
Sedangkan bila kita meminta, mahu pula segera ditunaikan.

hamba apakah kita?

Seruan kita, mahu Allah segera tunaikan
Seruan Allah, kita lengah-lengahkan.




0 ulasan:

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger