Dengan asma Allah yang agung
Selawat dan salam buat junjungan tercinta serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.
Semalam, puas saya menonton youtube berkenaan adam adli, safwan anang serta video-video berkenaan demonstrasi di upsi awal tahun baru lalu bersama dua orang sahabat.
Saya tahu ramai pelajar yang tidak suka berbicara mengenai politik. dan andai ada yang suka berbicara pun, bicaranya mungkin hanya satu pandang sisi sahaja. pada saya, sebelum kita mahu bercakap mengenai politik, kita sendiri perlu ada hujah-hujah serta ilmu pengetahuan yang meluas mengenai ilmu siyasah ini. [saya masih berusaha ke arah menambahkan pengetahuan semasa dan siyasah]
dan saya dapati pelajar melayu kurang gemar berbicara mengenai siyasah berbanding kaum lain. mungkin disebabkan mereka terlalu suka untuk berbicara mengenai hiburan, artis berbanding politik yang mereka rasakan tidak ada kaitan langsung dengan diri mereka.
kamu sedar sesuatu? kita sering bimbang jika kaum cina atau india yang akan memerintah negara, tetapi kebimbangan kita munkin sekadar rasa sahaja sebab saya melihat ramai belia melayu yang masih leka dan tidak nampak kepentingan politik untuk masa hadapan negara kita. bukan mahu ajak mereka berpolitik, tetapi sedarlah, we need to do something for our country.
saya mahu berkongsi berkenaan siyasah / politik. sedikit pencerahan buat kamu semua yang mungkin tertanya-tanya apa dalil yang mengatakan dalam islam ada politik. jom baca !
Apa itu siasah?bahasa: Daripada perkataan sasa yasusu siasatan. iaitu qaama alal amri beerti 1) mengurus, mentadbir samada manusia atau binatang. 2) menyuruh dan menegah 3) melakukan sesuatu yang memberi kebaikan.
istilah: 1) Asas atau seni mentadbir urusan awam 2) seni mentadbir masyarakat manusia. 3) Politik berkait dengan hukuman dan pentadbiran masyarakat bertamadun (madani)
Adakah perkataan siasah wujud di dalam Al Quran, hadis dan perbendaharaan warisan Islam?
Di dalam Al Quran, tiada kalimah siasah disebut walaupun sekadar ambilan( isytiqaq ) dari perkataan sasa yasusu siasatan tersebut.
Sesetengah berhujah, ini dalil bahawa Islam tiada kaitan dengan politik! Betulkah?
Tidak. Banyak istilah yang diterima pakai dalam kamus penbendaharaan Islam yang tiada pun di sebut dalam Al Quran. Contohnya, kalimah akidah dan fadhilat. Kedua duanya tiada disebut di dalam Al Quran, tetapi diterima pakai penggunaannya di dalam ilmu – ilmu Islam.
Walaupun begitu, Al Quran menyebut perkataan – perkataan yang menunjukkan dan memberitakan perihal berkaitan politik, seperti kalimah al mulk yang beerti penghakiman manusia, suruhan dan larangan serta kepimpinan dalam urusan mereka. Ia datang dalam bentuk dan uslub yang berbeza – beza, antara pujian dan celaan. Ada disebut kerajaan adil dan zalim, kerajaan syura dan diktator.
Lihat an nisa’:54, yusuf:101, al baqarah:247, 251, an naml 32 dan sebagainya.
Ia menceritakan kerajaan daripada keluarga Ibrahim, yusuf, Thalut, Daud dan Sulaiman. Kerajaan syura oleh Raja perempuan Saba’( Balqis ). Begitu juga kerajaan zalim seperti Namrud dan Firaun yang memerangi Nabi Ibrahim dan Musa Alaihimas salam. Ada kerajaan yang kosong dari pujian atau celaan seperti raja Mesir di zaman Yusuf alaihis salam.
Semuanya memperihal politik tanpa menggunakan kalimah politik.
Selain kalimah al mulk, kalimah lain juga digunakan untuk memperihal politik di dalam Al Quran;
1) At tamkin ( kekuasaan ). Lihat Yusuf 56, Al Hajj 41, Al Qasas 5, 6.
2) Al istikhlaf ( menjadi khalifah ). Lihat An Nur 55, Al A’raf 129.
3) Al hukm ( hukum ). Lihat An Nisa’ 58, Al Maidah 44, 45, 47, 49, 50,
Di dalam hadis, terdapat kalimah siasah secara isytiqaq / ambilan disebut oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.
Hadis mutttafaq alaihi daripada Abi Hurairah: “Bani Israil sebelum ini diperintah tadbir ( tasusu/siasah ) oleh para nabi. Setiap kali nabi wafat, ia diganti oleh nabi yang baru. Sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku. Maka akan terjadi kewujudan khalifah yang ramai. Para sahabat bertanya: Maka apa perintahmu? Nabi menjawab: bersetialah dengan bai’ah khalifah yang pertama dan begitulah seterusnya. Berikan mereka hak mereka (sebagai pemerintah) yang Allah berikan kepada mereka. Sesungguhnya Allah pasti menyoal mereka akan amanah yang diberikan.”
Penggunaan pertama kalimah siasah di dalam perbendaharaan warisan Islam.
Entry ini saya ambil daripada blog Ummatan Wasatha
Dan, andai antara kalian khususnya mahasiswa/ siswi unisza yang ingin tahu perkembangan mahasiswa universiti lain di malaysia, silalah jenguk laman ini : Gazebodaily | Komuniti Interaktif Mahasiswa
Nota hamba : Moga ianya membantu.

4 ulasan:
salam alayk'
tq for entri ni.
bagi saya, rugilah kalau xambil peduli sbb idea2 utk penambahbaikan kpd sistem tu tersimpan xdibincangkan.
mahasiswa boleh jadi non partisan. takpun "indipendent political force", kita boleh terlibat secara langsung dlm proses politik kenegaraan tanpa perlu jadi parti politik.
tapi mindset kita, hurmm...
thank u for leaving a comment.
totally agree with you...
untuk mentadbir negara n mengubah segalanya, we need power...the power that based on quran & sunnah.
islam akan tertegak sehingga tiada lagi fitnah di atas muka bumi ini melainkan fitnah itu hanya pada Allah sahaja.
wallahua'lam
salam kak..nak pinjam ayat significant hamba tu..jzkk.
buat Lensa Daie..
tafaddhal, nak ambil apa2 tak perlu minta izin sebab akak rasa tu semua dr Allah. ilham dariNYA....
Catat Ulasan