Rabu, 11 Januari 2012

Kupersembahkan Dalil, Maka Usahlah BerDalih

Dengan asma Allah yang agung
Selawat dan salam buat junjungan tercinta serta seluruh ahli keluarga dan sahabatnya.



Semalam, puas saya menonton youtube berkenaan adam adli, safwan anang serta video-video berkenaan demonstrasi di upsi awal tahun baru lalu bersama dua orang sahabat.

Saya tahu ramai pelajar yang tidak suka berbicara mengenai politik. dan andai ada yang suka berbicara pun, bicaranya mungkin hanya satu pandang sisi sahaja. pada saya, sebelum kita mahu bercakap mengenai politik, kita sendiri perlu ada hujah-hujah serta ilmu pengetahuan yang meluas mengenai ilmu siyasah ini. [saya masih berusaha ke arah menambahkan pengetahuan semasa dan siyasah]

dan saya dapati pelajar melayu kurang gemar berbicara mengenai siyasah berbanding kaum lain. mungkin disebabkan mereka terlalu suka untuk berbicara mengenai hiburan, artis berbanding politik yang mereka rasakan tidak ada kaitan langsung dengan diri mereka.

kamu sedar sesuatu? kita sering bimbang jika kaum cina atau india yang akan memerintah negara, tetapi kebimbangan kita munkin sekadar rasa sahaja sebab saya melihat ramai belia melayu yang masih leka dan tidak nampak kepentingan politik untuk masa hadapan negara kita. bukan mahu ajak mereka berpolitik, tetapi sedarlah, we need to do something for our country.

saya mahu berkongsi berkenaan siyasah / politik. sedikit pencerahan buat kamu semua yang mungkin tertanya-tanya apa dalil yang mengatakan dalam islam ada politik. jom baca !

Apa itu siasah?

bahasa: Daripada perkataan sasa yasusu siasatan. iaitu qaama alal amri beerti 1) mengurus, mentadbir samada manusia atau binatang. 2) menyuruh dan menegah 3) melakukan sesuatu yang memberi kebaikan.

istilah: 1) Asas atau seni mentadbir urusan awam 2) seni mentadbir masyarakat manusia. 3) Politik berkait dengan hukuman dan pentadbiran masyarakat bertamadun (madani)

Adakah perkataan siasah wujud di dalam Al Quran, hadis dan perbendaharaan warisan Islam?

Di dalam Al Quran, tiada kalimah siasah disebut walaupun sekadar ambilan( isytiqaq ) dari perkataan sasa yasusu siasatan tersebut.

Sesetengah berhujah, ini dalil bahawa Islam tiada kaitan dengan politik! Betulkah?

Tidak. Banyak istilah yang diterima pakai dalam kamus penbendaharaan Islam yang tiada pun di sebut dalam Al Quran. Contohnya, kalimah akidah dan fadhilat. Kedua duanya tiada disebut di dalam Al Quran, tetapi diterima pakai penggunaannya di dalam ilmu – ilmu Islam.

Walaupun begitu, Al Quran menyebut perkataan – perkataan yang menunjukkan dan memberitakan perihal berkaitan politik, seperti kalimah al mulk yang beerti penghakiman manusia, suruhan dan larangan serta kepimpinan dalam urusan mereka. Ia datang dalam bentuk dan uslub yang berbeza – beza, antara pujian dan celaan. Ada disebut kerajaan adil dan zalim, kerajaan syura dan diktator.

Lihat an nisa’:54, yusuf:101, al baqarah:247, 251, an naml 32 dan sebagainya.

Ia menceritakan kerajaan daripada keluarga Ibrahim, yusuf, Thalut, Daud dan Sulaiman. Kerajaan syura oleh Raja perempuan Saba’( Balqis ). Begitu juga kerajaan zalim seperti Namrud dan Firaun yang memerangi Nabi Ibrahim dan Musa Alaihimas salam. Ada kerajaan yang kosong dari pujian atau celaan seperti raja Mesir di zaman Yusuf alaihis salam.

Semuanya memperihal politik tanpa menggunakan kalimah politik.

Selain kalimah al mulk, kalimah lain juga digunakan untuk memperihal politik di dalam Al Quran;

1) At tamkin ( kekuasaan ). Lihat Yusuf 56, Al Hajj 41, Al Qasas 5, 6.

2) Al istikhlaf ( menjadi khalifah ). Lihat An Nur 55, Al A’raf 129.

3) Al hukm ( hukum ). Lihat An Nisa’ 58, Al Maidah 44, 45, 47, 49, 50,

Di dalam hadis, terdapat kalimah siasah secara isytiqaq / ambilan disebut oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Hadis mutttafaq alaihi daripada Abi Hurairah: “Bani Israil sebelum ini diperintah tadbir ( tasusu/siasah ) oleh para nabi. Setiap kali nabi wafat, ia diganti oleh nabi yang baru. Sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku. Maka akan terjadi kewujudan khalifah yang ramai. Para sahabat bertanya: Maka apa perintahmu? Nabi menjawab: bersetialah dengan bai’ah khalifah yang pertama dan begitulah seterusnya. Berikan mereka hak mereka (sebagai pemerintah) yang Allah berikan kepada mereka. Sesungguhnya Allah pasti menyoal mereka akan amanah yang diberikan.”

Penggunaan pertama kalimah siasah di dalam perbendaharaan warisan Islam.




Entry ini saya ambil daripada blog Ummatan Wasatha

Dan, andai antara kalian khususnya mahasiswa/ siswi unisza yang ingin tahu perkembangan mahasiswa universiti lain di malaysia, silalah jenguk laman ini : Gazebodaily | Komuniti Interaktif Mahasiswa


Nota hamba : Moga ianya membantu. 

Sabtu, 7 Januari 2012

Dia Abdullah [Bahagian Terakhir]


Dengan asma Allah yang agung
Selawat dan salam buat Rasulullah saw tercinta serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Petang, setelah pengebumian Abdullah.
“ Zaqwan, jom balik. Hari dah lewat ni,” Hafiz mengajak Zaqwan pulang.
“Fiz, aku tak nak balik lagi. Kau balik,la dulu. Aku nak bertafakur sekejap. Kau tak payah risau ea, aku ok je, insyaALLAH.” Zaqwan menyuruh Hafiz agar pulang dahulu.
“kalau macam tu, aku balik dulu. Jaga diri ye, Wan. Assalamualaikum .” Hafiz beredar.
“Waalaikumsalam.”jawab salam itu hanya dilafazkan dalam hati Zaqwan sahaja.

Zaqwan keseorangan di tanah perkuburan. Dia merenung kubur Abdullah yang masih merah. Hatinya hiba. Setelah dia menemui hidayah, Allah mengujinya dengan kehilangan sahabat yang banyak memberi nasihat kepadanya .

Fikirannya menerawang seketika. Dia mengimbas kembali saat-saat dia dan Abdullah sewaktu di taman minggu lepas. Teringat cerita Abdullah padanya. Dia berjanji akan menjaga aib dan cerita sahabatnya itu
.
“ ceritanya begini, Zaqwan. Aku berubah setelah kedua orang tua aku meninggal dunia. Aku ni, asalnya dari keluarga yang susah. Orang tua aku tidak mampu menyekolahkan aku. Jadi, aku membesar dengan tiada ilmu di dada. Ayah aku hanya sekadar mengajar aku mengaji quran dan solat juga perkara-perkara asas sebagai muslim. Akibat kesempitan hidup, jiwa muda aku memberontak. Kamu tau,kan anak muda gimana perasaanya. Ingin berseronok dan memiliki barang-barang mewah. Mana mungkin aku minta itu semua pada orang tua aku. Mereka tidak mampu. Lalu, untuk berseronok, aku keluar berpeleseran bersama anak-anak yang nakal. Pelbagai perkara jahat yang kami lakukan. Orang tua aku tidak pernah tahu kegiatan aku kerana mereka menyangka aku keluar untuk mencari kerja. Tambahan pula, aku ini pintar berlakon. Di rumah, sikapku seperti orang alim. Di luar rumah, aduh!lagaknya seperti setan. Hinggalah pada suatu hari aku ditangkap oleh pihak polis atas kegiatan jenayah yang aku lakukan. Dalam perjalanan ke balai polis, orang tua aku ditabrak kereta dan belum sempat melihat aku, mereka telah pergi buat selama-lamanya. Waktu aku diberitahu berita kematian orang tua aku, aku masih lagi di dalam lokap. Aku hanya mampu meraung,zaqwan. Akhirnya, aku dibebaskan setelah diikat jamin oleh sahabat ayahku, kiai ismail.seorang kiai di pesantren tempat aku tinggal. Aku dibawa oleh kiai ismail untuk menetap di pesantren bersama santri-santri lain yang majoritinya adalah anak yatim seperti aku. Itulah keluarga aku di Indonesia. Kami sangat rapat.di situlah, aku belajar mendalami agama. Dan Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar Kiai Ismail dan ustaz-ustaz juga sahabat-sahabat aku, inilah diri aku yang kamu lihat sekarang.”

“Macam mana kiai Ismail tahu kau masuk penjara?” soal Zaqwan.

“Kiai Ismail cerita kembali pada aku gimana dia bisa tau aku dipenjara. Rupa-rupanya, ayah aku sempat menelefon kiai Ismail berkenaan aku dan minta tolong sama kiai ismail untuk mengikat jamin aku kerana ayah aku tidak punya wang ketika itu. Ah, bila diingat kembali kisah lalu, aku jadi malu sama kiai Ismail.”

Zaqwan hanya terdiam. Tidak tahu hendak berkata apa tatkala mendengar kisah sahabatnya itu. Dia benar-benar menghayati kisah Abdullah.

Setelah melepaskan lelah, Abdullah menyambung kembali.” Ha, ada satu rahsia yang kamu tidak tahu berkenaan aku, zaqwan.”

Zaqwan memandang Abdullah. Rasa terujanya terhadap rahsia Abdullah ,membuatkan dia terus bertanya “ rahsia apa,lah?bagitau,lah cepat.”

“Wah, kamu ini.dengar perkataan rahsia saja, terus segar. Sebenarnya, bukan rahsia. Tetapi satu cerita. Aku dulu pernah punya pacar,Zaqwan.” Terang Abdullah tanpa berselindung.

Zaqwan tersentak.

Abdullah terus menyambung ceritanya, “ pacar aku itu cantik sekali. Persis Asmirandah. Hehe. Lama juga kami berpacaran. Aku mengenalinya melalui teman aku sewaktu aku dan temanku melepak di sebuah gedung beli-belah. Bercinta itu memang seronok, ya Zaqwan? Aku rasa akulah orang yang paling bahagia saat itu. Cinta itu membuatkan aku terus terleka dan semakin jauh dari Allah. Nasib tidak menyebelahi aku. Pacar aku itu minta putus sewaktu dia tahu aku baru keluar dari penjara. Dia juga sudah punya cowok baru yang lebih kaya daripada aku. Aku sedar, aku ini miskin,gembel. Memang tidak pantas sama sekali untuk bersamanya. Aku bersyukur pada Allah sebab setelah keluar dari penjara, hidayahNYA tidak putus-putus buat aku.”

“kau tak kecewa, lah?” tanya zaqwan.

“Aku tidak kecewa sama sekali Zaqwan. Kamu tahu mengapa aku jarang membicarakan soal nikah dan juga perempuan? Semuanya kerana aku tidak mahu membicarakan sesuatu yang membuatkan hati aku jauh dari Allah.cukuplah sudah aku diuji dengan cinta perempuan satu ketika dulu. Aku ingin mencari cintaNYA. Soal nikah…bukan aku tidak mahu berkahwin, tetapi tiba saatnya, insya ALLAH akan aku laksanakan juga sunnah rasulullah itu. Cuma, buat masa ini, aku ingin memantapkan diri aku dengan ilmu agama,kerana aku akan menjadi imam buat suri aku. Besar tanggungjawabnya. Aku mahu bertaubat atas segala dosa aku yang lalu. Aku banyak dosa sama orang tua aku, sama Allah. Aku terkilan sehingga saat ini kerana orang tua aku pergi menghadap ilahi saat mereka tahu aku melakukan perkara yang jahat. Aku dah banyak susahkan orang tuaku.sudahlah hidup mereka susah sewaktu di dunia, ditambah lagi dengan aku yang banyak menyusahkan mereka dahulu, masakan aku sanggup melihat mereka susah dalam kubur dan akhirat sana? Sebab itu aku bertekad untuk menjadi anak yang soleh walaupun mereka sudah tidak ada lagi. Aku ingin menyenangkan mereka kerana anak soleh merupakan salah satu jambatan buat ibu ayah untuk ke syurga. Aku ingin tebus segala dosa aku terhadap mereka dengan berbakti kepada sahabat-sahabat mereka juga terus mendoakan kesejahteraan mereka. moga Allah terima aku sebagai hambanya.” Panjang lebar penerangan daripada Abdullah membuatkan Zaqwan hanya mendiamkan diri.

Dalam hatinya, dia bertekad untuk jadi hamba yang bertaqwa dan juga anak yang soleh. “Terima kasih, Abdullah.”

Rintik-rintik hujan membuatkan Zaqwan tersedar daripada lamunannya. Dia bangun setelah merasakan kakinya kebas akibat duduk bersimpuh terlalu lama. Sebelum beredar, sempat dia mendoakan kesejahteraan buat sahabatnya. Hatinya berbisik ,” wahai hamba Allah,tenanglah dikau di sana!”

Tamat.


Nota hamba : Maaf, baru berkesempatan nak post entry terakhir ini.

Nak tahu cerita dari mula, sila klik link ini :

Khamis, 5 Januari 2012

Hati




Jika hatimu sejernih air
Usah biarkan ia menjadi keruh
Andai hatimu seputih awanJangan biarkan ia menjadi mendung
Ooo oooo…
Titik hatimu biarlah putih
Kerana hitam itu keburukan jiwamu
Andai hatimu seindah bulan
Hiasi ia dengan keimanan

Biarpun sukarnya nak mencapai bulan
Namun cahayanya menyinari malam
Walaupun hatimu tak pernah sempurna
Sucikan jiwamu kan lebih bahagia
Hidup di dunia
Jangan kita leka
Hati buta diperhamba nafsu saja
Sinarkan hatimu
Dengan petunjuknya
Hidup disayangi
Serta di rahmati




Tajuk Nasyid : Hati
Artis : Rahmat ( nasyid indie )
Album : Nilai Sebuah Impian


Nota hamba : Saya jatuh cinta dengan nasyid indie. Lirik yang sanagt terkesan dihati

Rabu, 4 Januari 2012

Jeritan Hati


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah



"Ya Tuhanku,kurniakanlah aku dua mata yang suka menitiskan air mata, sebelum datangnya saat di mana dua mata ini menitiskan darah dan gigi-gigi menjadi bara..


Ya Allah..

Aku tak punyai bahasa yang indah untuk digunakan ketika bermunajat ke hadratMu.. Susunan bahasaku sekadar ucapan biasa yang lahir dari hati yang kotor ini dan terucap di bibir.

Ya Allah..

Meskipun begitu,aku tetap berharap agar Kau mendengar rintihan hati ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaMu ini sama ada dizahirkan ataupun tidak.

Ya Allah..

Telah aku terumbang-ambing di lautan kesepian tatkala diri ini benar-benar berjauhan dariMu. Telah aku harungi hari-hariku dalam kegelapan tanpa petunjuk dariMu. Hari ini, saat ini.. tiba-tiba hati ini terlalu rindu untuk bertemu denganMu.. Diri ini terlalu mendamba kasih sayang dan pimpinan dariMu Ya Rahman. Dosa-dosa yang ku lakukan semalam telah menghitamkan hati ini, hingga payah bagi nur hidayahMu untuk menyelinap masuk walau seketika. Hati ini sesungguhnya telah ternoda oleh dosa-dosa semalam. Maka dengan itu Ya Allah.. kurniakanlah aku sekeping hati yang baru sekiranya hati yang kau berikan itu sudah rosak. Berilah daku hati yang sentiasa mengingatimu, yang cepat tersentuh tatkala mendengar kalimahmu.
Ya Allah,aku merindui syahid di jalanmu.. aku ingin kembali padaMu dengan hati yang bersih.. membawa bersama kuntuman cinta untukku hadiahkan padaMu
amiiin… ya rahman.





Entry asal di sini

Dalam meniti hari, semakin payah untuk kurasakan cintaMU
Wahai Tuhan, yang mencipta hati
Bantulah hambaMU ini
Seringkali tersungkur.

Mengapa begitu susah untuk mencintaiMU dengan ikhlas?
Wahai Tuhan,
Terkadang aku rasa mahu menyerah
Sudah tidak kuat untuk meneruskan hidup
Mengapa, ya Allah?
Sudah puas kucari jawapannya, tapi tidak kutemui.

Bantulah,aku ya Allah.
Aku merayu, ya Allah

Di saat aku melihat ramai manusia yang telah Kau sentuh hatinya untuk berubah, 
Aku juga punya keinginan yang sama
Sentuhlah hatiku jua, ya Allah.

Sekalipun dosa aku menggunung tinggi
Pandanglah aku, ya Allah
Aku tahu, hanya Engkau sahaja yang sudi menerima diri ini.

Di saat manusia memandang aku dengan kebaikan,
Hanya Engkau sahaja yang tahu betapa banyak kejahatan yang aku lakukan

Tetapi, betapa baiknya Engkau Ya Allah
Sudi menerima aku dan menyembunyikannya daripada pengetahuan manusia

Sungguh bodohlah aku andai tidak menghargai
Sungguh bodohlah aku andai riak dengan kebaikan itu

Kerana semua itu berlaku dengan rahmat dari MU, ya Allah.

Aku tahu, ya Allah.
Semua ini harus kulalui dengan mujahadah yang tinggi.
Maka, aku harapkan pertolonganMU sentiasa bersamaku

TUHAN, 
Ingin aku berkata " Jangan pernah tinggalkan aku walau aku hina!"



Nota hamba : Hari-hari kita buat dosa,kan? sama ada disedari atau tidak. Bersyukurlah andai rasa berdosa itu masih ada, jangan sampai hilang rasa dosa, saat itu, tahulah dirimu dan diriku, kita telah binasa.  

Buat kamu, mohon maaf andai saya silap menafsir. Hati yang bersih sahaja, tafsirannya tepat.

Menulis sementara menanti kelas bakery bermula. Masih dalam musim peperiksaan. Doakan saya.

Jumaat, 30 Disember 2011

Saya Sayang Sahabat Saya

Dengan nama Allah Maha Pemurah

Sahabat, Saya sayang kamu!
Pernah saya ungkapkan padanya,
“Hei. Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAh, maka kerana ALLAh saya menegurmu.”
Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,
“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?”
Dia menjawab,
“Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!”
Saya tepuk bahunya dari kejauhan,
“Hei, mari sini. ALLAh masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”
Matanya bergenang,
“Saya sayang kamu, sahabatku!”
Saya senyum padanya dari kejauhan,
“Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~”
Saya mendekat padanya dari kejauhan,
“Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAh, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAh takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu sedih melihat saya..”
Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
“Ya ALLAh, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya ya ALLAh dengan kehangatan kasih kepada-Mu. Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram!”
Tiba-tiba tiba ‘SMS’ darinya,
“Saya rindu kamu…~”
Dan saya membiarkan rindu itu dibalas sendiri oleh ALLAh Azza Wa Jalla.
Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan sungguh saya ingin sentiasa dia berada dalam pelukan Ilahi.
Hei kamu, yang merasakan saya adalah sahabat kamu,
Saya sayang pada kamu
Saya ingin bersahabat dengan kamu
Di dunia sampai akhirat
Sudikah kamu menjadi sahabat saya?
Maka genggamlah tangan saya
Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka
Sehingga waktu ALLAh menentukan
Dan boleh tidak kita perbaharui persahabatan ini?
Biar kita sama-sama melakukan amalan yang istiqamah pada-Nya
Malah mungkin kamu lebih dariku dalam hal itu
Memperbaharui persahabatan yang satu ini
Dengan disaluti keimanan
Ya, keimanan!
Akan saya bersaksi di hadapan ALLAh SWT!
Meminta kamu dimasukkan ke dalam Jannah

entry asal di sini :Saya Sayang Sahabat Saya
Nota hamba : Bersyukur dikurniakan sahabat yang soleh dan solehah. Menaip untuk menghilangkan rasa mengantuk di pagi hari. Sudahlah hujan [moga hujan rahmat], suasana sayu~ tidur pun sedap. Mujahadah kena tinggi!!
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger