Sabtu, 25 Mei 2013

Cincin Di Jari : Harga Sebuah Perkahwinan

Hidup ini tidak semudah yang disangka

Bukan macam petik jari, berbunyi.

Tahun akhir, seperti yang saya ulang sebelum-sebelum ini, sangat sinonim dengan "Baitul Muslim"

Segala puji bagi Allah, sudah ramai kawan-kawan baik yang sekolah rendah, sekolah menengah, dan matrikulasi juga universiti yang sudah bertunang dan bernikah.

Punya sahabat yang nikah awal membuatkan saya banyak berfikir berkenaan kehidupan selepas pernikahan.

Tidak indah seperti yang digambarkan, teman-teman. Bahkan, menanti kita ujian yang tidak pernah putus-putus. Tanggungjawab yang semakin bertambah, kerenah manusia yang pelbagai ragam.

Daripada cik kepada puan, hakikatnya menambah seribu satu tanggungjawab.

Menjadi isteri, ibu, menantu, ipar, ipar duai sekaligus menambah kita punya tanggungjawab.

Tapi, itu bukan alasan untuk kita tidak berbaitul muslim.



........................................................................................

Baru-baru ini berkongsi rasa dengan seorang sahabat yang telah menikah usai sahaja tamat pengajiannya.Pernikahannya mengejutkan saya sebenarnya kerana dalam diam-diam, berisi ^^.

Di sebalik keceriaannya, baru saya tahu dia menyimpan duka yang sangat dalam sehingga dia sudah tidak mampu menangis mengenangkan ujian yang Allah hadiahkan untuknya.

Sangat sukar untuk melihat wajahnya berduka, sentiasa ceria. Subhanallah, saya sendiri yang mendengar ceritanya, hati menjadi sebak yang teramat. Dalam hati "hati kau daripada batu,kah teman? ujian yang sangat dahsyat, kau hadapi dengan tenang?"

Dan, sebab ujian itulah dia memilih untuk menikah awal. Dan, saya sangat bersetuju dengan tindakannya mengambil jalan keluar dengan menikah. Alhamdulillah, suaminya soleh.

Pernah dia bercerita kisahnya di hadapan murabbi . Murabbi juga hairan "macammana enti boleh hadapi semua tu? Ana tak boleh nak bayangkan......"

........................................................................................

Teman, kalau kita rasa ujian yang Allah hadiahkan untuk kita ni berat, ketahuilah ramai lagi yang lebih berat ujiannya.

Sekarang ini, ramai sahabat yang diuji. Sehinggakan murabbi berkata " Apa sebenarnya yang Allah nak tunjuk kat kita ni?"

Pertemuan dengan murabbi bagai menyimbah hati yang kering. Melihat air mata mengalir saat dia bercerita betapa besarnya kurniaan Allah untuknya, hati saya sebak. "Bukan mudah nak tengok ustaz menangis".
"Ustaz, ustaz sangat dekat dengan Allah."

Katanya ketika bercerita "sebenarnya, tak baik,kan cerita macam ni. takut riak. Astaghfirullah. Tapi, sesama kita, takpe". Dia senyum.


....................................................................................

Satu perkara yang saya sedar, setiap orang yang bernikah, matlamatnya berbeza-beza walaupun tujuan utama itu adalah Allah. Dan satu perkara yang saya sedar, betapa pentingnya suami isteri saling mendokong antara satu sama lain saat ditimpa masalah.



Nota hamba : Saya memerhati, ramai muslimat yang pakai cincin sekarang ni. Ada yang menandakan mereka sudah berpunya, ada juga yang memakai sebagai perlindungan.

Saat saya memandang jari teman saya yang sudah menikah, saya tanya "Eh, mana cincin?" . Dia senyum dan berdalih.

Akhirnya, rahsia cincinnya tiada di jari saya ketahui juga sewaktu kami berkongsi rasa. Katanya " cincin dah gadai"

Saya ? Hati sebak . Demi mereka, kau gadaikan cincin yang menjadi tanda terbinanya masjid kau. Mulianya hati kau, duhai wanita. insyaALLAH, aku yakin syurga itu layak untuk kau. Wahai Allah, pandanglah hambamu ini.

Katanya kepada suami saat mahu digadaikan cincin " Harga perkahwinan kita, bukan terletak pada cincin,kan?"


0 ulasan:

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger