Selasa, 4 Jun 2013

Do It For DUIT .


Dosa. Dosa. Dosa.

Aku pendosa. Dia pendosa. Kita pendosa. Mereka pendosa. 


Kita semua berdosa.


Jatuh, bangun. 


Dosa, taubat, dosa, taubat, dosa, taubat .


Tidak letihkah kamu, duhai jiwa ?


Jatuh ke lembah dosa , satu ujian.

Sama ada kita terus hanyut atau kembali pada Dia.

Terkadang, hati merintih tidak mahu kembali pada dosa yang sama, tetapi dek kalah dengan bisikan syaitan, kita terjerumus lagi.

Pandanglah dari sisi positif, mungkin dengan asbab dosa, air mata yang mengalir kerana rasa hinanya diri itulah yang Allah angkat.Dan, rahmat Allah tetap ada untuk kita. RahmatNYA lebih besar dari dosa-dosa kita.

Imam Syafie berkata : Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buat diriku, tetapi setelah kubandingkan dengan keampunanMU, ternyata keampunanMU jauh lebih besar.

Ujian juga menimpa seiring dengan turun naiknya iman kita.

Ujian yang Allah beri itu, kadang-kadang hati kita rasa tak sama, bergantung pada tahap iman.

Kalau iman tengah tinggi macam gunung, datanglah ujian besar macam mana sekalipun, kita boleh hadapi dengan tenang.

Kalau iman tengah lesu, ujian sekadar jentikan dari Allah pun, dah membuatkan kita tertunduk lesu, terduduk kaku.Rasa macam batu menghempap.


Dan, jangan sesekali membandingkan ujian kita dengan ujian orang lain.Sebab Allah kirimkan ujian mengikut iman kita. Alangkan saiz kasut, baju pun lain, apalagi hadiah tarbiyah dari Allah.

Dan, jika ditimpa ujian yang sama berulang kali, mungkin ini jawapannya.
"Allah akan hancurkan hati orang yang Dia sayang berkali-kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. Yang ada hanya harapan untuk Dia sahaja.Bagi yang mencari cinta Allah, bersedialah menerima hakikat ini" [Kalam Abd Qadir Jailani]



Buat dosa, sengaja atau tidak, taubat, taubat, taubat.

Dosa, Ujian, Iman, Taubat. Ada hubung kaitnya. 

DUIT .



___________________________________________

Melihat sahabat-sahabat yang hadir dalam hidup, buat saya bahagia. 

"Bersyukur kau dipertemukan dengan mereka."

Masing-masing menjaga hubungan dengan Allah, kecintaan yang sangat tinggi untuk Allah.

Subhanallah, sangat kagum dengan seorang sahabiah yang mahu menjadi hafizah , kerana katanya, dia mahu membantu ahli keluarganya di sana. "Kat dunia, bolehlah bantu dengan duit, kat sana nanti?"

Dan, bagaimana terharunya dengan kata-kata seorang yang hebat, membenarkan kesufian seorang sahabat saya .

Allahurabbi, gerak hati dan firasat orang mukmin sangat tajam, ditakuti dan dipercayai.

Sungguh, saya mahu dicintai dan mencintai orang-orang beriman walau tahu, diri ini tak layak duduk bersama mereka. Kerana, moga-moga dengan asbab itu, saya boleh berhimpun bersama mereka di syurga kelak.

“Aku cinta kepada orang-orang soleh padahal aku bukan termasuk dari golongan mereka. Barangkali aku boleh dapat syafaat dari mereka. Aku benci kepada orang-orang yang perdagangannya adalah maksiat-maksiat kepada Allah SWT. Walaupun barang-barang dagangan kita sama.”
(Imam Syafie)


Ya, saya mahu dicintai mereka.

"Bagaimanakah CARANYA untuk membuatkan diriku DICINTAI oleh seseorang..??

Ibnu al-Qayyim menjawab, " CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI-NYA untuk DIRIMU." 




Nota hamba :

 "اللهم اني ظلمت نفسي ظلما كثيرا ولا يغفر الذنوب الا انت فاغفرلي من عندك مغفرة انك انت الغفور الرحيم

ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dar sisiMU, sesungguhnya Engkau Maha pengampun Maha Penyayang


0 ulasan:

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger