Saat ini, diri terlalu disibukkan dengan urusan dunia.
Bukan mudah memujuk hati agar melakukan urusan dunia dengan tenang dan carilah redha Allah dalam urusan itu.
Merasakan diri terlalu sangat down pulang dari bertemu sahabat sahabiah.
Allahurabbi, jauhnya bagaikan langit dan bumi antara aku dan mereka.
Masing-masing kelihatan mempunyai izzah yang cukup tinggi, ilmu yang cukup luas berserta dalil-dalil Quran dan hadis.
Termenung sejenak " Aku, di mana kedudukannya. Apa sumbangan aku untuk Islam?"
Hati kecil menjawab " you do nothing for Islam". Allah.
Satu ketika, di saat semua sedang sibuk membuat latihan dalam kumpulan, aku duduk di belakang sambil berbual dengan seorang sahabiah yang cukup tinggi ilmunya. ya, mungkin kerana dia mujahidah pondok. Mendengar bicaranya, aku jadi kagum. kagum kerana ilmu yang diamalkan, walaupun dia muda setahun daripada aku.
Daripadanya, aku bersemangat untuk menuntut ilmu di pondok. Membayangkan diri berada di pondok sambil menadah kitab-kitab aqidah, fiqh dan akhlak. Tentunya ilmu yang paling menarik perhatianku, ilmu tasawuf.
Tahun akhir, sangat mencabar minda. Hampir-hampir menitis air mata dek kerana thesis dan segala macam perkara yang belum settle. "Ah, ujian kau baru sedikit, sudah sibuk mahu mencanang satu dunia".
Maafkan aku, ya Allah. Bukan mahu mencanang-canang ujian, cuma hati terlalu rindu untuk menulis.
Ya, kerna aku "keyboard warriors, not best speaker"
Jika diberi pilihan antara berbicara dan menulis, sudah pasti aku memilih untuk menulis.
Berbicara secara spontan seringkali menjadikan aku terlepas bicara, benarlah "terlajak kata, buruk padahnya."
Maka, sebab itu aku lebih selesa untuk menulis berbanding bicara.
Nota hamba :
Terkadang diri tertanya-tanya "apa hikmah Allah meletakkan aku di dalam bidang sains sedang diri lebih menyukai dan lebih boleh membawa sastera dan agama?"
"Aku tidak layak" Hati masih berbisik kata-kata itu.
Ahad, 19 Mei 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 ulasan:
Catat Ulasan