Isnin, 13 Februari 2012

"Jom Solat, Bang!"

Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Mengasihani

Selawat & Salam buat Muhammad Abdullah, Rasulullah tercinta juga buat ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat.

Hari ini saya mahu bercerita.

Cerita bukan mahu mengaibkan, tapi mahu mengajak kalian berfikir.

Malam Sabtu lepas, saya dan keluarga berkumpul di rumah makcik bersama-sama tetamu dari Kelantan. Keluarga belah emak datang berziarah. Masing-masing sudah menunggu di hadapan kaca televisyen untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kelantan dan tTrengganu.


Sewaktu semua orang sibuk di luar, saya berada di dalam bilik sebab mahu menunaikan solat Isya'. Saya tiba agak lambat di rumah makcik saya.



Di dalam bilik, kebetulan ada seorang sepupu lelaki saya yang baru berusia 7 tahun.

Saya memanggilnya dengan gelaran abang sebab dia anak sulung.

"abang main gapo tu?"

" main tanah liat" .Agak pelat percakapannya.

"abang kan dah besar, tak payah lah main tanah liat". 

"dalam laci tu banyak lagi tanah liat" . Dia menunjuk ke arah laci meja belajarnya.

"abang dah sembahnyang isya' belum?jom, sembahyang dengan kakak sekali". Saya mengajak.

"belum, pompuan mana boleh sembahyang dengan laki-laki". Jawabnya.

"eh, siapa cakap perempuan tak boleh sembahyang dengan lelaki?" Saya membalas.

"semalam abang dah sembahyang" Dia menjawab lagi.

"itu semalam, hari ni punya lain. semalam abang dah makan, hari ni tak payah makan, la. Saya membidas ala-ala nak memujuk  sebenarnya.

"esok abang sembahnyang, la". dia membalas lagi.

Dalam hati saya " pulak dah. banyak betul alasan budak ni ".


Kecil-kecil sudah beralasan. Esok besar? Allah sahaja yang tahu.

Saya gemar memerhati sebenarnya. Saya lihat ramai ibu bapa yang culas dalam bab solat. Terutama dalam mendidik anak untuk mengerjakan solat. alasan kebanyakan ibu bapa " diorang tu kecik lagi".

Ada juga yang sekadar mengarahkan anak solat, tetapi tidak melihat apakah si anak itu benar-benar sudah melaksanakan solat.

Duhai ibu dan ayah, kalianlah penggerak utama dalam mendidik anak-anak.

Solat itu ibarat batu-bata yang Allah beri untuk kita teguhkan binaan Iman dalam diri.

Allah dah sediakan bahan binaan, tugasnya, kita si buruh binaan inilah yang menentukan sama ada binaan kita kukuh atau rapuh.

Hayati hadis Rasulullah saw ini :

" Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya : Rasulullah saw bersabda : Perintahlah anak-anak kamu supayan mendirikan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki & perempuan) [hadis riwayat Abu Daud]


Nota hamba : "Ya Allah, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku golongan yang mendirikan solat "
Yang menulis belum tentu baik. Lebih ditujukan buat diri.


1 ulasan:

Serunai berkata...

Salam, benar sangat tu. Ibu bapa adalah cermin pada anak- anak.

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger