Sabtu, 18 Februari 2012

Buat-buat Menangis

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
Selawat & Salam buat Rasulullah saw, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.

Petang tadi, usai sahaja balik dari majlis doa selamat kawan abah merangkap jiran lama kami, saya dan adik berbual-bual di dalam bilik.

Borak-borak petang . Ada gurauan ada juga gaduh-gaduh sedikit.

"adik tak nak tengok cerita vanilla dan coklat tu time diorang tengah gaduh-gaduh. stress" . kata adik saya

"ek eleh, tengok cerita pun nak stress." saya membalas.

"ye,lah. adik tak boleh lah stress-stress ni, nanti adik nangis."

"oh, tengok cerita nangis, baca Quran tak nangis pulak." saya menempelak dia.

Adik saya tersengih-sengih.

Tiba-tiba dia bertanya " haah, la kenapa susah sangat nak nangis masa baca Quran?"

"Sebab hati keras." saya menjawab.

Allahurabbi. saya akui memang sukar untuk menangis sewaktu membaca Quran. hambaMu ini masih lemah ya Allah.



Saya teringat tentang ini :

 Daripada Abdul Rahman Bin Saib , beliau berkata : Sa’ad Bin abi Waqqas telah datang kepada kami dan beliau sendiri telah menjadi buta. Lalu aku pun memberikan salam kepadanya , lalu beliau bertanya : “ Siapakah engkau ? “ , Aku pun memberitahu kepadanya siapakah aku. Beliau pun berkata : “ Selamat Datang Wahai Anak Saudaraku ! , aku telah menerima khabar yang engkau ini adalah seorang yang sedap suaranya ketika membaca Al-Quran , dan aku sendiri telah mendengar Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan dengan membawa kesedihan ( boleh menyebabkan seseorang yang memahami pengertiannya menjadi sedih apabila meneliti ayat-ayatnya ) , maka apabila kamu semua membaca Al-quran , hendaklah kami membacanya dengan menangis , maka kalau kamu semua tidak dapat berbuat demikian , hendaklah kamu semua buat-buat menangis , dan hendaklah kami semua melagukan bacaannya , maka sesiapa sahaja yang tidak melagukan Al-Quran , maka tidaklah dia termasuk daripada golongan kami “ . 


PENJELASAN : 

“ DENGAN MEMBAWA KESEDIHAN , maksudnya : Ialah Al-Quran ini boleh menyebabkan seseorang itu menangis apabila meneliti akan ayat-ayat dan pengertian-pengertiannya . Ini disebabkan kemuliaan dan keagungan Kalam Ilahi berbanding dengan manusia sebagai makhluk yang amat kerdil , jika dibandingkan dengan kekuasaan dan keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

“ BUAT-BUAT MENANGIS “ , maksudnya : Hendaklah dilatih jiwa kita itu bergetar , lantaran takut kepada kebesaran dan keagungan Allah Ta’ala dan hati itu sedih , kerana mengenang dosa-dosa yang kita lakukan . Dan untuk menangis secara spontan itu , bukanlah mudah bagi sebahagian manusia lantaran “ kerasnya “ hati mereka dan “ hitamnya “ hati mereka dek dosa-dosa yang mereka lakukan . Anjuran ini adalah sebagai latihan kepada kita agar jiwa kita sentiasa lembut untuk menerima petunjuk Allah Ta’ala , dan latihan “ buat-buat “ ini juga bukanlah satu bid’ah yang tiada sandarannya daripada Baginda s.a.w . Samalah juga dengan kaedah yang biasa diterapkan di dalam sistem pentarbiyahan ( didikan ) tasawuf , yang sentiasa menyarankan : “ Cara untuk menghilangkan kedekut , ialah hendaklah menjadi seorang pemurah. Kalau tidak boleh jadi pemurah , berlatihlah menjadi seorang yang pemurah “ . Insya-Allah dengan latihan yang sentiasa dilalui , sesuatu sifat yang buruk itu , boleh dibuang dan digantikan dengan sifat yang terpuji.

“ MELAGUKAN AL-QURAN “ , maksudnya : Membaca Al-Quran Al-Karim sesuai dengan kaedah Tajwidnya dan Qiraatnya , disamping mempelajari juga cara melagukannya ( Tarannum ) . Akan tetapi yang lebih wajib ialah mempelajari sebaik mungkin kaedah-kaedah tajwidnya . Hadis ini tidaklah menyuruh seseorang itu membaca Al-Quran mengikut lagu-lagu sesuka hati mereka sendiri , sehingga lari daripada kehendak syarak dan sehingga boleh terpesong pengertian sesebuah ayat. 

Link asal di sini :al-ahkam. net

Kita mudah menangis bila menonton drama-drama sedih. itu semua hanya skrip manusia reka. 

Tetapi, sukar sekali untuk kita menangis apabila membaca skrip dari Allah.

Lebih hairan jika kita menangis melihat peserta-peserta realiti TV kesayangan kita tidak dapat meneruskan perjalanan mereka.

Sia-sia sahaja air mata yang Allah beri.

Jika mahu berbicara dengan Allah, solatlah.
Jika mahu Allah berbicara dengan kita, bacalah kalamullah.




Nota hamba : saya akan kekurangan waktu selepas ini untuk mengupdate blog . 

Gomenasai buat pembaca jika ada salah silap

Sayonara, Unisza!

Yokoso, Rikevita!

siaran langsung perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Sarawak sedang berlangsung. 

Nak sokong Kelantan, semestinya sebab negeri kelahiran saya.

Nak sokong Sarawak boleh juga sebab salah seorang pemainnya adalah rakan sekolah saya .


h.a.m.b.a
18 Februari 2012M
26 Rabiulawwal 1433H
Selatan tanah air.
[     اعلم والله]

1 ulasan:

Serunai berkata...

Catatan terlalu memberi kesan. Dalam teguran. InsyaALllah akan terima. Terima kasih di atas peringatan

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger