Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
Selawat & Salam
buat Rasulullah saw, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.
Dari
rumah saya kedengaran jelas orang
mengalunkan bacaan berzanji dari masjid. Serentak dengan itu, kedengaran
juga lafaz nikah seorang yang baru sahaja sah bergelar suami di hadapan rumah
saya . Baru sahaja selesai majlis akad nikah anak jiran saya. Esok,
berlangsungnya majlis resepsi pasangan pengantin baru bertepatan dengan
sambutan hari keputeraan Muhammad bin Abdullah saw.
Salam
kelahiran buat kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah saw.
Walau
jasadmu jauh dari kami, tetapi rohmu sentiasa menemani kami.
Duhai
Al-Amin, betapa dirimu sangat mencintai umatmu.
Sempena
sambutan Maulidurrasul ini, suka sekali saya nak berkongsi satu artikel
daripada blog ni [saya suka sangat blog ni]
“
Benci politik. Tidak suka politik. Berkecuali dalam politik. Orang-orang ini
tidak tahu apa erti politik. Dia juga tidak sedar bahawa Islam juga berpolitik.
Memilih pemimpin yang mementingkan rakyat juga adalah salah satu usaha dakwah
dalam politik. Antara kita mahu percaya ataupun tidak, politik memang satu
kepentingan.” [sedikit petikan daripada entry tersebut]
Ramai
yang marah bila PAS bekerjasama dengan DAP. Tetapi, saya hairan kenapa tidak
ada yang marah bila UMNO bergabung dengan MCA ?. Sama sahaja kedua-duanya :
Melayu + Cina.
Allah
tidak pernah menilai pada kemuliaan sesuatu bangsa. Yang mulia, hanya yang
bertaqwa.
Nota
hamba :
Membaca
sirah Rasulullah saw sering membuatkan saya kagum cara Rasulullah saw
berdakwah. Dakwahnya penuh hikmah. Tidak marah-marah. Menunjukkan sikap ramah.
Aduhai,
esok sambutan maulidur Rasul, tetapi ada malamnya kugiran pula. Daripada putar
lagu-lagu yang kurang bermanfaat, lebih baik berselawat. Bernikah itu sunnah
Rasullah. Ikutlah syariat agar ia benar-benar menjadi ibadat yang bermanfaat.
Bukannya ikut adat .
Menulis
sambil mendengar alunan nasyid Wahai Kekasih- Nazrey Johani dan Engkau Insan
Sempurna-Hijjaz
h.a.m.b.a
4 Februari 2012M
11 Rabiulawwal 1433H
Selatan tanah air.
[ اعلم والله]
* Taip semalam tapi tidak berkesempatan untuk post , saya malas nak edit tarikh juga entry*
2 ulasan:
salam....suka entry ini jugak=)...politik adlah cabang dlm Islam..memang kena amik tau dan terlibat sekali baik sbgai penyokong atau pendokong=) : Entry Terbaru : Geng Jubah
Salam kembara. Entri yang sederhana panjang. Tapi cukup mengajar. Ya, berkecuali dari politik adalah untuk yang tidak memahami soal pilitik. Yang hanya termadu atau tercandu. Terima kasih.
Catat Ulasan