Hari ini saya ingin kongsikan pada anda sebuah lagu yang saya kira sangat-sangat menyentuh hati
Ada yang kata lagu ni nukilan Allahyarham Abuya Ashaari
Hayatilah:
Engkau Cinta Agung
Aku tahu ENGKAU TUHANku
Adalah cinta agung
aku pun mahu mencintaiMU
aku tahu mencintaiMU amat perlu
Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan
aku berusaha ke arah itu
tapi cintaku padaMU Tuhan selalu terganggu
Oh banyak yang datang mengganggu
nafsuku dan syaitan terkutuk
dunia mempesona menggamit selalu
di waktu itu lupa ku padaMU
cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga
walaupun sedikit terasa indahnya
kemudian lupa lagi
adakalanya lupaku padaMU
berpanjangan sekali
kemudian sekali sekala sedar kembali
Engkau cinta agung
Engkau patut dicintai
selepas itu ku lupa lagi
begitu cintaku kepadaMU tuhan
dengan kelalaian silih berganti
Oh Tuhan
dengan hati yang sedih ini
tolonglah aku dengan rahmatMU
bantulah aku mencintaiMU
agar cinta yang palsu terkubur sendiri
itulah harapanku padaMU
Saya yakin ramai yang berusaha untuk mencintai ALLAH
Saya juga begitu,tapi ikhlaskah kita?
ALLAH jua yang menilai
Suka dengan status seorang kenalan di facebook. Statusnya sentiasa mengajak kita mencintai ALLAH dan mengingatiNYA:
"Sekarang ini banyak ku dengar orang-orang mengaku cinta kepada Allah..Tapi semua itu dusta....dusta...dusta... semata,hanya pandai berkata-kata dalam dibibir sahaja dan adakalanya untuk menunjukkan bahawa diri kitalah yang hebat dalam memperkatakan soal itu..cinta bukan mainan kata atau hanya lafazan semata-mata tetapi wajib disertakan pembuktian yang nyata.."
credit to Anak-anak Sufi
Terima kasih kerana banyak mengingatkan kami tentang ALLAH
Ilmu ahli sufi..subhanallah..
ya ALLAH, bantulah kami mencintaiMU melebihi dunia dan segala isinya.
wallahua'lam
0 ulasan:
Catat Ulasan