Ahad, 16 Februari 2014

Hati, Ke Mana Engkau Berlayar ?


Sudah lama jejariku tidak menulis, menukilkan kata-kata.
Ya, aku kehilangan kata-kata sebenarnya untuk mengekspresikan apa yang ku rasa.
Aku terjumpa satu nukilan dari sebuah blog "Allah Seeker".
Indah kata-katanya, seolah-olah aku seperti membaca luahan hatiku sendiri.




Ku terlalu merindui saat itu
Ketika kita selalu bersua
Ketika kita kerap berjumpa
Saling berkongsi duka dan tawa.

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika kita bermain bersama
Bertepuk tampar bertukar bahagia
Setiap cubitan menghangatkan jiwa
Rindu terubat tersenyum gembira.

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika aku dihimpit duka
Ketika aku diuji Dia
Ketika terasa air mataku kau seka.

Aku terlalu merindui saat itu
Menunggu di pintu menunggu kiriman
Tiap kali menjelang lebaran
Segala kiriman kini kusimpan
Tinggal kenangan menjadi tatapan
Tika keseorangan dihiris kerinduan.

Aku terlalu merindui saat itu
Setiap kerlipan seindah memori
Setiap bisikan menyentuh hati
Gadget canggih masih asing dalam kamus kami
Bukan ianya menjadi kepentingan diri
Ketika itu,
dunia kami indah sekali..

Aku takut disuatu saat nanti
Ketika salam tiada lagi berjabat
Ketika tawa tiada lagi bersambut
Ketika senyuman tiada lagi berbalas
Ketika bicara tidak lagi terdengar
Ketika aku terlalu merindui sebuah sentuhan.

Aku takut disuatu saat nanti
Ketika yang dekat terasa asing
Ketika yang jauh makin menyepi
Ukhuwwah hanya semudah memetik jari
Gusar pudar manisnya nanti



"I cannot always show it but don't doubt my love." - Outlandish


Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI

Nota hamba : Saat ini, diri seakan-akan jatuh ke lembah yang dalam . Pada siapa aku mengharap belas ihsan jika bukan padaMu , ya Allah ?

Saat hati, jiwa dan minda lelah dengan permasalahan dunia, ragam manusia juga konflik diri , aku seakan-akan mahu lari , mahu ke tempat yang jauh.

Tapi, aku tidak tahu mahu ke mana. Allah Maha Mengerti akan keadaanku. 

Aku insan yang sedang bermujahadah! Kadang-kadang aku jatuh ! Lelah , tapi tabahlah duhai hati!

Jumaat, 27 Disember 2013

Jika Mampu , Silakan .

Wafi membacakan status ustaz Pahrol di FB dengan nada yang kuat.


Seketika dia diam, dan berpaling ke arah isterinya tercinta.

“Sayang….”

“Ya….kenapa, bang?”

“Apa pendapat sayang?”

“Pendapat tentang apa, bang?”

“Po…li..ga..mi…” Wafi mengeja patah perkataan yang dianggap racun bagi setiap wanita.

“Hmm..abang, rasanya ini kali kedua abang bertanyakan soal poligami kepada saya….”

“Eh, ye ke? Bila kali pertama ?”

“Kali pertama….waktu kita dalam tempoh pertunangan..abang masih ingat jawapan saya?”

“Allah, maaflah sayang. Abang kan short term memory, tak ingat …”Wafi mengakui khilafnya.

“Baiklah abang sayang, dengarkan pendapat sayang ya…siapa sayang untuk menidakkan poligami kerana Rasulullah saw juga berpoligami, kan..dan, sayang sangat salute dengan muslimah-muslimah yang sanggup berpoligami..tapi, untuk diri sayang, sayang tak sanggup rasanya untuk dimadukan…………”

“Sayang, madu kan manis ? “ Wafi mengusik isterinya.

“Memang manis kan, bang ? tapi kerana terlalu manis, lah ada orang yang mati…”

“Mati? Tak pernah pun abang dengar orang makan madu mati, kalau “matinya semut kerana manisnya gula tu, adalah…”

“Mati hati, jiwa, fikiran…ada isteri-isteri tua yang hampir putus asa kerana kecewa dengan suaminya”

“Tapi, abang tengok, orang-orang yang berpoligami mengikut cara yang betul , tidak bermasalah…ruamhtangganya, baitul dakwah…”

“Eh, abang ni beria-ia cakap pasal poligami..abang nak nikah lagi ke?”

“Kan, sunnah, sayang ….”

“Lelaki, kalau bab poligami laju je cakap hukumnya sunnah..tapi bab aplikasi, bukan sunnah, tapi punah….”

“Perempuan pun sama, monogami je yang sunnah, kan? “

Mereka tertawa.

“Abang nak tau, pendapat sayang tadi tu, pendapat yang dulu…”

“Oh, jadi sekarang sayang bagi abang kahwin lagi?”

“Sayang rasa, sayang berlapang dada..siapa lagi nak selamatkan muslimah-muslimah di luar sana, kan?”

“Hai, macam ada green light ke ? Abang akan nikah lagi kalau………….”

“Kalau apa, bang ? suka sangat la, cakap separuh-separuh”

Wafi tersenyum. Dia memang suka mengusik isterinya begitu.

“Kalau sayang sendiri yg pinang muslimah tu, kalau sayang sendiri yg berkenan dengan muslimah tu, tapi dengan syarat mestilah untuk kepentingan Jemaah islam,tapi sebenarnya abang tak bercadang pun untuk beristri dua, cukuplah seorang utk meniup roh perjuangan ke dalam diri abang”

“Eh, abang ni kasyaf ea?”

“Erm, kenapa ? Taklah…”

“Samalah rasa hati kita..sayang pun berpendapat macam tu…..”

“BIar betul sayang ni, tak cemburu ke? Sayang jangan risau, walaupun sayang bagi green light, abang rasa, abang nak setia pada yang satu…nikah itu tanggungjawab…abang takut tak mampu nak tanggung banyak-banyak kat dunia ni, nanti kat akhirat , abang kena jawab depan Allah atas apa yang abang tanggung..dan, abang memang tak setuju dengan kaum adam yang bernikah ramai, tetapi sekadar melempiaskan hawa nafsunya sahaja, bukan untuk kepentingan Islam….”

Isterinya tersenyum . “Terima kasih, abang ..”

Nota hamba : Poligami  selalu menjadi isu lebih-lebih lagi apabila golongan agamawan yang berpoligami. Saya tak nampak ada masalah dengan isu itu. Jika memang si suami layak memenuhi kriteria untuk berpoligami, maka silakanlah. Jika tidak mampu, tak perlu, setia pada yang satu.

Selamat berwalimah buat sahabat-sahabat seperjuangan , adik junior sekolah , senior foodtech dan semuanya yang Allah telah aturkan untuk kalian yang berbaitul muslim.

Pss , tolong doakan saya , boleh ?

Monogami , Poligami kalau tak nak , jom main Monopoli , boleh hilangkan stress .Takpun, main Origami .

Selasa, 19 November 2013

You & I

"You and I "
"You and I"
"You and I See"

Beberapa potong lirik lagu You And I See nyanyian UNIC .

Ya, ini tentang kita .

You and I. Awak dan saya.

Tentang kita, tentang U dan I .

U, I.
U, I
Apa sebenarnya tu ?

A lover says " I'll be with you in all your trouble"
but
A true friend says " When I am with you, you'll have no trouble"


Antara awak dan saya, ada ikatan Iman yang mengikat untuk terus menjadi penyebab terjalinnya Ukhuwwah.

Hujuurat :10 . Masih ingat lagi ?

"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu bersaudara".

Dalil ni, memang famous setiap kali program . Semua orang hafaz. Semat dalam kepala.

Iman ini, berkadar terus dengan ukhuwwah.
Hipotesis : Semakin tinggi iman , semakin erat ukhuwwah.
                 Semakin rendah iman, semakin luntur ukhuwah.

Justeru, jika kamu merasa jauh hati dengan sahabatmu , jangan salahkan mereka.
Tudinglah jari kerana kesalahan kamu sendiri, kerna kamu sudah semakin jauh dengan pengurnia Iman , iaitu Allah.
Maka, perbaiki ukhuwah dengan mendekatkan diri kepada Allah , supaya iman meningkat, ukhuwah kembali rapat , hati semakin erat .

Biarlah kita jauh yang dekat , tapi bukan dekat yang jauh.



Nota hamba : Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
                     Sungguh, nikmat iman itu sangat indah .
                     Sahabat beriman juga satu nikmat yang tidak berbelah bagi.
                     Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?


Terharu dengan kecaknaan beberapa teman FB yang bertanya mengapa saya menyepi.
Menyepi kerana mencari identiti diri.
Kini, sudah muncul kembali.
Doakan, saya istiqamah !


Kini, saya sudah boleh menerima perpisahan jasadi bersama sahabat-sahabat.
Allah akan menguji dengan perpisahan rohani suatu hari nanti.
Himpunkan kami di JannahMu, ya Allah!

Sabtu, 16 November 2013

Awak Bila Lagi

"Awak bila lagi?"

"Bila apa?"

"Nak nikah,lah"

Yang ditanya tersenyum-senyum.

Soalan itu selalu diajukan kepada mereka yang masih bujang. Ya, hakikatnya, jodoh kita tidak tahu bila tiba waktunya. Hari pernikahan boleh ditetapkan, cuma yang menentukan jadi atau tidak, itu kerja Dia.

"Awak bila lagi?"

"Bila apa?"

"Nak mati,lah.."

Penampar sebutir kat muka orang yang bertanya.

Ya, hakikatnya, kita juga tidak tahu bila, di mana dan dengan cara apa kita akan pergi menghadap Ilahi.

Jumpa dengan Allah ketika di dunia, adalah perjumpaan setiap hari, tak boleh miss
Kena pakai cantik-cantik.
Jumpa Allah saat kita dipanggil pulang , hanya sekali, memang takkan miss
Kena pakai cantik-cantik,
dan bawa amalan yang cantik
Jumpa Allah di Akhirat nanti, itu pasti.

______________________________________________

Ramadhan 2012 M menyaksikan ramai teman saya kehilangan ibu dan ayah mereka.

Awal Januari 2013 M, sahabat saya, Nurdiyana Masri kehilangan mamanya.

Beberapa hari selepas itu, Fatihah Razmi kehilangan ayahnya.

Awal September 2013, kak Nursuhaibah Othman kehilangan ayahnya.

Tidak lama selepas itu, ayah kawan saya, Nur Atika Musa ketika di Tenggaroh dulu meninggal.

Dan, awal November menyaksikan pemergian ayah sahabat merangkap housemate saya, Nabilah Abd Salam.

Dua hari lepas, pemergian seorang sahabat dari UMK, (ex-KMJ) yang pergi menyahut seruan Ilahi kerana lemas di Lata Reyuk. Almarhum Azim Sameer, dikatakan jenazahnya berbau harum ketika mahu diangkat naik ke dalam van jenazah.

________________________________________________
Dan, saban hari, kematian dan kelahiran silih berganti.
Kejadian bunuh yang semakin meningkat di Malaysia.

Solusinya, Hudud!
Allah seolah bercakap dengan kita "selagi kamu, manusia tidak melaksanakan hukum Aku, selagi itulah kamu tak akan dapat membendung jenayah di sekeliling kamu"

________________________________________________

Fudhail Iyad yang digelar Abid Haramain, tersenyum setelah kematian anaknya. Sedangkan sebelum kematian anaknya, dia banyak mendiamkan diri. Bila ditanya kenapa dia tersenyum, jawabnya " Aku sentiasa gembira dengan taqdir Allah setiap masa, sebab itu aku senyum, untuk membuat hatiku redha"



Nota hamba : Saya rindu untuk menulis, baik di blog mahupun FB. Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan saya menahan diri daripada mengupdate status di FB.

Mohon doakan saya, saya sedang bertatih-tatih kembali mencari Dia.

Rabu, 6 November 2013

Ku Cinta .

Di antara kita, esoknya tiada siapa yang pernah tahu
Mungkin daun muda yang gugur sebelum waktu

Kelahiran dan kematian itu satu kepastian
Persis daun-daun yang menanti angin
Tiba dan pergi
Tanpa salam dan kata
Pergi jauh berterbangan

Teman, jangan gugur sebelum berjuang
Jangan rebah sebelum menggagah
Jangan undur sebelum kalah
Jangan mati sebelum mati

Dalam persiapan untuk menghadapi kehidupan , bersiap juga untuk menghadapi kematian.
Dalam persiapan untuk menerima, bersedia juga untuk kehilangan.

Ajal maut, rahsia Allah.
Mungkin, kau yang muda menyusul dahulu sebelumku.
Dan, mungkin juga aku yang tua akan pergi dahulu.

Ajal tidak mengenal erti muda, warna kulit, tegapnya badan.
Bila Allah arahkan Izrail untuk datang, waktu itu juga kita dipanggil pulang
Sama ada dalam leka bermaksiat atau sedang taat beribadat.


"Kucinta garangnya matahari kerana ia menghangatkan semangatku
Kucinta silaunya cahaya kerana ia menerangi jalanku
Kucinta dinginnya hujan kerana ia menyejukkan amarahku
Kucinta sepinya kegelapan kerna membuat aku mencari bintang
Dan, bintang itu adalah kamu"



Nota hamba : Kalam indah dari sahabat, aku nukilkan di sini.

Tahun 1435 H, menjenguk sudah. Jika ikut tahun Hijri, saya sudah lama berusia 23 Tahun.
Tapi, disebabkan lahir Disember 1990, saya masih lagi berusia 22 Tahun. Ada beberapa hari lagi sebelum menginjak 23 Tahun. Dan, memasuki JamadilAwwal 1435 H, saya sudah pun menginjak 24 Tahun.

Apa guna, hidup lama tetapi ibadat hanya sekangkang kera, bahkan dosa menggunung langit.
Lebih indah, hidup singkat, tetapi ibadat melangit luas, dosa hanya  setitis air.

#Menanti Magis, Contengan Jalanan, Anthem, dan juga aA + bB dari si dia .
Dan juga, 301113


 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger