Rabu, 6 November 2013

Ku Cinta .

Di antara kita, esoknya tiada siapa yang pernah tahu
Mungkin daun muda yang gugur sebelum waktu

Kelahiran dan kematian itu satu kepastian
Persis daun-daun yang menanti angin
Tiba dan pergi
Tanpa salam dan kata
Pergi jauh berterbangan

Teman, jangan gugur sebelum berjuang
Jangan rebah sebelum menggagah
Jangan undur sebelum kalah
Jangan mati sebelum mati

Dalam persiapan untuk menghadapi kehidupan , bersiap juga untuk menghadapi kematian.
Dalam persiapan untuk menerima, bersedia juga untuk kehilangan.

Ajal maut, rahsia Allah.
Mungkin, kau yang muda menyusul dahulu sebelumku.
Dan, mungkin juga aku yang tua akan pergi dahulu.

Ajal tidak mengenal erti muda, warna kulit, tegapnya badan.
Bila Allah arahkan Izrail untuk datang, waktu itu juga kita dipanggil pulang
Sama ada dalam leka bermaksiat atau sedang taat beribadat.


"Kucinta garangnya matahari kerana ia menghangatkan semangatku
Kucinta silaunya cahaya kerana ia menerangi jalanku
Kucinta dinginnya hujan kerana ia menyejukkan amarahku
Kucinta sepinya kegelapan kerna membuat aku mencari bintang
Dan, bintang itu adalah kamu"



Nota hamba : Kalam indah dari sahabat, aku nukilkan di sini.

Tahun 1435 H, menjenguk sudah. Jika ikut tahun Hijri, saya sudah lama berusia 23 Tahun.
Tapi, disebabkan lahir Disember 1990, saya masih lagi berusia 22 Tahun. Ada beberapa hari lagi sebelum menginjak 23 Tahun. Dan, memasuki JamadilAwwal 1435 H, saya sudah pun menginjak 24 Tahun.

Apa guna, hidup lama tetapi ibadat hanya sekangkang kera, bahkan dosa menggunung langit.
Lebih indah, hidup singkat, tetapi ibadat melangit luas, dosa hanya  setitis air.

#Menanti Magis, Contengan Jalanan, Anthem, dan juga aA + bB dari si dia .
Dan juga, 301113


0 ulasan:

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger