Sudah lama jejariku tidak menulis, menukilkan kata-kata.
Ya, aku kehilangan kata-kata sebenarnya untuk mengekspresikan apa yang ku rasa.
Aku terjumpa satu nukilan dari sebuah blog "Allah Seeker".
Indah kata-katanya, seolah-olah aku seperti membaca luahan hatiku sendiri.
Ku terlalu merindui saat itu
Ketika kita selalu bersua
Ketika kita kerap berjumpa
Saling berkongsi duka dan tawa.
Aku terlalu merindui saat itu
Ketika kita bermain bersama
Bertepuk tampar bertukar bahagia
Setiap cubitan menghangatkan jiwa
Rindu terubat tersenyum gembira.
Aku terlalu merindui saat itu
Ketika aku dihimpit duka
Ketika aku diuji Dia
Ketika terasa air mataku kau seka.
Aku terlalu merindui saat itu
Menunggu di pintu menunggu kiriman
Tiap kali menjelang lebaran
Segala kiriman kini kusimpan
Tinggal kenangan menjadi tatapan
Tika keseorangan dihiris kerinduan.
Aku terlalu merindui saat itu
Setiap kerlipan seindah memori
Setiap bisikan menyentuh hati
Gadget canggih masih asing dalam kamus kami
Bukan ianya menjadi kepentingan diri
Ketika itu,
dunia kami indah sekali..
Aku takut disuatu saat nanti
Ketika salam tiada lagi berjabat
Ketika tawa tiada lagi bersambut
Ketika senyuman tiada lagi berbalas
Ketika bicara tidak lagi terdengar
Ketika aku terlalu merindui sebuah sentuhan.
Aku takut disuatu saat nanti
Ketika yang dekat terasa asing
Ketika yang jauh makin menyepi
Ukhuwwah hanya semudah memetik jari
Gusar pudar manisnya nanti
"I cannot always show it but don't doubt my love." - Outlandish
| Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku, tidak lain kerana Allah Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya, agar tetap kakiku di jalan ini Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati, maafkan tiap khilafku Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu, tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu Kerana PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI |
Nota hamba : Saat ini, diri seakan-akan jatuh ke lembah yang dalam . Pada siapa aku mengharap belas ihsan jika bukan padaMu , ya Allah ?
Saat hati, jiwa dan minda lelah dengan permasalahan dunia, ragam manusia juga konflik diri , aku seakan-akan mahu lari , mahu ke tempat yang jauh.
Tapi, aku tidak tahu mahu ke mana. Allah Maha Mengerti akan keadaanku.
Aku insan yang sedang bermujahadah! Kadang-kadang aku jatuh ! Lelah , tapi tabahlah duhai hati!
.jpg)
0 ulasan:
Catat Ulasan