Rabu, 29 September 2010

Hayati: Jasa Bonda

Salam sejahtera buat semua pembaca yang saya muliakan.
Saban hari, saya dan sahabat-sahabat semakin sibuk dengan assignment, presentation, report [ banyak sangat ], test dan quiz
Semua tu perlu dilakukan sebelum peperiksaan akhir tiba. kami akan start peperiksaan pada 22 November 2010 - 4 Disember 2010.
Then, we're going to back home and celebrate our holidays!! Alhamdulillah.
Walaupun agak sibuk,tapi saya nak coretkan sesuatu dalam blog ni.
Sebenarnya, entry kali ni berkenaan sebuah lagu yang saya kerapkali dengar di ikim.fm, tapi masa tu macam biasa je bila dengar lagu ni.
Setelah saya pulang dari kem kuala merang,setiu untuk ahli co-memanah, saya benar-benar dapat hayati mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan yang menyanyikan lagu tu.
Malam pertama di kem tersebut, kami mendengar ceramah daripada seorang kakitangan UniSZA yang juga seorang penceramah. Nama penceramah tu, Encik Ahmad Termizi Aziz. Rupa-rupanya beliau tu abang kepada Fazli Aziz, ahli kumpulan nasyid UNIC. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, abang dan adik memang boleh jadi pelawak yang hebat. Mereka berdua sangat pandai menceriakan majlis dengan lawak yang spontan.Encik Termizi selalu ulang-ulang lagu ni semasa penyampaian ceramahnya.
Jadi,saya nak suruh para pembaca hayati makna yang tersirat dalam lagu ni:



kau dibuai mimpi dia jaga
[kita enak je tidur,tapi mak abah kita sentiasa fikir tentang anak-anak]

kau bersenang dia bekerja
[ kita duduk relaks je,online fb bila free..tapi abah mak kita kat rumah tu sibuk bekerja,walaupun sakit]

untukmu tiada terbatas
[sanggup bagi apa saja untuk kita walaupun duit tak cukup]

memberi tak minta dibalas
[mak abah tak pernah minta apa-apa daripada anak,merekalah contoh terdekat kita dalam HIDUP UNTUK MEMBERI]
ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah
[biarpun sakit, nyawa dikorbankan demi anak tersayang, rela mendengar cacian orang dan tabah hadapi pelbagai dugaan dalam membesarkan dan mendidik anak]

leterannya dari rasa luhur
[mak abah kita menegur secara terus dari hati]
menegur sebelum terlanjur
[tegur anak-anak sebelum melakukan kesalahan]
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat dihati
beringat-ingatlah berpesan pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian 
tapi tanda sayang
[marahnya mak dan abah bukan sebab tak suka pada anak-anak,tapi sebab nak tengok anak dia jadi orang berguna, bukan jadi sampah masyarakat.tapi,ramai anak salah faham]

engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
[makin kita besar, makin kita nak bebas, tak nak dikongkong oleh mak abah,rasa diri dah mampu buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan mereka]
sedang dia semakin tua
membilang usia
[mak abah pula makin tua, menanti untuk dijemput ILAHI]
di saat kau berjaya
dia tiada berdaya
[mungkin bila kita dah berjaya nanti, mereka dah tak mampu untuk bergerak atau bangun,hanya terbaring lemah]
semoga kau tak lupa 
jasa bonda
[moga kita tak pernah ketepikan mak abah kita, jangan jadi seperti kacang lupakan kulit]

Akhir kata, moga penghayatan anda itu bernilai disisi ALLAH.
Muhasabahlah kembali jawatan kita sebagai ANAK
Jawatan yang percuma je ALLAH bagi pada kita
Masa kecil-kecil jawatan tu berstatus ANAK MITHALI
Bila dah besar panjang ramai dah tukar status kepada ANAK TAK KENANG BUDI
[ingat status ANAK tu boleh tukar-tukar macam kat facebook ke?]
kalau tukar status ANAK TAK KENANG BUDI kepada ANAK MITHALI, tak apa juga.
kalau sebaliknya,lebih baik tak payah pegang jawatan ANAK 
sebab ramai bayi yang tak berkesempatan nak berbakti sebagai ANAK pada ibu dan ayah.

p/s: saya sebagai yang menulis lebih menegur diri saya sendiri agar tidak leka dengan jawatan yang ALLAH dah bagi tu.
moga kita semua berjaya jadi ANAK SOLEH!

wallahua'lam



Rabu, 1 September 2010

muhasabah hamba

Salam Ramadhan Kareem
Alhamdulillah, ALLAH masih memberi saya peluang untuk terus hidup atas muka bumi ni
DIA pinjamkan saya nyawa untuk terus menggapai redhaNYA..

Alangkah malunya diri ini andai tidak menghargai semua pemberian ALLAH
Alangkah hinanya diri kalau terus-terusan meminta dari ALLAH tapi
dalam masa yang sama terus-terusan melakukan maksiat..
Hamba jenis apa kita ini?
Hakikatnya saya lebih menegur diri saya yang hina ini..

Alangkah sedihnya kita ini menangisi perkara keduniaan lebih daripada menangisi perkara keakhiratan
Sedangkan dunia itu hanya pinjaman
Sedar tak sedar, Ramadhan semakin pergi
Tapi
Apa yang sudah kita lakukan?
Mengejar benda-benda duniawi seakan-akan benda itu kekal
Setahun hanya sekali
Itulah Ramadhan
Bukan sekadar Syawal sahaja
Seakan-akan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja
di corong-corong radio sudah kedengaran lagu raya
Apakah Ramadhan itu sekadar berpuasa kemudian raya?
Ramadhan itu satu tarbiyah yang sangat indah buat saya
Segala ujian , mehnah yang ALLAH berikan pada saya menjadikan saya tidak lupa yang saya ini memang seorang hamba
Lemah tanpa kehadiranNYA
Allah itu sangat dekat tapi kadang-kadang kita ini yang menjauhkan diri dariNYA
Walau berapa banyak dosa pun kita,
Tetap dikabulkan doa
Takkan tak terdetik rasa malu pada ILAHI?

Merasa diri hebat sedangkan kita lupa itu semua ALLAH punya
Berbangga dengan ilmu yang ada, sedangkan kita lupa ALLAH boleh hilangkan bila-bila sahaja ilmu di dada kita
Berbangga dengan ibadat, sedangkan kita lupa rahmat ALLAH yang gerakkan kita untuk melakukan ibadah
Berbangga dengan kecantikan diri, sedangkan kita lupa bila-bila masa sahaja ALLAH boleh ubah wajah kita
Kadang-kadang berbangga dengan pakaian
Aurat sudah ditutup tetapi niat di hati tidak dibersihkan
Menutup aurat semata-mata ingin dapat pujian
Sedangkan pujian itu satu ujian di mana
Kita sendiri yang akan menanggungnya di akhirat sana
Memandang diri hebat dan mulia sebab banyak amalan, banyak nikmat yang ALLAH bagi
Siapa tahu
Amalan itu ibarat debu, sebab dihiasi dengan riak, ujub
Siapa tahu
nikmat itu sebenarnya istidraj
ALLAH bagi sebab nak bagi kita makin terpesong
Adakah kita ini Firaun abad millenium?
Selalu lupakan ALLAH,
Selalu rasa diri ini bersih daripada dosa
Dan
Merasakan orang lain lebih banyak dosa daripada kita
Kita lupa, kita takabbur
Ingat!
Siapa takabbur pasti lebur!!
Semua insan itu hamba ALLAH
Sehina mana pun dia di mata manusia
Sekali dia merintih
ALLAH pasti dan pasti akan dengar
Sebab
ALLAH suka mendengar rintihan seorang hamba
ALLAH lebih suka kalau kita merintih padaNYA
Tapi kita?
Suka merintih dan mengadu pada manusia
Jadi ALLAH itu untuk siapa?
ALLAH tak perlukan kita
Tapi kita yang hina dan dhaif ni perlukan ALLAH
Yakinkah kita pertemuan dengan ALLAH?
Kalau yakin kenapa masih banyak tertawa?
Kalau yakin kenapa masih terus-terusan sedih dengan ujian dunia?
Ujian itu satu nikmat
Sedangkan nikmat itu satu ujian
Tapi kita?
Terlalu inginkan nikmat dari ujian
Bila dapat nikmat, lupa pada yang memberi nikmat

Kita ini..
Selalu lupa mati
Hebat sangatkah kita
Kebal sangatkah kita untuk hadapi seksa kubur?
Siapa tahu saat sakaratul maut..
Wajah cantik yang ALLAH kurniakan ini berubah bentuk
Siapa tahu saat sakaratul maut..
Badan yang kurus menjadi berat mayatnya
Siapa tahu saat sakaratul maut
Kulit yang cerah menjadi hitam?
Pernah terfikir kemungkinan yang akan berlaku?
Sesungguhnya dengan rahmat ALLAH dan amalan kita sahaja yang mampu menolong kita

ALLAH ampuni kami...
Kami ni banyak dosa
Kami ni tak layak nak masuk syurga
Tapi
Kami ni tak mampu nak hadapi azab neraka
Matikanlah kami sebagai seorang muslim
Peliharalah aib kami semasa hidup dan setelah mati
Pertemukanlah kami dengan Rasulullah dan Para Sahabat
Walaupun kami tahu kami ni tak layak untuk berjumpa mereka

ALLAH
Rasakanlah dalam hati kami kehinaan dan kehambaan
Selagi kami masih bergelar hambaMU
Rasakanlah dalam hati kami kekhusyukan dan keikhlasan
Ketika kami melakukan ibadatMU
Rasakanlah dalam diri kami
Yang kami ini lebih hina daripada hambaMU yang lain
Rasakanlah dalam diri kami
Saat bersamaMU itu lebih indah
Daripada saat kami bersama manusia

ALLAH
Terimalah amalan kami
Walaupun amalan kami macam kain buruk
Makbulkan doa kami
Kalau bukan Engkau yang makbulkan siapa lagi?
Ampunkan dosa kami
Kalau bukan Engkau yang ampunkan siapa lagi?

Teringat kata-kata tok guru:
" inni abduk, wa enta rabbi"
Sesungguhnya aku ini hambaMU dan Engkau Tuhanku

Jadi,siapa kita disisi ALLAH?

Sama-sama koreksi diri
Moga berjumpa malam Lailatulqadr
Moga ini bukan Ramadhan terakhir kita

p/s: doakan perjalanan saya ke Johor malam ini baik-baik sahaja

wallahua'lam





Khamis, 19 Ogos 2010

saat aku dibacakan talkin...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur pada ALLAH sudi memberikan nikmat iman dan islam pada saya, dan sudi memberi kesempatan pada saya untuk hidup lagi. Alhamdulillah, seminggu saya dan sahabat-sahabat mengharungi minggu yang sibuk ni.Fasa pertama bulan Ramadhan sudah pun berlalu.. Sahur pagi tadi,memang rezeki saya, ukhti Syahira belanja makan nasi goreng dan akak senior saya merangkap housemate saya sudi bagi kek yang mereka buat sendiri untuk subjek food bakery. Sedap sangat...kek mocha tak silap saya. Untuk sahabat-sahabat, kek tu ada lagi, nanti berbuka, saya bawa ye....kita makan suap-suap ea...

Tergerak untuk mengajak sahabat muhasabah diri di pagi Jumaat ni.
M.A.T.I

Perkara yang paling dekat dengan kita, tapi ramai yang tak sedar. Lihat saja bulan Ramadhan ni, ramai yang sudah kembali ke pangkuan ILAHI....saya akui kadang-kadang terlalu sibuk menguruskan kehidupan dunia sampai terlupa tentang mati.Sebenarnya, kita sudah dikira takabbur apabila mengatakan :" esok pasti aku akan hidup lagi, esok aku nak pergi shoppingla..dan pelbagai esok lagi".Kita selalu mengungkapkan kata-kata itu seolah-olah kita sangat yakin yang esok confirm kita akan hidup lagi, sedangkan berapa ramai orang yang tidur tak bangun-bangun?

"Hakikatnya,kita semua sudah ditunangkan dengan maut, cuma kita tidak tahu di bila dan di mana majlis perkahwinan kita berlangsung. Pakaian putih sudah dijahit,cuma tidak tahu bila hendak disarung, bersediakah kita mengharungi alam rumahtangga kegelapan?"

Saya sangat suka ayat tu...mendalam maknanya jika dihayati dengan sebenar penghayatan..

Bersyukurlah sesiapa yang sentiasa mengingati mati.
Mati itu penghapus kelazatan
Mati itu pasti
Mati itu sentiasa mengejar kita
Mati itu sentiasa mengintai kita
Mati itu peringatan buat kita yang masih hidup
tapi,
Kita selalu melupakan mati
Kita selalu merasakan esok kita akan hidup lagi
Kita lupa yang mati itu boleh datang secara tiba-tiba
Kita tak sedar yang sebenarnya malaikat maut sentiasa menjenguk kita

Mati itu satu proses yang sangat sulit..
Sakaratul mautnya
Saat malaikat munkar nakir datang
Azab dalam kubur di mana hanya yang mati sahaja yang merasai seksanya untuk menghadapi azab itu..
Keseorangan tanpa ada mak, ayah , adik beradik, sahabat untuk membantu kita..
Ya ALLAH,bila fikir semula...
Tak sanggup nak hadapinya..tapi kita PASTI menghadapinya
Ingatlah mati selalu agar apa jua yang kita lakukan kita sandarkan pada ALLAH
Ingat mati akan menghalang kita daripada melakukan dosa

Sebenarnya, saya ingin mengajak anda menghayati satu cerpen yang saya jumpa..
Mungkin ,itulah keadaan kita saat malaikat maut datang mencabut nyawa kita..
Renungkan..

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh, nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap .... Asyhaduallailahaillallah.." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat" jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku. "Yassin....". bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang.

Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut?????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak?

Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas..". tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang, "Nenek.....". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu.....". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi....". Ayah....kau datang ayah....". "Matilah dalam agama yahudi anakku. matilah dalam agama nasrani.

Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubah laku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang, mengucap. Ashaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya paying hijau, katanya "Mari ikut kami". cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk. dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah...".

Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.

Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya......jijik, loya, aku rasa..... teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?" "Tidak, jawabku tegas.

Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji......". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak.

Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.

Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku?? Aku malu.... malu.... malu.... !!!!".

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwainnailaihi rajiuuun....... Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan. "Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!



Suka saya untuk mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat..

tiada siapa yang akan tolong kita melainkan amalan kita sendiri dan rahmat ALLAH

menjeritlah sekuat manapun dalam kubur, tiada siapa yang akan dengar!!

hanya haiwan-haiwan yang tidak berakal itu yang akan dengar

tapi, mereka juga tak mampu nak tolong kita!!


Justeru itu, sementara nyawa masih ada, TOLONGLAH DIRI SENDIRI atas dunia ini,nescaya ALLAH akan tolong kita..

wallahua'lam

Khamis, 12 Ogos 2010

ANDAI INI RAMADHANKU YANG TERAKHIR...

Salam Ramadhan, Salam Jumaat.....alhamdulillah,berkesempatan lagi untuk berkongsi sesuatu dengan anda selagi jasad masih bernyawa.....minggu ini agak sibuk sebab saya akan menghadapi banyak ujian -test food microb, test calculus, test entrepreneurship..lab report mikrob mesti dibuat..dan assignment food engineering,ha! kuiz food biochem..

semalam berkesempatan menunaikan solat terawih, ada hikmah saya diberikan rahmat oleh ALLAH untuk pergi ke masjid. sempat berkenalan dengan seorang adik yang berusia 6 tahun, tapi subhanallah..akhlaknya mulia..pasti ditarbiyah dengan baik oleh ibu ayahnya...benarlah..anak itu satu amanah,corakkannya dengan corak kehidupan akhirat....pasti ALLAH permudahkan segalanya...

sekadar mengajak anda menghayati satu puisi yang diambil daripada facebook sahabat saya semasa di Kolej Matrikulasi Johor...hayati....

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri..

Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati..

Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi..

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali..

Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi..

Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi..

Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi..

Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir..

Tentu siangnya aku sibuk berzikir "a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"..

[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]

Biarpun anak tekakku kering kehausan air..

Tentu aku tak akan jemu melagukan syair..

Rindu mendayu..Merayu...Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir..

Tentu solatku dikerjakan di awal waktu..

Solat yang dikerjai...Sungguh khusyuk lagi tawadhu..

'Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri..

Mengadap Rabbul Jalil...Menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir..

Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu..

Setiap masa tak akan dipersia begitu saja..

Di setiap kesempatan juga masa yang terluang..

Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan..

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir..

Tentu malammu aku sibukkan denganBerterawih...

Berqiamullail...Bertahajjud...Mengadu...Merintih...Meminta belas kasih....

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...

Kasihanilah daku hamba-MU yang...

Hina..

Dhaif..

Jahil..

Lagi Banyak Dosa ini..

Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..

Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..

Moga ku istiqamah di Ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR.........



Khamis, 5 Ogos 2010

Bila Muslimah Jatuh Cinta

Alhamdulillah,masih diberikan ALLAH kesempatan untuk menjadi hambaNYA sehingga hari ini.Dalam diam tak diam,hanya beberapa hari lagi sahaja kita akan bertemu dengan Ramadhan.Banyak kemungkinan yang boleh berlaku dalam beberapa hari itu.Segeralah bersiap sedia untuk menghadapi Ramadhan,setahun sekali sahaja kita bertemu dengannya.Raikan kedatangannya sebaik mungkin.

Kali ini,bukanlah saya ingin berbicara mengenai Ramadhan,tetapi saya ingin berkongsi dengan anda satu pesanan khas mengenai muslimah.Bukan apa,sejak akhir-akhir ni,kerap ditanya insan yang dirinya diminati ramai muslimin.Saya jumpa di satu blog ex-student DARUL QURAN.Tertarik sekali dengan pesanan buat muslimah tu.

Untuk semua Muslimah,hayatilah........

Muslimah Jatuh Cinta??

Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...
Bukankah cinta adalah fitrah manusia???
Tak pantaskah Muslimah jatuh cinta???
Mereka juga punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...

Namun sebaliknya...

Ketika Muslimah Jatuh Cinta...

Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...

Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuahr asa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Muslimah Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,
kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangkah kasihannya jika Muslimah jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…

untuk semua Muslimah..moga apa yang sedikit itu ada ibrahnya.sama-sama berpesan.muslimah itu bisa menggoncang iman kaum muslimin..berhati-hatilah dalam menghadapi zaman fitnah ini..

wallahua'lam..

post sebenar di blog http://hidayahyussof.blogspot.com/


 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger