Saban hari, saya dan sahabat-sahabat semakin sibuk dengan assignment, presentation, report [ banyak sangat ], test dan quiz
Semua tu perlu dilakukan sebelum peperiksaan akhir tiba. kami akan start peperiksaan pada 22 November 2010 - 4 Disember 2010.
Then, we're going to back home and celebrate our holidays!! Alhamdulillah.
Walaupun agak sibuk,tapi saya nak coretkan sesuatu dalam blog ni.
Sebenarnya, entry kali ni berkenaan sebuah lagu yang saya kerapkali dengar di ikim.fm, tapi masa tu macam biasa je bila dengar lagu ni.
Setelah saya pulang dari kem kuala merang,setiu untuk ahli co-memanah, saya benar-benar dapat hayati mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan yang menyanyikan lagu tu.
Malam pertama di kem tersebut, kami mendengar ceramah daripada seorang kakitangan UniSZA yang juga seorang penceramah. Nama penceramah tu, Encik Ahmad Termizi Aziz. Rupa-rupanya beliau tu abang kepada Fazli Aziz, ahli kumpulan nasyid UNIC. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, abang dan adik memang boleh jadi pelawak yang hebat. Mereka berdua sangat pandai menceriakan majlis dengan lawak yang spontan.Encik Termizi selalu ulang-ulang lagu ni semasa penyampaian ceramahnya.
Jadi,saya nak suruh para pembaca hayati makna yang tersirat dalam lagu ni:
kau dibuai mimpi dia jaga
[kita enak je tidur,tapi mak abah kita sentiasa fikir tentang anak-anak]
kau bersenang dia bekerja
[ kita duduk relaks je,online fb bila free..tapi abah mak kita kat rumah tu sibuk bekerja,walaupun sakit]
untukmu tiada terbatas
[sanggup bagi apa saja untuk kita walaupun duit tak cukup]
memberi tak minta dibalas
[mak abah tak pernah minta apa-apa daripada anak,merekalah contoh terdekat kita dalam HIDUP UNTUK MEMBERI]
ingin dibinanya untukmu
kehidupan yang sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah
[biarpun sakit, nyawa dikorbankan demi anak tersayang, rela mendengar cacian orang dan tabah hadapi pelbagai dugaan dalam membesarkan dan mendidik anak]
leterannya dari rasa luhur
[mak abah kita menegur secara terus dari hati]
menegur sebelum terlanjur
[tegur anak-anak sebelum melakukan kesalahan]
itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat dihati
beringat-ingatlah berpesan pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang
[marahnya mak dan abah bukan sebab tak suka pada anak-anak,tapi sebab nak tengok anak dia jadi orang berguna, bukan jadi sampah masyarakat.tapi,ramai anak salah faham]
engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
[makin kita besar, makin kita nak bebas, tak nak dikongkong oleh mak abah,rasa diri dah mampu buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan mereka]
sedang dia semakin tua
membilang usia
[mak abah pula makin tua, menanti untuk dijemput ILAHI]
di saat kau berjaya
dia tiada berdaya
[mungkin bila kita dah berjaya nanti, mereka dah tak mampu untuk bergerak atau bangun,hanya terbaring lemah]
semoga kau tak lupa
jasa bonda
[moga kita tak pernah ketepikan mak abah kita, jangan jadi seperti kacang lupakan kulit]
Akhir kata, moga penghayatan anda itu bernilai disisi ALLAH.
Muhasabahlah kembali jawatan kita sebagai ANAK
Jawatan yang percuma je ALLAH bagi pada kita
Masa kecil-kecil jawatan tu berstatus ANAK MITHALI
Bila dah besar panjang ramai dah tukar status kepada ANAK TAK KENANG BUDI
[ingat status ANAK tu boleh tukar-tukar macam kat facebook ke?]
kalau tukar status ANAK TAK KENANG BUDI kepada ANAK MITHALI, tak apa juga.
kalau sebaliknya,lebih baik tak payah pegang jawatan ANAK
sebab ramai bayi yang tak berkesempatan nak berbakti sebagai ANAK pada ibu dan ayah.
p/s: saya sebagai yang menulis lebih menegur diri saya sendiri agar tidak leka dengan jawatan yang ALLAH dah bagi tu.
moga kita semua berjaya jadi ANAK SOLEH!
wallahua'lam
0 ulasan:
Catat Ulasan