Selasa, 19 Mac 2013

Aku Di Tengah

Dua insan yang diuji dalam percintaan

Aku ditengah-tengah mereka.

Yang ini, bicaranya begini.

Yang satu lagi, bicaranya begitu.

Kudengar suara di telinga kanan berbisik "carilah cara, damaikan mereka"

Di telinga kiri, kudengar " Baguslah tu, kau jadilah batu api. Biar yang lagi satu tu benci kat dia. Dan, dia akan sayang kau lebih "

Aku masih sedar . Aku lebih menangkap apa yang dibisikkan di telinga kananku.

Aku tidak mahu jadi batu api untuk memusnahkan cinta mereka.

Biar mereka bercinta, aku bahagia melihatnya.

Hanya doa yang mampu aku titipkan. Moga kalian bercinta hingga ke syurga.

Cemburu ? Oh, mudah-mudahan tidak ada kerna aku menyintai kedua-duanya.

Walau aku tahu, aku lebih awal hadir dalam hidupnya berbanding dia.

Tapi, tidak mengapa, hati itu Allah yang pegang.



Nota hamba : Cinta itu sering teruji, bukan ? Hatta cinta kepada DIA pun . Apalagi cinta manusia yang hina .

Wahai kamu, aku tidak suka sebenarnya melihat kalian begini. Carilah solusi antara kalian, kerana solusi dari aku adalah doa buat kamu berdua agar bahagia hingga ke syurga .

0 ulasan:

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger