membuat saya terfikir betapa hebatnya mereka berhadapan dengan mush-musuh yang nyata dengan semangat keimanan yang tinggi. Tidak ada rasa gentar di hati saat berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang bersenjatakan bom, kereta kebal , M16 dan pelbagai lagi senjata moden teknologi terkini.
Saya jamin, musuh-musuh nyata yang kelihatan jelas di hadapan mereka pun takut akan keberanian mereka, sudah pasti musuh-musuh batin juga takut dengan mereka.
Mereka sudah mampu menewaskan musuh-musuh batin, sebab itu, tidak punya masalah untuk menumpaskan musuh-musuh nyata walaupun hanya dengan sekecil-kecil senjata,batu.
Kuncinya, tumpaskan musuh dalaman kita dahulu, baru kita mampu menewaskan musuh luaran.
Ya, apabila nafsu mampu ditundukkan, baru musuh-musuh Islam seperti Israel mampu kita kalahkan. Umat Islam itu kuat, tetapi dek kerana terbuai dengan hasutan syaitan dan ajakan nafsu ke arah kemungkaran serta diserang dari sudut pemikiran, sebab itu, akhir zaman ini, kemenangan masih belum ditemui . Islam akan menang, tapi siapa yang akan menggerakkan usaha untuk ke arah kemenangan itu, kalau bukan kita?
Makan pasta dan minum kopi di dinding sahabat FB,
“Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa. Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam.”
Wasiat Louis IX
Serangan pemikiran yang dimaksudkan sudah berkembang di Malaysia bukan hanya dibarisi oleh bukan Islam itu sendiri tetapi turut didukung oleh Muslim.Realiti umat pada hari ini.
Kata-kata Louis IX membenarkan kata-kata seorang lagi tokoh Barat yang lain :
"Umat Islam takkan mampu ditewaskan dengan senjata dan peperangan, tetapi mereka mampu ditewaskan dengan arak dan wanita"
Lihat, betapa Barat mengkaji kita. Menjadikan umat Islam sebagai bahan kajian . Masih mahu terlena?
Tak payahlah cakap Malaysia ni, banyak sangat maksiat, kalau kita sendiri masih menjadi penyumbang kepada perkara-perkara sebegitu. Tonton drama-drama yang tidak ada motif. Tonton rancangan-rancangan lawak. Untuk apa semua itu? untuk release tension? Bahkan menjadikan hati makin gelap kerana banyaknya ketawa. Bila hati gelap, hati tidak sensitif dengan dosa .
Melihat susana kemeriahan di FB terutamanya wall anak-anak muda, masih ramai lagi yang suka melayan perasaan cinta mereka berbanding memikirkan masalah umat. Bila mahu bangun?
Kalau kita bercerita, nanti mulalah cakap " Tak minatlah soal politik ni."
Masalahnya, ini bukan persoalan politik, tapi kesedaran bersama. Lebih dari politik. Ini masalah umat Islam yang semakin lemah.
Teringat saya pada seorang teman bila saya bercerita soal negara dan isu-isu semasa, katanya " Akak tak minat,la politik-politik ni"
Tapi, alhamdulillah, sekarang nampaknya dia sudah berminat . Saya bukan mahu mengajak kalian berpolitik, tetapi kalian kata, Malaysia itu, Malaysia ini..Maka, mari bersama-sama cakna isu semasa di Malaysia.
Muhasabah Umat Muhammad
Akhir zaman, kuantiti umat Islam bertambah, namun, kualitinya berkurang.
Ramai, tetapi umat buih.
Awal zaman, kuantiti umat Islam sedikit, namun kualitinya banyak.
Sedikit, tetapi umat gemilang.
Jangan berbangga pada kuantiti jika kualitinya kurang kerana umat awal zaman, kuantiti yang sedikit itu, seringkali menang kerana kualiti ke"ISLAM"AN dan ke"IMAN"an mereka.
ya, Rasulullah, kamikah umat buih itu?
Nota hamba :
1] Menulis dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang, sedikit takut disebabkan ceiling-ceiling terangkat . Biasalah , duduk di puncak awan.
2]Saya minat politik sejak berusia 9 tahun. Padahal waktu tu, mak dan abah saya tak pernah bercerita pasal politik pada saya.
3]Pengalaman menyeramkan di Musolla Farabi malam tadi, usai sahaja sesi tayangan video "Shift Your Paradigm"
Pertama kali bersama sahabat-sahabat, handle seorang muslimat yang diganggu makluk halus.
Merenung saya sambil berkata " Kau takut eh?" "Aku nak datang bilik kau".
Allahurabbi. Letih . Penat . Menggigil-gigil tangan memegang budak itu setelah hampir 1 jam bertarung . Sahabat-sahabat yang lain juga menggigil dan ketakutan . Maklumlah, kami perempuan dan pertama kali berhadapan situasi sebegitu.
Sampai sekarang, saya masih ingat renungan matanya . Dan, saya sangat berterima kasih pada "benda" itu sebab mengajar saya erti keikhlasan dan kemantapan aqidah .Benarlah, hanya Allah sahaja yang patut kita takuti .
Dan, banyak lagi dialog-dialog "benda" tu yang melekat di minda saya berserta renungan matanya.
h.a.m.b.a
11Safar 1434 H
24 Disember 2012 M
Dalam bilik keseorangan bertemankan ayat-ayat Ruqyah
Kusza, banjir . Mari nikmati keindahan alam.
.jpg)
0 ulasan:
Catat Ulasan