Selasa, 6 November 2012

Bila Sendiri.



Sendiri, uzlah itu penting untuk muhasabah kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang kita hidup.



"sendiri aku sendiri"
"sendiri bertemankan sepi"

Pernah dengar lagu tu? Maknanya mendalam pada saya.

"Bila sendirian, fikiranku buntu"

* Saya bukan nak ajak kalian bernasyid dan cari semua lagu yang ada perkataan sendiri.

Cuma, bila bersendirian, sangat berkait rapat dengan  persoalan taqwa dan iman dalam diri.

Bila bersendirian, bagaimana kita ?

Orang yang punya taqwa yang tinggi, walau bersendirian, dia takut untuk melakukan kesalahan sebab dia tahu ada CCTV 24 Jam yang maha memerhati tanpa henti. Sebab itu, CCTV terbaik, Allah .

Sebab itu, pada saya, jika semua orang punya ketaqwaan yang tinggi, tidak perlu bazirkan duit untuk letak CCTV banyak-banyak sebab taqwa itu menjadi pembenteng terbaik .


"Thauban meriwayatkan satu pesanan junjungan , bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Aku sangat jelas mengetahui bahawa ada golongan dari umatku yang akan datang pada hari Qiyamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah akan menjadikannya seperti debu-debu berterbangan."

"Thauban bertanya : “Wahai Rasulullah, ceritakanlah tentang mereka kepada kami dan beritahulah kami lagi, supaya kami tidak menjadi seperti mereka.”

"Baginda menjawab pertanyaan mereka;

“Mereka adalah saudara kamu dan dari kaum kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu (qiamulail), tetapi mereka adalah orang yang apabila mereka bersendirian, mereka akan melanggar larangan Allah.”

(Hadis Riwayat Ibn Majah)


Anda rasa tertembak dengan hadis ini?

Alhamdulillah, itu petanda anda punya iman.

Sama-sama kita perbaiki diri agar amalan kita tidak menjadi seperti debu yang berterbangan.


 Ayat 23 Surah Furqaan : Elak santau .


Kalau "suci dalam debu" macam mana pula ya?



Nota hamba : Sudah lama mahu menulis entry yang sudah lama ideanya berada di minda, tapi belum berkesempatan. Dan, entry itu lebih kurang entry yang ini cuma ada analoginya.

Oh, semalam group Product Development saya telah menghasilkan sushi veggie patty . Baru first trial . Cuma nak bagitahu, indah rupa dari rasa . Doakan kami, ya!





Yang bentuk hati dan strips macam guli itu, saya yang buat. Yang lain-lain itu, hasil gabungan idea bersama 2 orang classmates. Product asal yang ada "sayur hijau"tengah-tengah tu. Nak tempah ? Formulation pun masih dalam proses ^^. Belajar untuk cipta produk baru .



h.a.m.b.a
22Zulhijjah 1433H
7November2012M
Usai kelas Fiqh Islami

0 ulasan:

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger