Khamis, 2 Disember 2010

Pengurusan Cinta




Hari ni hari Jumaat. Alhamdulillah, bernyawa lagi untuk terus hidup atas muka bumi ALLAH ini.
Hari ni, saya nak cerita tentang CINTA.
Tajuk ni memang sangat famous lebih-lebih lagi di kalangan remaja
Remaja + cinta = sangat sinonim

Semalam, usai solat Isya', saya dan ukhti Emerald menziarah seorang sahabat. Alhamdulillah. sambil makan, kami dengar satu ceramah bertajuk Pengurusan Cinta. Tapi, saya tak ingatlah pula siapa penceramahnya. Mana yang saya sempat hadam, saya kongsikan ye. Ceramah tu lebih ditekankan kepada mahasiswa mahasiswi agar tidak hanyut dalam cinta. Pengurusan berdasarkan syara'.Seronok sangat dengar. Contoh-contohnya pula berdasarkan kisah benar penceramah dan juga siswa siswi yang mengadu masalah pada penceramah tersebut. Kebanyakannya contoh Islamik.
Ingat! pelajar yang ada fikrah Islam pun, boleh hanyut apalagi mereka yang tidak ditarbiyah...

Sahabat saya juga ada bercerita kepada saya tentang seorang pelajar Muslim yang sangat-sangat menjaga pandangan mata ketika berada di sekolah agama, tapi kini akhirnya sudah tidak ada sikap seperti itu kerana gara-gara bercouple. Dia kini sudah bosan menjadi baik, sebab katanya "kalau jadi baik, berat sangat ujian..baik aku macam ni". Sedih sangat saya dengar cerita tu. Kisah benar,wahai para pembaca. Sedih! kerana gara-gara cinta segala-galanya musnah.Sedih juga kerana dia punya fahaman agama. Doakanlah agar pemuda itu diberikan petunjuk oleh ALLAH kembali.

Ada beberapa situasi yang saya kira boleh kita ambil ibrahnya daripada ceramah ustaz yang saya dengar tu.

Situasi 1:
Jika ada seseorang muslimin yang minat pada seorang muslimat, jangan terus jumpa muslimat tu dan cakap direct kat dia " ana suka kat enti,la". Ustaz tu kata, hati wanita ni lain. Bila dah jadi macam tu, si muslimat ni akan terfikir-fikir dan akan mengganggu hati dan amalan-amalan dia. Juga sangat-sangat mengganggu hubungan dia dengan ALLAH. Cara terbaik, cari orang tengah atau jumpa keluarga muslimat tersebut tanpa pengetahuan muslimat tadi. Ustaz tu cakap juga, dalam berusaha, doa adalah yang terbaik sebab hati manusia ni ALLAH yang pegang.

Situasi 2:
Ada satu hadis Rasulullah saw yang bagitahu kita, kalau ada antara kita yang jatuh cinta, tapi mendiamkan sahaja sehingga dia meninggal dunia, dia mati syahid.
Ada seorang abid suatu ketika dulu yang sangat mencintai seorang wanita tetapi hanya dipendamkan sahaja. Kecintaan yang mendalam menyebabkan si abid tadi jatuh sakit. Namun ,dia tetap memilih untuk mendiamkan diri dan sabar atas sakit yang menimpanya walaupun dia tahu wanita yang dicintai tadi akan berkahwin tidak lama lagi. Akhirnya, si abid itu meninggal dunia.
Subhanallah! hebat,kan si abid,tu?

Nak bagitahu kat sini, jika ada seorang muslimin yang minat seorang muslimat, dan dia tahu muslimat itu sudah dipunyai muslimin lain, jangan bersedih hati dan jangan kecewa yang keterlaluan sangat. Seolah-olah tidak redha dengan ketentuan ALLAH. Mengapa tidak mahu mencontohi sikap si abid tadi?
Nanti ada pula yang cakap: "aku bukan abid...aku ni manusia biasa je, ada hati dan perasaan..kau tak alami boleh ar cakap sedap.."
Ok,baik! Ingatlah "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
Tak yakin dengan janji ALLAH? tanya balik pada diri..
Katanya mengaji Al-Quran....fikirlah sendiri..

Situasi 3:
Bila ada seorang muslimat yang minat seorang muslimin..dan dia menggunakan orang tengah untuk menyampaikan tujuannya. dan..muslimin yang diminati tadi tidak mahu menerima..maka berhak untuk muslimin tadi menolak dengan cara yang beradab, cara yang baik. Dan paling baik lagi, carikan muslimin yang lebih baik untuk muslimat tadi. Tidaklah mengecewakan hati sesiapa. insyaALLAH.




p/s: Saya menulis secara umum. tidak spesifik pada seseorang. Andai ada yang terasa, mohon maaf kerana saya hanya insan biasa.

wallahua'lam

1 ulasan:

Addin berkata...

jika menyimpan perasaan pd seseorg, rahsiakan... suke :) itu y tbaik. krn mana tau si dia sudah bpunya, atau mana tahu kita mgkin dtakdirkan dgn org lain.

yakin, ALlah akan hilangkan rs kecewa itu, dan dgantikan dgn perasaan y tlebih2 lg buat bakal psgn kita y sebenar kelak, insya Allah~

remaja+cinta = sgt sinonim.

benar. rs cinta tak perlu dicari dan dipelajari. syukran atas perkongsian y bmanfaat di Hari Penuh Kemuliaan ini.

gd luc utk calculus. fhm kan note, insya Allah bole. doakan ana juga. esok Database. final project ta siap lg :( groupmate sume da sepakat na bt lepas exam habis esok :( da la ahad ptg trus bentang. mmg ta tdo mlm la ana~

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger