Pagi tadi, berkesempatan tonton Tanyalah Ustaz yang bertajuk : Remaja dan Cabaran. Penyampainya ialah Ustaz Mohamed Hanafi b. Abdul Malik. Saya suka cara beliau. Santai dan suka mengaitkan situasi sekarang dengan situasi di zaman Rasulullah dan para sahabat.
Antara point yang paling masuk dalam fikiran saya ialah tentang propaganda barat untuk menjatuhkan umat Islam terutamanya para remaja.
Ustaz Hanafi kata ada 5 S dan 5 F yang menyebabkan remaja Islam hari ini lemah.
5 S itu adalah :
-song
-seks
-scheme
-screen
-sport
5 F pula :
-finance
-food
-film
-fun
*f yang lagi satu ni saya terlupa. insyaALLAH,kalau ingat nanti saya khabarkan semula.
Ustaz tu ada bagitahu juga, rupa-rupanya gula-gula pun propaganda mereka. Sebab, bila kita makan gula-gula, kita akan kemam. Otak kita akan tafsirkan yang gula-gula itu manis, manis, dan manis. Lidah kita akan lebih sensitif pada benda manis. Di sebalik itu,ada maksud yang tersirat. Seseorang yang selalu makan gula-gula, akan menjadikan dirinya sensitif di mana ada dua sikap dalam dirinya, sama ada salah satu atau kedua-duanya iaitu : Silence and Violence.
Lagi satu, minuman berkafein. Contohnya kopi. seperti yang kita sedia maklum, minuman berkafein ni menjadikan kita segar dan tak mengantuk. Bila tak mengantuk terutamanya waktu malam, susah nak tidur, mulalah keluar malam dan berpeleseran. tak semua yang begitu, tapi ada kemungkinan,kan? dan perlu diingat, kopi juga mampu meningkatkan keinginan seks.
Orang barat dan orang yahudi juga tahu, orang islam yang berjuang di jalan ALLAH akan masuk syurga. Tetapi, orang Islam yang mati dalam keadaan dia berhutang, rohnya akan tergantung di langit. Sebab itu, mereka memperkenalkan sistem faedah atau bunga, senang cerita, riba'lah. Jadi,fikir-fikirlah sendiri ye.
Ustaz juga bercerita tentang ketokohan remaja zaman sirah dulu. Salah satunya ialah Imam Syafie. saya sangat mengagumi Imam Syafie dan Imam Ghazali. Ustaz tu kata, cuba hayati sirah mereka. Imam Syafie, khatam Quran sewaktu berusia 4 tahun dan menjadi hafiz semasa berusia 8 tahun. Pada 12 tahun, dia menjadi mufti. Subhanallah, hebat, bukan? 12 tahun, kalau di negara kita, alahai..masih budak-budak lagi. Main entah apa-apa. Bila ditegur, ada yang berkata :" takpela, diorang tu budak lagi". Waktu tengah budak ni lah nak didik. Dah besar esok, susah. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Jika ada tambahan, silalah berkongsi ilmu.


1 ulasan:
salam, thanks atas perkongsian ni dik. good info.=D
Catat Ulasan