Wafi membacakan status ustaz Pahrol di FB dengan nada yang
kuat.
Seketika dia diam, dan berpaling ke arah isterinya tercinta.
“Sayang….”
“Ya….kenapa, bang?”
“Apa pendapat sayang?”
“Pendapat tentang apa, bang?”
“Po…li..ga..mi…” Wafi mengeja patah perkataan yang dianggap
racun bagi setiap wanita.
“Hmm..abang, rasanya ini kali kedua abang bertanyakan soal
poligami kepada saya….”
“Eh, ye ke? Bila kali pertama ?”
“Kali pertama….waktu kita dalam tempoh pertunangan..abang
masih ingat jawapan saya?”
“Allah, maaflah sayang. Abang kan short term memory, tak
ingat …”Wafi mengakui khilafnya.
“Baiklah abang sayang, dengarkan pendapat sayang ya…siapa
sayang untuk menidakkan poligami kerana Rasulullah saw juga berpoligami,
kan..dan, sayang sangat salute dengan muslimah-muslimah yang sanggup
berpoligami..tapi, untuk diri sayang, sayang tak sanggup rasanya untuk
dimadukan…………”
“Sayang, madu kan manis ? “ Wafi mengusik isterinya.
“Memang manis kan, bang ? tapi kerana terlalu manis, lah ada
orang yang mati…”
“Mati? Tak pernah pun abang dengar orang makan madu mati,
kalau “matinya semut kerana manisnya gula tu, adalah…”
“Mati hati, jiwa, fikiran…ada isteri-isteri tua yang hampir
putus asa kerana kecewa dengan suaminya”
“Tapi, abang tengok, orang-orang yang berpoligami mengikut
cara yang betul , tidak bermasalah…ruamhtangganya, baitul dakwah…”
“Eh, abang ni beria-ia cakap pasal poligami..abang nak nikah
lagi ke?”
“Kan, sunnah, sayang ….”
“Lelaki, kalau bab poligami laju je cakap hukumnya
sunnah..tapi bab aplikasi, bukan sunnah, tapi punah….”
“Perempuan pun sama, monogami je yang sunnah, kan? “
Mereka tertawa.
“Abang nak tau, pendapat sayang tadi tu, pendapat yang
dulu…”
“Oh, jadi sekarang sayang bagi abang kahwin lagi?”
“Sayang rasa, sayang berlapang dada..siapa lagi nak selamatkan
muslimah-muslimah di luar sana, kan?”
“Hai, macam ada green light ke ? Abang akan nikah lagi
kalau………….”
“Kalau apa, bang ? suka sangat la, cakap separuh-separuh”
Wafi tersenyum. Dia memang suka mengusik isterinya begitu.
“Kalau sayang sendiri yg pinang muslimah tu, kalau sayang sendiri
yg berkenan dengan muslimah tu, tapi dengan syarat mestilah untuk kepentingan Jemaah
islam,tapi sebenarnya abang tak bercadang pun untuk beristri dua, cukuplah
seorang utk meniup roh perjuangan ke dalam diri abang”
“Eh, abang ni kasyaf ea?”
“Erm, kenapa ? Taklah…”
“Samalah rasa hati kita..sayang pun berpendapat macam tu…..”
“BIar betul sayang ni, tak cemburu ke? Sayang jangan risau,
walaupun sayang bagi green light, abang rasa, abang nak setia pada yang
satu…nikah itu tanggungjawab…abang takut tak mampu nak tanggung banyak-banyak
kat dunia ni, nanti kat akhirat , abang kena jawab depan Allah atas apa yang
abang tanggung..dan, abang memang tak setuju dengan kaum adam yang bernikah
ramai, tetapi sekadar melempiaskan hawa nafsunya sahaja, bukan untuk
kepentingan Islam….”
Isterinya tersenyum . “Terima kasih, abang ..”
Nota hamba : Poligami selalu menjadi
isu lebih-lebih lagi apabila golongan agamawan yang berpoligami. Saya tak
nampak ada masalah dengan isu itu. Jika memang si suami layak memenuhi kriteria
untuk berpoligami, maka silakanlah. Jika tidak mampu, tak perlu, setia pada
yang satu.
Selamat berwalimah buat sahabat-sahabat seperjuangan , adik junior sekolah , senior foodtech dan semuanya yang Allah telah aturkan untuk kalian yang berbaitul muslim.
Pss , tolong doakan saya , boleh ?
Monogami , Poligami kalau tak nak , jom main Monopoli , boleh hilangkan stress .Takpun, main Origami .




