Selasa, 26 Jun 2012

Cakap, Jangan Pendam


Dengan nama Allah yang maha pemurah maha mengasihani kepada hambaNYA
Selawat serta salam buat rasulullah saw, ahli keluarga dan para sahabat baginda

Mereka yang bercinta, bersahabat , bersaudara atau berkasih sayang kerana Allah, pasti sangat-sangat menghayati hadis ini, kan ?

عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ قَالَ: إِِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أََنَّهُ يُحِبُّهُ

Rasulullah saw. bersabda, “Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.” (Abu Dawud dan Tirmidzi, hadits shahih)

عَنْ اَنَسٍ: اَنَّ رَجُلاً كَانَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ فَمَرَّ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُوْلُ اللهِ اِنّي لأحِبُّ هَذَا فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ أَعْلَمْتَهُ؟ قَالَ: لا، قَالَ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ: أعْلِمْهُ فَلَحِقَهُ فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِى اللهِ فَقَالَ: أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِى لَهُ

Anas r.a. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw., lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah tersebut mengatakan, “Aku mencintai dia, ya Rasulullah.” Lalu Nabi bersabda, “Apakah kamu sudah memberitahukan dia?” Orang itu menjawab, “Belum.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, “Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, “Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.” (Abu Dawud, dengan sanad shahih)


Dan sudah pasti mereka mempraktikkannya. Tahniah kepada mereka yang berjaya mengucapkan kata cinta seperti yang disarankan oleh Rasulullah saw.



Saya? Sudah pasti saya cemburu pada mereka yang mempraktikkan apa yang disuruh oleh Rasulullah kerana sehingga kini saya susah untuk menyatakan rasa sayang saya kepada orang yang saya sayang terutamanya keluarga dan sahabat-sahabat saya.

Lidah ini berat sekali untuk menuturkan rasa cinta hatta kepada keluarga sendiri.

Saya hanya membiarkan ianya menjadi lafaz yang tersimpan. Bukan tidak mahu mempraktikkan apa yang rasulullah suruh, tetapi entah mengapa sukar sekali untuk saya laksanakan sunnah yang satu itu.

Teringat luahan seorang sahabat saya suatu ketika dahulu

                “ukhti, ana sangat sayang sahabat ana ni. tapi, bila ana cakap ana sayang dia, takde balasan dari                        dia seolah-olah ana rasa, dia tak sayang ana.”

Mendengar kata-katanya, lebar senyuman saya. Dalam hati “sebijik macam aku.”

Saya faham perasaan sahabat saya, bukan dia mengharap balasan daripada seorang sahabat atas cinta yang diberi tetapi jauh di lubuk hatinya, dia ingin mengetahui sedalam mana sahabat itu mencintai dirinya melalui lafaz cinta seorang sahabat.

Saya sedar, dia seorang sahabat yang baik dan semestinya, dia mahu banyak memberi daripada menerima. Tapi, kita, kan manusia.

Macam orang yang bercinta juga bila teman lelakinya cakap :”sayang, abang sayang sayang.”

Pasti si lelaki mengharap teman wanitanya membalas “ sayang pun sayang abang.”

Begitulah juga umpamanya percintaan antara sahabat kerana Allah. Ada feedback, saling memberi dan menerima.

Tapi, hukum cinta mengatakan “siapa yang paling banyak memberi, maka dialah yang paling mencintai.”

Setelah sekian lama saya membuat pemerhatian berkenaan “lafaz cinta” antara sahabat ini, akhirnya saya buat kesimpulan :

Kesimpulan 1:

Kita akan payah untuk menuturkan kata sayang+cinta pada sahabat-sahabat jika kita dikelilingi sahabat-sahabat yang memang romantic, tak henti-henti menuturkan kata cinta setiap kali bertemu dengan kita. Waktu itu, kitalah yang akan jual mahal. Dan, saat kita menuturkan kata cinta+sayang, sahabat-sahabat akan rasa terharu mendengar lafaz cinta kita yang selama ini kita simpan. Mereka rasa cinta mereka berbalas.

Dan sebenarnya, bukanlah sahabat yang susah nak cakap sayang tadi, tidak sayang, cuma dia tidak pandai mempamerkannya tetapi jauh di lubuk hati dia, dia sangat menyayangi sahabat-sahabatnya.

Ingat , ye sahabat-sahabat “ Love is a verb, not a word”

Kesimpulan 2:

Kita akan mudah untuk menuturkan sayang+cinta kepada sahabat-sahabat kita jika sahabat kita itu sendiri memang seorang yang sangat jual mahal. Waktu tu, kita pula yang menjadi sang arjuna.

Kesimpulan ni, saya buat berdasarkan pengalaman saya dan pengalaman sahabat-sahabat saya.

Pernah terbaca tulisan seorang motivator tanah air, katanya“ Jangan kerap sangat menyebut kata-kata cinta, sebab bila selalu diulang, kita akan jadi bosan.”

Saya setuju dengan kata-kata beliau, Cuma ingin menambah, kata-kata cinta yang tidak akan membosakan si pendengar adalah kata-kata cinta seorang hamba kepada Tuhannya, juga kata-kata cinta seorang ummat Muhammad kepada kekasih Allah, Muhammad al-amin. Semakin diucap sayang, semakin bertambah kecintaannya dan semakin kuat pula ujian cintanya.






Nota hamba :

1]Seorang motivator cakap “lelaki kurang pandai mempamerkan sayang, tetapi sebenarnya, dia sayang.”
     Pada saya, bukan pada lelaki sahaja, ada juga wanita yang sebegitu rupa sikapnya.

2]Baru-baru ini, saya bermesej dengan sahabat yang paling saya cintai. Banyak kali saya menyatakan rasa cinta saya kepadanya, tetapi tiada balasan.  Tetapi saya tidak kisah kerana saya memang sespesies dengannya.

Balasnya : “mushynya kamu ni. kita ni, cakap sayang kat emak kita sepanjang kita hidup ni, 3 kali je.jadi rasa janggal pulak, kan.kita ni memang jenis tak tunjuk sayang kat mulut, tunjuk kat tangan je.makin banyak pukul,makin sayang……….”

3]Ya, mesej sahabat saya itu membuatkan saya banyak memuhasabah diri. Jadi, saya minta maaflah pada sahabat-sahabat saya kalau saya tak romantik macam kalian.

4]Tak cakap sayang tak bermakna tidak romantik, cuma tak tunjuk je. Jual mahal dengan sahabat-sahabat, tidak mengapa,kan ?

5]Dan, hari ni, saya tak mahu pendam dan nak cakap “saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah”
Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya. Moga ukhuwwah kita hingga ke syurga.


h.a.m.b.a
26 Jun  2012 M
6 Syaaban 1433 H
Selatan Tanah Air

Rabu, 20 Jun 2012

"Huruf Apa, Aniq?"


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
Selawat & Salam buat Rasulullah saw, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.

“Alif, ba , ta, tsa , jim “ . Senyap seketika sambil tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.

Begitulah telatahnya setiap kali tiba pada huruf jim. Tersenyum saya.

Dalam hati saya “ Ada je modal dia ni…”

“Aniq, kita ketawa bunyi macam mana?” saya bertanya pada Aniq , anak jiran yang saya ajarnya mengaji.

Sengih tanpa sebarang jawapan. Budak ni memang boleh menang pertandingan senyum paling lama. Nasib baik senyuman manis J .

Saya buat bunyi ketawa “ ha..ha..ha..ha..”

“Ok, ni huruf apa Aniq?”

“..ha”. jawabnya dengan kurang keyakinan.

Terus lagi ke huruf selepas kha’.

“Hm, Aniq..kita makan kacang apa?”

Sengih lagi. Budak ni, cair hati saya. Comel sangat.

“Kacang dal, kan Aniq? Ni huruf apa Aniq?”

Sengih lagi.

“Huruf dal, Aniq.” saya memberitahunya setelah melihat dia sengih memanjang.

“Huruf apa?”soal saya lagi.

“Dal”. Baru dia menjawab.

Saya tanya lagi “Huruf apa ni, Aniq?” sambil merujuk pada huruf dal.

Senyap tanpa sebarang jawapan. “ok, Aniq…kita makan kacang apa tadi?”

Tiba-tiba mak saya menyampuk “ kacang kuda”.

Dan, yang buat saya tergelak besar, Aniq sebut huruf dal tu huruf kuda .

“Ya Allah, budak ni..pergi ikut sebijik apa yang orang dok cakap. Jangan dengar cakap mak cik tu. Ni huruf dal, bukan huruf kuda.” Semua yang berada dalam rumah saya gelak besar.

Aniq, Batrisyia dan Fikri, tiga orang anak jiran yang belajar mengaji di rumah saya.

Seronok mengajar mereka walaupun adakalanya hampir meletup saya dibuatnya.

Berlembut, pijak kepala.

Berkeras, takut pula.

Akhirnya, saya mengajar lembut dalam tegas. (sambil pegang hanger waktu mengajar, acah je bukan pukul betul)

Mengajar kanak-kanak memang perlu kesabaran, tetapi mengajar kakak dan abang  kanak-kanak, lebih memerlukan kesabaran berganda.

Lebih susah jaga budak besar berbanding budak kecil.

Ada sahaja keletah mereka setiap hari, kalau nak cerita dalam blog memang tak habis,la jawabnya. Cuma, harapan saya supaya dalam hati mereka ada rasa cintakan Quran.



Hari itu, berkunjung ke rumah mak cik di Pasir Gudang.

Seorang anak jiran mak cik bertandang ke rumah untuk bermain bersama sepupu saya yang kecil.

Comel budaknya. Orang Sabah. Muka ala-ala Adira, suara pun serak-serak basah padahal baru berusia 5 tahun. Petah bercakap.

Usai solat maghrib saya ke ruang tamu. Dilihatnya budak itu masih ada dan sedang bermain bersama sepupu saya.

Saya berbual dengan mak cik saya .

“Cik Na, lawa,la budak ni. Macam muka Adira sikit.”

“Ha..kan? macam muka Adira. Cuba suruh dia nyanyi lagu Kasanova.” Mak cik saya kemudiannya menuruh budak itu menyanyi lagu Kasanova sambil buat gaya.

Terkejut saya, sebiji gaya Stacy walaupun persembahan tak rasmi tu sekejap sahaja.

Dalam hati saya “ Amboi, budak ni. kecik-kecik dah tau lagu macam tu. Tak silap aku, tu lagu Stacy. Tadi ajak solat tak nak. Kesiannya, dia.”

Anak-anak comel yang kecil macam mereka, tolonglah wahai ibu bapa dan masyarakat sekeliling jaga mereka dengan elok sebelum mereka besar. Berilah didikan agama sebaiknya. Saya melihat ramai ibu bapa yang kurang cakna soal ni.

Baru-baru ini, saya mendengar luahan hati seorang ibu mengadu berkenaan sikap anak sulungnya.

Katanya “ Tak tahulah salah siapa…salah didikan ke…atau salah jodoh ke…” sambil melirik mata pada suaminya.

Saya cakap “Isy, tak baik cakap macam tu. Jodoh Allah dah beri. Kena muhasabah diri banyak-banyak sebenarnya, jangan terlalu manjakan anak.”

Dan satu perkara yang saya cukup perasan , bila anak-anak bermasalah, ibu bapa selalunya menuding jari pada anak dan kurang menuding jari pada diri sendiri.

Si suami salahkan isteri, si isteri salahkan suami.

Wahai ibu, wahai ayah, kurangkan sedikit egomu dan jangan menuding jari pada orang lain, tapi tudinglah jari pada diri sendiri.

Sikap anak kita mungkin berpunca daripada cara didikan kita yang salah.

Dan, jika anak tetap bermasalah walau sudah diberi didikan yang baik, itu tanda Allah sedang menguji kamu.


Saya memang belum berkahwin. Saya memang belum punya anak. Tapi, ingatlah wahai diriku dan diri kalian yang belum berumahtangga, didiklah diri kita menjadi anak yang soleh dan solehah sekarang juga kerana sikap kita di zaman remaja menunjukkan sikap anak-anak kita nanti.



Nota hamba : Terkedu saya ketika telinga menangkap kata-kata “babi,la ibu”  baru-baru ini oleh seorang                                                budak lelaki yang berusia kurang dari 7 tahun
                          
Dalam hati saya “mujur kau belum baligh dik, mumayyiz pun belum. Kalau dah, agaknya                                sekarang juga Allah tukar kau jadi b**i. [Nauzubillahiminzalik]

Teringat waktu mengaji zaman-zaman kecil dahulu, ayah saya sangat tegas. Saya dikurung di luar rumah 10 malam ke atas kerana tidak membaca al-Quran dengan betul. Adik-adik saya beruntung sebab yang ajar mereka mengaji saya dan akak, jadi tidak merasai kegarangan abah.




h.a.m.b.a
20 Jun 2012M
30 Rejab 1433H
Selatan tanah air.
[     اعلم والله]

Jumaat, 15 Jun 2012

Sakit, ya Allah!



In the name of Allah Most gracious and Most Merciful







Ya ALLAH.....! 

It Hurts When I Have To Let Go The Things I Really Love.. 

It Hurts When I Have To Lose Something That I Really Want.. 

It Hurts, ALLAH 

It Hurts
.. 
But Believe Me, Ya ALLAH.

I Will Feel Hurt Most When I Know Disobey You.. 


It Hurts Most, ALLAH..

Believe Me.. 

Believe Me 

I Realize That I Can Never Live Without Your Mercy.

I Realize That I Can Never Smile Without The Concious That You Are Pleased With Me..

 I Realize That I Can Never Lead My Life If You Are Unhappy With Me.. 

I Am Sorry.. 

I Am Really Really Sorry.

For I Have Neglected You For Long Time.

For I Have Loved Others More Than I Should Love You.. 

For I Have Prioritized Others More Than I Should..











h.a.m.b.a

25 Rejab 1433 H

15 Jun 2012 M

Selatan Tanah Air

Selasa, 12 Jun 2012

"Saya Mahu Jadi Madu Kamu "


Dengan asma Allah yang Maha Lembut terhadap hamba-hambaNYA

Madu memang manis, kan? Tapi bagi wanita perkataan madu, itu ibarat hempedu yang pahit.
Tak pernah lagi jumpa madu pahit :)


Seorang isteri solehah setia menanti suaminya pulang dari kerja. Suaminya seorang pegawai agama.

Sambil menanti di hadapan rumah, dia menghiaskan dirinya secantik yang mungkin.

Tidak berapa lama kemudian, sebuah kereta muncul. Sang isteri tersenyum gembira kerana suaminya yang soleh sudah pulang.

Namun, senyuman itu tidak lama apabila dia melihat dua orang wanita bertudung labuh turun dari kereta.

 Hatinya sudah gelisah. Pandangannya kemudian beralih pada suaminya yang kelihatan tenang sahaja.

Dua wanita itu bergerak ke arahnya. Cantik kedua-duanya. Muka ala-ala cina.

Salah seorang daripadanya menyapanya “ Assalamualaikum, kakak. Kami nak jadi madu kakak, boleh?”

Sang isteri terkejut lantas menoleh ke arah suaminya. Terlupa dia untuk menjawab salam.

Suaminya berkata “ Jawab salam dulu, sayang.”

Dengan rasa sedih yang cuba disembunyikan, dia menjawab “Waalaikumsalam”.

Dia merenung suaminya . “Abang, kenapa abang tak bagitahu awal-awal? Bukankah abang dah berjanji 

waktu awal-awal kita nikah dulu, abang tak nak berpoligami?”

Sang isteri cuba menahan tangisnya. Terasa suaminya memungkiri janjinya.

Sang suami hairan “Aik, bila abang kata abang nak nikah lagi?”

“Perempuan ni bagitahu. Abang, kalau sorang mungkin boleh saya terima, tapi ni dua orang sekaligus.” Sang isteri menjawab. Rasa sedih bertamu di hati.

“Apa yang mereka bagitahu awak?” Si suami bertanya.

“Mereka kata, mereka nak jadi madu saya .”Jawab si isteri.

“ Madu? Awak silap dengar rasanya, bukan madu tapi mad’u. Betul tak, Fatimah? “ Si suami menyoal wanita yang bermuka cina itu.

Fatimah mengangguk, “Ya madu, ustaz.”

Sang suami tersenyum lebar. Dalam hatinya “Hai, cemburu juga zaujah aku ni.”

“Sayang, awak salah faham sebenarnya, Fatimah dan Khadijah ni, muallaf. Baru sahaja menjadi saudara baru kita. Berbangsa cina. Jadi sebutannya, agak pelat. Dia nak sebut mad’u bukan madu. Saya bawa mereka ke rumah sebab nak minta awak ajarkan mereka mengenai islam.Minta maaf,lah sebab saya tak sempat nak beritahu awak tentang mereka. Anggaplah mereka seperti adik-adik awak,ye.” Jelas  sang suami.

“Betul ke bang? Aduhai, malu saya. Awat tak pi habaq awai-awai tadi? insyaALLAH, boleh .Mereka boleh jadi mad’u saya tapi kalau nak jadi madu,nampak gaya, terpaksalah saya jadi sang lebah.”  Isterinya berseloroh.


P/S : Cerita ini sekadar cerita rekaan sahaja. Ilham yang dapat setelah solat.


Nota hamba :

1] Sudah berpindah ke tempat baru. Rumah atas bukit, angin pantai sepoi-sepoi bahasa. Hari-hari nampak flight terbang rendah sebab tempat baru ni merupakan laluan udara penerbangan ke Airport Changi, Singapura. Internet pun laju. Siaran TV tak perlu guna ASTRO sebab dapat hampir 26  channel TV dari 3 buah negara  Malaysia, Singapura, Indonesia. Dapat siaran radio Islamik dari Indonesia, best sangat ala-ala IKIM tapi tiada lagu nasyid langsung. Hanya tazkirah, program bual bicara, alunan ayat suci al-Quran dan azan ala-ala azan Mekah.


2] Usai maghrib tadi, mengajar Al-quran dan muqaddam kepada anak-anak jiran yang comel-comel. :) 



h.a.m.b.a
12 Jun 2012 M
22 Rejab 1433 H
Selatan Tanah Air

Isnin, 11 Jun 2012

Selamanya Dengan Kita

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Mengasihani

Selawat serta salam buat Rasulullah saw dan ahli keluarga serta sahabat baginda

Lama sungguh jejari ini tidak mencoret sesuatu untuk blog.

Membiarkan blog ini diam membisu kerana si pemilik blog sedang mencari identiti.

Sudah masuk  hampir dua minggu saya menamatkan praktikal di Kilang Rikevita, Tampoi.

Kali ini, catatann ringkas sahaja.

Sedang mendengar radio IKIM sewaktu mengemas rumah Sabtu lepas, telinga saya menangkap kata-kata Ustaz Pahrol

" Ada masalah yang boleh diselesaikan. Ada masalah yang tidak boleh diselesaikan yang kita akan hidup bersamanya seumur hidup kita. Dan, masalah itu menjadi laluan untuk kita terus merintih pada Allah. Katakan pada diri saat ditimpa masalah

"ya Allah terima kasih atas ujian ini. sesungguhnya, aku layak diuji dengan ujian ini "


ya, ada ujian yang perlu kita hidup selama-lamanya dengan dia.


Kita tidak mengharungi ujian berseorangan kerana DIA sentiasa bersama kita






Nota hamba : Di tempat baru, anginnya sepoi-sepoi bahasa. 



 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger